Fathia mengurut dada melihat Ji datang entah dari mana, melompat duduk ke kerusi di hadapan Fathia.
"Ji!"
"Thia.." Ji tersengih sumbing. Dia menunggingkan bekas biru berisi air bersih untuk membasuh tangannya. "Macam biasa?"
"Telur mata dengan kicap?" Fathia meletakkan pinggan berisi nasi putih ke atas meja. Dia sudah masak dengan rutin Ji yang akan tiba bila-bila masa sahaja selepas tengah hari.
Ji mengangguk pantas.
"Ayam goreng?" Fathia mengepit lauk itu dari bekasnya. "On the house."
"Eh, susah-susah je.. Ji tak bawak duit lebih.."
"On the house, Ji. Thia bosan tengok Ji asyik makan lauk sama je. Ji pun kurus kering, tak besar-besar."
"Thia nak Ji besar mana? Besar ni??" Ji mengembungkan pipinya. Aksi itu menimbulkan senyum lucu di wajah Fathia.
"Tak lawaklah, Ji!"
"Eleh.. Tak lawak tapi senyum-senyum. Kaber lah tu, kan..?" Ji mengusik Fathia. Pinggang ramping gadis itu cuba dicucuknya.
"Ji!!" Fathia cuba mengelak. "Malulah orang pandang..!"
Ji tertawa gembira. Lucu hatinya tak sedikitpun dicubit malu. "Anyways, bismillahirrahmanirrahim.."
Fathia tersenyum puas. Mendengar sahabatnya itu membaca doa makan seperti anak kecil, dia membawa diri ke ruang dapur. Sambil menyediakan pesanan pelanggan lain, Fathia teringatkan sewaktu dia dan Ji baru berkenalan.
Tiga bulan yang lalu.
"Bo.. cik dah berapa kali datang sini. Saya nak mintak, tolonglah" Fathia memanjangkan harakat sukukata 'long'. "Tolonglah bayar dekat cashier sana. Susah nak kira, cik. Lagipun dah berapa banyak baki cik yang kami hutang."
"Apa?" Ji menayangkan muka suci. Sesuci anak kecil yang baru mula bersekolah.
"Jangan tinggalkan duit di atas meja boleh, kan?" Suara Fathia meninggi. Dia tidak betah berhadapan dengan manusia yang suka berpura-pura bodoh seperti itu. Dua keping not berwarna hijau diselitkan di bawah pinggan yang sedang digunakan Ji. "Ini.. saya nak pulangkan baki cik selama dua minggu ni, okey? Yang makan hari ni pun dah kira."
Ji kelihatan mengangguk. Fathia kemudian meninggalkan Ji dan kembali ke dapur. Seketika kemudian, dia mendengar suara Ji.
"Terima kasih, assalamualaikum!"
Seperti biasa, semua yang berada di situ menggelengkan kepala. Duit ditinggalkan lagi diatas meja, tidak lagi diselit di bawah bekas tisu tetapi diselitkan bersama duit-duit di bawah pinggan. Fathia tak mampu bertahan lagi. Dia mengejar manusia pelik yang belum dikenalinya itu.
"Hoi, perempuan!" Fathia menepuk belakang si pemakai kemaja-T hitam itu. Ji berpaling.
"Kau ni tak paham bahasa, kan? Aku dah cakap jangan tinggalkan duit macam tu je.. Kau ni asyik blah camtu je. Susah la, kalau semua pelanggan pun macam kau!"
"Apa? Menyusahkan eh?" Ji menggaru leher.
"Eh, nama kau siapa? Aku report kau kat balai kang.." Sengaja Fathia mengugut padahal perkara sekecil itu mungkin hanya akan menjadi bahan gelak di balai polis.
"Camni..." Ji memegang lengan Fathia menghadap tepat ke arahnya. Fathia terkelu. "Ji takleh lama-lama kat sini. Ada orang tunggu Ji. Ji memang takleh lama, so simpankan je baki tu and jangan pernah mention sampai Ji sendiri yang minta okey? Itu pun kalau korang nak simpankan lah. Tak pun anggap je korang jumpa duit tu and buat duit tu cam duit sumbangan. Assalamualaikum!"
Fathia ditinggalkan tercengang-cengang sendiri. Dia ternampak bungkusan telur mata di dalam helaian tisu. Dia.. makan nasi dengan kicap je?
Bayang Ji direnung dari belakang. Dan dari saat itu, wujud perasaan ingin tahu dalam hati Fathia untuk mengenali gadis itu lebih lanjut.
*****
Fathia tersentak apabila Ji melaungkan perkara biasa yang dilaungkannya.
"Terima kasih, assalamualaikum!"
"Hei, Ji! Ji!!" Fathia melaung. Dia cuba mengejar gadis itu namun tak lagi kelihatan bayang itu. Fathia mengeluh halus. Bekas polisterin berisi ayam masak merah dalam tangannya di pandang kosong. Baru je nak hulur...
"Hah? Kenapa?"
Wajah Ji muncul betul-betul di hadapan muka Fathia. Fathia tersentak. Nafasnya putus seketika.
"Ji! Jangan buat macam tu!!" Marah Fathia. Sudah terlalu sering dia diperlakukan sebegitu. Terkejut dan dikejutkan.
"Eh? Sorry.." Respon biasa Ji, garu leher.
"Ini.. lauk untuk that somebody yang dok tunggu Ji tu. Thia tahu Ji selalu tapau apa yang termampu untuk dia kan?"
"Thia ni prihatin gak kan? Thanks." Bekas itu diambil rakus dari tangan Fathia. Fathia sedikit tergamam apabila pegangangnya bagai direntap kuat.
Ji membuka bekas polisterin itu lantas memasukkan ayam goreng yang dibuka secara spontan dari bungkusan tisu. Fathia terdiam tanpa kata. Ji memberi pelukan sisi sebagai tanda terima kasih sebelum menghilang pergi seperti selalu.
Ji.. aku nak tahu.
"Pak Leh.." Fathia memandang wajah lelaki yang berada di pertengahan usia 40-an itu. Pak Leh tersenyum mengangguk. Dia sudah diberitahu hasrat anak saudaranya itu sejak seminggu yang lalu.
Fathia tersenyum senang. Apron dibuka dan dia terus melangkah menjejaki Ji. Dia sudahpun beberapa lama meneliti jalan yang digunakan oleh Ji. Fathia mengejar langkah Ji.
Ji kelihatan begitu protective bak kata orang Barat. Dan Fathia berasa cukup hairan apabila Ji memanjangkan langkahnya ke lorong-lorong sempit dan akhirnya menuju ke bawah jambatan. Seketika, Fathia terlepas pandang akan jejak kenalan penuh misterinya itu.
"Whoa, Thia! Buat apa follow Ji ni?" Tiba-tiba, Ji muncul di hadapan Fathia dengan wajah risau. "Tau tak tempat ni bahaya? Pergi baliklah.."
"Bahaya? Dah tu Ji buat apa kat sini?? Cucuk? Hah?! Jadi doktor bawah jambatan?" Fathia memekik dalam amarah. Jiwa wanitanya tidak dapat menerima sekiranya kenalan yang dihormati ini sebenarnya terlibat dengan kerja-kerja terkutuk.
"Apa Fathia ni? Boleh tak rasional sikit?? Tempat ni tak sesuai untuk Thia.. Pergi balik!" Sangkal Ji.
"Balik? Tak sesuai?? Dah tu, Ji duduk kat sini takpe pulak? Konon-konon Thia je perempuan, Ji tu jantan? Macam tu??"
"Memang pun! Dah, pergi balik!!" Suara Ji kian meninggi sehingga Fathia mendengar suara itu berubah kasar.
"Okey, fine! Kalau Thia kena pergi, Thia nak tuntut ayam Thia tadi. Thia tak rela bagi makan orang macam Ji.."
"Tuntut? Ini duit aku! Duit lebih aku selama aku makan kat kedai korang!!" Sikap Ji mulai berubah. "Dah berambus! Aku takkan kacau hidup kau lagi, so shut off!!" Tempik Ji pula lantas mengatur langkah meninggalkan Fathia dan masuk lebih dalam ke bawah jambatan itu.
"Ji! Bagi balik ayam tu!!" Fathia menerkam Ji untuk mendapatkan semula ayam masak merah pemberiannya.
Ji mengelak dengan cekap. Tangannya mencengkam lengan Fathia dan menarik tubuh gadis itu menjauhi cerun licin dan berbahaya di situ. Fathia menarik nafas.
"Ji dah cakap tempat ni bukan untuk Thia. Thia tu perempuan dan Ji ni lelaki! Faham!!" Ji terpaksa meletakkan tangan Fathia di suatu tempat yang tidak sepatutnya bagi membuktikan bahawa dia seorang lelaki. Fathia kelihatan terkejut. Ji kedengaran menggumam sendiri, "semua orang nak salah faham.."
"Tapi.. Bukan ke.."
"Ji tahulah muka Ji ni jambu je.. Tapi Ji bukan pengkid okey. Ji tak pernah sempat nak pergi kedai untuk potong rambut. Sebab tu lah..."
"Tapi rambut Ji nampak terurus je. Macam pakai syampu mahal.."
"Jaga kaki tu elok-elok." Ji sempat menangkap Fathia ketika gadis itu terpijak lubang di mana lantai bawah jambatan itu retak. "Ji bukanlah orang susah pun.. Cuma Ji berkenalan dengan orang susah. Itu je."
Fathia tak terkata. "Sorry. Sorry sebab Thia fikirkan yang Ji tu jenis yang pakai bengkung kat dada."
"Bengkung dada? Hah?? Untuk cover gunung??" Ji tergelak sinis. "Gunung pun Ji takde.."
Fathia terdiam malu. Matanya memerhatikan lantai buruk tempat dia berpijak.
"Ji cuma penganggur. Sebab tu lah mommy daddy tak bagi duit belanja untuk Ji. Apa yang ada pun hasil simpanan masa belajar dulu dengan.. adalah Ji jual-jual sikit.." Jelas Ji sedikit sebanyak. "And Ji datang sini sebab diorang."
Fathia terlongo melihat tempat tidur berupa alas dan selimut buruk. Beberapa orang tua yang kelihatan tak terurus terbaring bersama seorang anak kecil yang berwajah comot-celomot.
Ji merapati mereka lantas mengunjukkan polisterin itu buat mereka.
"Bai datang..!" Jerit si kecil itu keriangan.
"Ni, bai bawak ayam.. ada tiga lagi tu.. makan dengan nenek sana.." Ujar Ji sambil menapak perlahan ke arah yang sama dengan si kecil itu. Dia mengeluarkan sebotol air mineral. "Mak tok.. Ini Ji.."
"Ji.. alahai, kamu datang lagi..? Sudah-sudahlah.. Mak tok tak perlu semua tu.. Biarlah mak tok pergi dengan tenang. Mak tok letih dengan semua ni.."
"Tak boleh, mak tok.. Mak tok kena makan juga.. Mak tok nak ke Alia tengok mak tok mati mencungap. Ambillah ubat ni, mak tok. Minum.."
"Tapi.. ubat tu mahal..."
"Tak kisah lah, mak tok. Mahal atau murah, mak tok kena telan juga. Kalau bukan untuk Ji, untuk Lia."
"Mana kamu dapat ubat ni, nak.."
"Farmasi je, tok.."
Wanita tua yang kelihatan terlalu uzur itu meneguk air perlahan-lahan. Sepertinya wanita itu sudah sakit untuk beberapa hari. Alia, si kecil yang dimaksudkan beralih ke arah seorang lelaki tua yang duduk bertentangan setelah si kecil itu menyuapkan beberapa cebisan ayam kepada wanita di sebelah mak tok.
"Kamu ni.. baik orangnya.."
"Tak, mak tok. Saya ni anak derhaka. Datang merantau untuk tebus dosa-dosa saya ni.."
"Tak kisah lah, yang pentingnya. Mak tok tahu sekarang, ada yang sanggup pelihara orang macam kami ni. Tak lah mak tok risaukan Alia tu lagi."
"Jangan cakap macam ni, mak tok. Mak tok tolonglah bertahan. Beberapa hari je lagi.. Ji nak bawa mak tok ke hospital.."
"Mak tok.. tak suka jumpa doktor."
"Ji takkan bagi orang lain rawat mak tok. Ji sendiri yang akan uruskan mak tok. Please, mak tok.."
"Kamu ni, doktor?"
"Tak, mak tok. Saya tak habiskan pengajian saya tu."
"Kenapa kamu derhaka dengan mak ayah kamu, Ji?"
Ji diam tidak menjawab soalan itu. Mak tok membiarkan sahaja soalan itu tidak berjawab.
"Yang datang dengan kamu, tu. Perempuan kan?" Mak tok mengangkat kepalanya sedikit, cuba mengenal pasti biarpun mata tuanya itu sudah lama tidak mampu melihat lagi. Ji mengangguk. "Pandai kamu cari. Bertudung.. Harapnya dia boleh jaga kamu semacam mana kamu jaga mak tok."
"Dia cuma kawan, mak tok."
"Hmm, yalah." Mak tok seperti tidak mempercayainya. "Bercakap dengan kamu, buat mak tok rasa penat. Mak tok berehat dulu, ya?"
"Berehatlah mak tok.. Baca doa tidur.." Ujar Ji. Namun tangan tua itu enggan dilepaskan. Mak tok membaringkan kepalanya semula ke atas sebuah kotak yang dilipat-lipat supaya menjadi sedikit tinggi, Ji bertanyakan khabar wanita di sebelah mak tok.
Wanita itu tersenyum. Ji mendemah pipi wanita itu dengan sebelah tangan. Seketika, terdengar hembusan nafas mak tok kian deras dan berombak. Ji memegang erat tangan wanita tua itu. Mulutnya didekatkan dengan telinga mak tok. Dan seketika kemudian, Ji menaikkan selimut yang digunakan mak tok tinggi menutupi kepala.
Wanita di sebelahnya mencapai tangan Ji dan meremasnya. Seakan-akan cuba menenangkan.
"Ji.. mak tok.." Fathia memberanikan diri untuk merapat.
"Shh, mak tok dah 'tidur' dengan tenang. Jangan biar Alia tahu.."
Fathia terdiam. Di sebalik sikap aneh Ji, tak pernah Fathia menjangka akan tiba masa untuk dia melihat mendung di wajah itu. Alia mendekat.
"Mak tok.. rehat?" Si kecil itu bertanya.
"Mak tok tidur, sayang." Balas Ji.
Si kecil itu memeluk erat tubuh tua itu. "Mak tok, Bai Ji nak bawa mak tok naik bila mak tok tidur. Nanti kita jumpa lagi, eh?"
"Alia bagi bai bawa mak tok naik..?"
"Alia tak nak tengok mak tok batuk-batuk lagi.."
"Okey lah. Wan makan?"
"Makan." Alia kembali tersenyum riang. Ji turut tersenyum. Seperti makannya lelaki tua itu memberi seribu makna kepada mereka.
Ji beralih kepada lelaki tua itu. Kemudian wajahnya berubah serius biarpun masih kelihatan lembut. Sebungkus plastik kecil berisi pil ubat dikeluarkan dari poket baju Ji. Kemudian, lelaki itu membantu si lelaki tua untuk mengambil ubat.
"Bai Ji! Air ni..?" Alia bertanyakan botol mineral yang diletakkan bersebelahan mak tok.
"Kongsi dengan nenek." Balas Ji sambil perhatiannya masih tertumpu kepada si lelaki tua.
"Kongsi? Yay!" Alia bersorak riang. Seperti apa yang dikatakan Ji itu suatu keajaiban buat dirinya.
Fathia mendekati si wanita yang dipanggil nenek. Dalam keadaan kekok, dia bertanyakan khabar wanita tua itu.
"Nenek tak tahu bercakap." Ujar Alia kemudian sambung meneguk air dari botolnya sehingga separuh. Kemudian botol itu disimpan di bawah selimut si nenek. Si kecil itu kemudian berlari jauh dari situ sehingga tidak kelihatan lagi.
Alia memandang ke arah Ji. Lelaki itu sekadar memandang Alia dengan wajah sakit hati.
"Nek.. boleh saya tahu berapa umur Alia?"
Wanita tua itu tersenyum panjang. Kemudian, dia menarik tangan Fathia dan menuliskan nombor lima di tapak tangannya. Fathia sedikit tergamam.
"Nenek... memang tak bercakap?"
Wanita tua itu tersenyum mengangguk.
"Macam mana nenek boleh sampai ke bawah ni?"
"Thia.." Ji duduk di sisi mereka. "Kita balik."
Fathia terkejut dengan sikap dingin Ji.
"Nek, Ji nak balik dah.. Dekat seberang sana, ada berapa ramai lagi?"
Fathia terbuntang. Tambah terbuntang lagi apabila wanita tua itu menaikkan tiga jari tangan kanannya dari ibu jari hingga jari tengah dan juga jari telunjuk kiri.
Ji kelihatan menahan perasaan.
"Ini.. untuk nenek. Nenek simpan sampai esok pagi ya? Yang ni pula untuk Lia.. yang lain tadi Ji dah bagi Lia. Jaga diri elok-elok, jangan demam lagi." Ujar Ji sambil mengeluarkan bungkusan roti dari poket seluarnya. Roti yang dibuat sendiri dari rumahnya. Kemudian, mereka berdua meminta diri untuk pulang.
*****
"Ji, seriously.. Ji memang datang situ setiap hari ke?" Tanya Fathia sambil mereka memanjat naik cerun jambatan itu. Dengan membawa mak tok, Ji membawa Fathia keluar melalui jalan yang berlainan dari jalan masuk mereka tadi.
"Sejak dua minggu lepas.. ya." Akui Ji.
"Ji.. doktor ke?"
"Tak. Ji drop out pharmacist." Ji jujur sahaja.
"Drop?"
"Ji dah banyak sangat ponteng kelas. Ji fikir satu hari nanti nak PJJ, tapi nampak macam tak mungkin." Jujur lelaki itu lagi dengan penuh kehampaan di wajahnya. Fathia melepas pandang.
“Semua orang yang duduk bawah ni..”
Fathia merujuk kepada jambatan buruk itu. “kenapa.. Ji tak suruh diorang lapor
diri dekat JKM?”
“JKM?” Ji tertawa sinis. Fathia
mengerutkan dahi. “Kalau Thia nak tahu, diorang semua ni lari dari JKM lah.
Semua tak mahu duduk dengan JKM. Diorang lagi rela duduk bawah jambatan ni..”
“Tapi kenapa?” Fathia tidak memahami.
“Jabatan kemanusiaan tu, cuma bagi apa
je..? Tempat tinggal.. makan.. pakai.. itu je! Tapi diorang ni semua, nakkan
kasih sayang. Kasih sayang daripada keluarga. Thia bukan tahu kenapa diorang
tu, dah tua-tua pun.. sanggup mati kat bawah ni tau tak. Bagi diorang dunia ni
macam dah takde makna! Budak-budak tu pun.. memanglah kebanyakannya budak
miskin. Tapi sepatutnya budak miskin ke, yatim ke.. patut ada orang yang jaga..
Ini..? Terbiar merayap ke sana ke mari. Sudahnya..? Bawah jambatan!!”
Kata-kata Ji itu datangnya ikhlas dari
lubuk hati. Fathia terdiam. Dia tidak menyangka bahawa di dunia ini memang
wujud manusia yang bernasib malang seperti itu. Dibiarkan.. Tanpa ada yang
membela. Dan manusia seperti Ji, adalah harapan mereka.
Fathia mendongak memandang Ji. Wajah
mak tok cuba dia hadap biarpun masih terasa bulu romanya meremang.
"Ji.. Ji kata Ji ada menjual sikit-sikit. Duit tu kan yang buat beli ubat ni semua?"
"Tak."
"Tak?"
"Duit kitorang labur saham."
"Saham?"
Fathia melihat Ji menganggukkan kepala.
"Boleh tak, Thia nak tolong Ji?"
"Tolong apa?"
"Apa yang Ji jual tu, Thia nak tolong jual."
"Kitorang buat button badge dengan sticker. Dah lama takde sale. Thia boleh jualkan ke? Kat mana?"
"Thia bincang dengan Pak Leh, kitorang buat promotion sikit." Terang Thia. "Kita boleh buat siapa makan RM10 ke atas dapat free satu. Atau yang amcam tu lah.. Laku sikit kedai tu nanti."
"Hmm.. memang otak bisnes. Baguslah, terima kasih." Ji mengangguk-angguk sambil memuji.
"Ada buat fliers tak?" Tanya Fathia serius.
"Ada yang lama punya. Kitorang dah lama tak printing. Takde modal dah" Ji kelihatan sedikit kesal. "Nak buat apa, Thia?"
"Tampal kat kedai. Baru lah convincing sikit nak promo button badge tu semua." Jawab Fathia.
"Oh..."
"Cakap-cakap.. Mak tok ni, Ji nak buat apa?" Fathia tiba-tiba merujuk kepada tubuh tak bernyawa yang dipikul Ji di atas bahunya.
"Pastikan mayat dia sampai hospital." Jawab Ji bersahaja, seperti tiada yang pelik tentang itu.
"Pastikan?" Fathia berkerut dahi.
"Yep. Ji tak boleh hantar. Ji tak tau apa nak jawab kalau dia tanya Ji pasal mayat ni." Ji mengangkat bahu
"Jawab je lah apa yang Ji tahu." Fathia menendang kaki Ji, kononnya bergurau kasar.
"Hmm, yelah. Diorang tanya nama, Ji jawab mak tok." Ji tak ambil peduli. Dia menjawab bersahaja.
"Ji tak tahu nama mak tok?" Fathia mengangkat kening sebelah.
"Tak. Itu macam soalan keramat tau untuk orang macam diorang ni. Apa panggilan yang diorang bagitau, itu je lah yang kita panggil." Jelas Ji.
"Gila betul! Ji kerja macam ni..!?" Fathia memekik tidak percaya.
"Sebab tu lah mommy daddy tak setuju. Ji sendiri terdedah dengan macam-macam penyakit diorang tu." Ji sekadar memberi alasan. Dia tahu kerja ini melibatkan hidup dan matinya.Namun dia berbangga dengan kerja yang dia lakukan.
"Tapi Ji tak kisah?"
"Ji immune..." Lelaki itu berseloroh.
"Konon!" Cemuh Fathia terhadap lelaki yang terlalu angkat bakul ini. Dan mereka terus berjalan melalui lorong pejalan kaki yang sempit itu.
"Ji.. boleh Thia tahu nama penuh Ji?" Fathia bertanya buat memecah sunyi.
"Buat apa?" Ji berkerut seribu. Seolah-olah soalan itu begitu asing buat dia.
"Saje nak kenal.." Fathia memberi jawapan klise.
"Tak boleh! Tak tau ke itu soalan keramat yang tak mungkin dijawab..!"
Ji melarikan diri jauh dari Fathia. Fathia terlalu tergamam untuk mengejarnya. Dan lelaki itu menghilang begitu sahaja.
Post a Comment