Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

Latest List
Full List

11 Aug; Darling, I Need You 19 06 Aug; Darling, I Need You 18 05 Aug; Darling, I Need You 17 02 Aug; Darling, I Need You 16 21 Jul; Darling, I Need You 15 12 Jul; Darling, I Need You 14 03 Jul; Darling, I Need You 13 12 Jun; Darling, I Need You 12 10 Jun; Darling, I Need You 11 07 Jun; Darling, I Need You 10 05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Background by : NJOE
Prasangka
Sesungguhnya, manusia diciptakan bersifat lemah.

  "Aina!"

 Si empunya nama mengangkat muka.
 "Kau kenapa?"

 "Kenapa apa?"

 "Aku tengok kau lentok jer dari tadi, lembik jer.. Tak cukup tidur ke?"

 Dia berjeda memikirkan jawapan.

 "Lebih kurang lah."



  "Aina!!!"

 Si empunya nama tersentak lantas bangkit berdiri.

 "Kamu buat apa malam tadi? Kalau mengantuk sangat, pergi basuh muka. Cikgu tak nak tengok pelajar tidur waktu kelas!"

 "Maaf, cikgu."




  "Aina.. cepatlah sikit! Nanti makanan habis kat kantin!"

Si empunya nama terhuyung-hayang mengatur langkah.

 "Mamai lagi ke? Isy!!" Marah temannya seraya menarik tangan Aina supaya melangkah lebih laju.




  "Kenapa dengan Aina tu eh?"

 "Kenapa?"

 "Asyik tidur jer. Sebelum ni tak macam tu pun."

 "Biarlah dia. Entah apa dia buat tengah-tengah malam."

 "Kenapa kau cakap macam tu?"

 "Aku selalu terjaga pergi tandas. Aku tengok dia tak ada kat katil.."

 "Kau tahu tak dia buat apa dekat loker dia?"

 "Tak tahu. Aku malas nak check. Mengantuk."

 "Ada satu hari tu aku stay up. Dia pergi bukak loker dia. Aku tanya dia tak jawab. Pulak tu menyorok masuk loker. Tahu la loker tu besar..."

 "Dia buat apa eh? Entah-entah dia bawak barang haram. Kau tak check loker dia?"

 "Camne nak check? Dia kunci loker dia!"

 "Bukan dia tak suka kunci loker?"

 "Itulah pasal..."

 "Mesti ada something dia sorokkan.."




  "Aina!"

 Si empunya nama tidak menjawab. Masih terpaku di tengah koridor.

 "Aina?!" Rakannya itu jadi hairan

 "Aina..!!"

 Terkejut melihat sekujur tubuh rebah menyembah bumi, Aina mereka hampiri.




 Aina dah tiada. Hati dia dah rosak. Lama kami cari penderma. Tapi nampaknya, Allah lebih sayangkan dia.


  "Aina.."

 Kumpulan pelajar itu teresak. Sayu menghimpit dada melihat deretan ubat tersusun berbaris di dalam loker milik Aina. Mereka tidak menyangka rakan mereka itu menghidapi penyakit barah. Prasangka telah mengabui mereka.
  Seribu penyesalan tak terluah. Takkan mampu lagi mereka undurkan waktu untuk membantu, berkongsi rasa, mahupun sekadar bersangka baik.


Tak semua yang kita tahu itu benar.
   Tak semua yang kita sangka itu hakikat.
     Manusia seringkali tidak memahami hakikat.
         Manusia seringkali tertipu dengan prasangka.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>