Setia Cinta
Pagi itu, Hud membawa Tasnim keluar menuju Shah Alam. Tasnim tertanya sendiri ke mana destinasi mereka yang sebenarnya, namun dia diamkan sahaja menunggu si suami membuka mulut.
Setibanya mereka di kawasan sebuah pangsapuri, Tasnim berasa hairan. Ketika itu barulah dia mula bertanya kepada suaminya itu.
Hud tersenyum simpul menjawab persoalan isterinya.
"Ini surprise untuk Aniem.." Ujarnya membuatkan Tasnim berkerut seribu. Dia sekadar menurut langkah suaminya itu sehinggalah mereka memasuki sebuah rumah yang siap dengan perabot dan hiasan.
Mata Tasnim terbuntang.
"Kalau nak tahu, inilah rumah Tasnim yang mak dan bapak hadiahkan.. Aniem suka tak?" Tanya Hud, senang melihat reaksi isterinya itu.
"Semua ni.. mak dengan bapak yang uruskan?" Tasnim berasa terharu.
"Kata ibu dan ayah, mak dan bapak yang merancang semua ni. Ibu dan ayah cuma carikan orang untuk arrange semuanya." Ujar Hud menjawab persoalan Tasnim.
Meneliti persekitaran dalam rumah, Tasnim akhirnya menjenguk ke dalam bilik tidur. Di situ, dia begitu takjub sehingga melopong. Tangan dibawa menekup mulut.
Haruman potpouri yang memenuhi ruang bilik bukanlah perkara yang membuatkan dia berasa hairan malah katil yang dipasang kelambu dan berhiaskan kelopak mawar yang hampir layu juga membuatkan lidahnya jadi kelu.
Dia memandang wajah Hud yang bersandar di pintu.
"Ibu dan ayah kata, ini hadiah perkahwinan dari diorang. Kita kan tak merasa duduk dalam bilik pengantin?"
Tasnim benar-benar dibaluti rasa takjub. Abang long dan kak ngahnya juga tak disediakan bilik pengantin oleh mak dan bapanya. Mungkin ini keistimewaan yang dirasai oleh mereka di rumah mertua masing-masing.
Terdengar bunyi pintu dikunci oleh Hud. Tasnim mengerutkan dahi.
"What are you trying to do?"
Hud tersengih nakal lantas menolak isterinya ke birai katil.
"Hud!!" Jerit tasnim. "Jangan buat hal la.. Esokkan flight kita pukul lapan... Apa ni?"
"Hud dah sediakan semuanya, Aniem. Mungkin Aniem tak perasan tapi dalam almari tu Hud dah sediakan baju kita. Esok pagi kita balik rumah ambil bagasi and terus ke airport."
"Tapi orang punya.."
"Aniem, Hud dah sediakan semuanya.." Hud mengerti dalih isterinya itu.
Tasnim merona merah. Dia sedar Hud sudah melengkapkan segalanya. Suaminya itu amat yakin kerana telah memastikan kelengkapan mereka sejak dua hari yang lalu. Kini, Tasnim terus menahan perasaan malu yang hadir biarpun selama ini dialah yang memulakan langkah terhadap Hud.
*****
Perjalanan udara yang memakan masa hampir dua jam setengah membuatkan Tasnim berasa lenguh. Dia tak biasa menaiki kapal terbang. Kali terakhir dia melancong menaiki kapal terbang semasa dia berumur 8 tahun. Dan seingatnya destinasi waktu itu ialah Brunei.
Hud memunggah bagasi mereka dan mengemaskan rumah sewa itu biarpun ruangan itu tidaklah bersepah ataupun berhabuk. Suaminya itu kelihatan tidak terkesan dengan penerbangan tadi. Mungkin kerana lelaki itu hanya tidur sahaja sepanjang dalam penerbangan sedangkan dirinya tak mampu melelapkan mata walau sesaat.
"Aniem, jom." Ajak lelaki itu.
"Huh? Pergi mana?? Kita kan baru sampai..." Tasnim merungut dalam hairan.
"Sebab baru sampai la Hud ajak keluar. Cari makan..." Balas Hud. "Ke Aniem tak lapar? Kalau tak nak keluar takpe, biar Hud makan sorang."
"Eh, mesti lah nak!" Tasnim bingkas bangun. Mujur dia belum membuka tudung pashmina yang dipakainya. Pastinya Hud terpaksa menunggu lama sekiranya dia perlu membelit tudungnya itu.
Hud tersenyum segaris.
"Esok kita jalan pergi bandar nak?" Tanya Hud sebaik menghabiskan makanannya.
"Pergi mana?" Soalan jujur dari Tasnim.
"Kita jalan-jalan naik bukit. Aniem tahu? Ada lima pusat rekreasi kat sini. Yang paling dekat dengan Lutong, Andulau. Tapi kalau nak ke bandar sikit, boleh pergi Bukit Shahbandar." Terang Hud. "Aniem nak pergi mana? Yang jauh ke yang dekat?"
Tasnim berkerut dahi. "Tak nak lah. Malas. Buat apa berpeluh-peluh mendaki camtu."
"Lah, masuk hutan la seronok. Tengok pemandangan indah. Negeri orang, bukan selalu datang."
"Setakat beruk, rimau, di Malaysia pun boleh pergi tengok." Tingkah Tasnim. "Esok, pagi-pagi.. orang nak main pantai. Layan angin.. tengok kerang, ketam... dekat Malaysia mana best nak buat semua tu.. Polluted!!"
"Apa yang polluted nya? Pulau Langkawi.... okey je, bersih!" Sanggah Hud menafikan pernyataan Tasnim.
"Iih, tolonglah!! Ramai foreigner kat situ. Zina mata!!!"
Hud terdiam. Barulah dia mengerti apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh isterinya itu.
"So, kita nak buat apa? Takkan lah tujuh hari dekat sini kita nak main pantai je?" Tanya Hud.
"Go on with flow je lah." Balas Tasnim selamba sambil mengangkat punggung. "Jom ushar seluruh bangunan ni."
***
"Buat apa tu?" Tanya Tasnim kepada Hud yang sedari awal lagi sibuk mengerjakan sotong dan ketam di dapur.
"Hari ni.. Hud nak buat barbeku!"
"BBQ?!" Mata Tasnim terbuntang. "Apasal tak bagitau orang awal-awal..? Ada apa-apa yang orang boleh tolong.."
"Tak payah. Nanti ada lagi yang tak cukup rasa lah, terlebih rasa lah.." Balas Hud. Dia tak ingin merosakkan hidangan istimewanya ini. Tasnim mencebik.
"Ya lah.. Dia je yang pandai sangat memasak."
"Makanlah.." Jemput Hud sebaik menghidang makanan yang dipanggangnya di atas pelantar di belakang rumah sewa mereka itu.
Tasnim melihat ke dalam mangkuk hidangan. Menguis-nguis sotong yang dibarbeku oleh Hud.
"Mana sotong hangus tadi?"
Hud tersenyum sinis.
"Orang dah buang dah. Nak sangat ke makan benda hitam macam tu?"
"Hihi.." Tasnim menyungging sengih. Lucu mengingatkan betapa harunya keadaan semasa dia cuba untuk membantu Hud memanggang daging barbeku.
"Hah, sengih!" Tempelak Hud. "Kesian nanti anak-anak tak merasa air tangan ibu sendiri."
"Alah, nanti-nanti orang belajar lah..." Rungut Tasnim sambil menyuap seketul daging ikan ke dalam mulutnya.
"Takde nanti-nanti!" Tempelak Hud lagi. "Hud nak, balik ni Aniem start belajar dari ibu. And Hud nakkan signature dish dari Aniem."
"Alah Hud ni..." Tasnim menarik muncung panjang.
Hud senyum sahaja. Mereka terus menjamu hidangan makan malam mereka bersama.
"Hud... Bila tengok laut ni, orang teringat masa dulu-dulu mandi dengan Syifa'. Kat Brunei ni jugak lah.." Tiba-tiba Tasnim memecahkan suasana dengan pernyataan yang menimbulkan kerut di dahi Hud.
"Eh? Aniem pernah sampai sini?"
"Lama dah.. Masa darjah lima kot. Kelakar je. Bapak sibuk kerja, mak pulak tak larat nak bawak kitorang bersiar-siar. Kitorang pun curi-curi keluar main kat pantai." Balas Tasnim riang. Pengalaman manis cuti sekolah suatu ketika dulu mencuit hatinya.
"Berdua je?" Tanya Hud berserta kerutan di dahi.
"Haah. Bila balik, kena marah. Yalah, kan bahaya..." Jawab Tasnim lagi.
"Dah la kecik lagi.. Kena culik macam mana?" Rungut Hud.
"Tu lah.. tapi pengalaman berjalan berdua tanpa ada orang besar, itu lah yang paling seronok. Biar sesat sekalipun, asalkan tahu cari tempat memang seronok." Ujar Tasnim tetap tersenyum riang.
"Bertuahnya ada adik.." Hud menyungging bibir.
"Apa kurangnya jadi anak tunggal? Banyak pengalaman. Dimanja dia, dipukul dia, semua dia. Mana ada istilah adik manja, akak je yang kena pukul..." Sanggah Tasnim, menyatakan persepsinya sendiri.
"Aniem selalu kena pukul ke?" Hud bertanya buat sekian kalinya. Kali ini keningnya terangkat pula.
"Masa kecik-kecik dulu.. Yalah, takkan nak salahkan adik sedangkan patutnya kakak yang menjaga adik. Bukan adik yang mengajar kakak. Sebab tu lah selalunya Aniem je yang kena pukul tapi Syifa' tak kena." Jawab Tasnim, tetap tersenyum. "Tapi... bila naik sekolah menengah, semuanya berubah. Syifa' banyak tolong Aniem, tapi tak sekalipun dia minta tolong Aniem."
"Oh.." Hud mengangguk-angguk. "Aniem memang rapat kan, dengan Syifa'?"
"Kitorang berdua je. Along dengan angah jauh ke depan. Beza tujuh tahun dengan Aniem. Tak pernah sempat nak duduk satu sekolah. Kitorang tak sempat masuk sekolah rendah, diorang dah masuk sekolah menengah. Asrama pulak. Kitorang tak sempat nak habiskan sekolah menengah diorang dah habis U. Kahwin, duduk jauh.."
Hud terpempan mendengar cerita Tasnim yang persis seperti luahan rasa hati. Hud sedar, Tasnim sebenarnya menyatakan rasa hati yang terpendam selama ini. Mungkin juga perasaan inilah yang menjadikan isterinya itu bersikap introvert selama dia mengenali wanita itu di zaman persekolahan. Mungkin ini waktunya untuk dia mengenali wanita yang sudah bergelar isterinya ini dengan lebih dekat.
"Aniem.. sebenarnya, apa yang terjadi antara Aniem dengan bapak? Sampaikan Aniem tak suka berborak dengan dia..."
"Kenapa?" Tasnim memandang Hud dengan perasaan hairan. Hud pula kelihatan keliru dengan pertanyaannya.
"Kenapa tanya? Arwah bapak dah takde pun.." Tasnim mengulangi soalannya dengan lebih teliti.
Hud tidak menjawab. Sepertinya dia tak punya jawapan yang tepat untuk persoalan itu. Soalan maut itu tiba-tiba muncul dalam benak fikirannya.
Tasnim mengeluh halus.
"Entah lah. Aniem pun tak pasti. Semuanya start masa Aniem bantah bapak suruh masuk USIM, ambil medical studies and jadi pengkaji penyakit.. Aniem tak suka buat semua tu. Aniem dah lama nak libatkan diri melukis, kartun.. Walaupun Aniem ambil aliran sains tapi lepas kitorang gaduh tu tak pernah Aniem cakap dengan bapak. Kalau ada apa-apa mesti cakap dengan mak je. Maybe orang tengok macam common, tapi kitorang sampai dah tak bertegur langsung. Memang lah ada Aniem salam bapak tapi.... setakat tu je lah. Tak cakap apa-apa pun..."
"Oh, seriously?" Hud berkerut. Tak menyangka perkara sekecil itu telah merosakkan hubungan antara seorang anak dengan ayahnya.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment