Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
Perlahan mereka beriringan. Memasuki ruangan doktor, ibarat mimpi ngeri buat Tasnim. Hud tahu itu. Semuanya sejak isterinya itu disahkan menghidapi penyakit kronik. Kaki melangkah ke dalam, tangan bertaut rapat. Wajah Tasnim kekal kosong. Sehingga mereka melangkah keluar dari tempat keramat itu. Dalam diam Tasnim ada gusar. Hud cuba mengusir keresahan itu, cuba menjadi kekuatan buat wanita ini.

"Aniem.. jangan lupa cakap doktor. Kena teruskan makan ubat dengan betul. Di samping banyakkan air masak dan kurangkan gula dan garam. Aniem dengar kan?"

Sang isteri menggeleng.

"Tak dengar? Dah tu Aniem buat apa kat dalam tadi??" Hud bertanya dengan nada mengusik. Senyuman tak lekang dari bibir.

"Orang takut. Orang pekakkan telinga je." Lemah kedengaran suara Tasnim mengakui kelemahannya.

"Pekakkan telinga?!" Hud ketawa besar. Terhibur dek kerenah isterinya yang seperti anak kecil saat ini. "Aniem jangan lah takut. Hud bawak pergi jalan, jom?"

"Pergi mana?" Tasnim tertanya.

"Pergi wayang, then kita pergi cari buaian. Aniem kan suka berbuai..?" Tangan isterinya ditarik sambil mereka melangkah memasuki pusat beli belah berhampiran.

*****

"Aaaahh!"

"Hebat Aniem jerit kat dalam tu tadi." Usik Hud sambil mereka berjalan keluar dari pawagam. Tasnim tersipu malu. Dia menundukkan wajahnya yang merona merah.
"Cuba jerit sekali lagi.."

"Janganlah kacau.. Tadi orang terkejut lah. Kenapa mak dia tiba-tiba nak hentak dia pulak...? Tak logik!" Marah Tasnim sambil memukul tubuh suaminya. Dia diselubungi rasa malu.

"So kalau Aniem, takkan cederakan anak-anak lah?" Tanya Hud sekadar mengusik.

"Apa abang merapu pulak tu?" Tempik Tasnim, masih marah.

"Eh?" Hud berjeda.

"Apa 'eh'?" Soal Tasnim semula.

"Panggil apa tadi? 'Abang'?" Hud menyoal lebih jelas.

"Hmm?" Tasnim berkerut hairan. Sejenak dia berfikir.

"Panggil 'abang' eh tadi?" Soal Hud sekali lagi.

"Tak tahu. Kenapa? Nak Aniem panggil Hud 'abang'?" Putus Tasnim. Dia tidak mahu memberatkan kepala berulang-ulang memikirkan ayatnya sendiri.

"Boleh jugak.." Balas Hud sambil tertawa riang. Seronok dia mengenakan Tasnim.

"Mengada!"



"Abang, nak aiskrim!"

Kedua-dua mereka berpaling. Tidak jauh dari kedudukan mereka, seorang budak perempuan meminta abangnya membelikan aiskrim dari gerai McDonalds.
Mereka tertawa serentak. Baru sahaja mereka bertekak mengenai panggilan abang.

"Panggil Hud 'abang', Hud belikan aiskrim McFlurry." Hud mengusik lagi. Sengaja dia ingin melihat kesungguhan wanita itu.

"Boikot!" Tegas Tasnim.

"Sekali-sekala..." Hud bersahaja.

"Tak nak!" Tasnim menjarakkan diri sedikit jauh dari Hud. "Tak nak bunuh anak-anak Aniem kat sana..!" Dan wanita itu terus melarikan diri.

"Ahaha, Aniem.. Aniem.." Hud menggeleng kepala memikirkan gurauan apa yang sedang dimainkan isterinya. Tawanya meleret sehingga dia menyedari Tasnim tidak membawa beg tangannya bersama. Beg tangan berwarna biru muda itu tertinggal di atas bangku berdekatan tempat aiskrim tadi. Hud jadi kalut.

TIT NET NOT NET

Deringan henfon milik Tasnim aneh sekali. Hud mendapatkan henfon itu dari dalam beg isterinya.

"Hello.."
"Hello, encik ni suami pemilik fon ini ke?"
"Ya saya, apa dah jadi?"
"Isteri encik ditemui tidak sedarkan diri."
"Kat mana tu?"

"Pfft.. abang percaya ke? Tak cam suara isteri sendiri?!"

"Aniem..!" Hud tidak percaya dia dipermainkan.

"Ahahaha!! Henfon sendiri kena seluk pun tak perasan.."

"Aniem..?" Hud meraba-raba poket seluarnya. Dia sedar Tasnim sedang menggunakan henfon miliknya.

DBUK !

"Aniem!!!"



"Aniem okey?" Soal Hud sebaik sahaja punggung Tasnim terletak di bangku. Dia risau dengan keadaan isterinya yang ditemui kepeningan.
Tasnim mengangguk lemah.

"Kita balik jom?"

"Kata..."

Hud terhenti dari menarik Tasnim bangun.

"Nak beli buaian untuk Aniem..?" Soal Tasnim.

"Heh, kita order online je lah. Kita balik dulu eh?"

Tasnim tidak banyak soal. Hud tahu, isterinya sedang lemah.

*****
"Okey? Sayang tidur dulu, nanti Hud datang balik."

Harun Amir hairan. Semenjak dua menjak ini, ibunya tidak lagi bangun seawal pagi. Dahulu Harun Amir menduga hal itu untuk  hanya sementara waktu. Namun ibunya tidak lagi menemani studi paginya bahkan tidak juga bangun untuk menyediakan sarapan. Harun Amir tertanya-tanya sendiri.
Tasnim bukanlah mengandung untuk kali kesekian kalinya, dan berdasarkan perbualan sebelum ini Hud mengatakan Tasnim tidak menghidap penyakit barah. Mungkinkah ibunya itu menghidapi sejenis penyakit kronik yang masih boleh diubati berbanding barah?

Harun Amir menutup bukunya sebaik mendapati Hud duduk untuk mengambil secawan dua air masak sebelum kembali ke bilik tidur. Harun Amir mengambil kesempatan ini.
"Ayah balik dari mana?"

"Harun tak tidur lagi? Syahmi dah tidur kan..?" Hud keluar topik. Bukan niatnya untuk mengelak soalan Harun Amir. Tapi dia penasaran dengan rutin anaknya ini. Ini bukan kali pertama dia melihat Harun Amir berjaga sehingga tengah malam.
Harun Amir mengerling buku-bukunya yang memenuhi ruang meja makan.

"Petang tadi ayah bawa ibu pergi jumpa doktor. Lepas tu kitorang keluar jalan-jalan. Harun tahulah, dating kejap.." Hud menyengih. Dia tak mahu berseindung kerana pada hematnya Harun Amir sudah cukup dewasa untuk mengerti. "Harun nanti besar jangan buat macam ni dekat anak dara orang tau. Untuk isteri je. Okey?"

Harun Amir diam sahaja. Tiada sebarang respon. Hud menuang lagi air putih kedalam cawannya. Terasa panas pula pada malam ini.

"Ayah.. boleh Amir tahu?"

Hud mengangkat kening. Cawan masih di bibirnya.

"Sebenarnya.. ibu sakit apa?"

Wajah Hud berubah.

"Amir tengok.. ibu selalu sangat penat. Macam.. stamina dia dah takde. Ini, balik pukul sepuluh tapi terus tertidur.. Baru pukul sepuluh, ayah..?" Amir menyatakan kegusaran dengan dahi berkerut. "Beritahulah, ibu sakit apa?"

"Ibu.. sakit kuat. Perlu makan ubat dengan teratur, perlu check up ke hospital secara berkala. Ibu Amir masih larat.. tapi dia sakit." Hud menunduk. Sayu dalam memberi penjelasan kepada anak ini.

"Sakit apa? Sakit kronik ya, ayah?"

Hud mengangkat muka. Dari mana Harun Amir mengetahui hal ini?

"Hari tu, ayah sebut tentang barah. Ibu sakit kuat yang macam mana, ayah?" Penjelasan Harun Amir cukup untuk membuktikan anak itu bijak berfikir. Dan remaja itu akan terus berfikir mengenai ibunya. Hud menelan liur.

"Harun..." Hud diganggu rasa bersalah.

"Bukan Harun, Amir!" Harun Amir sedikit geram.

"Amir.. ibu...." Hud membetulkan panggilannya. Dia masih teragak-agak untuk memberitahu.

"Bang Mir..."

Perhatian terganggu. Mata tertancap ke arah si kecil yang kini berdiri di hujung meja.

"Ami nak gi tandas..."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous