Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

Latest List
Full List

11 Aug; Darling, I Need You 19 06 Aug; Darling, I Need You 18 05 Aug; Darling, I Need You 17 02 Aug; Darling, I Need You 16 21 Jul; Darling, I Need You 15 12 Jul; Darling, I Need You 14 03 Jul; Darling, I Need You 13 12 Jun; Darling, I Need You 12 10 Jun; Darling, I Need You 11 07 Jun; Darling, I Need You 10 05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Background by : NJOE
Life Goes On
"No!!"

Nafasku termengah. Mimpi buruk itu datang lagi buat kesekian kalinya. Ternyata aku masih belum bisa melupakan kejadian itu.
"Ugh." Air mata lolos dari tubir mata. Buat kesekian kalinya juga, aku menangisi kehilanganmu.

Screech...!
Ai Ri!!

Mengapa? Mengapa kau sanggup mengorbankan dirimu sendiri untuk keselamatanku?
Sudahnya, aku sendiri menanggung sepi.

Paip shower aku pulas. Kedinginan air jelas menggigit segenap inci organ kulitku sehingga membuatkan aku menggigil hebat.
Aku pasti. Ini juga yang kau rasakan, sendirian di bilik simpanan mayat.

*****

Kini, aku berdiri di sini. Di tempat pembakaran. Suatu masa dulu, aku benar-benar membantah keputusan ibu dan bapamu untuk menguruskan mayatmu seperti selayaknya. Aku degil dan tega membiarkanmu disimpan di ruang dingin itu.

Tuil pembakar ditarik. Aku memejamkan mata. Tak sanggup rasanya melihat tubuh manusia kesayanganku, yang telah berkongsi pahit manis bersamaku sepanjang tujuh tahun bergelar suami isteri. Biarpun tidak dikurniakan zuriat, jujur aku katakan aku mencintaimu sepenuh hatiku.

"Ai Ri, bersabarlah. Bapa tahu kamu sukar untuk menerima semua ini." Pujuk bapamu ketika aku mulai melangkah pergi dari kubur tempat abumu ditanam.

"Bapa, maafkan saya sebab sengaja melambatkan urusan pembakaran mayat."

"Takpe. Bapa faham..."

*****

Sudah seminggu sejak peristiwa pembakaran mayat, namun aku tetap tidak boleh menerima hakikat yang kau sudahpun pergi meninggalkan aku. Hidupku tak tenang. Jiwaku jadi haru.
Terasa ingin aku berjumpa denganmu, pergi jauh dari hidup yang meresahkan ini.

"Ai Ri!"

Tubuhku ditarik kencang daripada terus berada di atas jalan raya.

"Kau buat apa hah?! Apa yang kau fikir ni?!" Tempelaknya.

Aku terdiam. Seketika aku teringatkan kau. Kau juga berniat untuk menyelamatkan aku ketika itu. Semena, air mataku mengalir deras.



"Kenapa dengan kau ni, Ai Ri?" Tanya Fannie kepadaku. "Aku tengok kau tak semangat kerja. Janganlah disebabkan kehilangan Ah Wai, kau terus hilang semangat hidup. Kau fikir suami kau suka tengok kau macam ni? Dia mati sebab nak kau terus hidup, tapi kau...?" Bebel ibu beranak dua itu. "Just look at yourself!!"

"Fannie.. betul cakap kau." Aku menghempas keluhan lembut. Air mata yang bersisa aku lap kering. "Selama ni, aku selalu tertanya kenapa Ah Wai sanggup tinggalkan aku. Tapi bila kau selamatkan aku tadi, aku tersedar yang dia selamatkan aku untuk pastikan aku terus hidup." Ujarku sambil memandang tepat ke arah rakan sejawatku itu. "The dead is dead but the life must go on, right?"

"Tahu pun. Nasib baiklah kau sedar. Kalau kau tak sedar-sedar jugak aku seret kau pergi jumpa Hetty." Bebelnya lagi sambil menyebut nama adiknya yang merupakan pakar psikologi dan kaunseling.
Aku tersenyum lucu. Baru aku sedari rakanku ini jenis yang banyak bercakap. Selama ini tak pernah pula aku berbual dengannya.

"Fannie.." Panggilanku menghentikan bebelannya. "Thanks for saving me."


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>