Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Noktah Pertama

"Nama FB kau Fyra Cun kan?"
"Apahal?"
"Jadi betullah?"
"Kau nak apa?"
PIAP !!

Tamparan itu mengejutkan seisi kelas Empat Mahir. Sunyi mengisi ruang sementara semua mata milik kelas Empat Mahir tertumpu kepada si penampar dan mangsanya.

"Itu balasan sebab mengutuk Eyda Weyda dan menyebar gambar lucah kau dengan Syafiq Selamber dalam FB. Bertaubatlah sebelum kau mati!!"

Lancang si penampar memberikan amaran. Perempuan itu terus beredar meninggalkan kelas semasa mereka masih terpinga-pinga. Dan seorang guru memasuki kelas itu sebelum sempat mereka berfikir untuk mengejar bahkan membalas perbuatan perempuan itu.



"Sorry, Ein. Aku punya pasal, kau pulak yang kena." Syafira memohon maaf dari rakannya itu. Dia serba salah melihat pipi yang memerah akibat tamparan tadi.
"Takpe, kau kan kawan aku.." Tuala sejuk ditekap pada kesan tamparan tadi bagi meredakan sakit. Nadanya bersahaja biarpun percakapannya kurang jelas akibat luka di tepi bibir. "Dah dia datang tiba-tiba, marah-marah cari kau. Muka macam bukan budak kelas-kelas bawah.. Aku peliklah, kenapa pulak cari kau?"
"Sorry, Ein. Tetiba je sesat kat kau, en.." Maaf diucap buat kesekian kalinya.
"Siapa Ieda and apa kena-mengena dia dengan Syafiq?" Dia bertanya sekadar ingin tahu.
"Eyda tu ex-girlfriend Syafiq. Budak kelas atas. So, mungkin tu kawan Eyda kot." Balas Syafira.
"Kau dengan Syafiq.. ehem-ehem ke macam yang dia cakap tu?" Dia bertanya lagi.
"Mana ada. Kitorang ringan-ringan je. Takde pun masuk FB. Sekadar gambar biasa-biasa je.. Aku pun tak paham dengan perempuan tu.." Syafira berdalih dengan mengatakan hubungannya dengan teman lelaki tidaklah seteruk yang diperkatakan si penyerang tadi.
"Hmm..." Dia berfikir sejenak. Baginya itu merupakan satu masalah. "Aku rasa baik kau delete FB kau tu, buat akaun lain. Selamat sikit. Takdelah benda macam ni jadi lagi."
"Kau apahal? Ingat aku takut ke??" Syafira mendabik dada. Egonya dipertahan. "Benda macam tu, small matter la.."



*****

Sebatang tubuh berhenti di sisi mejanya membuatkan dia berasa terganggu. Sambil mulut mengunyah roti, dia mendongak mencari wajah si pengganggu. Tetamu tak diundang itu memandang tepat wajahnya. Dia membalas dengan renungan mencerlung. Mereka berdua saling berbalas pandangan. Udara persekitaran berubah dingin.

"Aku nak cakap dengan kau." Ujar perempuan itu.
"Cakap je lah." Balasnya sambil mendepakan tangan tanda menyuruh si pengacau meneruskan perbualan di hadapan rakan-rakan sekelasnya.
"Personal." Si pengacau berasa tidak senang.
"So?" Sebelah kening diangkat menyatakan dia tidak peduli.
Si pengacau diam.

"Aku nak minta maaf." Si pengacau bersuara setelah beberapa ketika. "Nama aku Farahin. Fyra tu meja sebelah aku. Aku dah check FB dia. Walaupun aku rasa gambar tu biasa je, tapi aku tau pada korang itu benda besar. Korang kan ambil Syariah. Pasal Eyda, aku tak boleh buat apa-apa sebab kemungkinan besar itu semua salah Syafiq."

Dia terdiam. Matanya terus merenung wajah si pengacau.
"Kau.. bukan Fyra Cun?"

"Bukan. Fyra tu kawan aku." Si pengacau berlagak tenang biarpun dia berasa gementar menerima sebarang tempikan kerana dia bersalah.
Si pengacau telan liur apabila dia bangkit berdiri.

"Apasal hari tu kau tak cakap..?"

Si pengacau kelihatan terkejut. Tentulah kerana tidak menyangka dirinya akan menerima pelukan hangat. Matanya terbuntang.

"Mesti pedih aku tampar hari tu, kan.. Sakit lagi tak?" Si pengacau terus diam apabila wajahnya dibelek-belek. Otak bekunya tidak memahami sikap perempuan di hadapannya apatah lagi setelah perempuan itu pula yang meminta maaf darinya.
"Actually, aku geram dengan si Syafiq tu. Dulu sibuk couple dengan Eyda.. Aku tak kisah sangatlah sebab Eyda tu aku tengok baik budaknya. Ini...?" Perempuan itu menggelengkan kepala. Farahin mengerling tag nama pada tudung putih yang dipakai. Atiqah?
"Kalau ibu tahu mesti ibu sedih.." Perempuan itu berbicara sendiri.

Farahin diselubungi tanda tanya.

"Mesti kau pelik, kan? Nantilah. Lepas sekolah aku ceritakan. Aku pun ada benda nak minta tolong kau. Sekarang ni balik kelas dulu, rehat dah nak habis ni. Jumpa kau kat padang."

Farahin terus tertanya-tanya sendiri. Sewaktu melangkahkan kaki keluar dari kelas itu, dia berpaling merenung papan tanda kelas.

Enam A Syariah.

Farahin tersenyum. Nampaknya betullah...

*****

"Fyra.. Malam ni kau pergi sana? Aku nak follow boleh tak? Bosan lah..." Farahin berjalan menyaingi langkah rakannya itu.
"Eh? Sejak bila kau pandai buat kerja-kerja camni? Tiba-tiba jeh.." Syafira menyungging senyum. Tak menyangka Farahin akan menunjukkan minat untuk melangkah ke kelab malam.
"Aku bosan duduk rumah. Aku cakap lah dengan mak ayah aku yang aku keluar dengan kawan perempuan. Bukan aku tipu pun." Balas Farahin bersahaja.
"Serius ke kau nak ikut aku? Aku pergi dengan Syafiq. Nanti kau bosan pulak sorang-sorang." Syafira bertanya lagi untuk kepastian.
Farahin diam menarik muka.
"Alala, buat citer sedih pulak. Okeylah. Kalau betul kau nak pergi.. nanti aku carikan orang untuk temankan kau."
Muka Farahin berubah jadi berseri-seri. "Betul ke ni?"
"Iya.."


Farahin sekadar duduk di tepi. Dia berasa mual dan tidak senang dengan suasana di dalam kelab malam ini. Lampu berkelip-kelip dalam bilik gelap dan ditambah lagi dengan bau alkohol yang menyusuk hidung, dia jadi pening.  Ingin sahaja dia tolak ke tepi lelaki yang sedari tadi menghimpitnya dengan pelukan sisi.

"Ein! Are you okay? Enjoy la.." Tegur Syafira dengan suara meninggi. Ayatnya kedengaran bercampur aduk dengan lagu yang dipasang kuat menggegarkan jantung.
"Haha, tak biasa la tu!" Celah Syafiq yang sedang memeluk bahu Syafira. Farahin ingin menarik baldi melihat pasangan dua sejoli itu bermesraan tanpa segan silu. Dia jadi sebal.
"Okey!!" Farahin menunjukkan isyarat tangan namun wajahnya jelas menunjukkan perasaan sebenarnya.

Seketika, Syafira melepas pelukannya dengan Syafiq. Dia mendekati Farahin.
"Ein, kalau kau menyesal datang sini takpe la. Kitorang boleh hantar kau balik.."

"Eh, balik? Baru sekejap takkan dah nak balik kot?" Ujar lelaki yang duduk rapat dengan Farahin. Farahin mencebik, meluat melihat lelaki itu.
"Haah, Fyra. Kita ni baru je duduk. Tak sempat nak berkenalan pun." Syafiq berkerut dahi. Hairan dengan tindakan Syafira. Syafira kelihatan mengenyitkan matanya sebagai isyarat antara mereka. Syafiq kelihatan tersenyum.

"Hmm.. aku okey." Farahin cuba bertahan. "Tak payah la risaukan aku."

"Tapi Ein.. Kau tak nampak okey pun. Kau nak rehat? Aku tau mesti kau tak selesa dengan lampu ni kan? Jom la, at least kita rehat kat rumah Syafiq dulu ke..."

Farahin mengerling wajah Syafira.  "Takpe ke?"

"Takpe.. Jom."



Di rumah Syafiq, Farahin diselubungi resah. Suasan di dalam rumah Syafiq terasa menyesakkan dada. Dengan kehadiran lelaki yang menemaninya tadi, dia berasa takut. Air yang dihidangkan Syafira dibiarkan di atas meja.

"Fyra.. kau.."

"Em.. aku dengan Syafiq nak.." Bisik Syafira sambil mengenyitkan mata.
"Bukan kau kata korang ringan-ringan je?" Farahin berkerut seribu, seperti tidak mempercayai rakannya itu.
"Kau percaya??" Syafira sekadar senyum simpul sambil membuka pintu bilik Syafiq. "Kalau kau bosan, kau ringan-ringan la dengan kawan Syafiq tu."
Farahin menelan liur. Dia memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu merapat.

"Actually, ni rumah siapa eh?" Farahin sengaja mengalih tumpuan lelaki itu dari agenda utamanya.
"Rumah abang aku. Kenapa?"
"Apsal Syafiq dok sekali?"
"Saje.. Kitorang kawan
"Kalau camtu aku nak blah ah. Malas nak layan korang." Farahin bangkit dan terus keluar rumah.
"Ein..! Kau tak nak temankan dia ni ke? Sian dia.." Panggil Syafira.
"Fyra, kau pun tahu aku tak minat semua ni. Aku cuma bosan hari ni je. Aku menyesal and aku takkan ikut kau lagi dah." Farahin sekadar senyum segaris sambil memakai kasutnya
"Awak.. kalau ya pun at least kita tukar nombor phone? Mana tahu lain hari awak bosan lagi?" Lelaki itu mencelah.
"Ah.. terima kasih je lah ye.." Lembut Farahin menolak.

Farahin berjalan menjauhi rumah itu. Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya.
"Akak katne?"

"Pandang belakang."

"Akak!"

Telefon disimpan semula. Dia cepat-cepat menaiki kereta hitam itu.

"So, itu tempat Syafiq tinggal sekarang?" Tanya Atiqah sambil meneruskan pemanduan.

"Haah, teruk betul kat dalam tu.." Ulas Farahin.

"Kenapa?"

Farahin terdiam seketika. Dia berfikir-fikir samada untuk meneruskan percakapan atau tidak.
"Bersepah." Ujarnya.

"Hmph, biasa la.. Lelaki."

Atiqah meneruskan pemanduan sehingga ke rumah Farahin. Sepanjang perjalanan, meresa tidak sedikitpun bersuara lagi.

"Hey, terima kasih sudi tolong aku. Aku harap kau kuat sebab lepas ni mungkin aku buat kau susah lagi. Watch your back, assalamualaikum!"

Farahin terkedu. Kata-kata Atiqah itu tidak difahaminya.

*****

"Semua ni kau punya pasal kan? Perempuan tak guna!! Kau yang report kat keluarga Syafiq sampai dia kena pindah, kan?!""

Farahin sekadar diam tidak membalas. Dia tahu tempikan Syafira takkan berhenti selagi rakannya itu tidak penat dan bosan. Dan semua itu mungkin akan berlaku dalam masa.. mungkin seminggu.. atau mungkin lebih lama.
Farahin beristighfar di dalam hati. Memohon kekuatan dari Ilahi agar dia dapat meneruskan pembelajaran dengan baik. Juga berharap ada insan lemah yang bisa memberanikan diri untuk memungutnya dan memberikannya kekuatan.

Seketika lengannya ditarik berdiri. Dia memandang wajah milik perempuan yang kini berdiri di sisinya.
"Hoi, Fyra! Siapa sebenarnya yang tak guna hah? Kau tu, perampas! Dah tu jalang pulak!! Tunjukkan maksiat kau dengan Syafiq laki tak guna tu dekat seluruh dunia!! Kau fikir Tuhan takkan balas perbuatan kau? Dasar penzina!!!" Tempik perempuan itu menyembur amarah yang sekian lama berbuku di dalam dadanya.

"Kau tak payah nak salahkan aku la Syahidah.. Syafiq tak nak kat kau sebab kau tu bosan. Langsung tak reti nak layan dia. Sebab tu lah.."

"Dah tu, kau nak aku bagi seluruh badan aku ni kat dia walaupun dia tu belum jadi suami aku? Itu namanya zina!! Dasar tak tahu agama! Bodoh sombong! Berlagak!!"

"Kau.."

PANG !!

"Farahin!"

Mulut Farahin berdesis. Perit pipinya menahan sakit. Perlahan-lahan dia mengukir senyum lantas mengangkat muka.

"Fyra, aku buat semua ni untuk kebaikan kau. Kalau betul selama aku duduk meja sebelah kau, kau anggap aku kawan.. Mesti kau boleh fikir dengan jelas kenapa aku buat semua ni. Aku cuma nak betulkan kau, nak sedarkan kesalahan kau. Itu je.."

"Sedarkan aku? Hei, kau fikir aku tak sedar ke apa yang aku buat??" Syafira mencebirkan bibir.

"Memang pun!!"

Farahin menggeleng kesal apabila melihat Syahidah terus-terusan menghambur cemuhan seperti orang hilang akal.

"Hei kaufikir..."

"Sudah!! Diam!!"

Syafira tidak sempat membalas kata-kata Syahidah akibat jeritan Farahin itu.

"Korang berdua ni bodoh eh? Gaduh pasal lelaki tak guna macam tu.. macam dah takde lelaki lain dalam dunia ni yang lebih baik berbanding dia untuk korang rebutkan. Lelaki perosak dara tu jugak yang korang gaduhkan, en?"
"Kau, Eyda.. kononnya kau kata yang Fyra ni tak tahu agama, jahil! Tapi kau tu.. tahu agama, tahu mencarut tu dosa, memfitnah tu dosa, tapi kau buat jugak! Kauhambur segala perkataan kat Fyra, macam Fyra tu boleh insaf kalau kau label dia macam tu!! Orang jahil macam kitorang ni, jauh dari jalan lurus, macam mana nak dekat dengan orang macam kau kalau korang asyik nak mengutuk je.. Kan berbudi bahasa tu sunnah nabi? Nabi tak ajar kita macam ni, kan..?"
"Fyra.. sudah-sudahlah. Sebagai perempuan, kau tak malu ke kat orang.. kau dah takde dara.. nanti nak kahwin, laki kau persoal.. mak mertua kau pun mesti pandang slack punya kalau dia tahu. Ke kau tak nak kahwin seumur hidup? Orang tegur untuk kebaikan kau, tapi kalau kau rasa kau sekarang ni dah cukup baik.. Ikut suka kau lah. Aku tak boleh nak paksa. Your life, your choice."
Luka yang masih berdarah di hujung bibir ditekan. "Dah lah.. aku nak pergi tandas."

Syahidah memandang wajah Syafira. Syafira membalas dengan jelingan.





Farahin mendongak ke langit. Kelas Enam A Syariah direnungnya. Masih dia ingat kali pertama dia bertemu dengan seniornya itu. Tamparan yang menyengat dan kemarahan yang berapi-api. Dan Farahin sedar, marah Atiqah itu adalah kerana Allah. Kerana dia ingin menyelamatkan adik kesayangannya dari maksiat zina.

"Aku cakap awal-awal. Kalau kau sudi tolong aku bermaksud kau sanggup untuk sakitkan hati kawan kau tu. Dia mesti sakit hati punya kalau dapat tahu kau tolong aku ni."
"Takpe, kak. Apa yang dia buat tu memang salah. Tapi.. sungguh ke akak nak panggil JAKIM?"
"Entahlah, aku pun tak pasti. Tapi kalau tak buat macam ni, Syafiq tu takkan sedar, takkan kembali ke pangkal jalan.. takkan balik rumah. Aku tak nak dia jadi anak derhaka.. tak sanggup biar dia ambil jalan ke neraka.."

"Akak.. saya akan ikut cara akak. Bawa orang masuk syurga, jangan dibiar melencong ke neraka."


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous