Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
Tasnim tersentak. Matanya terkebil-kebil.

"Kenapa, sayang?" Hud terkejut melihat isterinya terjaga dari tidur.

Tasnim berkerut tidak menjawab. Nafasnya berubah laju.

"Sayang.. its okay. Mimpi je tu.." Hud membelai lembut ubun-ubun isterinya. Tangan kanan Tasnim digenggam erat sambil dia membisikkan zikir penenang ke telinga isterinya itu. Dia tahu isterinya kepenatan setelah keluar rumah sepanjang hari.
Kedengaran Tasnim mengambil nafas dalam. Igauannya berhenti. Ada butiran jernih jatuh dari tubir matanya. Hud teringatkan tangisan Tasnim 20 tahun yang lalu. Tangisannya tanpa suara namun berterusan selama beberapa hari.

"Aniem... sudahlah tu. Itu semua takdir Allah."
Air matanya tetap berjuraian biarpun esakannya begitu halus sehingga tidak kedengaran dek deria telinga. Namun aku tahu, dadanya sakit menahan tangis. Tubuhnya terseksa melawan henjutan.
Aku menundukkan pandangan. Sekiranya bukan kerana aku tercedera sehingga tidak mampu bangkit.. sekiranya bukan kerana lengan kananku berbalut.. sudah pasti akan kubawa tubuh itu ke dalam dakapanku. Aku ingin menenangkannya.

"Hud..!" Tanpa disangka-sangka, Tasnim merebahkan kepalanya dekat dengan tubuhku. "Syifa'.. along.. angah.. semua...." Dia terus teresak.

"Hud tahu. Bersabarlah..." Aku mengusap kepalanya dengan tangan kiriku. Hanya kata-kata itu yang mampu kuucapkan. Aku tidak tahu bagaimana untuk berkongsi rasa dengannya, dan aku tahu tak mungkin untuk aku merasai apa yang dirasakannya sekarang. Dalam kemalangan tadi, lori besar itu meragut nyawa seluruh ahli keluarganya selain aku. Dia tinggal sebatang kara seandainya aku juga meninggalkan dunia ini. Kesedihan yang dialaminya itu, tak mampu untuk aku bayangkan perasaannya.

"Ahh.. Hud...!"
Aku terkejut melihat wajah Tasnim menahan perit. Aku dapati dia menekan perutnya dan darah mengalir di bawah kerusi rodanya. Kalut, aku menekan punat yang berfungsi untuk memanggil jururawat.

*****

"Assalamualaikum..."

"Ayah!!"

Hud terkujat. Harun Amir kelihatan begitu risau menyambutnya di pintu rumah. Hud menduga sesuatu terjadi kepada Tasnim.
Tanpa sebarang penjelasan, Harun Amir menarik ayahnya ke dapur.

Di dapur, Hud dapat melihat Tasnim merenung tembus ke dinding. Fikirannya kosong. Hud mengeluh halus. Perlahan-lahan, dia mendekati isterinya itu.
"Dadah je, bukan racun pun..,"

Tasnim tersentak. Pandangan dialihkan ke sebelah kiri di mana Hud melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang sepadan dengan meja makan mereka.
"Hud."

"Fikir apa? Tak mati pun lah telan ubat macam tu..." Perli Hud, tidak lagi menjaga hati isterinya itu. Dia kepenatan.

Tasnim melepas pandang. "Ya ke?"

"Iya..." Pujuk Hud lagi. Tasnim terus termenung. "Fikir apa lagi?"

Hud jadi geram lantas dia menolak pil ubat di tangan Tasnim ke dalam mulutnya. Cawan berisi air dihulur.
Air itu diteguk elok oleh Tasnim. Namun seketika kemudian, dia menyembam muka ke dada suaminya.

"Aniem..?" Hud tertanya-tanya tentang apa yang ada di dalam fikiran isterinya.

"Harun..." Kedengaran wanita itu teresak.

"Kenapa Harun?" Hud bertanya lembut.
"Dia pun.." Tasnim masih teresak
"Dia apa?" Hud bertanya lagi.
"Dia tak suka ubat jugak. Tapi last last dia terpaksa bergantung dengan ubat..."

Hud tahu Tasnim sedikit terkesan dengan kematian Harun dan prinsipnya untuk tidak bergantung dengan dadah. Dia tersenyum segaris.
"And dia pergi sebab tak makan ubat kan?"

Esakan Tasnim melebat.

"Jadi Aniem kenalah makan ubat elok-elok. Jangan buat macam ni... Anak-anak risau..."
Tasnim terus bersandar pada suaminya. Hud terus memeluk, cuba memujuk. Harun Amir memerhati dari pintu dapur. Syahmi mendekat.

"Bang Mir.. ibu?"

Harun Amir senyum segaris. Memang itu sahajalah yang akan ditanyakan adiknya itu sekiranya Hud hadir bersama. Lebih-lebih lagi jika jatuh air mata ibunya.
"Ibu baru makan ubat."

Si kecil itu melangkah ke dapur. Harun Amir menarik lengannya.

"Ami nak buat apa?"

"Ami tak suka. Ibu asyik nangis je bila ayah ada. Bila ayah ada ibu selalu tak gembira."

"Ami tak tahu..."

"Apa yang Ami tak tahu?"

Harun Amir diam tak menjawab.

"Apa yang Ami tak tahu, Bang Mir?!"

Harun Amir masih tak menjawab. Dia menarik Syahmi ke sisinya.

"Ada apa, Syahmi?" Suara Hud kedengaran tegas di telinga anak kecil itu. Syahmi menikus.

"Kenapa dengan Syahmi?" Soalan Hud beralih kepada Harun Amir.

Harun Amir mengintai ibunya. Tasnim sedang mengelap sisa-sisa air matanya sambil memandang ke arah pintu dapur di mana Harun Amir sedang berdiri bersama adiknya.

"Syahmi? Harun?" Hud bertanya lagi. Syahmi menyoirok di belakang abangnya.

"Ami.. mengigau." Harun Amir menggigit lidah.

"Mengigau?" Hud menyeluruhi wajah Syahmi. Tubuh itu dia angkat dengan kudrat lelakinya.
"Ami nak ibu?"

*****
Bawang dihiris semakin perlahan dan lebih kasar. Seakan-akan ada yang mengganggu fikiran Harun Amir.

"Harun..? Dah siap potong ke?" Hud bertanyakan bawang-bawang di atas papan pemotong.

Harun Amir tidak menyahut.

"Harun?" Hud memanggil anaknya yang kelihatan jauh termenung.

Remaja itu sedikit tersentak. "Ayah cakap dengan Amir?"

"Ya.. Dah siap potong belum?" Hud bertanya lagi perihal bawang yang dipotong Harun Amir.

Harun Amir meletakkan fokus pada bawang-bawangnya yang masih tinggal separuh untuk dipotong.
"Oh." Hirisan disiapkan segera kemudian diserahkan kepada Hud untuk dimasukkan ke dalam kuali.

"Harun ada masalah ke?" Sambil menumis, Hud cuba menyelami jiwa remaja Harun Amir. Namun dia sedar, dia tidak cukup akrab dengan anak ini.

Harun Amir diam.

"Kalau tak nak cakap dengan ayah, takpe. Cakap dengan ibu. Jangan pendam sendiri.. tak elok." Hud tidak memaksa, sekadar memberi nasihat agar berkongsi masalah itu dengan seseorang.

"Harun tu siapa, ayah?" Tanya Harun Amir setelah berjeda beberapa ketika.

Hud terhenti. Tidak menyangka soalan itu akan keluar dari mulut anaknya.

"Harun dengar ibu borak dengan ayah tadi?" Hud cuba bertindak tenang. Sayur dimasukkan ke dalam kuali.

"Nama Amir ambil dari Harun tu ke?" Harun Amir menyoal lagi.

Pandangan Hud meredup.

"Nanti ayah cerita."





"Pak Cik Harun tu baik ke orangnya?"

"Ayah tak tahu. Ayah tak kenal sangat. Tapi kalau orangnya buruk perangai, takkan lah ibu sayang kat dia sampai bertahun-tahun?" Jujur Hud sambil tersenyum memandang anaknya itu. Biarpun mereka tidak rapat, tapi dia punya hak ke atas zaman remaja anak ini.

"Jadi.. ibu yang beri nama Harun pada Amir?" Tanya Harun Amir
"Tak.. ayah yang letak nama tu. Sebab ayah tahu, ibu pasti rindukan lelaki itu. Dia dah jadi sahabat sejak sekian lama. Tentulah dia tu sebahagian dari memori ibu, kan?" Hud mengulum senyum.
"Ibu sakit macam dia juga ke?" Tanya .remaja belasan tahun itu lagi.
"Tak sakit dia lebih teruk. Sakit barah." Balas Hud.
Harun Amir diam menunduk. Hud mengusap belakang Harun Amir penuh harapan.
"Harun sabar ye. Biar ayah yang uruskan semua. Sekarang ni, Harun tumpukan pada pelajaran je."

"Ayah.." Anak remaja itu mengangkat muka. "Nama orang Amir, janganlah panggil Harun. Sedih.."

"Lah... sedih?"

Harun Amir mengangguk dengan tegas.
Hud menggeleng-gelengkan kepala.

Ada-ada je budak ni.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous