One Four Five Three
Berpimpinan, mereka memasuki restoran rangkaian makanan segera itu. Biarpun sudah agak lama meninggalkan zaman pelajar universiti, mereka tetap menghabiskan masa bersama di restoran itu. Tak pernah berubah angin biarpun untuk ke warung mamak apatah lagi ke restoran ternama yang lebih gah. Mereka tetap setia di sini. Tempat pertemuan pertama mereka pada lima tahun yang lepas.
"Dear, sayang teringin nak jadi macam tu." Ujar si dara sambil menjuihkan bibir ke arah pasangan di barisan kaunter sebelah. Sang teruna memandang ke arah yang dimaksudkan. Dia tersenyum kecil, mengerti maksud sebenar kekasih hatinya itu.
"Hmm? Aren't we as happy as they are?" Tanya sang teruna sambil menghadiahi kekasihnya sekuntum senyuman manis.
Si dara memuncungkan bibir. Kecewa apabila teman lelakinya itu seperti tidak memahaminya.
"Sayang cakap tentang akak tu lah!" Marahnya.
"What?" Sang teruna berkerut dahi. Berpura-pura bodoh hanya untuk melihat ulah kekasihnya.
Si dara mengusap perutnya perlahan. "It's about..."
"You want to be as fat?" Sang teruna sengaja bertanya soalan bodoh.
"No, stupid!" Bentak si dara tak tertahan lagi melayan kebodohan sang teruna. "I want to be pregnant just like her!!"
Sang teruna tersenyum senang. Namun senyumnya disembunyikan daripada penglihatan si dara. Enggan wanita itu tahu dia seronok mempermainkan perasaannya saat ini.
"I've always said this, dear. Sayang nak dear masuk meminang cepat-cepat. I love you, okey? 143!"
Sang teruna memeluk lembut bahu milik si dara. Sambil tersenyum penuh makna dia menjawab, "1453."
"As usual." Ujar sang teruna kepada si penjaga kaunter. Terlalu sering mereka berdua mengunjungi restoran ini sehingga para pekerjanya pun sudah mengenali mereka.
"Dear.. you always said that. But I dont even know what it means and you dont even progress. You havent even met my parents yet. How am I supposed to be secure about us?"
"Bertekak lagi?" Tanya si penjaga kauter.
"The same old thing.." Balas sang teruna selamba. Seperti perbalahan itu tidak menggugat langsung.
"Wish you luck." Si penjaga kaunter berbasa basi sambil menyerahkan makanan yang dipesan. Pembayaran telah dibuat terlebih dahulu.
Sang teruna senyum segaris lantas terus beredar mencari meja kosong.
"Dear, you're not hearing are you?" Rajuk si dara.
"I am.." Balas sang teruna tenang. "Why dont we sit and eat first?"
Si dara menarik muncung. Hatinya memberontak melihat sikap sang teruna yang sepertinya tidak ambil pusing dengan isu ini. Terasa hati apabila sang teruna seperti tidak serius untuk meneruskan hubungan mereka.
"Makan?" Jemput sang teruna yang sudahpun selamat melabuhkan punggungnya. Si dara menyilang lengan rapat ke dada. Berdiri tegak di sisi meja tanda protes dengan sikap sang teruna.
Sang teruna buat pernagai selamba. Tangan ditadah membaca doa makan.
Si dara menghembus nafas geram. Ulahnya tidak dipedulikan oleh sang teruna. Sambil menghentak-hentakkan kaki, dia berjalan mengambil tempat berhadapan sang teruna.
"Amin." Ujarnya setelah sang teruna selesai membaca doa. Kemudian, sepi mengisi ruang. Hanya hingar pengunjung restoran yang mewarnai suasana.
"Do you remember?" Sang teruna tiba-tiba memulakan bicara. "Inilah tempatnya you ucapkan 143 pada I. Masa tu I tak tahu menahu langsung yang '143' ialah singkatan bagi 'I love you'. I betul-betul terkejut bila you berterus terang dengan I."
Memoir tiga tahun lalu diungkit kembali. Namun, si dara buat tak kisah. Sengaja membalas dendam terhadap perbuatan sang teruna sebentar tadi.
"I tak sangka dengan personaliti I ni, you boleh tangkap cintan dengan I. Dan I lebih tak sangka bila kita dapat terus kekal sampai sekarang." Sang teruna berjeda seketika untuk mengunyah burger di tangan. "I rasa bertuah sangat sebab dapat kenal dengan you. You tak rasa ke apa yang I rasa ni?"
Si dara enggan menjawab. Terus membiarkan sang teruna bermonolog sendiri.
"I tahu you takkan jawab. Sebab dah terang-terangan perasaan you tu untuk I je." Sang teruna meneruskan bicaranya. "I nak minta maaf sebab dah bazirkan masa untuk pertimbangkan perasaan sendiri. I selalu ragu. Langsung tak macam you yang tahu apa yang you mahu. Sekarang I tekad, dan I tahu you takkan menolak."
Si dara mula menumpukan perhatian atas kata-kata sang teruna. Dia tahu lelaki itu suka berkias untuk menutup perasaannya yang sebenar.
"Keluarga I datang rumah you tengah hari semalam." Perlahan-lahan, kocek kemejanya diseluk mengeluarkan sebuah kotak empat segi. "Sayang, I tak pernah bergurau bila I ucapkan 1453."
"Waktu I first dengar you kata you cintakan I, I tahu.. I sedar itu janji you untuk I. I tahu yang you ni seorang yang takkan berpoya-poya, tahu akan matlamat, dan setia. Tapi I terlalu ragu..."
"Setiap hari I fikirkan tentang you. Setiap hari you ucapkan 143. Seperti ingin berjanji yang you hanya akan mencintai I seorang. And that's where I came up with 1453. I cuba untuk balas janji you tu. Tapi I tak berani untuk nyatakannya selagi I belum jadi orang yang layak."
"Sekarang ni, kita masing-masing nak habis belajar. And I dah pun diterima kerja."
"So hari ni I nak berterus-terang. Will you marry me, 'cause I will marry you. Definitely." Sang teruna membuka kotak. Menyerlahkan sebentuk cincin bertatahkan permata ungu. Si dara menekup mulut.
"I will.. marry you. And only you."
"So.. 1453 bermaksud I will marry you?" Tanya si dara penuh rasa tak percaya.
Sang teruna mengangguk bersama senyuman yang menawan hati.
"Dear," Air mata si dara tumpah. "1453 too."
Dengan lafaz itu, termeterailah janji mereka untuk sehidup semati. Pertunangan diikat selama sebulan. Namun sayang seribu kali sayang. seminggu sebelum tarikh pernikahan mereka, kereta mereka yang dalam perjalanan menuju ke butik di mana mereka menempah baju terlibat dalam kemalangan. Kereta MyVi kuning milik mereka telah dilanggar oleh sebuah trelar minyak. Mayat mereka hancur tergilis. dan yang lebih menyayat hati, tangan kedua dara dan teruna ini berpaut bersama cincin pengikat hubungan mereka.
SEKIAN.
kesian korang eh. baca ending sedih. sape suruh bace sampai habis.
sorry, aku tengah in sadistic mode. kalu korang tak suka ending ni, anggap je lah cerita ni tergantung dengan ayat perempuan tu je. perenggan terakhir ni tak wujud.
irritating right? mestilah korang tak boleh ketepikan rasa sedih tu.
hahaha! -from sAdistic Author.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
http://irene24434adler.blogspot.com/2014/06/life.html
silap link eh ? sorry
Post a Comment