Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi
Nadwah terpempan sendiri. Kata-kata Qay juga tidak dia hirau. Hanya menunggu waktu yang sesuai untuk berbual dengan Harun.  Dan hanya sepupunya itu yang dia tunggu.
Dia terus menunggu sehingga loceng tamat persekolahan pun berbunyi. Harun pula sengaja mengelak daripadanya.

"Harun!" Nadwah menempik sebaik melihat sepupunya di hujung koridor.

Wajah Harun berubah kesal.

"Mus!" Tempik Nadwah lagi, menyedari rakan sekelasnya dipapah oleh Harun.

Harun melangkah perlahan-lahan sambil diikuti Mustapha menyusuri koridor.

"Mus okey?" Nadwah bertanya sebaik jarak antara mereka semakin hampir. Jelas, dia risau.

"Aku okey je lah. Bukan apa pun.." Mustapha cuba berdiri sendiri. Semena, wajahnya mencuka.

Harith merapati mereka. "Jomlah, aku hantarkan kau balik."

"Tak payah." Mustapha bersikap dingin.

"Jangan berdegillah, Mus. Kau tu sakit.. " Harun memarahi Mustapha. Mustapha tetap enggan.

"Cepatlah, ayah dah tunggu." Harith menggesa.

Mustapha terkejut mendengarnya. Akhirnya, dia menyerah.

Nadwah ternganga melihat Mustapha terbongkok-bongkok berjalan mengikuti Harith ke kereta. "Ayah?"

"Nadwah, aku nak cakap sikit dengan kau!" Tegas Harun berkata. Dia menarik lengan Nadwah mengikutinya ke luar kawasan sekolah. Dia memberitahu Pak Cik Hud yang dia akan menghantar Nadwah pulang setelah selesai urusan mereka.



Hiruk-pikuk di luar bas mereka tenung sahaja. Diam mengisi ruang antara mereka. Nadwah teragak-agak untuk bertanya, sedang Harun terus diam bersama wajah tegas.
Harun marahkan aku kah? Mengapa? Nadwah berfikir sendiri.

"Harith dengan Mustapha tu, adik-beradik tiri." Harun membuka bicara tanpa memandang wajah Nadwah. "Sebab tu lah, Mus tak sukakan dia. Walhal dulu, masa sekolah rendah, kitorang semua bestfriend."

"Kitorang..?"

"Haah, kami semua." Harun menukar perkataan.

"Siapa.. kitorang tu?"

Harun senyum sahaja. Senyuman itu tampak sedih dari pandangan Nadwah. Diam sekali lagi mengisi ruang.

"Nadwah..." Lambat-lambat Harun mengatur kata.

"Please.." Nadwah menunggu dengan sabar.

"Jangan rapat sangat dengan Mus." Nadwah bingung.

"Atau dengan mana-mana classmate lain. Aku tak suka."

Nadwah berkerut seribu.

"Kita dah sampai. Jom turun."

"Harun.. Harun!"   "Apa maksud kau?"

"Malam ni, dinner dengan kitorang eh? Nanti aku minta Mak Non sediakan baju untuk kau."





"Teruk Mustapha tu sakit perut kan tadi?" Tuan Atiqah membuka mulut sebelum menyuapkan lagi sesudu spaghetti carbonara ke dalamnya.
Raja Maisarah, Afreen, Tengku Amna serta Tengku Adna juga masing-masing menikmati makanan yang dipesan sambil melayari media sosial di smartphone mereka. Hingar suasana di shopping mall itu terpadam dengan nyanyian lagu dari band underground yang diupah bekerja di kafe ala Italia itu.
"Semalam kan dia makan macam-macam.." Ujar Raja Maisarah.
"Hah? Mana kau tahu?" Tanya Tuan Atiqah.
"Semalam birthday adik dia. Mestilah dia dengan mak dia beli ke buat ke makan yang sedap-sedap macam tahun-tahun sebelum ni jugak.." Afreen mencelah.
"Oh, banyak kau tahu pasal diorang kan?" Tuan Atiqah mengangguk-angguk. Masak dengan perangai rakan misteri ini yang hanya membuka mulut kepada Raja Maisarah.
"Afreen ni dulu satu kelas dengan diorang dekat sekolah rendah. Masa darjah 5 dengan darjah 6." Raja Maisarah menjawab lagi soalan Tuan Atiqah.

"Korang rasa kenapa Harun marah sangat dengan Nadwah tadi?" Tuan Atiqah sengaja membuka topik. Dia tahu Tengku berkembar takkan ambil perhatian kecuali disebut nama buah hati mereka.
"Harun tu ambil kelas BAT jugak ke Mai?" Tanya Tengku Amna.
"Mesti ada sesuatu antara diorang yang kita tak tahu..." Celah Tengku Adna.

"Haah, aku pelik jugak. Nadwah tu nak tolong apa kat tangan Mus?" Raja Maisarah berkerut dahi. Dia menunggu penjelasan dari Afreen.
"Nadwah tu ada talent mengurut orang. Jadi jadd (atuk) memang suruh dia pergi belajar masa dekat Cairo dulu. And sebagai waris jadd, murid jadd, tak sepatutnya dia melanggar batas antara lelaki dan perempuan. Itu yang Harun marah dia, nak mengingatkan kot.." Afreen menghirup air oreo space blend dari cawannya.
"Tapi takkan lah marah sampai macam tu? Teruk lah Harun ni.." Tuan Atiqah mengutuk.
"Itu, aku pun tak faham kenapa marah sangat..." Afreen hanya menggeleng.

"Mesti diorang berdua ada hubungan apa-apa belakang kita..." Usul Tengku Adna.
"Haah, mana tahu diorang couple.. Harun tu bapak dia Said jugak kan..." Sambung Tengku Amna menyokong pendapat kakaknya.
"Tak habis-habis lah korang ni nak gosip yang bukan-bukan.." Marah Raja Maisarah, mematikan prasangka mereka.
Tengku berdua mencebir bibir. Sejak kalah dengan Nadwah kerek tu, Mai pun dah ikut kerek. Bajet-bajet alim gitu.

"Esok birthday Cikgu Kamal, kan? Korang nak datang tak? Korang bawak hadiah apa?" Tuan Atiqah mengubah topik. Dia tak mahu rakan-rakannya duduk sekadar menghabiskan masa bersama dengan melayan smartphone semata-mata.
"Malaslah nak pergi, semua orang tahu orang tu takkan datang. Benda yang sama terjadi setiap tahun, bosan." Tengku Adna cepat menolak.
"Esok aku ada kelas khas BAT." Afreen menyatakan rancangannya yang tersendiri.
"Boleh aku join tak Reen? Kau dengan cikgu siapa eh?" Raja Maisarah mengambil peluang untuk lari daripada situasi kekok yang akan berlaku esok.
"Ustaz Aiman." Balas Afreen.
"Hah, ustaz tu ajar best! Kalau aku menyelit dalam kelas dia mesti dia tak kisah pun kan.." Pinta Raja Maisarah. Afreen tidak menjawab. Terus menikmati hidangannya.
"Korang betul-betul la.. Macam mana esok? Duit kek tu membazir je nanti.." Tuan Atiqah sedar sahabat-sahabatnya ini semakin berpecah-belah dengan pendapat masing-masing.
"Memang bazir pun. Kitorang cuma bayar untuk bagi Ameer tu diam je." Selamba Adna mengutuk ketua kelas mereka.
"Haah, dia tu sayang sangat kat ayah dia. Padahal aku tengok orang tu tak anggap dia sebagai anak pun." Sambung Amna lagi.
"Hmm.." Tuan Atiqah kecewa helahnya tak menjadi.

"Weekend ni kita hangout nak? Movie ke, shopping ke... Aku bosanlah. Nak dekat-dekat minggu SPM ni, cikgu semua buat kita ni macam anak tiri." Tuan Atiqah mengusul cadangan lain.
"Bagus jugak. Aku rasa macam nak pergi shopping tudung. Yang ada sekarang sekadar tudung sekolah je.." Raja Maisarah berkira-kira tentang rancangan hujung minggu.
"Eh, kau nak jadi hijabista pulak ke? Rambut kau kan lawa, rugilah nanti..." Tuan Atiqah hairan dengan idea Raja Maisarah. Shopping tudung?
"Takde yang ruginya. Rambut ni aku nak simpan. Tak nak tayang free kat semua lelaki. Bertimbun dah dosa aku." Raja "Kau tahu mana butik yang best, Reen?"
"Aku tak tahu la.. Tudung yang aku ada pun, dah nak reput. Simpan bertahun-tahun sejak pindah dari Cairo dulu." Jawab Afreen, juga berfikiran untuk membeli tudung baru.
"Haah, kau mana tahu kan tempat-tempat ni semua bagai. Selalunya kau follow je..." Raja Maisarah mengutuk diri sendiri yang bertanyakan Afreen sedang dia tahu akan hakikat itu.
"Macam best je, aku pun nak jugak lah. Elok jugak pakai time raya ke kenduri ke.. Takdelah nenek aku membebel lagi." Tuan Atiqah cuba menyertai perbualan dua orang pelajar BAT ini.

"Korang serius ke ni?" Tengku Adna dan Tengku Amna menarik muka.

"Reen, nanti ajak Nadwah sekali. Aku nak dia tahu keputusan aku ni. Lagipun diorang tu entah-entah belum pernah shopping lagi kat Malaysia ni." Raja Maisarah tidak mendengar bantahan itu.
"Lepas tu jom tengok movie. Aku teringin nak tengok Conjuring 2." Ajak Tuan Atiqah, ingin memeriahkan suasana.
"Sudah-sudah lah tu. Kalau kau nak tengok cerita seram, kau tengok sorang-sorang kat rumah. Kau tu menjerit bukan main kuat, buat malu kitorang je." Cemuh Raja Maisarah. Afreen terseyum sinis.
"Tapi Nadwah.." Afreen menghabiskan kek di dalam mulutnya. "Dia takkan pergi tempat macam tu."

"Kenapa?" Raja Maisarah dan Tuan Atiqah masing-masing hairan.

"Jadd pesan, jauhi tempat-tempat gelap lebi-lebi lagi tempat tu kan bercampur lelaki perempuan. Jadd kata itu semua boleh merosakkan ketajaman mata hati." Nada suara Afreen merendah. Sedikit kesal menyebut pesanan demi pesanan itu.
"Haah, la.. Aku tak nak pergi jugak lah.." Raja Maisarah mengerti akan larangan Syeikh Qaharuddin itu.
"Jap, jap... Dari tadi Reen sebut Jadd. Jadd tu apa?" Tanya Tuan Atiqah, tidak mengerti bahasa Arab yang dituturkan dalam perbualan mereka.
"Jadd tu atuk dia." Balas Raja Maisarah. Afreen diam melayan perasaan.
"Jadd tu nama atuk Qay dengan Nadwah?" Tuan Atiqah tetap bingung.
"Bukan.. Jadd tu maksudnya atuk. Reen tengah cakap pasal atuk dia la. Atuk dia dulu cikgu diorang dekat Mesir sana." Raja Maisarah memberi penjelasan.
"Oh," Tuan Atiqah mengangguk-angguk. "So, kita keluar shopping je ke?"

"Diorang berdua tu kan.. agaknya dah pernah round-round KL ke belum? Kita bawaklah diorang pergi mana-mana.." Raja Maisarah memberi idea sebagai jawapan kepada soalan Tuan Atiqah.
"Amna, Adna.. Korang ada idea tempat best?" Tuan Atiqah sengaja menarik Tengku berdua masuk ke dalam perbincangan.
"Err..." Tengku Adna keberatan.
"Kitorang tak follow kot. Ada family event." Tengku Amna sengaja berbohong.



sorry sebab gaya penulisan aku berubah-ubah dalam ni. and banyak perkataan berulang.
kalau korang marah sebab makin bosan citer ni, btau lah.
i too feel that its becoming more of a 1001 night story.... =="

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous