Welcome!
Irene Adler
ღღღ

Important!
Full collection can be found on buttons below.
For newer collection (2025) click this link here


Latest List
Full List
Fateh p Hanis Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Important!
Newer collection (2025) and chapters list, click this link here .

Juu San (13)

     Izzudin menutup suis lampu bilik lantas berbaring di sisi Dyan. Nafas diatur untuk mulai membasahi lidahnya dengan zikrullah dan bermuhasabah sebelum tidur.

     "Din, aku tak dapat nak tidurlah.."
     "Alahai, aku fikirkan kau dah selamat lena, Dyan. Terkejut aku dibuatnya." Izzudin mengeluh. Siapalah yang tidak terkejut seandainya rakan yang disangka tidur tiba-tiba bersuara dalam gelap.
     "Bagus jugak kau tak tidur lagi. Aku ada satu hal nak tanya kau." Izzudin menyambung.

     "Sebelum tu, kau dulu jawab soalan aku." Celah Dyan. "Kau bincang apa tadi dengan Aishah? Lama kat luar tu.." Dia bertanya sambil tersenyum simpul.
     "Salah ke? Dia kan isteri aku, tanya lagi... Nanti kau tahu lah..." Meleret jawapan yang diberikan Izzudin. Tahulah Dyan rakannya itu malu dan mahukan dia sekadar membaca di dalam komik 'Kehidupan Kami'.
     "Okey, aku tunggu lukisan kau jelah kalau macam tu."

     "Sekarang kau jawab dengan jujur soalan aku ni." Izzudin mengubah posisinya mengiring menghadap Dyan.
     "Kau sukakan Zahra', eh?"

     Dyan terkedu. Tanpa disangkanya, Izzudin dapat mengetahui tentang perasaannya terhadap gadis Jepun itu.
     "Nampaknya kau pun ada keistimewaan macam aku jugak eh?" Dyan bergurau menghalau gemuruh. "Macam mana kau tahu?"
     "Mana taknya.. Dah kau sampai curi dengar dia berborak dengan Aishah. Takkan lah kau mengintai bini aku pulak!"

     Dyan menggaru hidungnya yang tidak gatal.
     "Takdelah.. mula-mula aku terdengar orang menangis. Aku keluar lah dari bilik nak tengok korang berdua, sekali ternampak Aishah baru je masuk dalam bilik tu. Then, suara menangis tu pun berhenti. Aku nak tahulah siapa yang nangis tu, mana tahu kau berlari ke situ sebab sedih ke kan.." Sempat Dyan mengusik Izzudin. "Bila dah tahu siapa yang menangis, teringin pulak nak tahu kenapa.. Itu yang dok mengintai kat situ. Kau pun sama je kan, mengintai sebab nak ambil tahu.."

     "Biarlah, yang aku intai tu bini aku jugak." Izzudin membela diri. "So, betullah kau sukakan dia?"

     "Entahlah, aku pun tak tahu." Dyan mengeluh. "Aku rasa macam, dia tu tak sama dengan mana-mana perempuan yang aku pernah jumpa. Dia buat aku terpesona, sampai.. aku tak dapat pun nak baca dia." Izzudin sedikit terperanjat dengan kenyataan Dyan itu.
     "Maghrib tadi, aku cuba baca both dia dan Saadah untuk tahu apa yang diorang bisikkan tentang Aishah. Apa rahsia diorang dari kau.. dan aku cuma tahu lepas tengok muka Aishah je. Saadah tu, aku tak sempat la sebab muka dia terlindung kat hujung meja sana, tapi Zahra'..."

     "Aku rasa korang berdua pun macam sepadan." Izzudin beralih menelentang setelah puas dengan jawapan Dyan. "Tapi, aku bukan kenal sangat pun. Diorang kawan Aishah, bukan kawan aku. Dan kau Dyan," Izzudin kembali memandang wajah Dyan. "Kau kenalah tinggalkan semua perempuan lain tu. Stop that lifestyle. Diorang bertiga tu, solehah belaka. Takut-takut nanti, kau terlepas pula..." Dia cuba menasihati sambil menyokong niat murni rakannya itu.
     "Nanti kita qiyamullail. Malulah kalau Zahra' tahu kau dah lama tak qiyamullail. Buat solat istikharah sekali, mohon jodoh yang terbaik dari Allah."

*****

     Aishah menaiki tangga dengan hati yang berbunga-bunga. Kini, dia tahu suaminya bukan sengaja mengelak darinya. Bahkan, Izzudin juga terus mencuba untuk dekat dengannya.
     Aishah terus duduk belunjur di sebelah Zahra'. Sambil menarik selimut, dia teringat Zahra' belum habis bercerita tentang buah hatinya. Dengan penuh keterujaan, dia menyingkap selimut yang menutupi bahagian wajah Zahra'.
     'Eh, dah tidur ke?'
     Wajah Zahra' dia amati dengan teliti. Rambut yang berjurai menutupi wajah gadis itu dia sela.
     "Zahra', janganlah menangis!" Ternyata keraguannya mengenai gaya tidur Zahra' adalah benar. Zahra' sengaja menutupi wajahnya yang basah dengan air mata.

     Zahra' mengalah. Tangisannya sudah dilihat Aishah. Tiada lagi yang boleh disembunyikan. "Ana tak boleh.. buang dia dari fikiran ana.. Ana takut.. Allah tak redha akan perkara ni..."

     "Cuba bagitahu, siapa dia tu?"

    Zahra' memandang wajah Aishah dalam-dalam. Berat untuk dia mengucapkannya kerana mereka baru sahaja berjumpa. Aishah membalas renungan Zahra', menunggu jawapan.

     "Dyan."

"NE?! HONTOU KA?" Aishah terkejut bukan kepalang. "Tapi, memang baru kali ini kita jumpa dia kan? Atau anti ada terjumpa dia sebelum ni di mana-mana?"
     Zahra' menggeleng. Ini memang kali pertama dia melihat jejaka itu. Aishah benar-benar tak percaya. Inikah yang dikatakan cinta pandang pertama?

     "Ada apa ni? Belum tidur lagi ke?" Saadah menyapu wajahnya yang masih mamai. Tidurnya terganggu dek perbualan rancak dua sahabatnya ini.

     "Saadah.. Zahra' jatuh hati... dengan Dyan.." Sepatah demi sepatah Aishah menyebutnya. Dia berasa teruja.

     "Apa? Siapa?" Saadah masih lagi dalam minda separa sedar. Dia tidak mendengar dengan jelas.

     "Zahra', Dyan." Aishah mengulang penuh sabar melayan sahabat baiknya itu.

     "Dyan?" Saadah mengerdipkan mata beberapa kali. Cuba menggapai sedar yang segar dan cuba menghubung informasi tak ubah seperti iklan susu DHA.
     Seketika kemudian dia merenung wajah Zahra'. Zahra' sekadar menunduk. Saadah berpaling ke wajah Aishah semula demi mencari kepastian. "Dyan? Ahmad Danial, kawan Izzudin tu??"
     Melihat anggukan Aishah, dia berpaling semula mencari wajah Zahra'. Saadah perasaan air mata berlinang ke hujung dagu anak Jepun itu. "Itu.. air mata gembira atau sedih?"
     Zahra' tersentak. Soalan yang sama diajukan Saadah suatu masa dahulu ketika dia mengambil keputusan untuk tetap dalam keislamannya dan meninggalkan Abarai Renji.

     "Kalau anti gembira, mengapa? Dan kalau anti sedih, mengapa? Apa sebabnya?" Soalan itu mengajak Yukiko membuka mindanya. "Cuba bawa bertenang dan tanyakan pada hati. Kenapa anti menangis?" Soalan itu diulang kembali. "Adakah sedih kerana memilih Islam? Atau gembira kerana meninggalkan jahiliyyah?"
     "Ana sedih mereka menolak Islam." Jawab Yukiko perlahan, tapi jelas dengan pernyataannya. Saadah dan Aishah mengoyak senyum. 
     "Yakinlah, Allah takkan mengecewakan hambaNya yang berdoa kepadaNya."

    Zahra' memejamkan mata. Dia cuba mendalami kehendak hati. Dia takut Allah tidak meredhai jalan ini. Tapi jalan apakah ini?
     'Apakah jalan yang aku takutkan ini?'

     "Sudahlah Zahra'.." Saadah menepuk bahunya lembut. "Dah malam ni, kita tidur dulu. Nanti masa qiyamullail, jangan lupa solat istikharah. Tiada yang lebih hebat berbanding bantuan Allah."

*****

   Sunyi sahaja pagi itu biarpun mereka berlima di dalam rumah tersebut. Izzudin membantu Aishah menyediakan sarapan pagi sedang Saadah dan Zahra' hanya menunggu di meja makan yang sudah dibersihkan lantaran Aishah tidak mahu menyusahkan mereka berdua. Dua sahabat itu hanya menurut.
     Zahra' hanya menunduk, mengelak dari bertentang mata dengan jejaka di hadapannya. Dyan berpura-pura membaca akhbar sambil minum kopi yang disediakan dengan bantuan Saadah. Matanya tidak lepas daripada menilik wajah gadis Jepun di hadapannya. Dia masih tidak dapat membaca air muka Zahra'.
     Dyan menyedari sesuatu. Sejak tadi dia ditenung oleh Saadah. Dyan cuba membalas namun renungan yang tajam itu seolah-olah sengaja ingin memberi amaran. Dyan tetap merenung dan membaca wajah Saadah.
     Dyan tersedak. Dia menutup helaian akhbar yang dibacanya lantas segera ke bilik air. Wajahnya membahang.
     "Betul ke apa yang aku nampak tadi?"

     Macam mana dia boleh buat Yukiko jatuh hati kat dia? 

     Dyan melihat ke dalam cermin setelah membasuh mukanya berkali-kali. Dia tidak percaya Zahra' juga punya perasaan terhadapnya.
     'Jadi aku ada peluang?'




     "Minna-san, jemput makan!" Aishah mempelawa mereka semua untuk bersarapan lalu dia mengambil tempat di sebelah Zahra'.
     Mereka menadah tangan untuk berdoa. Hanya Zahra' yang kekal tak berkutik. Setelah Dyan selesai membacakan doa, mereka mula makan. Zahra' pula masih tertunduk seperti tadi. Saadah dan Aishah berpandangan sesama mreka. Nampaknya, dia buat perangai lama.
     "Memang masih tak berubah ke?" Aishah berbisik kepada Saadah.
     "Mungkin sebab dia tidur lambat malam tadi?" Saadah membela.

      "Kenapa tak makan lagi, Zahra'?" Soal Izzudin membuatkan Aishah dan Saadah jadi malu dengan sahabat mereka yang seorang ini.
       Dyan menunduk, menahan diri daripada melihat Zahra'. Malu, segan dan rasa berdosa tak lepas dari hatinya sejak malam tadi.
       Serentak, Saadah dan Aishah menggoyangkan lengan Zahra' untuk mengejutkan gadis itu. Zahra' yang masih mamai, menggumam sendiri. "Kirei."
       Aishah yang menyedari perkara itu berbisik tegas ke telinga Zahra'. "Okite yo! Asa gohan!!"

       Zahra' tersentak lalu terus meneguk air dari cawannya untuk menahan malu.

       Saadah dan Aishah tersenyum melihat sahabat Jepun mereka ini. Kemudian, mereka menikmati nasi goreng hailam kegemaran Aishah.


        Setelah beberapa suap, Zahra’ teringatkan mimpinya tadi lantas bertanya kepada dua orang sahabatnya.

         “Ne, tadi ana termimpikan sebuah taman sakura.” Dia berkata-kata dalam Bahasa Jepun. Saadah dan Aishah tidak menunjukkan sebarang reaksi. ‘Mainan tidur,’ fikir mereka.

          “Sebelum ni ana tak pernah mimpi apa-apa. Lagipun mimpi itu bagaikan nyata.” Zahra’ diam seketika menyambung suapan. “Mungkinkah ada kaitan dengan…” Zahra’ tak berani menyambung.

          Saadah dan Aishah memandang Zahra’ secara serentak. Mereka memahami maksudnya, namun terdiam mencari kata-kata yang sesuai agar tak terbongkar dia hadapan dua lelaki yang semeja dengan mereka.

          “Qiyam?” Soal Aishah.

           Melihatkan respons positif daripada Zahra’, Saadah menasihatkan, “Mungkin itu sebahagian daripada mainan tidur. Atau jika itu mimpi yang benar, pasti akan ada sesuatu yang akan membantu kita memahaminya nanti."

           Zahra’ hanya membalas dengan anggukan. Mereka menyambung makan setelah agak lama membisu.


*****

           Selesai makan, Izzudin dan Dyan meminta izin ke pejabat. Dyan hanya duduk di atas motorsikalnya yang dicat biru gelap sambil menunggu Izzudin mengikat tali kasutnya. Aishah mendekati Izzudin.

           “Abang Izz dah nak pergi ke?” Tanya Aishah penuh sopan.

           “Ya, ada apa-apa ke?” Balas Izzudin. Dia bangkit sambil menghadap wajah Aishah.

           “Boleh salam?” Aishah menghulurkan tangannya, ingin meneruskan rutin harian sebelum suaminya pergi bekerja.

 

          Izzudin tersenyum. Dia mengusap kepala Aishah yang memakai tudung hitam labuh lantas membawa tubuh isterinya ke dalam dakapan.

          “Abang minta maaf. Aishah faham, kan?” Izzudin sedikit kekok meminta maaf kepada Aishah pagi itu. Walhal, sudah berkali-kali kata maaf itu diucapkannya.

          “Belum tiba masanya.” Izzudin cuba memujuk hati isterinya sambil mengusap lembut belakang Aishah seperti melayan anak kecil.

 

          “Aishah tahu.” Perlahan suara Aishah menjawab. “Ini bukan salah abang. Allah telah menyusun sebegini. Sabar dan redha sahabat mukmin dalam kehidupan sehari-hari.” Aishah memujuk hatinya sendiri sambil memberi nasihat buat suami tercinta. Dia mengeratkan lagi rangkulan di pinggang Izzudin. “Allah tak zalim. Sekurang-kurangnya, Aishah masih dapat memeluk abang.”

 

          “Maaf, Aishah.. Izzudin..” Saadah menegur. Izzudin melepaskan Aishah dari pelukan. Dia malu bermesraan begitu di hadapan orang lain.

          “Apa yang ingin saya bincangkan…” Ujar Saadah sambil menunduk. Segan juga melihat Aishah dan Izzudin begitu. Apakah dia juga akan begitu bersama Johan nanti? Getus hatinya. ‘Ah, belakang kira.’

          Izzudin merenung tunang kepada doktor psikiatri yang banyak menolongnya dulu. “Memandangkan anta bekerja dan Aishah sendirian di rumah, boleh tak kalau dia ikut kami; ana dan Zahra’ untuk mengedarkan kad undangan?” Sambung Saadah meminta izin untuk membawa sahabatnya berjalan-jalan.

 

          Izzudin memandang Aishah penuh kasih sayang. Dia mengusap kepala dan mengelus lembut bahu isterinya.

          “Aishah nak pergi ke?” Tanya Izzudin lembut.

          “Boleh ke?” Soal Aishah pula.

          “Kalau itu kebahagiaan Aishah.” Balas Izzudin lagi.

          Aishah tersenyum, “terima kasih abang.”

          Aishah mahu mencapai dan bersalam tangan dengan Izzudin. Namun hasratnya terhenti apabila teringatkan keadaan suaminya itu. Izzudin menyedari keinginan isterinya dan lantas memeluknya sekali lagi.

“Aishah, abang pergi kerja dulu, ya. Jaga diri baik-baik.” Bisiknya lembut sambil mencium kepala Aishah.

“Abang pun sama. Baik-baik kerja!.” Aishah menitipkan nashat yang sama. Izzudin merenung wajah isterinya. Sudah begitu lama dia tidak mencium pipi gebu itu. Izzudin mendekatkan wajahnya dan mengucup bahagian telinga Aishah yang dilitupi kain tudungnya. Itu sahaja yang mampu dia lakukan saat ini.

 

Zahra’ yang berdiri menghadap mereka ingin berpaling ke dapur. Tidak mahu mengganggu kemesraan sahabatnya suami isteri. Dia hilang keseimbangan apabila terpijak hujung jubah yang dipakainya lalu terdorong ke hadapan menolak Aishah.

 

Izzudin segera membuka kasutnya dan berlari menuju ke tandas, tidak mampu menahan rasa loya ditekak. Pipinya telah berlaga dengan pipi Aishah yang membuatkan dia jadi muntah.

Saadah memandang Zahra’ penuh perasaan. Zahra’ yang rimas dipandang begitu meminta maaf. Dia tahu, Saadah marahkan dia yang telah menganggu suasana.

“Jubah Aishah ni labuh sikit, jadi ana terpijak..” Zahra’ cuba membela diri. Dia meminta maaf sekali lagi daripada Aishah.

“Sebagai sahabat, ana sayangkan anti.” Balas Aishah. Zahra’ tahu Aishah sedang cuba memujuk diri daripada memarahi orang lain. Dia sudah faham dengan perangai Aishah itu. Aishah hanya berdiri sambil memegang pipi yang terasa kebas berlanggar dengan Izzudin.

 

Izzudin keluar dari bilik air. Mukanya sedikit pucat. Dia melihat Saadah sedang mengemas dapur. Zahra’ duduk di sofa sambil menunduk. Aishah pula masih menunggu di hadapan pintu.

Izzudin keluar dan menyarung kasutnya. Dia melihat Aishah yang sedang bermuram. Aishah mendekati suaminya lalu mengucapkan kata maaf.

Izzudin tersenyum. Dia mengusap kepala Aishah seperti seorang budak. “Aishah tak salah apa-apapun. Abang tak kisah semua ni…” Pujuk Izzudin. Tangannya beralih mengusap perut Aishah sambil berkata lagi, “yang penting jaga kandungan elok-elok.”

Mendengarkan nasihat itu, Aishah teringat pesan doktor. Aishah memegang lengan baju Izzudin. “Abang, doktor pesan suruh buat check-up.”

Izzudin berfikir sejenak. “Ahad nanti kita pergi.” Ujarnya.

 

“Okeylah, abang dah lambat ni. Pergi dulu.” Setelah memeluk Aishah buat kali terakhir, Izzudin pun menghidupkan enjin motor. Dyan yang sedari tadi diam menunggu akhirnya bersuara, “cik Aishah, kami pergi dulu!”

“Hm, yalah. Tolong tengok-tengokkan Abang Izz ya, Encik Danial.” Pesan Aishah penuh hormat.

“Eh, tak payah panggil Encik. Panggil je Abang Dyan.” Balasnya sambil ketawa mengusik.

Izzudin menyepak lembut kaki Dyan. Matanya mencerlung tajam. Dyan sambung ketawa. Kemudian, mereka berdua menunggang motorsikal keluar dari perkarangan rumah.

 

Aishah duduk di sebelah Zahra’ yang masih menyesali keterlanjurannya. Dia memaut bahu sahabatnya itu sambil memujuk, “sudahlah Zahra’. Abang Izz tak kisah.”

“Tapi, kesian dia…” Balas Zahra’.

“Abang Izz dah biasa. Sebelum anti datang dengan Saadah lagi, Abang Izz dah semacam alah dengan ana.”

Saadah keluar dari dapur. Dia mendapatkan Zahra’ setelah menyedari sahabatnya itu mulai menangis. “Anti berdua kenapa?”

“Zahra’ masih menyesal dengan khilafnya tadi.” Terang Aishah.

“Daijyoubu, Zahra’. Semua ni taqdir Allah. Kalau bukan kerana anti tertolak dia pun, mungkin dia akan muntah sebab lain. Bukan salah anti pun…” Saadah memujuk sambil mengusap belakang sahabatnya yang bakal ditinggalkan setelah berkahwin nanti.

Zahra’ akhrnya mengangguk faham sebelum bertanya, “alah itu apa?”

 

Saadah tertawa kecil. Dia tahu gadis Jepun itu masih belum memahami sepenuhnya perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Bukan salah Zahra’ juga kerana ramai yang suka mencampur-adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian.

Zahra’ tidak berekecil hati. Dia faham, Saadah bukan ketawa kerana kebodohannya tetapi kerana lucu menyedari ini baru pertama kali Zahra’ mendengar perkataan tersebut.

“Apa maksudnya, Saadah?” Zahra’ menagih jawapan.

“Alah maksudnya allergik.” Jawab Saadah sebaris.

“Oh…”

 

“Jomlah bersiap. Katanya nak keluar mengedarkan kad undangan. Nanti lambat pula. Kita keluar sambil tunggu baju antum berdua kering, ya.” Aishah mengajak sambil merujuk kepada pakaian Zahra’ dan Saadah yang dibasuh semalam.

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous