Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi
Makan malam itu berjalan seperti biasa. Meriah dengan perbualan antara adik-beradik. Senyum dan ketawa. Namun antara Nadwah dan Harun jelas terasa kekok. Nadwah gemuruh di hadapan manusia yang seperti membenci dia dan adiknya itu. Harun pula enggan sesekali berbicara dengan mereka. Sementara Qay...

"[Mak Ngah, kek ni sedap betul lah.. Pandai Mak Ngah buat..]" Qay bermanis mulut.

"Oh.. terima kasih, Najwa. Kek tu kek tunjuk je.. Mak Ngah tak buat pun." Balas Puan Hilmiyah dengan muka memerah.

"[Ya? Macam handmade..]" Puji Qay lagi.

"Mak Ngah kamu ni Najwa.. bukan gemar sangat pakai oven tu. Wujud kat situ macam perhiasan je." Celah Encik Khairul Anuar menunjukkan ke arah sebuah oven yang terletak elok di suatu tempat berhampiran dapur.

Meja itu galak dengan tawa mereka.

"Nadwah? Tak nak cakap apa-apa ke? Pak Ngah teringin juga nak dengar cerita kamu sekali-sekala. Suara emas kamu tu..."

Nadwah tersentak. Sudu garfu diletakkan. Dia memandang seluruh tamu yang terdiri daripada keluarganya dan keluarga Harun. Adik lelaki bapanya masih merenung menunggu kata-katanya. Nadwah menunduk.

"Malu saje.." Usik bapanya riang.

"Melepaslah Pak Ngah.. Tunggu nak dengar suara emas kamu macam tunggu angsa bertelur emas."

"Ya lah, abah.. Cakap Melayu dengan dia memang tak menyahut. Cuba speaking English.. Try sekali." Celah Harun pula.

"Speaking? Tatakallam je.." Gurau Encik Khairul Anuar lagi.

Dan tawa mereka pecah lagi.

Nadwah mengangkat punggung. Dengan tunduk hormat, dia meminta diri dari meja makan itu. Kononnya untuk ke tandas.




"Nadwah!"
Harun mengekor dari belakang.

"Why are you following me?"
Nadwah bersikap dingin.

"Semua orang salahkan aku. They said I offensed you."
Balas Harun terus membuntuti sepupunya itu.
"Apsal cantik sangat baju kau?"

Nadwah merenung bajunya. Hanya sehelai jubah hijau yang dipadankan dengan tudung putih. Apa salahnya?

"Kau pakai baju yang mak kau pilihkan ke?"

Nadwah buat muka. Malas melayan. Dia tahu, apa sahaja yang dikatakannya akan dikutuk dan dipersoal semula.

"Serius aku cakap, baju hari ni lawa. Kalau kau boleh melawa sikit kat sekolah mesti ramai gila yang berebutkan kau. Yalah, since dah ada pun yang minatkan kau.."

Nadwah berpaling merenung Harun.

"Minat.. aku?"

"Yalah, kau tak pernah perasan kan? Bendul!"
Harun terus mengangkat kaki. Meninggalkan Nadwah sendirian di tepi buaian di taman bunga milik mak ngahnya.

Nadwah berfikir sendiri. Dia bukan sekadar mengusik je kan?

*****

"Ukht, [apa yang Harun buat dekat akak? Ke dia tak cari akak pun? Cepat je dia balik dari cari akak.]"

"[Najwa.. perhati?]"

"[Semua orang perhatikan dia. Siapa suruh dia perli akak macam tu..?]" Balas Najwa selamba.
Nadwah terdiam sejenak. Kesian dia kena beri perhatian kat aku. Mesti dia geram..

"[So, akak.. apa yang Harun cakap dengan akak?]"

"[Takde apa. Dia puji baju ni.]"

"Itu je? Ye ke??" Usik Qay. Nadwah berkerut dahi.

"Amboi.. apa yang seronok sangat tu?" Mak Cik Afifah mencelah. Dia senang hati melihat kembar berdua itu kembali berbual riang.

"[Takde apa-apa..]" Qay tersengih kambing.

"Ye ke??" Mak Cik Afifah sengaja mengulangi kata-kata Qay tadi. Qay tertawa manja. "[Najwa pergi sekolah esok?]

"[Sekolah!]" Pantas Qay menjawab, penuh teruja.

"Ye ke?" Usik Mak Cik Afifah.

"[Kenapa tanya macam tu?]" Qay tarik muka.

"[Mana tahu kalau esok tiba-tiba tak sihat balik...]"

"Nauzubillahi min zalik! [Mak Cik doakan lah yang baik-baik. Najwa penat lah duduk rumah je..]"

Mak Cik Afifah tertawa melayan kerenah Najwa. Pak Cik Hud juga mengulum senyum. Namun di samping suasana geli hati itu, Nadwah terus berfikir tentang pernyataan Harun. Since ada orang minat kau..

*****

Loceng rehat sudah berbunyi. Semua pelajar kelas 4 Halide bangkit dan meluru keluar kelas dengan kadar segera. Bila guru tiada, memang macam-macam hal..

Namun Syah terhenti dari keluar dari tempat duduknya. Dia memandang Nadwah yang kelihatan tidak berkutik memandang keluar tingkap. Qay dilihatnya sudahpun bangkit berdiri.

"Ukht?"

Nadwah berpaling memandang adik kembarnya. Qay memandang dengan wajah penuh tanda tanya. Nadwah hanya mengelipkan mata beberapa kali, kemudian kembali merenung keluar tingkap. Qay mengangkat kaki.
Syah mengerling aksi dua beradik itu. Kemudian dia juga beredar.



"But still, I never understand them..!" Sambung Harun sendiri. Mulutnya penuh dengan sandwic telur yang dibawanya. Ameer Rizlan sekadar diam dengan novel di tangan kirinya.

"Uhm, Harun.." Suara seorang gadis mengganggu mereka.

Ameer Rizlan menurunkan novel miliknya ke sisi. Menyembunyikan barang larangan itu berdekatan punggungnya. Harun merenung wajah itu untuk mengenal pasti empunya suara. Dia menggerutu.
"Apahal?"

"Aku.. boleh tak. tahu.. apa maksud kata-kata kau semalam?" Tanya gadis itu.

Harun merenung atas bawah. "Hai, Nadwah? Boleh pun kau cakap Melayu dengan normal.." Perli Harun. "Cuma skema sikit ah..!"

"Harun!" Nadwah menjerit malu. Terasa segan bila  dia menyedari terdapat pelajar lain di situ.

"Amende?" Harun tersentak. Bahunya terangkat sedikit. "Kau suka jerit-jerit kat aku, kan? Pecah gegendang!"

"Mataa? [Berapa banyak kali?]"

"Eh?" Harun terkedu seketika. "Mana aku tahu?! Kau yang jerit..." Balas Harun. Dia menunduk menahan senyum malu. Niatnya hanya untuk mengusik sepupunya ini. Tak terfikir gadis itu akan menyoal untuk berubah.

"Kau ni..." Nadwah mengetap bibir. Dia mengambil tempat di sebelah Harun. Sedikit jauh dari Ameer Rizlan. "Ameer, right? You're always with your novels. Isnt it wrong to bring that?"

Ameer mengangkat muka. Dia yang tadinya menunduk untuk mengintai ayat-ayat yang tertulis di novelnya memandang wajah mulus Nadwah.
"Aku sikit pun tak peduli tentang peraturan sekolah."

Nadwah berkerut. "Then, how did you come to be a class rep? Isnt you suppose to be a good student to qualify as a class rep?"

"Class rep?"  Ameer menutup novelnya dan meletakkannya di atas meja berdekatan. Kaki yang tergantung di sebuah kerusi dia turunkan. "Mana kau belajar BI eh? Anyways, aku pun tak tahu. Semua orang tolak kerja tu kat aku. Aku bukannya ada kerja lain pun. Harun suruh aku terima, aku ambil je lah. Its fun though."

"My english sounds weird to you?" Nadwah mengerutkan dahi.

"Not eccentric enough since youre already an eccentric for yourself!" Ameer Rizlan sengaja mempermainkan Nadwah. Harun ketawa terbahak-bahak. Nadwah tarik muka.

"Okay, enough.. Ill go back to class." Nadwah mengangkat kaki. Enggan terus berdiam di situ menadah kutukan demi kutukan daripada Harun dan sahabatnya itu.

"Eleh, malu ler tu!" Harun masih tertawa sementara Ameer Rizlan hanya mengulum senyum.

"Seriously, itu cousin kau?"

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous