Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Aku, Kau, Kita
  "You tak percayakan I kan? Cakap jelah..!" Marah Aisya untuk kesekian kalinya.

   "I trusted you, sayang..! Tapi abang tak percayakan lelaki tu. Macam-macam dia boleh buat kat sayang.. Dia boleh paksa sayang.. Dia boleh buat paksa rela.. Dengan kelebihan lelaki terhadap perempuan, memang abang takkan biarkan macam tu je. I will absolutely watch over you."
   "Alah.. mengaku jelah tak percayakan I..." Aisya melabuhkan punggung di sofa empuk berharga RM14,000. "I bersyukur sangat sebab you tak percayakan I saat I sendiri pun.. halfly trusted myself."
   Amir sedikit terkejut. Dia memandang tepat wajah isterinya.

   "You know, I takut sangat nak bagitahu you tentang kisah lama I dengan dia. I malas nak ungkit semua tu, nanti I yang sedih. I selalu sangat cemas bila terjumpa dia. Terfikir nanti you marahkan I, jealous, furious and etcetera..." Sambung Aisya lagi.
   "Jealous? Abang, jealous??" Amir mengangkat kening seperti menafikan. Baginya cemburu itu hanya sifat wanita. Itulah ego lelaki.
   "Jealous tanda sayang tau.. Kalau you tak jealous, I minta fasakh I kahwin dengan dia je lah." Usik Aisya, sudah keluar dari kerunsingan perbalahan mereka.

   "Eh, mana boleh!"

   "Kenapa tak boleh pulak? You tak sayangkan I, buat apa I jadi isteri you...?"
   Amir tidak terjawab. Aisya tersenyum bangga seperti baru sahaja memenangi kejuaraan dunia.

*****

   "Awak.. lepas!!" Marah Aisya.

   Lelaki itu terpaksa melepaskan lengan Aisya bagi mengelakkan perhatian khalayak. Dia mengeluh halus.
   "Sya, saya nak makan dengan awak sekejap je.. Salah ke?"

   "Salah sebab saya tak sudi. Assalamualaikum!" Ringkas jawapan Aisya lantas dia terus mengangkat kaki menjauhi lelaki itu.
   Lelaki tak guna itu menyebak rambutnya ke belakang.



   "Aisya..!"

   "Nak apa.." Aisya tersentak tatkala memalingkan tubuhnya menghadap lelaki yang menarik tangannya. Dia tak jadi menyentap semula tangannya. "lagi?"
   "Kenapa ni? Laju je berjalan.. Tak sedar abang panggil dari lif tadi.."

   Aisya serba salah. "Sorry.."

   "Abang nampak sayang masa abang keluar lif tadi.. Berkali-kali abang panggil, tapi sayang langsung tak dengar. Ada masalah ke?" Tanya Amir prihatin.
   Aisya menyusun kata untuk mengadu nasib. Sebaik sahaja ternampak kelibat Malek di belakang suaminya, dia terus menarik tangan Amir. "Jom kita balik."



   Wajah Aisya terus muram sepanjang perjalanan. Amir menahan diri daripada bertanya. Biarlah wanita itu menenangkan perasaanya sendiri terlebih dahulu.

   "Jantan tak guna!" Tiba-tiba Aisya mengetuk papan pemuka kereta. "Dulu.. dia janji macam-macam. Sayang kat kita, kononnya. Nak kita je yang jadi mak kepada anak-anak dia...." Air mata bercurahan. Amir diam sahaja, matanya cuba memberi perhatian kepada jalan raya. "Tiga tahun bercinta, sudahnya..? Dia hilang macam tu aje, tak cakap apa-apa pun. FB pun dia block kita." Air mata dikesat kasar. Amir mencelah untuk membuka papan pemuka dan mengeluarkan kotak tisu. Aisya menarik tisu sehelai demi sehelai dengan rakus.
   "Berapa bulan..? Berapa bulan kita tertanya-tanya..? Risau.. Entah apa salah kita dia buat macam ni. Entah apa jadi dekat dia sebenarnya.. Alih-alih, tanya kawan dia.. Rupa-rupanya parents dia suruh dia belajar ke luar negara. Nampak sangat keluarga dia tak suka kat kita!" Aisya menyandarkan kepalanya ke tingkap kereta. Lengan memangku kepala sambil menutup mukanya yang comot dengan air mata.
   "Sabar, Aisya.." Aisya ternampak sesuatu dari sisi lengannya. Dia mencebik.

   "Menyibuk je. Apa lagi dia nak?!"

   "Kenapa? Siapa?" Amir memandang ke arah kereta bersebelahan keretanya ini. Dia dapat melihat kelibat Malek di dalam kereta hitam itu. Keluhan halus dihembus.
   "Biarlah dia, Aisya.. Biarkan dia, sampai dia sedar sendiri yang Aisya tak perlukan dia lagi dah." Nasihat Amir. "Aisya dah tak perlukan dia kan?"
   Aisya memandang wajah suaminya. Apa maksud dia ni?

   Seketika, wajah Aisya memerah.

*****

   Aisya meletakkan makanan di mejanya. Tak semena-mena, kafeteria itu terasa menyesakkan dada.

   "Aisya.. saya makan dengan awak?" Malek muncul meletakkan makannannya di meja Aisya.

   Aisya tidak menjawab. Wajah berkerut.

   "Aisy.." Aisya meletakkan satu jarinya di hadapan muka Malek. Sebagai tanda meminta sedikit masa. Malek berkerut melihat Aisya. Aisya bergegas ke arah sinki,

   "Aisya.. awak..."

   "Excuse me." Aisya bergerak memasuki tandas setelah memastikan sinki yang digunakan tadi dalam keadaan bersih.



   Sebaik duduk di tandas, Aisya mengeluarkan telefon pintarnya. Kalendar diteliti. Kemudian, dia menelefon suaminya.

   "Hello, abang.. Are you busy right now?"
   "Tak, kenapa?"
   "Boleh temankan I? I tak sedap badanlah.."
   "Kenapa? Sayang tak sihat? Nak pergi klinik ke?"
   "Haah. Jom temankan I."
   "Okey, abang kemas meja ni kejap pastu abang turun."
   "Jumpa kat tempat parking lah."

   Aisya terus berjalan laju menuju tempat yang dijanjikan. Makanan yang dibelinya tadi dilupakan begitu sahaja. Dia terus keluar dari bangunan menunggu suaminya di tempat biasa.

   "Aisya!"

   Mengenali suara itu, Aisya menarik muka. Dia terus mencari kereta suaminya berdekatan situ. Tangan melindungi mata daripada silau cahaya mentari.

   "Aisya.. kenapa tak makan?" Malek menunjukkan perhatian terhadap buah hatinya.

   Aisya tidak menjawab. Dia terus mencari kelibat kereta suaminya.

   "Aisya.. saya nak awak tahu yang saya masih cintakan awak. Awak janganlah tak pedulikan saya. Saya tahu yang awak berkahwin dengan Tengku Amirul tu bukan sebab cinta, kan? Itu semua aturan keluarga je kan?" Sambung Malek, merayu agar diberi secebis peluang namun sedikitpun Aisya tidak mempedulikannya.
   "Aisya.. please, look at me.. Give me a chance.."

   Aisya naik jelak dengan kata-kata Malek. Tidak sesekali dia akan berpaling kepada kisah lampau yang pahit dan menyakitkan yang telah meracuni sebahagian umurnya. Mentari kian memancar terik. Aisya terasa pening. Tangannya sempat mencapai besi pemegang berdekatan.

   "Aisya! Okey tak ni?"

   "Dont touch me!" Malek dipukul dengan beg tangan.

   "Aisya, awak... tak boleh ke awak beri peluang kepada saya?"

   "Untuk apa? Untuk bercinta lagi? Untuk awak tabur semua janji manis awak tu?" Tempelak Aisya. Malek menunduk.
   "Malek, saya ni isteri orang.. Tak boleh awak buat macam ni.. Berdosa.."  Aisya merendahkan nada suaranya.
   "Malek, mencintai tak semestinya memiliki. Situasi kita dah berubah sekarang. In fact, apa yang kita buat dulu Allah tak suka.."

   "Kita buat apa?"

   "Couple. Couple tu ertinya kita mendekati zina. Kita berdua-duaan, walaupun ianya di khalayak.. Kita berbual-bual perkara yang tiada hajatnya.. Itu semua zina kecil. Dan apa yang Allah sebut dalam Al-Quran? Wa la taqrab az-zina, jangan dekati zina." Tegas Aisya menjawab. "Sudah-sudahlah, Malek. Lupakan je kisah lama. Saya pun dah nak jadi mak orang."
   "What?!" Malek terlalu terkejut untuk mempercayainya. "Saya tak percayalah.. Awak ni suka tipu kan? Awak tipu saya semata-mata nak buat saya putus asa je kan?"
   "Malek, dont touch me.." Aisya tidak senang dengan perilaku Malek yang mencucuk-cucuk lengannya. Hilang keseimbangan, Aisya hampir rebah. Malek sempat menyambutnya. Wajah Malek nampak terkejut. Aisya merenung wajah Malek.

   "Aisya!"

   Masing-masing tersentak. Amir mendekati mereka.

   "Kau buat apa dengan bini aku?" Amir menarik tubuh Aisya ke belakang badannya. Dia mendepani Malek dengan wajah menyinga.

   "Tak.. Dia.." Malek tergagap. Situasi tadi masih mengejutkan dirinya. Hatinya berdebar tak keruan. "Aisya nak terjatuh.. Tu aku sambut dia. Lagipun, aku yang buat dia nak terjatuh macam tu."

   Amir mencerlungkan matanya.

   "Apa-apapun, tahniah! Walaupun aku kerugian.. Takpe la, rezeki kau." Malek menjabat tangan Amir. Amir sedikit keliru namun dia bersahaja. "Nampaknya, Aisya bukan lagi orang yang sama yang aku kenal dulu. Yalah, pangkat pun dah upgrade.."

   Amir tidak menjawab. Dia sebenarnya tidak memahami apa yang diperkatakan Malek.

   "Okeylah.. Aku minta diri dulu."

   Amir memandang wajah Aisya dalam-dalam setelah Malek beredar. Dia bertanya dengan isyarat, kenapa dengan Malek?

   Aisya sekadar menyengih malu. "Jomlah kita pergi."

*****

   "Tahniah, encik!"

   "Sekejap, macam mana boleh jadi macam ni?" Amir menjerit tidak percaya. Wajahnya berkerut-kerut. "Anak siapa pulak ni?"
   "Abang..! Sampai hati.. Ini anak you..."

   "Penipu!" Jerkah Amir lantas bangkit berdiri. "Saya ni mandul. Macam mana pulak dia boleh mengandung? Lainlah kalau..." Amir sengaja berjeda, memandang wajah Aisya.
   "Kalau..?" Aisya bertanya semula. Pandangan Amir menyimpan makna bahawa dia mencurigai Aisya dengan Malek. "Sampai hati abang tuduh saya macam tu!!"

   "Sabar encik... Dari mana encik tahu yang encik ni mandul?"

   Amir terdiam seketika. "Suka hati akulah!" Amir terus meluru keluar. Aisya mengejarnya.
   "Minta maaf, doktor."



   "Abang.. tunggu!" Panggil Aisya. Amir terus berjalan tanpa mengendahkannya.

   Aisya naik geram. Beg tangannya dibaling mengenai kepala suami. "Tengku Amirul Imran!!"

  Amir berpaling. "Siti Aisya Nazarin!!" Amir menjeling isterinya. "Tahu tak memukul suami boleh dikira nusyuz..?"

   "Dah tu, Tengku tak mahu pedulikan patik. Apa cara lagi boleh patik lakukan untuk mencuri perhatian Tengku..?" Sengaja Aisya menggunakan nada seperti waktu mereka belum berkahwin dahulu. "Boleh Tengku ceritakan mengapa Tengku marahkan patik?"

   Amir tertawa kecil. Seumur hidupnya, hanya seorang inilah yang pernah membahasakan diri sebagai patik di hadapannya. Amir mencalit hidung, cuba menyembunyikan senyumannya. "Awak tu.. kenapa pergi mengandung?"

   "Salah saya ke saya mengandung? Anak tu kan anugerah Allah..."

   "Tapi ini..." Amir menggumam sendiri.

   "Kenapa, bang?"

   "Sudahlah, kita balik pejabat."

*****

   Amir mengeluh berat. Fikirannya bercelaru. Sudah dua bulan dia menjauhi isterinya. Pada tanggapannya, dia tak mungkin boleh mendapatkan zuriat. Namun, dia juga yakin bahawa Aisya tidak mungkin mencuranginya.

   "Tengku.. ada masalah ke?" Tanya Arif, pembantunya.

   "Arif.." Amir tersentak kecil. "Apa ada dalam jadual saya lepas ni?"

   "Tak ada, tengku. Baru saya sebutkan, jadual tengku kosong sehingga empat petang. Petang itu, tengku ada golf meeting dengan Syed Noor Azrai dari RayPharma." Jawab Arif penuh setia. Dia sedikit hairan melihat majikannya seperti hilang fokus. "Tengku ada nak ke mana-mana ke?"

  "Pukul empat..?" Amir melihat jam di tangannya. "RayPharma.."

   Amir terus mendail satu nombor dari telefon pintarnya sambil menyarungkan jaket dan berangkat keluar pejabat. Arif mengekorinya, namun Amir memberi isyarat menyuruh Arif tinggal di pejabat.



   "Hahaha! Kau serius, Imran?" Syed Noor Azrai terbahak-bahak mendengar sahabatnya itu mengadu nasib. "Kau datang sini.. kacau pejabat aku.. tak sempat tunggu pukul empat.. semata-mata sebab nak cakap pasal ni..?"

   Amir sakit hati mendengar gelak ketawa sahabatnya itu. "Aku serius la.. Kau ni gelak-gelak pulak.."

   "Kau percaya ke ubat yang aku bagi tu boleh buat kau mandul?" Syed Noor Azrai masih tertawa.

   "Kau tipu aku?"

   "Imran... anak tu anugerah Allah, kau tahu kan?" Syed Noor Azrai mula bersikap serius. "Apa yang aku inject kat kau dulu tu.. vitamin je. Untuk bagi otak kau tu berkembang sikit. Takdelah kau tu pesimistik manjang.."

   "Vitamin?" Amir mencebik. "Jadi selama ni.. kau tipu akulah?"

   "Imran.."

   "Ayat yang kau ajar tu?"

    "Itu ayat supaya redha, lapang dada terima apa ujian Allah bagi.." Jawab Syed Noor Azrai jujur. "Imran.. Aku tak nak kau terus fikir yang anak tu pembawa malang. Mak ayah kau dulu, jaga kau dengan penuh kasih sayang tau. Diorang sayangkan kau tau? Janganlah disebabkan kemalangann tu, kau anggap semua baby tu malang. Baby tu anugerah Allah..."

   "Kau tak payah nak  tazkirah sangat lah, Ustaz Azrai oi! Penipu..!" Amir membentak.

   "Imran!!"



   "Abang.. awal you balik?" Aisya menyambut Amir pulang seperti biasa. Sebulan sudah dia berhenti daripada kerjanya dan dia menyenangi rutin hariannya kini. Amir pula terus bermuram dengannya.
   Amir menghempas tubuh ke sofa empuk miliknya. Dia mengeluh memandang perut isterinya yang semakin membesar.

   "Kenapalah..."

   "Kenapa apa, you?"

   "Kenapa sayang sangat dengan ..." Pandangan mata dan riak wajah Amir berubah jelak. "ni?"

   "Ini?" Aisya membelai perutnya. "Kenapa you tak suka?" Aisya memulangkan soalan.

   "Tak rasa macam.. benda ni buat you nampak gemuk ke? Nampak.."

   "You rasa I dah tak cantik ke?" Aisya merenung wajah suaminya. "You... ini pengorbanan I. Sembilan bulan je.. untuk buktikan cinta kita. Then boleh kempiskan balik."

   "Bukti cinta kita? Tak cukup ke kita kongsi semua yang ada sekarang? Kenapa perlu ada orang ketiga..?"

   "Sampai hati you panggil anak kita orang ketiga? You ni... Dulu you suruh I gugurkan anak ni. Sikit je susah I mengandung, you mention gugur. Tak habis-habis! Apa you benci sangat dengan janin ni?"


  "Anak tu..." Amir meenggenggam tangan Aisya. Tangan isterinya itu dibelai mengharapkan apa yang disampaikannya akan meresap ke dalam jiwa cinta hatinya itu. "akan buat kita lingkup. Semua duit dan harta yang I usahakan, dia yang perabis. Kecantikan you pun.. habis."

   "You... harta, kecantikan.. itu semua sementara. Anak ni.. boleh buat kita bahagia sampai ke tua. Mungkin kita susah sekarang. I tak secantik dulu, tapi insya-Allah bertambah cantik. Seri keibuan. karisma tu... you tak tahu. Harta you, maybe kita nampak macam belanja kita besar sekarang. Tapi kalau kita pastikan akhlak dan peribadi dia dibentuk elok.. Kita akan untung besar hingga ke mahsyar nanti. Kita beri dia belajar agama.. belajar bisnes.. Dia akan usahakan dengan lebih baik, insya-Allah."

   "Semuanya insya-Allah. Semuanya tak pasti." Amir bangkit dalam keadaan marah. "Kenapa sayang tak nak faham abang? Penatlah bercakap dengan sayang ni.." Dia terus melangkah ke bilik air.

   "Abang... bukan I tak nak faham you. Tapi pemikiran you tu yang salah!" Tegas Aisya.

*****

Terus-terusan Tengku Amirul tidak meredhai akan isterinya itu dan membiarkan sahaja apapun yang terjadi kepadanya. Sehinggalah suatu hari, hatinya terpanggil untuk membuat panggilan kepada Aisya. Dua tiga kali panggilan tiak bersahut, dia hampir berputus asa. Fikirnya, isterinya itu tidak mungkin akan menjawab. Semena, dia mendapat panggilan daripada Syed Noor Azrai.

   "Imran! Kau call Aisya banyak kali ke? Aku minta maaf, henfon isteri kau habis bateri on the way tadi masa kitorang nak call kau. Aku fikirkan kau takkan ambil kisah jadi aku biarkan je.. By the way, congratulations!!"

   "What?" Berkerut Amir tidak memahaminya.

   "Hm, Aisya baru je bersalin. Anak lelaki! Dia sekarang dekat hospital aku ni la.. Aku yang bawa dia ke sini.."

   "Huh?"

   "Anak kau comel, Im.. Aku.."

   "Kau, Ray! Jangan cari pasal dengan aku!! Aku tak peduli apa pun alasan kau, tapi kalau aku dapat tahu kau jumpa dengan Aisya lagi kat belakang aku.. habis lah kau!"

   Syed Noor Azrai menelan liur. 'Dia ni, tak tahu gembira ke anak dia dah lahir?'

   "Sekarang bagitau aku, mana wad Aisya?"



   "Sorry, sayang. Abang salah.. abang terlalu takut untuk ditinggalkan sendirian buat kali kedua. Abang tak mahu perkara tu berulang lagi, sebab tu lah..."

   "Sudahlah, bang. Aisya dah dengar dari Syed Noor Azrai." Aisya mencelah. "Abang.. semua tu bukan salah abang. Kemalangan tu.. terjadi atas takdir Ilahi. Abang janganlah bersedih je dengan kehilangan mak ayah abang. Mak ayah abang gembira dengan kehadiran baby tu.. Redhakanlah..."

   Air mata jantan menitis membasahi katil pesakit.

   "Abang tahu.. cuma abang betul-betul terkejut masa tu. Abang rasa tak percaya abang boleh dapat adik masa umur 18 macam tu. Mak ayah pun.. dah lanjut usia.. Abang... abang..."

   "Abang.. tak ada gunanya abang menyesal dengan masa lalu. Masa lalu sudah berlalu, masa depan ni yang penting."

   "Maafkan abang..."



takkan ada masalah yang tak dapat diselesaikan
hanya kita yang menentukan mahu atau tidak
dan orang ketiga, sedikitpun takkan memperbaiki keadaan
kecuali dengan bertaqwa kepada Allah

{ PS ; sorry but ive ran out of idea. dah tak mampu nak simpan lagi sebagai draf,, }

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous