Pelangi
"Nadwah, janganlah marahkan dia sebab dia panggil kau singa betina. Relakslah.." Pujuk Harith sambil menghabiskan makanannya. Dia mengusap bahu Nadwah. Wajah Nadwah kelihatan memerah menahan marah dan malu disebabkan Harun.
"Now, tell us.. apa kaitan korang berdua ni?"
Nadwah terus mencerlung memandang ke arah laluan Harun melarikan diri.
"Jangan sentuh dia lah.." Afreen menolak tangan Harith. Bimbang Nadwah akan mengamuk memarahinya.
Tidak semena-mena, Nadwah bangkit dari tempat duduknya. "Labwa?" Dia tersenyum sinis.
Afreen dan Syahril kelihatan resah. Raja Maisarah mengintai dari ekor matanya, takut untuk melihat reaksi Nadwah yang seterusnya. Mustapha, Harith, Tuan Nur Atikah dan Tengku Adna serta Tengku Amna memandang Nadwah dengan perasaan bercampur baur.
Nadwah meninggalkan makanannya dan terus mencuci tangan. Kemudian dia beredar menghilangkan diri.
Harith memandang Afreen, Mustapha memandang Syahril. Masing-masing berpandangan. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran Nadwah.
"Mana Khairin Nadwah? Cikgu nampak beg dia tu, tapi orangnya mana? Dalam rekod kehadiran tulis, adik dia je yang tak datang..?" Tanya Cikgu Khalil sebaik dia menyedari ketidakhadiran Nadwah dalam kelasnya.
Raja Maisarah berpandangan dengan Afreen. Harith mengetap bibir. Syahril dan Mustapha berkerut resah. Masing-masing merisaukan keberadaan Nadwah.
"Nadwah dalam bilik sakit, cikgu." Harun bersuara.
"Dia sakit apa?" Cikgu Khalil bertanya spontan.
"Tak tahulah, cikgu. Sakit perut agaknya." Balas Harun.
Harith memandang Harun penuh hairan. Raja Maisarah dan rakan-rakannya juga berpaling merenung Harun.
Harun mengangkat bahu. What?
*****
"Explain!"
Harith menolak bahu Harun sebaik Cikgu Khalil keluar dari kelas. Dia tak tahan lagi dengan rahsia yang disimpan antara sahabatnya itu dengan Nadwah dan Qay. Dia dirasuk rasa ingin tahu.
"What?" Harun pura-pura tidak memahami. Dia malas ingin menyebutnya. Sebolehnya dia tak mahu punya sebarang kaitan dengan kembar berdua itu.
Ameer Rizlan mendekati. "Dah, tak ada guna bergaduh. Baik masing-masing kosongkan kelas. Someone's waiting for you all downstairs, right?"
Harun segera menggalas begnya dan bergerak membuntuti Ameer Rizlan. Harith ditinggalkan terkebil-kebil sendiri.
"Harun!!" Harith diamuk geram.
Satu tamparan kecil melekat di bahu. Harith menoleh melihat gerangan di belakangnya.
"Jangan bising-bising. Buang tenaga je." UJar Syahril bersahaja.
"Kau buat apa, Syah? Mus mana??" Mata Harith meliar takutkan sekiranya lelaki itu masih di sekitar. Dia mungkin akan ditempik musuhnya itu.
"Aku cadang nak tunggu Nadwah. Tadi aku dah turun cakap dengan driver aku yang aku balik lewat sikit. Mus dah blah awal-awal.."
"Aku pun nak tahu jugak apahal dengan Rin." Harith mengomel. Dia geram dengan sikap Harun yang menyembunyikan hubungan antara dirinya dengan Nadwah dan Qay.
"Jomlah kita tunggu dia sama-sama."
Syahril buat muka tidak senang.
"Kalau macam tu, aku tunggu dia kat bawah je lah. Nak bagitau driver aku sekali."
"Nadwah! Mana kau pergi? Sekarang baru nampak batang hidung.." Jerit Syahril sebaik sahaja Nadwah masuk ke kelas untuk mengambil begnya. Nadwah buat tak dengar. Begnya dikemas lantas digalas untuk pulang. Syahril panas hati.
"Nadwah! Aku cakap dengan kau kan?!" Syahril mengejar gadis itu sambil membebel di telinganya. "Kau suka hati je ponteng kelas, kan? Apa nak jadi kau ni? Nasib baik Harun tolong cover kau, tahu?"
Nadwah terhenti mendengar nama itu disebut.
"I dont have the heart to study. If I came to the class, I wont follow. I was too irritated to be studying."
"What?" Alasan Nadwah kedengaran tidak logik pada pandangan Syahril.
Nadwah tidak peduli lagi. Dia mengatur langkah ke luar pekarangan sekolah di mana Pak Cik Hud sedang menunggunya.
"Nadwah!!" Tempik Syahril.
Nadwah terjatuh ke lantai apabila seseorang melanggar tubuhnya.
"Sorry, sengaja!" Ujar Harith selamba.
Nadwah mengaduh kecil kerana punggungnya terasa perit. Sebuah buku kecil jatuh dari poket begnya.
"Apa ni?" Harith pantas mendapatkan buku yang tersadai di lantai itu.
"Give it back." Nadwah bersuara lembut sambil bangkit dari lantai.
"Alquran?" Harith cepat-cepat mengembalikan naskhah kitab mulia itu kepada Nadwah.
"Kau..."
"I was reading the Quran to fight the anger that was burning in my heart. I was really mad at him that I wont be able to concentrate on the class." Jelas Nadwah sebelum sempat Syahril menghabiskan soalannya. Dia tahu mereka merisaukan dirinya. Namun dia terlalu emosi untuk berdepan dengan sesiapapun. "Now please, I'm going home. Make way."
Harith memberi laluan kepada Nadwah. Dia dan Syahril benar-benar terkesima mendengar jawapan Nadwah itu.
"Ukht!!"
"Najwa?"
Qay menapak dari hujung kantin merapati Nadwah. Harith dan Syahril melongo melihat pakaian Qay. Qay menghulur senyum namun Harith dan Syahril tidak menyedari.
"Ukht, laa taajil. Nahnu fi sur'ah. [Akak, jangan lengah. Kita nak cepat.]"
"Aasif, lakin.. alyaum? [Maaf, tapi.. hari ni?]"
"Naseet? [Dah lupa?]" Qay berbisik kepada kakaknya.
"Oh! Aasif jiddan. Hayya.. [Maaf sangat-sangat. Jom]"
Dan mereka berlalu pergi tanpa mempedulikan dua jejaka yang masih merenung bayang mereka.
Harith dan Syahril berpandangan.
"Itu Qay kan?"
*****
"[Najwa dah sihat?]" Nadwah bertanya sebaik mereka berlabuh di dalam perut kereta.
"[Alhamdulillah, Najwa rasa okey.]" Balas Qay sambil menyingkap purdah miliknya.
"[Kenapa pakai baju ni?]" Nadwah bertanya bukan mempertikai namun sekadar hairan. Burqa berwarna perang gelap itu merupakan uniform di sekolah mereka dahulu. Sudah tersimpan elok di dalam kotak sejak mereka pindah.
"Huh? [Rindu..]" Balas Qay sambil tersenyum manis menampakkan barisan gigi putihnya.
"[Rindu nak pakai baju ni?]" Nadwah meminta kepastian.
Qay mengangguk laju.
Nadwah menggeleng.
"[Jadi malam nanti kita jumpa umi dan abi dekat sana, Pak Cik Hud?]" Perhatian Nadwah beralih kepada majlis malam nanti.
"[Ya, tuan dan puan punya agenda lain sebelum makan malam. Jadi mereka menyuruh Nadwah dan Najwa ke sana dulu. Baju telah mereka siapkan..]" Si pemandu yang setia menjawab sopan.
"[Kak.. kita pakai baju ni je la...]" Ujar Qay.
Nadwah keberatan.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment