Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
Fikiran berserabut. Jiwa dibadai resah. Perasaan berbelah bahagi. Entah mengapa, hati terasa berat untuk meninggalkan bumi Brunei ini setelah hampir tujuh hari dia di sini. Mungkin pertemuan semula dengan Harun menjadikan dia serba salah untuk meninggalkan Hafsah yang bila-bila masa sahaja akan menjadi sebatang kara. Mengusir segala keluh-kesah, dia membuang pandang ke arah laut.
Dari jauh, dia menangkap derap langkah mendekat. Apabila dia berpaling, dia melihat batang tubuh suaminya berjalan mendapatkannya. Dia tersenyum. Pastilah suaminya iu sudah membaca nota yang ditinggalkannya sebelum ke pantai. Nota meminta izin untuk dia keluar mengambil angin.

"Aniem..?"
Tasnim berkalih pandang mendengar suara itu. Jiwanya bergetar. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu memanggilnya dengan panggilan itu.
"Betullah Aniem, kan?" Lelaki itu tersenyum lebar sambil memandangnya atas bawah. Mungkin hairan dengan penampilannya yang kini bertudung litup. Tidak seperti ketika mereka belajar di sekolah yang sama. "Ya Allah.. Tak sangka kau dah banyak berubah kan? Alhamdulillah, aku still dapat cam."
Tasnim terkejut. Perasaannya bertambah haru.
"Harun, kau.. ingat aku?"

"Takkan lah aku nak lupakan kau.. Hari-hari aku doa supaya kita berjumpa." Jujur lelaki bertubuh kurus itu. "Aku rindukan kau.."

Hud menghampiri. Cuba mengambil tahu akan perbualan isterinya dengan pesakit barah otak itu.

"Kau buat apa kat Brunei ni? Family trip??" Tanya Harun sambil mengerling ke arah Hud.

Hud sedikit berkerut mendengar soalan Harun. Dia cuba memahami situasi.

"Tak.." Bergetar suara Tasnim menafikannya. Sejurus, dia melingkar lengan Hud. "Aku tengah honeymoon. Ini suami aku."

Harun terbuntang.

Hud jadi tak selesa. Dia dapat menangkap kemungkinan Harun kembali mengingati memori bertahun-tahun yang sudah. Perbualan antara mereka jelas bernada remaja. Dan yang paling ketara, Tasnim sengaja mencipta alasan untuk mengelak perbualan panjang dengan lelaki bertubuh kurus ini.
"Aniem.." Hud merungkai lingkaran lengan Tasnim. "Hud rasa Hud tak patut ada kat sini. Hud tahu korang dah lama tak jumpa. Korang boraklah dulu. Hud tunggu kat sana."

Tasnim mencengkam lengan Hud, melarang lelaki iu meninggalkannya. Hud senyum segaris lantas berbisik ke telinganya.
"Aniem boraklah puas-puas. Ini peluang untuk bincang tentang benda yang dah lepas."

Tasnim berkerut dahi. Dia tidak bersetuju dengan tindakan Hud ini. Hud sekadar tersenyum penuh makna sejurus meminggir ke gigi air. Tasnim menahan perasaan. Dia tidak memahami tujuan Hud meninggalkannya bersama bekas pujaan hati.

Ekor mata Harun menghantar langkah Hud. Ada keraguan terbit dalam dadanya.
"Sportingnya suami kau, tinggalkan isteri dengan lelaki lain.." Perli Harun. "Atau sebenarnya dia bukan suami kau pun. Kau sengaja nak tipu aku?"

"Nonsense!" Tasnim tertawa sinis. Dia terus membela suaminya. "Hud tahu tentang kita. And dia percayakan aku. That's why dia yakin untuk tinggalkan aku dengan kau. Lagipun, he's there watching over.."

"So," Harun bermain pasir dengan kakinya. "Kau memang setia dengan dia lah?"
Tasnim mengangguk. Semerta, keluhan berat terbit dari bibir Harun.

"Kau dah lupakan aku nampaknya.." Ujar lelaki itu berbaur kesal. "Ruginya aku tak hantar rombongan meminang kau awal-awal. Aku terlalu meragui perasaan aku sendiri. Dan sekarang.. aku melepas." Harun menyungging senyum di akhir katanya, mengejek dirinya sendiri.

"Semua tu dah berlalu, Ron." Ujar Tasnim sambil menunduk menahan perasaan. Dia tak boleh menaruh harapan mahupun memberi harapan terhadap Harun. Lelaki itu sakit. Dan dia tak menyedari penyakitnya sendiri.


Hafsah berasa hairan. Sejak dia menegur Harun di dapur, dia tidak lagi melihat adiknya itu di mana-mana. Hatinya diamuk resah. Segera dia ke dapur meninggalkan kaunter pembayaran.
"Fir, nampak Harun?" Dia bertanyakan tentang keberadaan adiknya kepada si tukang masak.
"Bukan dia dah keluar tadi?" Soalan dijawab dengan soalan.
Hafsah mengeluh. Entah ke mana pula adiknya itu menghilang. Selalu sahaja Harun keluar dari kawasan warung tanpa memberitahunya. Semena, dia ternampak bungkusan ubat yang tidak disimpan semula ke tempatnya. Hafsah bergerak untuk menyimpan ubat-ubatan tersebut.
"Isy, Harun ni.. Macam mana dia boleh terlupa menyimpan?" Omelnya sebelum dia mendapati secawan air yang masih penuh tidak berminum.
Hafsah mengerutkan dahi. Tangannya segera memunggah ubat tadi lantas memeriksa bilangannya.
"Harun.. tak makan ubat?"
Seisi dapur tertumpu ke arah majikan mereka. Mereka sedia maklum akan peripentingnya ubat-ubatan itu kepada Harun. Pernah adik majikan mereka itu pengsan tidak sedarkan diri sehingga menyebabkan Hafsah menelefon ambulans. Kesemua mereka jadi perhatian.
"Widad! Jaga kaunter jap!! Akak nak pergi cari Harun..!" Laung majikan mereka iu sebelum bergegas keluar meninggalkan mereka.  Si pekerja berpandangan sesama sendiri.



"Ruginya.." Keluh Harun sambil membuka dompetnya. Sesuatu ditarik keluar dari celahan dompet kulitnya itu.
"Takde apa yang aku boleh buat dengan benda ni. Aku serahkan kat kau je lah. Buatlah apa-apa pun. Ini milik kau." Perhiasan itu diletakkan Harun ke dalam genggaman Tasnim. Lelaki itu melangkah pergi.

Tasnim membuka genggamannya. Air mata mengalir melihat sebentuk cincin emas putih yang dijadikan loket seutas rantai. Dia terasa ingin menjerit memanggil cinta pertamanya itu namun suaranya tertahan. Perlahan-lahan, hadiah di tangannya jatuh ke atas hamparan pasir putih.

"Harun!!!"

Satu jeritan mengejutkan Tasnim. Dia mengangkat muka.

"Harun, buka mata dik.. Jangan tinggalkan akak..." Wajah Hafsah yang sudah basah dengan air mata menyapa pancaindera. Tubuh kurus yang terbaring di riba wanita itu membuatkan dadanya terasa sesak dengan kekalutan. Ramai pengunjung datang membantu.
"Dont touch him! Call the ambulance!!" Tempik wanita itu melarang sesiapapun mengangkat tubuh adiknya yang dipeluk erat.

Tasnim terkaku. Dia ingin turut membantu namun pandangannya berbinar. Kepalanya kian memberat apabila Hud datang menghampirinya. Kemudian, segalanya berubah kelam.


*****


Tasnim terus hanyut dalam lamunan. Dia tak lagi mempedulikan apa yang terjadi di sekitarnya. Hanya kenangan yang terus bermain di layar ingatan. Kenangan demi kenangan yang merobek nurani wanitanya. Sehingga kering air mata tak mampu lagi merawat luka di jiwa.

"Aniem.. makan lah sikit. Sejak balik dari Brunei, Aniem tak pernah sentuh nasi. Aniem cuma makan satu dua biskut je. Aniem janganlah buat Hud macam ni.." Pujuk sang suami yang kerisauan melihat keadaan isterinya.

Tasnim berpaling menghadap Hud. Dia memandang suaminya itu dengan pandangan kosong.
Hud menyuakan sepinggan nasi berlaukkan sup panas. Tasnim merenung isi pinggan.

"Orang tak nak makan tu.." Tasnim membuang pandang.

"Kenapa?" Si suami jadi penasaran. Apa yang tidak kena dengan selera isterinya ini?
"Aniem.. kalau ya pun Aniem tak ada selera, please lah... Hud minta Aniem makan walaupun sikit. Demi anak kita..."

Tasnim pantas berpaling. Wajah suaminya diseluruhi seakan-akan tidak menyenangi kata-kata lelaki itu. Namun seketika kemudian, dia menganga ingin menerima suapan dari suaminya. Mengakui hakikat kata-kata itu.
Hud menyuapkan sesudu nasi dengan penuh belas. Terasa lega apabila isterinya akhirnya ingin juga menerima sedikit makanan berat untuk mengisi perut.

Tasnim menerima suapan tanpa menunjukkan sebarang perasaan. Pandangan kosong berkalih arah mengitari setiap sudut ruang bilik itu. Mulutnya mengunyah perlahan tanpa merasa sedikitpun nikmat daripada makanan yang akan dihadam. Sejenak, pandangan tertumpu pada satu arah. Sebuah bagasi kuning yang terletak elok bersebelahan pintu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, Tasnim menapak turun dari birai katil.
Hud sekadar memerhati. Dia tidak mahu mengganggu perasaan bakal ibu muda itu yang sememangnya sudah cukup terganggu. Dia melihat isterinya itu membuka bagasi dengan berhati-hati kemudian menyelongkar setiap satu isi perut bagasi tersebut.

"Hud, baju ni untuk ayah kan?" Ujarnya sambil memunggah dan menyusun semula barang-barang cenderahati dari Brunei itu.

"Mutiara ni semua nak bagi ibu dengan Kak Sal je ke?" Tasnim mengangkat sebelah kening. "Bagi kawan orang sikitlah.."

Mendengarkan tentang perhiasan mutiara, Hud teringat sesuatu. Dia mengambil bagasi miliknya yang berwarna hitam kemudian mengeluarkan sesuatu.

"Aniem..!" Serunya sambil menayangkan perhiasan tersebut tinggi di udara.

Wajah Tasnim berubah. "Kenapa tak buang je benda tu?"

"Kenapa nak buang? Ini kan hadiah. Kita kenalah appreciate hadiah orang bagi kat kita."

"Tapi.. orang tak nak hadiah tu."

"Aniem.. Hud tahu Aniem sayang sangat dengan Harun. Hud respect perasaan Aniem tu. Harun first love Aniem dan Hud nak bagi Aniem peluang semcam mana Hud dapat peluang untuk first love Hud. Sebab tu lah, Hud nak Aniem pakai rantai ni. Sesuai dengan tujuan asal Harun beli rantai ni."

Tasnim tertunduk menahan perasaan. Sesungguhnya dia tidak betah membicarakan kisah sedih ini. Hatinya jadi sayu.

"Aniem pakai ya.." Pujuk Hud lagi lantas menyelak rambut isterinya untuk dipakaikan rantai pemberian Harun. Sesudah itu, penampilan isterinya diperkemas.
"Cantik.."

Tasnim tersentak dari terus-menerus dengan fikiran yang kosong. Dia memandang rantai yang kini melingkari lehernya. Loket berupa sebentuk cincin emas putih dia teliti. Ternyata benar sangkaannya. Harun telah mengukir sebaris ayat di atas cincin yang sepatutnya menjadi tali perkahwinan mereka.

Ron & Aniem 1437

Tasnim mengangkat muka. Memandang wajah Hud dengan senyuman hambar. Butiran jernih terbit dari tubir matanya. Tubuh suaminya itu dirangkul.
"Thanks Hud. Kerana memahami..."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous