The First Step
"I love you."
Langkahan kaki sengaja aku hentikan. Dia turut terhenti. Wajahnya kelihatan terkejut.
"You mean.. as a friend, right?"
Aku tersenyum. Sudah kuduga reaksinya itu. Aku meneruskan langkah. Meninggalkan dia terpinga-pinga sendiri.
"Im asking you..!" Marahnya, ingin agar aku bersikap lebih serius.
Aku mengulum senyum.
"Your my best friend. Aku dah lama sukakan kau. But I was really afraid to lose such a good friend." Aku membuat pengakuan. "We can still be friends, right?"
Dia terus terdiam dan aku terus melangkah.
"Selama ni aku memang sukakan kau. Sejak kau selamatkan aku dari kena kejar anjing dulu. Aku rasa cara kau halau anjing tu very animal-friendly. And kau sedar yang aku tengah selamatkan anak kucing dalam baju aku. Aku tak tahu lah macam mana kau boleh tahu tapi I was really captured by your act."
"Shaa.."
"Aku tahu yang aku sepatutnya fokus pada pelajaran. Sepatutnya aku tak bagitahu kau semua ni, sebab aku nak jadi yang mahal. Tapi there's something in heart yang rasa tak puas. Rasa macam ada benda yang aku patut buat tapi aku tak laksanakan."
"Shaa.."
"Sebab tu hari ni aku confess jugak. And now aku boleh go on."
Dia memandang aku dengan pandangan hairan. Seperti bertanya apa maksudku dengan mengungkapkan ayat sebegitu.
"Now I can plan on how to get over you." Senyuman tak lekang dari bibirku. "Selama ni aku banyak kali try untuk lupakan kau. But the possibility that you might have feelings on me really kills. And now I've got my answers."
"Shaa, kau boleh diam kejap tak?"
Aku terhenti. Aku tahu, di sebalik nadanya yang kasar dia sedang meminta. Aku menunduk.
"Tak boleh. If I stop, I'd cry all over. I just wanted to keep talking. So that I can suppress all this."
"Okay, fine. Keep talking. I wont be listening."
Dari ekor mata, aku melihat dia membuka telefon pintarnya lantas menaip mesej. Aku tidak mempedulikan semua itu. Aku ingin terus mempertahankan air mata ini.
"You know what..? You're such a good friend. A good listener. Sometimes you seemed to be annoying and not understanding. Tapi apa yang kau buat tu semuanya tepat je dengan perasaan aku. It's like you understood me more than I understand myself." Aku berjeda untuk mengambil nafas. Pandangan aku kitarkan ke seluruh majlis. "You're such a good man. Im envious with your future wife."
Telefonku bergetar di dalam poket jaket. Aku membiarkan sahaja. Ia merosakkan mood.
"Shaa.. you got a mail right?"
"How did you know?"
"I sent it just right now. I want you to read it."
Mesej tadi.. untuk aku?
Aku segera mengeluarkan telefon dan memeriksa mesej masuk. Mata terbuntang melihat mesej dari ibuku.
Along balik bila? Ayah tiba-tiba sakit. Tengah nazak.
"Shaa?"
Telefon aku campakkan kepadanya. Aku terus berlari mendapatkan perancang majlis.
*****
"If I stop, I'd cry."
Then stop nagging, girl! I have something to tell you. Jerit hatiku, namun aku sedar dia takkan mendengar cakapku saat ini. Hatinya masih bercelaru.
"Okay, fine. Keep talking. I wont be listening." Balasku sambil membuka telefon untuk menaip mesej kepadanya. Aku perlu menjelaskan perasaanku juga. Aku begitu terperanjat untuk menjawab perasaannya sebentar tadi. Lidahku terkunci. Aku terlalu gembira.
Aku terus menaip dan dia terus membebel.
Aku dapat mendengar bunyi getaran dari dalam poket baju sejuknya sebaik aku menekan butang hantar.
"Shaa.. you got a mail right?" Aku bertanya ketika mana dia tidak mengendahkan getaran itu
"How did you know?" Dia bertanya kembali.
"I sent it just right now. I want you to read it."
Dia membuka telefonnya. Aku dapat melihat matanya terbuntang. Aku tahu mesej itu memang mengejutkan. Aku tersenyum kecil melihat matanya berkaca.
"Sha..?" Aku cuba menariknya kembali kepada realiti.
Tanpa disangka-sangka dia mencampakkan telefonnya kepadaku lantas berlari meninggalkan aku.
Telefonnya bergetar lagi.
Message from Ari.
Eh? Mesej aku baru masuk? Jadi tadi??
Aku mencari tahu mesej yang baru dibacanya. Mulutku ternganga. Pantas mataku meliar mencari batang tubuhnya. Dia berada berdekatan pentas. Sedang berbicara dengan Dr Nathan. Mungkin meminta izin untuk pulang.
Aku bergerak mendapatkannya.
"Shaa.. kau nak buat apa ni?"
"Aku nak balik, Ari!"
"Macam mana kau nak balik? Ada flight ke?"
"Air mata aku ni bukan untuk public eyes. Aku nak balik rumah sewa aku!"
Ada air bertakung di tubir matanya. Hanya menanti waktu untuk empangan itu pecah.
"Dr, Shaa is feeling a bit unwell."
"Yes, I can see that. Can you escort her? Im afraid to let her drive alone."
"Yes, that's my intention."
Mata Shaa terbuntang marah.
"Kereta aku macam mana? We cant leave my car here!!"
Aku tahu dia panik.
"We'll use your car, girl."
"But.."
Aku menarik tangannya segera ke arah tempat parkir.
"Kau gila ke? Ingat aku nak berdua dengan kau??"
Aku tahu ini sungguh melanggar prinsip hidupnya. Berdua-duaan dengan lelaki ajnabi di waktu malam di dalam tempat tertutup.
Tertutup?
"Im just sending you home. Nothing more."
"Dah tu nanti kau nak balik sini macam mana?"
"Aku terus balik rumah dari tempat kau. Tak jauh mana pun. Dah, bak sini kunci."
Dia diam sahaja sebaik kereta meluncur ke jalan besar.
"Kau janganlah pendam perasaan kau tu. Kau yang cakap kan, tak baik simpan air mata nanti cepat mati. Kita kena keluarkan je toksik dalam air mata tu.."
Dia terus berdiam.
"I really hate the thought of you crying alone. Even anybody. Please, jangan tahan air mata tu.. biar aku teman kau. Okay, girl?"
Dia mengeluarkan telefonnya lantas melekapkannya ke telinga. Suasana sunyi sambil menunggu talian disambungkan. Yang kedengaran hanya bunyi kenderaan memeriahkan jalan raya Melbourne ini.
"Assalamualaikum, ibu. Macam mana keadaan ayah?"
"Sejak semalam?" Suaranya berubah serak.
"ICU?" Air matanya mengalir.
"Along cuba.." Suaranya dikawal sebaik mungkin.
"Hmm.. assalamualaikum."
Talian diputuskan. Hujung lengan bajunya menjadi mangsa tempat mengesat air mata.
Aku menghulurkan sehelai kertas tisu.
"Ayah kau.. masuk ICU?"
Dia mengangguk kecil.
"Pukul sepuluh tadi. Badan dia panas sangat. Dia masuk hospital petang semalam." Jelasnya.
Aku terdiam. Tak mahu mengganggu perasaannya yang cukup ketara terganggu.
*****
Pagi yang hening itu, aku terjaga sendiri. Terasa hairan kerana selalunya aku dikejutkan oleh kokokan ayam dari henfon milikku.
Eh, henfon mana?
Aku tercari-cari henfon milikku itu. Tiada letaknya di mana-mana ruang bilik ini. Aku menyebak rambut di kepala. Cuba mengingati apa-apa sahaja yang berlaku kepada henfon itu malam tadi.
Ari!
Aku teringat satu ketika aku mencampakkan henfon itu kepadanya.
Tak. Aku call ibu....
Tertinggalkah henfon itu di dalam kereta Ari? Ah, kacau!
Kuterdengar bunyi ketukan di pintu bilikku. Lekas-lekas aku mengemas sedikit tempat tidurku hingga nampak terletak. Pintu bilik aku buka separuh.
"Siapa?"
Suaraku kedengaran serak. Aku malu sendiri. Nampak sangat baru bangun tidur.
"It's me, Alice."
Who?
"Alice? Sorry, I'm not wearing my specs. Who is it again?"
Dia tergelak kecil. Siapa ni sebenarnya?
"No, I am sorry. That's not a proper introduction right?"
"I'm Alice Chen. I'm from the other department. I hope I can accompany you to go back to KL."
"I dont follow. You're saying that you're a Malaysian?"
"Yes."
*****
"Joe, have you seen Sha?"
"Sha who?"
"My Sha.."
"Your Sha?? Sorry, nope."
Lelaki itu meneruskan pekerjaannya. Terus terbenam dalam timbunan assignmentnya yang selama ini tertangguh.
Aku kehairanan. Kenapa seharian ini aku tidak melihat buah hatiku itu?
"Yo, Ri. Tak pergi ke?"
"Mana?"
"Kau tak tahu?"
Soalan Farisha membuat aku berkerut.
"Sha dah on the way ke airport. Dia balik. Dengan Cina mana entah. Ayah dia.. dah arwah."
"Ayah Sha..?"
"Mm hmm. So Sha dapat tiket free dari pihak U. Baguskan U ni?"
Kenapa Farisha terlampau tenang menyatakan semua ini kepada aku?
"Apsal kau calm sangat? Kau fikir kau cool?"
"Kalau aku tak cool nanti kau yang terlebih emosional."
"So, kau tak tipu?"
"Buat apa aku nak tipu. Sha maybe dah dekat airport."
Aku berlari keluar. Kenyataan Farisha mengenai Sha amat mengejutkan.
*****
"Sha!"
Suara itu membejat langkahan kakiku. Aku melihat Ari mengejar belakangku.
"Kenapa?"
Mengahannya membuat aku keliru.
"Kau nak balik malaysia?"
"Haah."
"Balik sini?"
"Entah."
"Flight?"
"Nanti."
Aku terkesima melihat Ari termengah-mengah. Fikiranku melayang kosong. Jawapanku semuanya kedengaran kebudak-budakan.
"Sha, dengar ni.."
Sepenuh perhatianku tertumpu kepada Ari.
"Aku tekad. Sem ni aku pasti melamar kau. Aku tak tahu lagi bila kita akan jumpa so, aku nak confess sekarang. I love you. Hari tu aku terkejut bila kau kata kau suka aku. Aku tak sempat nak cakap apa-apa. Sorry about your dad. Aku akan hantar rombongan ke rumah kau lepas grad nanti aku janji. So please, would you be my wife?"
"Hah?"
*****
Penulis tak lagi punya idea untuk menyambung kisah yang penuh serabut ini. Memandangkan tajuknya ialah langkah pertama. Maka cerita ini pun berakhir pada langkah pertama Ari untuk membina mahligai bersama Sha. Okey guys, use your imaginations.
Adios
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment