Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
 "Datang je lah, Aniem!" -Syifa.

 "Hei, Syifa' ada hal lain. Dia suruh aku hantar kau balik rumah." - Hud.

 "Sekarang ni, kamu kahwin je la dengan dia." -Encik Mahmud.

 Dengan wajah dibasahi air mata, Tasnim menandatangani borang itu di hadapan pegawai agama yang bertugas. Lelaki yang kini bergelar suaminya datang seolah-olah ingin membawanya pulang, jauh dari kekeliruan ini. Dengan ketiadaan Syifa', Tasnim tidak mampu membela diri. Dia menyambut huluran tangan dalam keadaan rela paksa. Wajah yang membencikan itu dia kerling.

 Eh?Harun??



Tasnim terjaga dari tidurnya. Mimpi tadi begitu menghairankan. Dia mencapai jam di sisi katil. 3.45 pagi.
Astaghfirullahalazim...



Usai menunaikan solat witir, Tasnim termenung sendiri. Dia memikirkan tentang mimpinya tadi. Entah mengapa wajah itu muncul sedangkan dia sudah lama melupakan lelaki itu. Ada satu perasaam tidak enak hadir menempati segenap ruang hatinya. Seketika, sepotong pesanan ringkas masuk ke dalam peti melnya.

Sayang, Hud mintak maaf tapi nampaknya Hud tak balik petang nanti. Ada hal nak diuruskan.

Dia tersenyum sendiri. Betapa prihatinnya Hud terhadap dirinya sehingga sanggup untuk menghantar mesej seawal pagi begini. Dia tahu Hud merinduinya setelah beberapa minggu berjauhan ke Kedah untuk menguruskan cawangan yang baru sahaja dibuka. Dia tahu itu kerana dia juga merindui suaminya.

TOK! TOK!

"Ibu..?" Daun pintu terkuak sedikit. Tasnim dapat menangkap bayangan tubuh anaknya.

"Ya, Amir.. Masuk lah.." Balas Tasnim. Nokia N1 miliknya diletak ke tempat asal.

"Ibu, boleh Amir minta tolong sikit?"

"Sekejap ibu lipat telekung ya.."



"Oh, macam tu ke? Terima kasih ibu."
"Amir cuba buat, nanti kalau tak dapat jawapan panggil ibu ya." Ujar Tasnim sambil mengusap kepala anak sulungnya itu. Dia benar-benar berbangga memiliki anak yang soleh dan rajin seperti Amir. Mampu bangun seawal pagi untuk qiyamullail dan ulangkaji walaupun baru berusia 11 tahun.
Tasnim berganjak ke dapur. Dia tersenyum lagi melihat nasi telah pun ditanak di dalam periuk. Sungguh anaknya itu telah mengenal erti tanggungjawab. Kemudian, dia juga mendengar cerek air berbunyi. Segera dia mengalihkan cerek tersebut lantas memanaskan kuali. Dia ingin menyediakan sarapan pagi.

DING DONG !!

"Siapa tu?" Tasnim bergegas ke muka pintu. Makanan yang siap terhidang tak lupa ditutup dengan tudung saji.

"Ibu.. siapa?" Amir menuruti langkahnya. Anak itu penasaran.

"Tak tahulah, Amir." Balas Tasnim sambil membuka kunci pintu.

"Ibu.. jangan! Kita tak tahu itu siapa. Datang pagi-pagi macam ni.. peliklah!" Amir membantah tindakan ibunya. Sebagai seorang lelaki, dia memikul amanah ayahnya untuk menjaga keselamatan sepanjang ketiadaan ayahnya itu.

"Betul juga.. Tapi takkan lah kita langsung tak tengok dia nak apa? Siap dengan kotak tu..."

"Kotak? Itu lagi lah bahaya. Entah apa yang dia bawak.. Kita tak tahu, bu."

"Tapi..."

"Takpe lah. Biar Amir pergi tengok."

Tasnim memerhati anaknya melangkah perlahan-lahan. Dalam curiga, Amir menegur lelaki bertopi merah itu dan bertanya. Tasnim tidak dapat meneka butir perbualan mereka dari jauh. Seketika kemudian, anaknya itu kembali ke dalam rumah.

"Ibu, dia kata bungkusan tu untuk ibu. Ibu pergilah claim. Tandatangan sekali."  Anaknya itu terus beredar. Tasnim hairan apabila ekor matanya dapat menangkap lirik senyum Amir yang tertahan-tahan.

"Ya?"

"Puan, boleh sign?" Lelaki itu mengunjukkan kertas yang tertampal di atas kotak putih itu. Pintu pagar telah dibuka oleh Amir dan lelaki itu pun sudah berada dalam kawasan rumah.
Tasnim mencurigai lelaki itu. Wajahnya yang sengaja disembunyikan di bawah topi merahnya itu membuatkan dahi Tasnim berkerut-kerut. Dia menolak topi itu sehingga terjatuh ke lantai.
Wajah berubah terkejut.

TIT.. TIT..

"Sur...prise." Suara itu kedengaran kekok.

"Hud! Hud kata tak balik hari ni..?" Tasnim terperanjat melihat keberadaan suaminya itu.

Hud mengoyak sengihan. "Hud kata tak balik petang, bukan tak balik hari ni. Ini lah hal yang Hud nak uruskan."
Isi kotak putih disingkap.
"Happy birthday!!"

Tasnim menekup mulut dengan kedua tangannya. Melihatkan tulisan yang tertera di atas kek strawberry shortcake itu, mukanya memerah keharuan.
42nd birthday. 12th June 0552am.

Hud mengerling jam tangannya. "Dah lewat tiga minit..."

"Hud.. balik seawal ni just untuk..."

"Sayang..." Hud menggamit perhatian isterinya. "Sayang saaayang sayang."
Tasnim tersipu. Dia mengambil kotak itu dan membawanya masuk. Senyuman disembunyikan di balik kotak. "Umm, jangan lah berdiri kat sini je. Jom masuk.. sayang."

Perkataan terakhir itu diucap perlahan. Namun, tetap juga Hud menangkapnya. Senyuman lebar terbit di wajahnya. Sejurus, dia membuntuti langkah si isteri.

"Amir.. jom makan kek." Tasnim mempelawa sambil dia membuka kotak putih yang sudah diletakkan di atas meja, sedia untuk dipotong.
Melebar senyumannya apabila melihat anaknya itu sudahpun menyediakan pinggan beserta sudu dan garfu diatas meja.

"Sayang, mana ada Harun kat sini?" Hud menegur.

Harun? Tasnim tersentak. Pandangannya berubah kosong seketika sebelum dia mengitari seluruh ruang makan. Baru dia menyedari bahawa Harun Amir tiada di situ bahkan buku-bukunya juga sudah dikemaskan dan dibawa pergi.

"Sayang sengaja suruh dia masuk bilik kan?" Tasnim menuduh Hud yang sedari tadi tersenyum simpul di sisinya. "Kesian Amir, terganggu dia nak belajar kat sini macam selalu."

"Hud tak suruh pun."

"Yalah tu." Tasnim memotong percakapan suaminya sambil tangan ralit memotong kek. "Hud memang macam ni. Apa-apa sambutan pun suka sambut berdua je. Anak-anak dipinggirkan. Tak sekali pun sayang ajak diorang sambut birthday orang sama-sama. Sampaikan orang pun kalau ada plan nak sambut dengan diorang pun cancel sebab Hud." Bebel wanita itu.

"Mana ada.. Hud nak sambut dengan anak-anak lah kali ni. Cuma Harun tadi dia masuk bilik sekejap. Solat Subuh." Sang suami membela diri.

"Eh, solat Subuh?" Tasnim meneliti jam yang tergantung di dinding. "Ya Allah, 6.15? Orang tak solat lagi..." Omel Tasnim. "Sayang dah solat ke?"

"Belum. Tunggu sayang ambil wudhu lah."
"Kenapa tak cakap awal-awal?"
"Hud nak cakap tapi sayang membebel je. Excited sangat potong kek tu. Macam mana Hud nak cakap..?"
"Hud ada wudhu?"
Lelaki itu mengangguk.

Tasnim mengeluh geram lantas segera dia berwudhu.

BUK !!

Aniem...!

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous