Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi
"Hahaha!" Harun ketawa besar. Qay menggeleng sementara Nadwah menunduk.
"Banyak betul benda berlaku eh? Tiga bulan.." Harun masih dengan tawanya. Dia seperti tidak percaya apabila mendengar semua cerita tentang dua orang kembar ini sejak mereka masuk sehingga sekarang. Jauh di sudut hatinya, dia mengagumi mereka kerana mampu menyatukan Harith dan Mustapha di satu meja. Beserta geng Mai pula tu!

"Diam lah. Kau tak tahu ke suara kau tu kucing kat tempat pengumpulan sampah tu pun boleh dengar? Cakap macam nak bagitahu seluruh dunia!" Rungut Mustapha, tidak menyenangi perbuatan lelaki itu yang membuatkan Qay dan Nadwah rasa tak selesa.

Harun mencebik. Dia tak ambil pusing dengan kata-kata Mustapha. Dia tahu Mustapha masih menyimpan rasa tak puas hati dengan dirinya.
Nadwah menepuk meja.

"Dont shout like that. Its improper. You're insulting him in front of the crowd." Dia menegur.

"Sesungguhnya orang yang kuat itu yang mampu mengawal amarahnya." Sambung Qay pula.

 Wajah Mustapha berubah menerima nasihat spontan itu. Dia mengangkat pinggannya.
 "Dah lah, putus selera aku!"

Nadwah terpempan. Tak menyangka akan reaksi Mustapha itu. Qay menyudahkan makan dan terus mengejar Mustapha. Harith menarik muka jelak. Syahril mengeluh menjeling Harun dengan ekor matanya. Harun membalas tanpa rasa bersalah sementara yang lain saling berpandangan sesama mereka.

"Mus!" Qay menyeru.
"Apa?" Sahut lelaki itu tanpa memandang ke belakang.
"Kau janganlah marahkan aku dengan Kak Nadwah.." Pintanya sambil memohon maaf.
"Aku tak marah korang lah. Cuma sakit hati je."
"Sakit hati dengan kitorang? Kitorang minta maaf."
"Bukan dengan korang!"
"Dah tu siapa?"
Mustapha enggan menjawab.
"Mus?"

"Kau ni bisinglah!" Marah Mustapha.

*****

Angin bertiup syahdu. Nadwah sekadar menunduk. Dia sedikit penat. Bergaul dengan terlalu banyak orang membuatkan dia letih. Letih melihat kerenah mereka.

"Rin!" Sebatang tubuh melabuhkan punggung di sisinya. Nadwah berganjak sedikit menjauhi lelaki itu. Ingin tetap menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. "Kenapa kau tak pernah join PJ, eh? Kau memang tak suka bersukan ke?"

"It's not like that. Im just uncomfortable." Balas Nadwah. Dia sedikit lucu mendengar andaian itu. Bagaimana dia memahiri silat yang diajarkan Syed Qahar sekiranya dia tidak gemar bersukan?
Namun wajahnya kekal tanpa riak. Dia terlalu letih untuk tersenyum ketika ini.

"Uncomfortable? With what?" Harith bertanya dengan serius. Dia merenung tepat wajah Nadwah. Nadwah jadi segan ditenung sebegitu.

"I dont like it when people are looking at me while Im wearing pants. I just cant stand it. I feel awkward." Jawab Nadwah sejujur hati lantas menguburkan muka pada lututnya. Dia tahu jawapan sebegitu akan membuatkan dia dipandang rendah.

"Seriously?!" Harith tertawa kecil. "Ada lagi perempuan macam kau ni eh?" Harith menggeleng-gelengkan kepala seperti tidak percaya dengan jawapan Nadwah. Kemudian dia menyambung, "tapi baguslah, nampak sopan."

 Nadwah mengangkat muka. Tidak menyangka pujian seperti itu yang akan keluar dari mulut Harith.

"Wa kaifa tadrusin min jaddi Afreen? [Jadi macam mana kau belajar dengan atuk Afreen?]"

Nadwah merenung Harith lagi. Macam mana dia tahu?

"Aku pernah dengar Afreen cakap atuk dia mengajar silat.. Dan kau pelajar atuk dia, kan?"

"We had our special uniform which we wear some knee-length skirt with it."

"Ooh... so senang jugak la nak bergerak eh?"

Nadwah mengangguk. Dia melepas pandang ke arah padang.
Tiba-tiba dia berdiri sebelum berlari turun ke padang. Harith terpinga seketika.

"Najwa!!"

Wajah yang penuh berlumuran darah itu ditutup dengan sehelai sapu tangan yang sudah dibasahkan terlebih dahulu. Dengan sepenuh kudrat, lelaki itu mengangkat tubuh kecil Khairil Najwa.

"Harun, maza yaf'al?!" Pekik Nadwah begitu risau akan keadaan adiknya.

"Kau fikir aku langsung tak tahu apa-apa pasal dia ni?"

Harun terus membawa Qay ke bilik infirmari tanpa menghiraukan sesiapapun.
Seketika kemudian, sebuah ambulans tiba.
Mustapha dan Syahril begitu resah melihat kenderaan putih itu berlalu.

"Teruk sangat ke penyakit Qay tu?" Tanya Harith yang tiba-tiba muncul berhampiran mereka berdua.

Mustapha dan Syahril menjeling ke arah Harith.

"Ya lah, aku tengok dia selalu happy go lucky je. Tiba-tiba pengsan dengan hidung berdarah-darah macam tu. Terkejut aku."

Mustapha menjulingkan anak mata ke atas lantas mengangkat kaki. Syahril memandang jelak ke arah lelaki itu.

"Kawan konon!" Cemuhnya.





"Dia okey?" Tanya Harun sebaik sahaja Nadwah keluar dari wad yang ditempati Qay.
"Syukran laka. [Terima kasih.]" Ujar Nadwah dengan wajah penuh kesyukuran.

"Jangan cakap Arab dengan aku. Aku tak suka!"

Nadwah terkedu melihat lelaki itu mengangkat kaki. Dia berfikir sendiri.

*****

"Rin, kaif bi ukhtika?" [Macam mana dengan adik kau?]
Nadwah memandang wajah Afreen. Dia tersenyum hambar.
"Man Harun? Limaza inayatuhu..." [Siapa Harun tu? Kenapa dia prihatinkan..]

"Bangun!!"

Afreen bingkas bangun lantas kembali ke tempatnya sebaik sahaja Ameer Rizlan memberi arahan. Tidak sempat untuk dia mendengar jawapan Nadwah bahkan juga untuk menghabiskan soalannya sendiri.



Beberapa lama setelah proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Syahril berpaling ke belakang menghadap Nadwah. Kerusinya juga digerakkan supaya dia betul-betul berhadapan dengan gadis itu.
"Nadwah, tadi Afreen tanya kau pasal Harun? Aku pun tertanya-tanya. Macam mana Harun boleh tahu pasal penyakit Qay? Bajet macam tahu semua padahal baru je masuk, kenal dengan korang berdua.."

Mustapha memalingkan sedikit tubuhnya menghadap Nadwah. Dia juga jadi ingin tahu tentang lelaki itu.

"He should have known every little thing about us. He's.."

"Okey, murid-murid! Jadikan ini sebagai kerja rumah kamu. Kita jumpa lagi kelas akan datang. Kamu boleh pergi rehat."

Jawapan Nadwah terganggu lagi. Mereka terpaksa berpaling ke hadapan untuk memberi salam hormat kepada Cikgu Haikal selaku guru Matematik mereka. Setelah guru itu keluar kelas, Syahril dan Mustapha berpaling menagih jawapan daripada Nadwah.
Sebaik Nadwah ingin membuka mulut, dia terpandangkan Afreen yang sepertinya masih menunggu jawapan. Harith juga berpaling merenung wajahnya.

"We'll talk at the canteen."

*****

Afreen merenung lama wajah Nadwah, begitu juga Mustapha dan Syahril. Mereka begitu teruja untuk mendengar jawapan mengenai Harun sementara Harith sudahpun menghabiskan separuh daripada makanannya. Nadwah tidak senang untuk mengunyah.
"Harith, where's Harun?"

"Hmm? Dia rehat dengan Ameer. Selalunya memang macam tu pun." Jawabnya sambil menelan makanan yang memenuhi mulutnya. "Kenapa cari dia? Cakap je lah.."

"Its just that.. Eh!" Nadwah terpandangkan sesuatu di kaunter membeli makanan. Semua mata yang lain turut tertumpu kepada satu arah.
"Harun, ta'al! [Mari!]"

Harun merapat bersama Ameer Rizlan. "Apahal?"

"Should we tell them about our relationship?"

Harun berkerut dahi sebelum dia tertawa sinis. "First of all, kau tu" Dia menunding jari ke muka Nadwah. "Mak Cik Afifah tak ajar kau cakap Melayu ke? Speaking memanjang.."

Nadwah rasa terhina. "Kau kenapa nak paksa aku berbahasa Melayu?!"

Raja Maisarah menutup mulut. Syahril menggeleng sementara Mustapha dan Harith menunduk. Masing-masing cuba menahan tawa apabila mendengar bahasa baku yang dituturkan Nadwah.
Afreen menepuk bahunya sebagai tanda memberi galakan. Sebelah tangannya juga melindung senyum dari pandangan Nadwah.

"Hah, kan comel camtu. Sabahan gitu." Perli Harun.

Tawa terlepas dari mulut masing-masing.

"Harun!!" Meja kantin menjadi mangsa  hentakan tangan Nadwah.

"Alamak, Labwa!!" Harun melarikan diri sambil tertawa sendiri.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous