Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta

 "Ikut jalan mana ni? Kita dah sampai.." Bicara Puan Salimah memecah sunyi setelah mereka tiba berhampiran Masjid Bulat.
 "Terus, mak cik. Nanti masuk lorong 14/30."

 "14/30?"
 "14.30?!"

 Syifa' menjerit serentak dengan anggukan ibunya. Hud memandang Syifa'.

 "Apasal tak bagitau awal-awal yang kau tinggal kat situ?" Marah Syifa' seraya menumbuk bahu sahabatnya itu. Hud berkerut hairan.

 "Kenapa?"

 Tasnim mengusap wajah. Jeritan Syifa' sebentar tadi mengganggu tidurnya. Tudungnya dibetulkan.

 "Rumah kamu yang mana satu ni?" Celah Puan Salimah sebaik memasuki lorong yang dimaksudkan.

 "Yang pagar hijau depan tu." Hud menunjukkan ke arah rumahnya.

 Tasnim meminggir. Dahinya berkerut, tidak menyenangi perlakuan Hud yang dianggap tidak menghormati perasaannya.
 Hud menarik semula tangannya. Dia sedar akan pandangan Tasnim yang mencerlung marah.

 Kereta diparkir di pekarangan rumah Hud. Puan Salimah diam berkerut sambil menunggu barang-barang Hud dipunggah keluar. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
 Semena, seorang wanita yang sedikit muda berbandingnya mendekatinya dari pagar rumah.

 "Eh, akak?" Tanya wanita itu. Puan Salimah tersenyum.
 "Lah, kamu ke Hafizah? Akak tak tahu pulak itu anak kamu.. Patutlah rasa pelik bila dia tunjuk rumah ni."
"Itulah, saya pun tak sangka.. Hud kata dia balik dengan kawan. Tak sangka pulak akak yang menghantar.." Balas Puan Hafizah. "Anak akak pun Ibn Firnas ke?"
 "Haah, dari abang longnya sampailah yang bongsu lelaki tu. Anak kamu dah berapa lama sekolah situ?"

 "Dari form one lagi.."

 "Masya-Allah.." Puan Salimah menggelengkan kepala. Tak menyangka sebegini lama baru dia tahu anak sahabatnya itu satu sekolah dengan anaknya sendiri. "Kenapa tak dijemput anaknya ini?"
 "Abang Mus outstation. Selalunya Hud tak kisah, tapi ada keperluan pulak dia nak balik rumah."
 "Oh, takpelah kalau macam tu. Lain kali kalau perlu ditolong, janganlah segan-segan. Kalau terus naik sekali pergi balik pun takpe. Carpool kan jimat.."
 Puan Hafizah menyengih segan. "Takpelah, kak.. Terima kasih, ya."

End of flashback.


 Tasnim menyebak rambut ke belakang. Kepalanya berserabut memikirkan bagaimana untuk mengelak daripada terpaksa bertemu lagi dengan lelaki itu. Sungguh, dia tak ingin dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Sekiranya rakan-rakan di sekolah mengetahui hal ini, pasti rosak reputasi yang tercipta.
 Semena, dia teringatkan lelaki itu. Tangan gatal menaip alamat web laman sosial facebook.

 No! Jangan Tasnim. Jangan mulakan semula maksiat hati tu. Susah payah kau usaha tinggalkan..

 Pergerakan terhenti apabila iman menegah. Dalamannya berperang sama ada ingin diteruskan niatnya ini ataupun tidak. Mengingati pesanan ustaznya, dia menekan butang X pada hujung tab.

 Wanita yang memberi ruang kepada cinta yang fana, adalah wanita yang gagal.


*****

 Langkah diatur beriringan dengan rakan sekelasnya untuk naik ke kelas. Eksperimen sains di makmal tadi benar-benar mengujakan sehingga mereka tak henti-henti berbicara mengenainya. Tak sabar rasanya untuk melihat hasil eksperimen mereka minggu hadapan.
 Dari jauh, Syifa' terlihat kelibat Hud. Sahabat baik yang sebaya dengan kakaknya itu sedang duduk sendirian sambil merenung keluar kelas. Terdetik di hatinya untuk menyergah sehingga lelaki itu melatah.

 Tiba-tiba, Hud bangkit berdiri. Kerusinya tergolek. Dahi berkerut memandang tepat ke arah kelas 5 Zinnirah yang terletak berdekatan. Syifa' jadi penasaran lantas memerhati ke arah yang sama. Kelihatan beberapa orang pelajar putri sedang berkerumun.

 "Ya Allah, darah!!" Jerit salah seorang daripada mereka.
 "Anti okey tak, Tasnim?" Kedengaran suara seorang yang lain.

 Syifa' jadi perhatian. Dari tempatnya, dia dapat melihat kakaknya itu terduduk lemah di tengah-tengah ruang koridor. Tangan menekup hidungnya yang berdarah. Syifa' ingin mengetahui lebih lanjut namun Tasnim terlebih dahulu dipapah rakan-rakannya masuk ke kelas. Perhatian Syifa' beralih semula kepada Hud. Masih jelas di raut wajah lelaki itu riak resah dan gelisah. Syifa' menyedari sesuatu.



 "Tasnim, anti okey?" Tanya Husna sambil menghulur sapu tangan untuk menekap darah Tasnim daripada terus mengalir. Tasnim diam tidak menjawab.
 "Macam mana boleh jatuh ni? Anti makan ubat tak?" Bebelnya penuh cemas, tak ubah seperti ibu yang sedang memarahi anaknya.
 Tasnim diam lagi. Bekas pensil diseluk mendapatkan sebiji gula-gula lantas dikemam.
 "Aniem..."

 "Shh.." Tasnim meletakkan telunjuk di bibirnya. "Husna, orang tengah pening ni. Orang tersalah makan rasanya. Tekanan darah turun, tu yang rasa nak pitam.."

 "Itulah, orang suruh makan ubat..."
 Tasnim mengeluh. Bebelan Husna mengenai ubat langsung tidak dia endahkan. Dia takkan sesekali membiarkan hidupnya bergantung harap dengan dadah.

*****
 Pulang dari membasuh muka di tandas, Tasnim terlihat adiknya senang bergelak ketawa bersama Hud. Dia mencebik.
 "Aniem!"
 Langkah terheni apabila Syifa' melaung namanya. Tasnim berganjak beberapa tapak daripada pintu kelasnya.

 "Aniem, kau jadi balik tak esok?" Tanya Syifa'.

 "Entah la. Macam malas jer." Balas Tasnim acuh tak acuh. "Kawan kau tu ikut sekali ke?"

 "Hud?" Syifa' memastikan mangsa juihan bibir Tasnim. "Entah. Dia tak cakap apa-apa pun."

 "Tapi Aniem.. aku bagitau mak yag kau jatuh longkang semalam. Mak suruh kau balik." Tasnim mengangkat sebelah kening. "Hidung kau tu luka sebab jatuh kan?" Tanya Syifa' lagi sambil menunjukkan hidung kakaknya yang bertampal plaster.

 "Kau ni, kaki report la.." Rungut Tasnim sambil menyentuh hidungnya sendiri.

 "Aniem kau tahu kan mak nak bawa kau pergi berbekam..?"

 "Bukan lah. Mak call semalam, aku dah cakap aku lagi rela buat akupuntur berbanding bekam."

 "Oh, kau pilih perubatan Cina berbanding perubatan Islam?" Persoalan Syifa' membuat Tasnim jadi terkesima. "Suka hati kau lah. Kau balik kan.. Okey."

 Tasnim terus tercengang melihat Syifa' beredar pergi setelah mendapatkan kepastian darinya. Adiknya itu lebih tsiqah dengan tarbiah di sini berbanding dirinya yang masuk awal dua tahun. Tasnim kecewa deangan dirinya sendiri. Sementelah, loceng pun berbunyi.

*****

 "Weh, Aniem tu okey ke? Dia jatuh lagi semalam. Tengah hari tadi nampak plaster kat hidung dia." Tanya Hud sebaik sahaja dia mengambil tempat di katil Syifa'.
 "Dia okey je. Balik nanti dia pergi jumpa doktor." Balas Syifa' sambil bersandar malas. "Kau balik dengan kitorang lagi ke nanti?"

 "Hmm, aku dah call ayah aku tadi.." Hud berjeda, dia teragak-agak menyusun kata. "Nampaknya terpaksalah aku susahkan korang lagi."

 "Kau tahu?" Hud memberi perhatian. "Sebenarnya, Tasnim tak suka kau naik dengan kitorang. Dia bantah mak aku hari tu."

 "Tapi, ayah aku betul-betul tak boleh ambil. Dia outstation sejak semalam."

 Suasana diam seketika.

"Kau jujurlah dengan aku.." Syifa' bangkit dari bersandar. "Kau selalu sangat tanya pasal kakak aku. Kau suka dia, kan?"

 Hud menggaru pipi. "Obvious sangat ke?"

 "Sejak bila?"

 Soalan serius dari Syifa' membuatkan Hud jadi buntu. Muka tegang juniornya itu membuatkan dia takut berdepan dengannya. Hud menarik nafas panjang.

 "Aku suka dia sejak form three lagi. Masa tu, kitorang tengah tuisyen PMR. Aku nampak dia kelepet tudung dia.. Aku rasa pelik sebab selalunya aku tak suka tengok mana-mana pelajar perempuan kelepet tudung macam tu tapi... dia lain. Ada perasaan lain bila aku tengok dia. Entah kenapa sejak hari tu, aku tak boleh berhenti pandang dia walaupun dia tak kelepet tudung."

 "Kenapa aku tak pernah tahu?" Tanya Syifa', masih serius.

 "Sebab aku tak nak.. kau rasa aku rapat dengan kau semata-mata sebab Aniem. Aku rapat dengan kau sebab diri kau sendiri, takde kaian dengan dia. Kau kawan aku, you have your own value."

 "Ceh.." Syifa' mencebik. " Aku tak kisah kau suka dia atau apa pun. Tapi kau kena sedar yang korang berdua sama-sama nak SPM tahun ni. kau kena jaga hubungan dengan Allah. HDA itu yang penting. Jangan biar hati kau tu berzina. Ingat tu.."

 "Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang pasti berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya"
 "pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan HATI itu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakannya atau mendustakannya. Hadith riwayat Muslim."

 Hud mengikut suara Syifa' membaca hadith tersebut. Acap kali dia mendengar hadith itu disampaikan oleh para ustaz sehingga mereka berdua terpanggil untuk menulis dan menghafalnya.

 "Aku tahu. Aku dah try dah. Tips tahajjud yang Ustaz Sallehi ajarkan pun aku dah buat, tapi aku tetap tak boleh nafikan yang aku suka kat dia." Keluh Hud.

 "Kau dah istikharah?"

 Hud terdiam mendengar soalan maut itu.

 "Aku faham, perasaan cinta itu fitrah. Tapi kau coverlah sikit. Aniem tak suka kau naik kereta kitorang. Aku pun naik rimas bila kau selalu ushar dia. Mentang-mentanglah kelas dekat aje..." Syifa' mula bersungut. "Itu zina mata, tahu?"
 Hud meneyengih. "Kau perasaan?"

 Syifa' menjegilkan mata.

 "Kau tak nak tlong aku ke? Aku betul-betul sukakan dia.." Hud bagai merayu memohon restu bakal adik iparnya sendiri.

 "Aku tanya kau camni sebab aku nak tolong kaulah." Ujar Syifa' tulus. "Tapi kau kena tolong diri sendiri dulu. Kawal perasaan kau. Kalau kau buat dia rasa tak selesa, takut dia naik benci pulak. Melepas aku nak beriparkan kau."

 Mata Hud terbuntang. Sedikit terharu dan tak percaya mendengarnya.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous