Setia Cinta
BUK!!
Hud segera menoleh mencari arah punca bunyi itu. Di hujung koridor, dia terlihat seorang perempuan sedang bersimpuh sambil mengemaskan buku-bukunya yang berselerak. Pada pandangan Hud, kemungkinan besar perempuan itu terjatuh. Dia sekadar memerhati dalam diam. Bimbang sekiranya pelajar yang mungkin sebaya dengannya itu perlukan pertolongan.
Pelajar perempuan yang berbaju putih dan berkain hijau itu bangun perlahan-lahan sambil tangannya berpaut pada tiang berdekatan. Sebiji gula-gula dikeluarkan dari bekas alat tulisnya lantas dikemam sambil menyambung langkah perlahan-lahan. Hud terkejut melihat perangai perempuan itu makan berjalan. Apatah lagi, dia mengecam pelajar itu sebagai timbalan presiden Kelab Penerbitan yang dihormati ramai pelajar junior sekaligus merupakan gadis pujaannya selama ini.
*****
"Hei, Syifa'. Boleh aku tanya?"
Si empunya nama sekadar mengangkat muka sebagai respons. Rentak larian diperlahankan supaya dapat memberi perhatian kepada percakapan teman jogingnya itu.
"Kenapa kakak kau tak datang sekolah Jumaat lepas? Teruk ke dia jatuh?"
Syifa' terhenti.
"Jatuh?"
Hud ikut terhenti. Melihat kerutan di dahi juniornya itu, dia berasa tak selesa.
"Khamis minggu lepas, aku ternampak dia jatuh dekat koridor. Time tu dia jalan sorang, aku perhatilah dia. Tengok dia bangun sendiri, aku fikirkan dia okey tapi esoknya dia tak datang sekolah pulak. Kenapa, eh?"
Syifa' terus berkerut memikirkan persoalan Hud itu.
"Oh, haah.. Aku ada dengar jugak Aniem bagitahu mak aku yang dia tak sihat time balik dari asrama hari tu. Tapi aku takde dengar pun Aniem cerita yang dia jatuh." Balas Syifa' seraya menyambung larian. "Mana kau tahu yang dia tak datang Jumaat tu? Seingat aku korang berdua lain-lain kelas kan?"
"Err.." Hud tergagap sedikit. "Majeed hari tu.. Dia bising sebab kakak kau takde time meeting Kelab Penerbitan minggu lepas. Aniem tu kan ahli sidang redaksi. Dia yang simpan semua info penting bahagian puteri. Sebab tu Majeed naik angin, susah nak siapkan majalah bulan ni.."
Syifa' sekadar mengangguk. Mempercayai alasan Hud kerana memang terbukti lelaki itu rapat dengan Ketua Sidang Redaksi merangkap Ketua Kelab Penerbitan Sekolah Menengah Ibn Firnas itu.
"Syifa', kakak kau tu sakit apa?" Tanya Hud menyedari Syifa' tidak mengesyaki alasannya.
"Entah. Hari tu dia pergi klinik, doktor suruh buat blood test. Tengah tunggu keputusan keluar lah tu."
*****
"Tasnim.. kenapa banyak sangat ubatnya tu?" Tanya Husna penuh prihatin.
"Huh?" Tasnin berkerut kening. Husna menjuih bibir ke arah deretan botol ubat yang tersusun di dalam loker baju Tasnim. Gayanya seperti kedai menjual ubat sahaja.
"Takde apa-apa. Sakit sikit je. Doktor suruh jaga makan dan banyakkan bergerak. Buat senaman ringan." Balas Tasnim malas-malas.
"Oh, patutlah ana tengok Tasnim nampak tak bermaya je minggu lepas. Tasnim sakit apa?"
"Migrain." Husna terbuntang mata. "And darah rendah."
"Biar betul, Tasnim?" Husna seperti tidak mahu percaya. "Makan ubat tak?"
"Ubat ni untuk kawal dan cegah je. Bukan boleh pulihkan pun. Takde gunanya makan dadah macam tu. Buat mati cepat je." Jawab Tasnim tegas dengan pendiriannya. Husna berkerut. Dia kenal benar dengan sahabatnya yang tak pernah ingin mengambil sebarang ubat dari klinik.
"Habis tu?"
"Biar je la ubat ni jadi perhiasan dalam loker ni. Orang nak try istiqamah dengan habbatussauda'."
*****
"Weh, rumah kau dekat Seksyen 14 kan? Area mana eh?" Tanya Hud kepada Syifa' yang sedang tekun membuat latih tubi PMR.
"Area Masjid Bulat. Kenapa?" Balas Syifa' sambil matanya tetap tertumpu kepada latihan Bahasa Inggeris di hadapannya.
"Ha, dekat la tu!" Hud tersenyum senang. "Aku sebenarnya nak kena balik. Ada kerja kursus nak kena siapkan. Tapi ayah aku sibuk, tak boleh ambil. Boleh aku tumpang kau?"
"Oh, rumah kau kat mana?" Syifa' mula beralih fokus kepada permintaan Hud.
"Eh, takpelah.. Aku turun depan Jaya Mall tu je." Hud segan apabila Syifa' seperti ingin menghantarnya terus ke rumah.
"Takpe.. Kalau rumah kau dekat, mak aku boleh terus hantar je. Dia tak kisah pun..."
"Takpelah, susah-susah je. Apa kata kakak kau nanti? Lagipun aku ada something nak beli kat kedai buku tu." Hud menolak sopan.
"Alah, kau ni.. malu-malu kucing!" Tempelak Syifa'. "Biar je Aniem tu.. Sekejap je pun, kan? Pasal pergi kedai tu, nanti bila aku dah tahu rumah kau kat mana boleh lah kita pergi sama-sama." Tegas si junior itu ikhlas ingin menolong senior merangkap sahabatnya baiknya itu.
*****
"Mak, orang tak setuju la mak nak tolong hantar jemput kawan Syifa' tu. Orang tak suka!" Tasnim menyuarakan bantahan semasa dia membantu ibunya menyiapkan makan malam.
"Kenapa?" Puan Salimah mengangkat kening. Tangan masih belum berhenti memotong bawang. "Dia tu anak Mak Cik Hafizah, kawan mak. Salah ke kalau mak nak tolong?"
"Orang tahu, mak nak tolong kawan mak.. tapi orang tak selesa la ada orang lain naik sama dengan kita setiap kali pergi balik asrama." Tasnim cuba berhujah membela diri. "Dia tu ajnabi.. Lagipun, orang tak dapat nak berborak dengan mak macam selalu."
"Alah, borak je lah.. Apa masalahnya?"
"Orang malulah nak borak-borak depan dia.. "
"Depan siapa?" Syifa' tiba-tiba muncul bertanya. Lauk yang baru diangkat dari kuali dicubit sedikit. Tasnim mula menarik muka cemberut.
"Kakak kamu ni.. Tak suka anak Mak Cik Hafizah tu.. siapa nama dia?" Puan Salimah berjeda seketika.
"Hud." Jawab Syifa'. Mulutnya sibuk mengunyah bebola ayam yang dikuis dari dalam mangkuk sayur.
"Hah, budak Hud tu la.." Puan Salimah menepuk tangan anaknya itu tatkala Syifa' ingin mencubit lagi lauk yang terhidang.
"Kakak kamu ni.. Malu apa entah..."
"Orang tak selesalah, mak.." Tasnim membela diri.
"Tadi kata malu nak berborak depan dia..?"
"Sebab tak selesa lah..." Tasnim menggetus rimas. "Dah la, orang nak naik. Dah siap dah kan semuanya?"
"Isy, kamu ni..." Puan Salimah tidak menyenangi tabiat anaknya yang seringkali makan lewat malam. Dia tahu anaknya itu bertindak demikian semata-mata untuk mengelak daripada bertembung dengan bapa sendiri. "Badan kamu tu dah berpenyakit, tapi kamu masih lagi nak skip makan?"
Tasnim tarik muka. Dia tahu Puan Salimah marahkan dia disebabkan hubungannya dengan bapanya yang tidak begitu baik. Menghormati perasaan ibunya, dia mengambil tempat di meja makan. Syifa' sekadar mendiamkan lagi apatah lagi setelah bapanya tiba di ruang makan. Suasana terasa janggal dengan kehadiran dua beranak itu biarpun selama ini tidak banyak yang dibualkan oleh Syifa' di meja makan kerana dia takutkan bapanya yang garang itu.
20 Mei 20XX
Hye. Sekarang ni aku tengah bengang sebenarnya. Tak puas hati dengan mak aku. Tak faham kenapa mak tak cuba faham perasaan aku. Patut ke dia offer kawa adek aku, yang SEBAYA aku untuk tumpang kereta kitorang setiap kali pergi balik asrama? Diulangi, PERGI & BALIK ! Kalau balik je pun aku dah segan.. ini...?
Mak, tologlah faham yang anak mak ni keseganan menerima kehadiran lelaki ajnabi seperti dia. Urgh!
Tadi mak aku suruh makan sama. Yelah, aku kan dah tak boleh makan lambat-lambat.. Aku rasa awkward giler..
Sejak bila aku jadi macam ni dengan bapak? Entah la...
Pandangan mata Tasnim meredup sejurus menaip kata-kata itu. Seperti biasa, tidak banyak yang dia kongsikan dalam blog miliknya. Sekadar meluahkan perasaan yang terbuku dan menyesakkan dada. Dalam memeriksa sebarang kecacatan dalam entrinya, Tasnim teringatkan peristiwa petang tadi.
Flashback
Selesai memunggah barang-barangnya ke dalam kereta, Syifa' masuk ke dalam kereta dan menyalami ibunya. Tasnim buat tak endah kerana itu sudah menjadi rutin adiknya sejak tingkatan dua lagi. Sejak menjalani pelbagai daurah di sini, adiknya menjadi lebih sopan dan matang; dengan gaya tersendiri.
"Assalamualaikum, makcik."
Tasnim tersentak mendengar suara garau yang asing di telinganya. Hampir sahaja dia menoleh ke belakang, namun itu tidak seharusnya dia lakukan. Tasnim menahan perasaan. Cermin pandang belakang dikerling. Macam kenal jer..
"Waalaikumsalam. Ini nak tumpang sampai ke mana?" Tanya Puan Salimah sambil memulakan pemanduan.
Tasnim memandang ibunya serba tak percaya. Sampai hati ibunya tidak memberitahu perihal penumpang tak diundang itu.
"Mak, kan orang dah cakap.. Rumah dia dekat je dengan rumah kita. Area Masjid bulat tu jugak.." Celah Syifa'.
"Oh, dekat sangatlah tu." Puan Salimah mengangguk-angguk. "Bercakap dari tadi, namanya siapa? Sama kelas dengan Syifa'?"
"Eh, tak lah mak.." Syifa' berkerut lucu.
"Nama saya Hud. Saya form five." Ujar Hud keseganan. Dia masih belum selesa dengan keluarga ini.
"Form five? Patutlah muka lebih matang dari Syifa'. Senior rupanya..." PUan Salimah mengangguk lagi. Matanya tekun memerhatikan jalan raya supaya pemanduannya tidak terrganggu apatah lagi setelah memasuki lebuhraya. "Kalau form five, sebaya Tasnimlah.. Kamu kenal?" Tiba-tiba Puan Salimah mengerling anak perempuannya.
Tasnim berkerut tidak selesa.
"Isy, mak ni.." Tasnim dan Syifa' berkata hampir serentak.
Tasnim terus diam, membiarkan adiknya berkata-kata. Tangannya liar mencari novel yang ditinggalkan di dalam kereta. Cuba menutup segan.
"Kan kelas diasingkan antara lelaki dan perempuan. Lagipun Hud ambil kelas akaun, Aniem pulak sains stream. Takde lah diorang bertembung kelas." Ujar Syifa' menjawab persoalan ibunya.
Tasnim meraba di bawah tempat duduknya, masih mencari novel untuk dibaca.
"Tasnim.. tak perlulah membaca dalam kereta. Mabuk nanti, merungut pulak." Tegur Puan Salimah.
Tasnim mengeluh. Akhirnya, dia menarik kepala tudungnya untuk menutupi muka lantas tertunduk ketiduran.
Hud menggigit bibir. Lucu dengan perbualan Puan Salimah dan juga aksi buah hatinya itu. Syifa' menumbuk bahu Hud lantas mengangkat kening sebagai isyarat bertanya. Hud sekadar menggeleng. Syifa' tarik muka.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment