Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi
"Ameer, wait up!"

Nadwah menghampiri lelaki itu yang berdiri di hujung perhentian bas, dengan tangan menyeluk poket menunjukkan dia tak punya hati untuk melayan sesiapa.

"Ameer, who is Cikgu Kamal to you? You seemed to care 'bout him more than other teachers.."

"Dia.. Adli Kamal bin Bahrom. Aku, Ameer Rizlan bin Adli Kamal." Ujarnya senada. "..bin Bahrom."

Nadwah terdiam sejenak. Dia terkedu mendengar pernyataan itu. Dia benar-benar tidak menyangka.

"Dia kahwin dengan Maria, mak aku, beberapa bulan je. Itupun sebab nakkan zuriat. Tapi tiba-tiba bini dia Saliha tu mengandung, on the spot mak aku kena cerai." sambung Ameer, menjelaskan kisah hidupnya. "But then, dia seorang ayah yang baik. So bak kata mak aku, macam mana pun dia, dia still bapak aku."
Nadwah terdiam lagi.
"Oh, bas aku dah sampai. jumpa esok.."

"Ya ukht.." Qay menegur Nadwah yang tertegun sendiri di hujung jalan. "[Pak Cik Hud dah sampai..]"
Nadwah memandang tepat wajah adik kembarnya. "Lets.."

*****
"[Harun.. tolong jawab semua soalan aku ni.]"
"Soalan apa pulak kau nak tanya.. Leceh la.."
"[Tentang Ameer..]"
"Apa yang kau nak tanya..? Kau kesiankan dia eh? Tak payahlah.. Almost half of the class come from a broken family. Paling tidak pun, mak ayah diorang lebih pentingkan kerjaya berbanding diorang semua." "Tak payah la nak sedih sangat.. realiti masyarakat sekarang."
"[Ya?]"

Sepi memenuhi ruang. Mereka berdua terdiam sepi.

"Harun.. be honest to me. [Siapa sebenarnya yang kau maksudkan yang suka kat aku?]"
Harun tertawa kecil. Dia memandang Nadwah. "Kenapa kau concern?"
Nadwah membalas pandangan Harun. Dia tidak tahu apa harus dijawab.
"Kau tak payah lah peduli kalau kau tak suka. Dia takkan kacau kau. Diam-diam sudah.."
"Tapi dia.. is one of the class?"
"Yep, he is."

"Hah, borak apa kat luar ni?!"
"Najwa..!" Nadwah melatah kuat. Dia mengurut dada. Harun sekadar tertawa.
"Korang berdua ni.. duduk gelap-gelap.. Tengok bintang eh?" Qay bertanya naif.
"Taklah, Nadwah ni.. buka topik serius. Buat heart to heart..! Aduh!" Harun tertawa apabila Nadwah menyiku tubuhnya. Geli hatinya mengusik ratu ais ini.
"Heart to heart? [Tentang apa? Nak dengar jugak, kak..]"

Nadwah membuang pandang. Dia tahu adiknya ini tak mampu dihalang bila teruja.
"[Akak teringat.. suatu masa dulu, arwah syeikh pernah kata..jangan sesekali kita tewas dengan nafsu. Nafsu akan sentiasa mengajak kita ke lurah neraka, sedangkan iman bersusah payah menarik kita ke syurga abadi.]" Nadwah membuang oandang ke langit malam yang diterangi cahaya bulan.
Qay nampak terpukau dengan kata-kata itu. Harun sekadar menarik senyum segaris.
"Okey, so its been decided." Nadwah mengangguk sendiri.

"Kenapa, kak?" Qay bingung seketika.


Nadwah tidak mempedulikan soalan itu. Dia mengatur langkah ke ruang dapur untuk mencari segelas air. Qay memandang Harun.

"Apa? Dia dah decide, apa kaitan dengan aku pula?"

*****

Loceng awal persekolahan berbunyi. Dia melepaskan begnya ke tempat duduk dengan kasar. Sejurus, dia terus keluar semula dari kelas. Rakan sekelas yang lain tak peduli, masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing. Ada yang mula mengeluarkan bahan pelajaran, ada yang bersembang perihal drama tv malam semalam, dan ada juga yang baru sahaja menyiapkan kerja sekolah.
Nadwah menggamit perhatian Syahril di hadapannya. "Mustapha tak sihat ke?"

"Entahlah, Qay. Aku tak tahu pulak, aku tak nampak dia pun tadi. Maybe dia baru datang." Syahril menjawab tanpa berpaling ke belakang. Dia sibuk mengeluarkan alat tulis.

"Ehem.." Qay berdehem janggal.

"Kenapa..?" Syahril yang hairan dengan respon Qay, berpaling. Sejenak dia menyedari.
"Eh! Yang tanya aku tadi Qay ke Nadwah? Serius la..?!"

Qay tersenyum simpul, bangga dengan kakak kembarnya.

"Kena.. pa?" Nadwah berkerut dahi, pura-pura tidak tahu dengan apa yang menimbulkan keterujaan pada sahabatnya itu. Respon daripada Syahril itu membuatkan dia jadi segan.

"Sebut lagi sekali?" Syahril rasa teruja.

"Ap.."

"Apa kau bising-bising pagi-pagi ni, Syah?" Mustapha hairan melihat rakan semejanya itu.

"Nadwah ni, dia cakap Melayu tadi.. dah tak baku lagi..."

"So?" Mus mula membetulkan duduknya.

"'So' je yang kau boleh cakap? Sincere la sikit..."

Mus berpaling menghadap Nadwah. "Well.. keep it up. Ugh..." Mus berkerut dahi. Perutnya dilindungi dengan kedua-dua tangan.

"Mus, what happened to you? What did you ate yesterday?" Nadwah jadi cemas. Dia bangkit dan terus melihat keadaan Mus yang tertunduk menahan sakit.
Mus menggeleng kepala. Dia tak mampu berfikir dengan kesakitan yang dia rasai.

"Yaddikum!" Arah Nadwah. "Tangan!" Nadwah yang panik, meminta Mus menghulurkan tangan kepadanya.

"Nadwah." Harun menghentikan Nadwah. Dia menarik Mus dan memapahnya untuk dibawa ke bilik sakit. Sempat dia berpaling merenung ke wajah Nadwah dan berkata, "ainal hayaa'? [Mana rasa malu?]"

Nadwah terpukul.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous