Setia Cinta
"Eh? Ayah? Ibu? Dari mana?" Harun Amir hairan melihat Hud memimpin Tasnim masuk ke rumah. Patutlah dia terasa rumah ini sunyi sepi seketika tadi.
"Klinik." Jawab Hud sepatah. Tumpuannya masih kepada isteri. Anak-anak tidak menjadi prioritinya.
"Klinik?" Harun Amir berkerut dahi. Namun persoalannya tidak berjawab apabila kedua-dua ibu bapanya itu masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.
Dia ingin masuk juga, namun persoalan demi persoalan yang bermain di minda membejatkan otaknya untuk mengetuk pintu.
Seketika, pintu dibuka.
"Harun.. boleh tolong ibu berwudhu? Dia tak larat nak solat Subuh tu.." Kelihatan wajah risau Hud tatkala dia meminta pertolongan Harun Amir.
"Ibu tak sempat solat ke tadi?" Soal Harun Amir. Mindanya dibanjiri pelbagai persoalan.
"Ibu pengsan sebelum dia sempat berwudhu pun." Hud menjawab tanpa memberi penjelasan.
"Ibu.. mengandung lagi ke?" Tanya Harun Amir. Wajahnya berubah.
"Taklah." Balas Hud. Bibirnya tersungging senyum. Dia tahu Harun Amir risau sekiranya keadaan seperti lima tahun yang lalu berulang kembali. Wajah Harun Amir kekal risau. Hud tahu anak itu ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi. "Doktor suruh tunggu dulu sebab nak buat ujian darah."
"Ibu takkan apa-apa kan?"
Hud tersenyum lagi. Dia sedar betapa rapatnya hubungan antara anak sulungnya ini dengan isteri kesayangannya itu. Kepala Harun Amir diusap. "Jangan risau. Harun pergi je ambilkan air untuk ibu berwudhu, okey?"
Anak itu menurut. Dia segera ke ruang dapur mencari bekas untuk diisikan air. Hud melepas pandang. Dia sendiri risau dengan keadaan Tasnim. Seketika, keluhan dihempas keluar dari rongga hidung. Hud terduduk di meja makan.
"Hud tahu, orang mimpikan Harun pagi tadi.."
"Harun?"
"Bukan Amir.. Harun."
Hud terkelu. Dia menangkap maksud Tasnim.
"Orang rasa tak sedap hati lah, Hud. Kali ni, orang rasa lemah sangat badan ni. Kenapa ya?"
Hud menggeleng kepala. Rasa risau yang mengganggu jiwa dicampak jauh-jauh.
"Mungkin sakit lama dia datang balik kot."
*****
"Bang Mir.. kenapa Ami tak nampak ibu pun? Mana ibu? Ayah sorokkan ibu ke?" Bisik Syahmi bertanya kepada abangnya yang sedang menggoreng itu. Hud yang sedang ralit meneliti akhbar di meja makan dia jeling.
Harun Amir mengukir senyum. Lucu bila mana adiknya itu tidak suka ayahnya merampas si ibu darinya. Dan memang benar, Hud sering melarikan Tasnim bila-bila sahaja tanpa mempedulikan perasaan Syahmi dan dirinya sendiri. Ayam di dalam kuali dia balikkan.
"Tak, Mi. Ibu ada dalam bilik. Ibu tak sihat, sebab tu Ami tak nampak ibu. Ni makan tengah hari ni kalau tak sedap jangan complaint pula.."
"Ibu tak sihat?!" Adik kecilnya itu terus meluru ke bilik ibunya. Harun Amir menggeleng.
"Ibu!!"
Tasnim tersentak. Dia membuka mata. Anak kecilnya itu kini di sisinya. Dia bangun perlahan-lahan.
"Ada apa, Syahmi..?"
"Ibu tak sihat ke? Nak Ami masakkan bubur?" Soal anak kecil itu dengan wajah polos.
Tasnim tersenyum lucu.
"Syahmi pandai masak ke, nak masakkan bubur untuk ibu?"
Anak itu menarik muka.
"Ami minta lah Bang Mir masakkan.." Muncungnya panjang penuh cemberut. Tasnim tersenyum lagi. "Ibu nak bubur tak?"
"Takpelah, sayang. Nanti ibu makan nasi yang abang kamu masakkan ya?"
"Ibu makan dengan kitorang ke? Abang dah nak siap masak tu.."
"Takpe lah. Ibu sakit kepala lagi ni.. Nanti ibu makan."
"Okey. Ibu rehat betul- betul eh?"
"Iya.."
Harun Amir menghidang ayam goreng yang masih panas di atas meja. Hud menutup surat khabar yang dibacanya. Melihatkan lauk tunggal itu dia berkerut dahi.
"Ini je?"
"Hmm. Amir reti ni je, ayah.."
"Lah.. kenapa tak cakap? At least masakkanlah sup. Biar lembut sikit. Isy isy isy.."
"Ayah tahu masak?"
Hud tidak menjawab sebaliknya dia terus ke dapur mendapatkan bunjut sup dan memotong sayur-sayuran.
Harun Amir mendekati ayahnya. Saderi dan lobak merah belum berusik sedang ayahnya mengupas kulit kentang. Harun Amir menarik sebilah pisau.
"Biar Amir tolong ayah."
*****
"Hud.." Tasnim menggamit perhatian suaminya yang sibuk meneliti akaun syarikat. "Sup tadi tu, bukan Amir yang masak, kan? Hud yang masak, betul tak?"
"Haah. Harun ada tolong juga. Kenapa tanya?" Balas Hud. Matanya terus menatap nombor-nombor yang tertera pada skrin komputer di meja kerjanya. Tangan ligat menekan kalkulator.
"Hmm.. orang harap Hud boleh tolong ajarkan Amir memasak. In case kalau orang tiba-tiba takde.." Kata-kata Tasnim itu membuatkan Hud menjeling tajam. Dahinya berkerut marah.
"Meaning, kalau orang sibuk. Atau sakit tak larat nak bangun macam tadi. Atau orang kena keluar tinggalkan diorang..." Sambung Tasnim, cuak dengan jelingan itu. Tahu ayatnya boleh menimbulkan isu sensitif. Hud kembali menatap skrin di hadapannya.
"So diorang boleh berdikari."
"Insya Allah. Nanti Hud cuba. Hud akan luangkan masa untuk diorang. Tapi bukan esok. Esok tak boleh." Ujar Hud lantas menutup komputer ribanya.
"Kenapa pula?" Tasnim pula berkerut. "Sebab kerja? Hud.. just ajak dia masak sama-sama and terangkan apa yang Hud buat tu. Tak ambil masa yang lama pun.."
Hud berjeda. "Jadi kenapa tak sayang je yang ajar Harun?"
"Orang tahu masak satu dua jenis je.. Itupun tak sesedap Hud masak. Tak layak la nak ajar orang..." Balas Tasnim dengan senyuman sinis, menyindir diri.
"Dont lower your self-esteem. Your cook is good. Cukup rasa."
Tasnim sekadar tersenyum. Tahu suaminya tak gemar mendengar ayat itu.
"Tadi Hud dapat call. Katanya sayang kena pergi jumpa doktor esok. That's why esok Hud akan temankan sayang." Balas Hud menjelaskan agenda hari esok.
Tasnim terdiam mendengar perkataan doktor. Dia berfikir-fikir sendiri.
"Jadi, Hud tak kerja?" Dia memandang tepat wajah suaminya.
"Tak.." Hud membalas dengan senyuman.
"Risaulah.." Tasnim mengeluh halus.
"Risau?" Hud berkerut dahi.
"Risau if there's something wrong with me.." Tasnim terus menunduk.
"Janganlah risau. Allah ada.. Sekarang ni dah malam. Jom tidur." Pujuk Hud lantas bergerak menutupkan lampu bilik. Lampu tidur dipasang menerangi bilik dengan cahaya yang malap.
"Tapi Hud, can I ask you something?"
Hud sudahpun mengambil tempat di sisi Tasnim sambil menarik selimut. Tubuh disandarkan ke kepala katil. "Apa dia?"
"Orang nak tahu.." Tasnim berjeda.
Hud berkalih memandang wajah Tasnim. Dia menunggu soalan dari isterinya itu.
"Masa kita kahwin dulu.. Betul ke.. sayang yang rancang semua tu?"
Hud terkedu seketika.
"Kenapa.. tiba-tiba sayang tanya?"
"Entah lah.. orang tiba-tiba terfikir tentang ni."
Hud merenung dalam wajah isterinya itu. Dia mengukir senyum hambar.
"Hud.."
Hud berpaling menghadap wajah Syifa'. Setelah lama mereka duduk di bawah pohon akasia yang rendang ini, barulah juniornya sedar dari lamunan panjang dan membuka mulut.
"Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa hari ni hari yang sesuai untuk kita jalankan rancangan kau tu."
Kata-kata Syifa' menimbulkan kehairanan.
"Kau tahu, hari tu aku cakap dengan Aniem pasal jodoh dia, pasal kahwin.. Aku tanya dia kalau-kalau dia ada minat dekat orang lain, tapi dia tak jawab pun. Dia cuma kata dia tak nak dengar nama kau."
Hud mengeluh perlahan. Dia merasakan tiada lagi peluang untuk dirinya.
"Aku rasa Aniem tu ego. Dia malu nak mengaku yang dia sukakan kau."
Hud terkelu.
"Aku serius rasa yang kau layak untuk dia. And to the top of it, dia bukan ada orang lain pun."
"So, aku nak kita paksa dia terima kau dalam hidup dia." Tekad Syifa'. Dia tahu yang selama ini mimpinya tak pernah salah. Takkan ada orang lain yang boleh menjaga Tasnim selain daripada sahabat baiknya ini.
"Eh?" Hud baru sahaja memproses kata-kata Syifa' tatkala juniornya itu bergerak ke belakang court. Hud menyusul.
"Datang je lah, Aniem!" Syifa' memutuskan talian. Sebuah senyuman dilemparkan kepada Hud. Hud tidak pasti maksud di sebalik senyuman itu. Kelihatannya Syifa' sendiri dalam ketidakpastian.
"Syifa'.. kita buat apa ni sebenarnya?" Hud menyoal.
"Kau menyorok kat situ, nanti bila aku blah kau ambil alih 'kay?" Jawab Syifa'.
"Kau.. kau gila ke? Nak buat malu keluarga?!" Tempelak Hud, membantah rancangan ini.
"Aku rasa rancangan kau ni tak pelik sangat pun. Nanti kita minta maaflah dari mak dan bapak." Syifa' semakin tidak munasabah.
"Ini bukan rancangan aku. Aku tak setuju semua ni!"
"Shh, Aniem datang.. Menyorok!"
"Macam tu lah ceritanya. Malam tu, kitorang minta maaf dari semua orang; mak dan bapak, ibu dan ayah. Rancangan tu memang merepek. Rancangan tu spontan je keluar dari kepala. Hud minta maaf sebab dah susahkan hidup Aniem. Kitorang tak sangka.."
"Shh.. Orang faham. Orang cuma nak tahu je." Jari telunjuk ditarik semula dari bibir sang suami. Hud merenung wajah Tasnim dalam-dalam. Tasnim senyum segaris, enggan suaminya itu terus dihimpit rasa bersalah.
"Maafkan Hud ya, sayang?"
"Bukan salah sayang pun. Nak salahkan arwah Syifa' pun tak patut.."
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment