Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darah dan daging 2

“Pah..”  Aku terpanar seketika melihat Pah berbual-bual dengan seorang lelaki tua. Dek Kha menegurku lalu menutupkan pintu kaca di belakangnya. “Pah, jom balik.”  Sambungku setelah sedar dari lamunan.
“Oh, dah siap ya, Che’ Li?” Wajah Pah nampak bercahaya tatkala meminta diri dari orang tua itu. “Okey pakcik, kami nak pulang dah.”
“Ini, ibu kamu ya?” Soal lelaki itu berbasa-basi.
Dek Kha cuba mencelah tetapi Pah cepat menjawab sambil dia tersenyum. “Bukan, mereka orang tua saya.”
Lelaki tua itu berkerut dahi sambil tersenyum galak. “Iyalah, kamu ni…” Kemudian dia masuk ke dalam ruang pejabat setelah berbalas senyum dengan Che’ Li dan Dek Kha.
“Apa kau cakap dengan lelaki itu?” Dek Kha memasang wajah garang.
Terkulat-kulat Pah menjawabnya. “Dek Kha yang sering pesan dengan Pah, Dek Kha dan Che’ Li bukan ibu Pah, jadi jangan cakap dengan orang macam tu.”
Dek Kha tetap dengan wajah marah. Aku enggan memberi respon. “Sudah lah tu. Cepat gerak.” Dalam hati ini, hanya Tuhan yang tahu betapa aku benci dengan lelaki tadi. Mengapalah dia muncul di depan mata?!



“Pah.. apa yang Pah cakapkan dengan pakcik di tempat kawan Che’ Li tadi. Mesra je Che’ Li tengok.”
“Takde apa-apa.” Balas Pah naif. “Dia duduk sebelah Pah, dia nampak macam dah biasa datang situ jadi Pah tanya la dia, ni tempat apa? Peguam tu apa?”
“Lepas tu?”
“Lepas tu dia jawab soalan Pah. Pah tanya lagi, baju dia pakai tu untuk ke mana? Ada majlis besar ke? Lepas tu di gelak tiba-tiba. Pah ikut gelak sama.”

“Itu je?”  Aku hairan. Masakan perbualan seperti itu boleh mencetus gelak tawa yang mesra. Melihatkan Pah mengangguk bersahaja, aku mengeluh kecil. “Kau ni, Pah… Bertuah betul la..”
Suasana senyap seketika. Pah ralit mengira kelkatu yang bermain di atas lantai pangkin. Aku melepas pandang ke langit.
“Che’ Li..” Aku mengangguk sahaja. “Kalau Pah nak jadi peguam juga macam kawan Che’ Li tu boleh tak? Pah tengok baju dia lawa la..”
Mataku terbuntang. “Kau? Nak jadi peguam??” Dari mana datang idea untuk Pah berfikir sebegini? “Semata-mata sebab baju dia lawa ke? Nanti aku jahitkan baju macam itu untuk kau. Kau nak yang bersulam, berlabuci? Semua aku boleh buatkan…”
“Pah nak duduk dalam pejabat yang macam itu…”
“Pah…” Aku menggeleng-gelengkan kepala. “Hentikanlah Pah.”
“Kenapa? Kenapa tak boleh pula??”
Aku memeluk Pah erat. Sungguh dia tidak mengetahui betapa kejamnya dunia ini. Aku tak mahu dia tahu, namun aku juga tahu yang aku tak mungkin menyembunyikan hakikat ini selamanya. Apatah lagi, pertemuan dengan lelaki itu petang tadi juga menjadi petanda. Dunia ini kecil. Aku tak mungkin dapat menyimpan Pah dan menyembunyikan dia di rumah buruk ini sampai ke akhirnya. Aku mengalah.
“Kalau betul-betul Pah nak jadi peguam, Pah kena cari jalannya sendiri. Che’ Li tak dapat menolong, jadi Pah kena fikirkan sendiri.”
“Susah ke nak jadi peguam tu?” Pah menarik muka cemberut.
Aku membiarkan sahaja soalan itu mati sendiri dengan harapan niatnya untuk menjadi seorang peguam juga mati begitu sahaja.



Petang itu, Pah balik ke rumah dengan wajah masam mencuka. Aku membiarkan sahaja, sekadar melihat dari jauh. Semena, aku perhatikan dia mengamuk apabila ditegur Dek Kha. Bukankah selama ini Dek Kha yang selalu memarahinya dan dia yang diam sahaja? Mengapa hari ini terbalik pula? Aku segera naik ke rumah.

"Kenapa ni?"
"Che' Li pun sama je! Patutlah Che' Li tak bagi Pah ke rumah Mak Lang!" Pah melampiaskan amaranya kepada aku pula. Apa kena budak ni?
"Apa yang Mak Lang beritahu kau ni?" Dek Kha berkerut geram melihat amukan Pah.
"Bukan Mak Lang, " Pah menghembus nafas geram. "Pah dari masjid, Pah fikirkan nak bertanya Pak Imam macam mana nak jadi peguam.. Pak Imam kata, Pah tak layak sebab Pah tak bersekolah. Pah ni bawah umur, Pah ni tak ada kelayakan, Pah takde identiti.."
"Pak Imam yang cakap..?" Dek Kha terkejut. Aku terus tergamam tak bersuara.
"Betul ke, Dek Kha? Betul ke Pah ni takde identiti? Siapa Pah sebenarnya?" Air mata Pah mengalir deras. Sayu hatiku melihatnya, namun mulut ini terkunci. "Pah tahu, Pah sedar Pah bukan anak Che' Li mahupun anak Dek Kha.. tapi.. Siapa Pah ni sebenarnya, Dek Kha? Siapa.. Pah..?"
Pah terus berlari keluar. Aku mengejarnya namun dia melarikan diri dengan basikalnya. Aku terus berlari untuk mendapatkannya. Aku tak mahu kehilangan Pah. Biarpun dia bukan milikku, kehadirannya selama ini membawa seribu erti.

"Che' Li!" Tanganku disentap dari belakang. Aku melihat Dek Kha termengah mengejarku. "Che' Li, cukuplah.. Biar dia pergi, biarkan dia pulang..."
Aku melihat di hadapanku. Kini aku sedar. Pah kembali ke rumah Alang. Pah sudah kembali mengingati keluarganya. Dek Kha memandang wajahku penuh pengertian. Aku mengalah.
Biar dia pulang, kerana itulah haknya yang sebenar.



Dua tahun kemudian.

Kereta mewah berwarna hitam itu berhenti di pekarangan rumah. Aku dan Dek Kha terhenti daripada melakukan pekerjaan kami. Kelihatan seorang gadis berbaju kurung putih berkain biru muda turun dari kereta itu. Aku tertanya, budak sekolah manakah yang tersesat ke sini?

"Che' Li..!"

Gadis itu berlari ke arah kami dan terus memelukku. "Che' Li, Pah dah berjaya!"
Berkerut dahiku melihat gelagatnya. Entah apa yang diperkatakannya pun aku tak tahu..
"Pah? Betul ke ini Pah?"
"Ya, Dek Kha.. Ini Pah.. Pah datang nak tunjuk sijil SPM, Pah. Pah dapat 10A, Dek Kha.. Che Li..!"

Begitu gembira sekali dia memberitahu kami tentang pencapaiannya. Entah kenapa dia perlu ke sini untuk memberitahu kami? Nampaknya, Dek Kha mengenali budak ini. Biarkanlah mereka. Baik aku sudahkan mencabut rumput ni.

"Dek Kha..."
Gadis itu seperti kecewa dengan layananku. Wajah Dek Kha juga berubah sayu memandangnya. Apa yang tak kena?
"Lepas Pah pergi tinggalkan kami, Che' Li demam teruk. Dia sedih sangat bila kau pergi. Beberapa hari lepas tu, dia dah tak ingat apa-apa. Puas Dek Kha bercerita untuk mengingatkannya balik."
Demam? Aku ke? Apa yang aku tak ingat?
"Sekarang ni, dia cuma terima je apa yang aku katakan padanya. Kadang-kadang dia menung kosong tak bergerak sampailah aku memanggilnya naik ke rumah. Aku tak tahulah dia ingat ke tak siapa diri dia, siapa aku.." Wajah Dek Kha seperti ingin menangis. "Kalau kau jenguk kami sekali-sekali, Pah.. Tak adalah dia jadi begini."
Adik.. aku tak lupa kaulah.. Apa yang kau mengarut ni? Aku Naili, kau pulak Khadijah. Kita sama-sama jaga budak yang diorang buang ke kita tu.. walaupun kau tak suka budak tu...

Air mata ini mengalir deras.

"Pah..? Pah dah balik?"
Aku mendapatkan Pah yang berdiri di sisi Dek Kha. Macam mana aku boleh terlupakan kau, Pah? Kau yang bawa gelak ketawa dalam rumah ni, yang meriuhkan hidup anak yatim macam aku dan Dek Kha..
"Pah, kenapa sekarang kau balik Pah?" Aku memukul bahu Pah. "Kenapa baru sekarang kau balik? Aku ingatkan kau dah lupakan kami terus!" Air mata bercucuran jatuh ke tanah.

"Pah tak lupa, Che' Li. Pah tak pernah lupakan Che ' Li, lupakan Dek Kha.. Pah tumpu pelajaran, Pah." Air mata Pah berlinangan. Dek Kha juga turut menumpahkan air mata. Mungkin terharu kerana aku ingat kembali akan semuanya.
"Pah tamak. Bila Pah dapat tahu siapa diri Pah, siapa keluarga Pah.. Pah cuma harap satu je. Pah nak jadi orang yang berjaya. Pah nak tolong Che' Li dan Dek Kha. Pah tak nak Che' Li, Dek Kha  kais pagi makan petang. Pah nak senangkan korang, tapi Pah tamak. Pah gunakan semua waktu cuti Pah untuk ganti balik masa yang Pah tertinggal dari pelajaran. Pah pergi tuisyen setiap hari, tapi Pah lupa nak jenguk Che' Li, tanya khabar Che' Li.. Pah minta maaf. Maafkan Pah.."
Tangisan meriuhkan pertemuan semula antara kami. Tak semena-mena rumah burukku jadi riuh pada petang ini.
"Pah.. Pah dah buat yang terbaik. Che' Li yang bersalah dengan Pah. Che' Li dah sorokkan semuanya daripada Pah.. Che' Li berharap Pah takkan ingat lagi keluarga Pah. Che' Li yang tamakkan Pah jadi keluarga Che' Li."

"Tak, Che' Li.." Pah menggeleng berkali-kali. Seorang lelaki merapati kami. Aku kenal sangat susuk tubuh ini.
"Cik Naili.. Saya Syed Muhd Muhsin, ayah kepada Syarifah Syakila." Seorang lagi lelaki yang lebih muda muncul dari belakangnya. "Ini pula abangnya, Syed Syakir. Kami sekeluarga datang nak berterima kasih dengan cik dan adik cik kerana telah menjaga Syakila dengan baik. Lama kami mencarinya."

"Bukan ke..." Aku bingung. Wajah Dek Kha turut berubah keliru.
"Ya, saya telah meminta pertolongan Hafidah untuk menjaga anak saya ini.."

Panjang lebar lelaki itu menerangkan betapa setelah kematian isterinya akibat sebuah kemalangan, dia meminta Alang sebagai adik iparnya untuk menjaga Pah. Pah waktu itu trauma hebat sehingga lupa pada diri sendiri, dia kembali menjadi seperti budak berumur enam tahun sahaja. Dan entah apa sebabnya, Alang enggan lagi menjaganya dan menyerahkan Pah kepadaku tanpa pengetahuan mereka. Alang menipu mereka dengn mengatakan Pah hilang ketika dia terleka menguruskan isi rumahnya. Bedebah, Alang! Aku juga tertipu dengannya. Selama ini, aku fikirkan lelaki ini memang sengaja membuang anaknya dan diberikan kepada Alang. Dahulu Alang memberitahuku dia tak mampu menjaga Pah kerana anaknya sendiri pun sudah memeningkan kepalanya. Bedebah, perempuan itu!

"Jadi, umur Pah 18 tahun sekarang?" Tanya Dek Kha bersikap rasional, sedang aku sudah tewas dengan emosi. "Dulu, kita tak mampu nak beri apa-apapun dekat Pah. Nak menyekolahkan dia, bukan sekadar tak mampu, umur dan dokumen semua tak ada!"
"Nasib baik Dek Kha biarkan dia pergi dulu! Sekarang dah habis sekolah dah!!"

Ini kali pertama aku melihat Dek Kha bercakap tentang Pah dengan gembiranya. Aku fikirkan selama ini Dek Kha bencikan anak ini yang menyusahkan lagi hidup kami.. Ternyata aku salah! Dek Kha cuma tak mahu kalau budak itu menjadi seperti dirinya yang terpaksa berhenti sekolah kerana miskin. Aku tahu Dek Kha memang suka belajar. Sewaktu mula-mula berhenti sekolah, dia sering merenung budak-budak yang berjalan kaki ke sekolah. Hmm.. enam tahun hidup aku tertumpu untuk membesarkan Pah, banyak perkara yang aku terlupa tentang hidup aku sendiri.

"Che' Li.. Dek Kha.."
Riak muka Pah berubah serius.
"Sebenarnya, kami datang ni bukan sekadar nak beritahu tentang Pah. Kami datang ni ada hajat lain.."

Aku hairan mendengarnya. Pah menjeling ke arah ayahnya. Lelaki itu berdehem beberapa kali sebelum menyambung bicara.

"Kami dengar, Cik Naili dan Cik Khadijah belum berkeluarga.." Dia terhenti seketika menjeling ke arah anak lelakinya yang sedari tadi tak lepas memandang Dek Kha. "Jadi kami nak menjemput cik berdua jadi sebahagian daripada keluarga kami."

Hah, apa maksud diorang ni?!

prev | next
hey, mIndless_Author here. aku sorry sangat-sangat sebab stail penulisan aku tak konsisten. berubah2 macam asdfghjkl, and wow, the story sure escalated fast. banyak details yang aku tak sentuh kat cerita ni. like apa yang alang dah buat sebenarnya and how bad dek kha layan pah dulu.
cerita ni gila, ya aku tahu. dialog pun selamber je kejap guna bahasa standard sekejap guna bahasa pasar. well, anggap je lah ni eksperimen aku yang tak menjadi, komen kat bawah apa yang korang nak tahu lagi daripada cerita ni and ill try to do another episode.
no, please dont ask me to write what happen after they got married.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous