Setia Cinta
Tasnim berjalan perlahan keluar dari perpustakaan dengan ditemani Husna. Sahabatnya itu setia bersamanya biarpun selalunya wanita itu kan pulang ke kampung halaman apabila tiba minggu belajar. Sedang dia melalui ruang koridor yang sempit itu, Tasnim terdengar perbualan antara beberapa orang mahasiswa.
"Agak-agak Hud boleh ambil tak first paper nanti?"
"Entahla, nampak macam retak je kaki dia tu..."
"Kenapa dengan kaki Hud?" Tasnim mencelah tanpa peduli bahawa mereka saling tidak mengenali.
Kumpulan mahasiswa itu berpandangan sesama sendiri. Tertanya-tanya identiti wanita yang tiba-tiba menyampuk dalam perbualan mereka itu.
"Haah, Tasnim. Hud jatuh tangga masa nak naik library tadi. Tak tahu lah macam mana dia boleh jatuh." Salah seorang daripada mereka menjawab.
"Teruk ke kaki dia?" Tanya Tasnim lagi penuh bimbang.
"Tak tahu lah samada bersimen atau sekadar bengkak je kaki dia. Pergilah tengok. Rasanya dia masih dalam infirmary lagi." Ujar mahasiswa itu lagi.
"Oh, terima kasih."
Tasnim terus beredar. Risaukan keadaan suaminya, destinasi asal dia lencongkan. Husna menurut sahaja. Dia takkan lagi membiarkan sahabatnya itu sendirian tanpa ditemani sesiapa.
"Tasnim? Siapa doe..?"
Mahasiswa yang melayan pertanyaan Tasnim tadi disoal oleh rakan-rakannya.
"Isteri Hud ke?" Tanya rakan yang seorang lagi.
"Haah. Itulah kakak Syifa'."
"Oh.." Mereka mengangguk-angguk.
"Macam best je kahwin..." las salah seorang daripada mereka dan diiyakan oleh beberapa yang lain.
"Kau ni.. fikir kahwin tu senang-senang je ke?" Tempelak rakan yang tadinya melayan cakap Tasnim. "Kahwin, banyak tanggungjawabnya. Kau tak tahu masalah diorang tempoh hari? Kecoh satu kampus, sampaikan Syifa' pun pening! Bukan dia yang kahwin, tapi dia pun ada tanggungjawab menjaga kakak dia.."
*****
Dengan keizinan jururawat bertugas, dia menjenguk ke dalam. Kedengaran suara Hud sedang bergelak ketawa dengan seorang wanita. Sungguh asyik sehingga suaminya itu tidak sedar akan kehadirannya di situ. Hati hawanya jadi sebal.
"Eh, Aniem! Aniem datang..?" Penuh teruja suara Hud membuatkan tawa wanita di hadapannya mati.
Wanita itu berpaling memandang Tasnim. Tasnim melihat dia memakai baju putih seragam jururawat. Hatinya menduga-duga hubungan di antara wanita itu dengan suaminya.
Tiba-tiba, wanita itu bangkit meminta diri.
"Eh, duduklah dulu. Tak sempat nak kenalkan."
"Takpe lah, lain hari je. Banyak kerja ni.."
Wanita itu segera beredar setelah memberi tunduk hormat kepadanya.
Tasnim mengambil tempat duduk jururawat tadi. Beg diletakkan di ribaan.
"Kaki Hud okey?"
"Okey. Bengkak sikit je. Terseliuh, jatuh tangga tadi." Jawab Hud selamba sambil memandang kakinya yang berbalut.
"Macam mana boleh jatuh?"Tasnim tidak berkalih dari memandang wajah Hud. Dia tidak sanggup melihat keadaan kaki suaminya itu.
Hud terdiam seketika memanmdanmg kakinmyua. Kemudian, dia tersengih nakal.
"Sebab Hud teringatkan Aniem lah. Rindu sangat, sampai dah tak nampak jalan."
"Ye lah tu." Tasnim tarik muka cemberut.
"Betullah.. orang cakap tak nak percaya. Semua sebab Aniem suruh kita jangan jumpa. Sebab tu lah Hud jadi camni." Hud bertegas dengan alasannya.
Tasnim terdiam. Dia tak mampu membela dirinya. Memang dia meminta sedemikian untuk kebaikan mereka bersama. Tetapi, dia tidak menyangka perkara sebegini akan terjadi.
"Nanti boleh masuk dewan periksa tak?" Tasnim bertanya penuh prihatin.
"InsyaAllah boleh. Jangan lah risau. Hud kan kuat." Ujar lelaki itu penuh yakin.
"Orang tak nak Hud kena ulang sem semata-mata sebab masalah antara kita. Hud boleh jawab periksa kan?"
"Apa Aniem merepek ni? Setakat bengkak sikit je. Takkan la sampai kena ulang sem." Hud tertawa dengan pemikiran Tasnim. Hidung isterinya itu dicuit. "Kalau kaki Hud belum baik lagi, Aniem kenalah papah Hud masuk dewan. Kan??"
"Hm, nanti orang tengok jadual. Kalau bertembung paper orang dengan paper Hud, tak bolehlah orang tolong Hud."
Hud tertawa galak.
"Hud gurau je lah. Kalau Hud tak baik lagi, Hud jalan pakai tongkat lah. Tak nak lah susahkan Aniem. Lagipun, kawan Hud ramai boleh tolong. Susah-susah je.."
*******
Beberapa bulan kemudian.
Henfon miliknya bergetar menandakan masuknya sepotong pesanan ringkas. Dia segera memeriksanya.
"Husna, korang semua.. Aku kena gerak dulu, diorang dah sampai. Nanti kita jumpa balek eh?"
"Oh, pergi la jumpa suami tuh. Elok-elok duduk serumah, datang asing-asing pulak."
Tasnim tersenyum sipu lantas beredar setelah mereka bersalaman.
Tasnim, melajukan langkah apabila matanya dapat menangkap kelibat ibu dan bapa mertuanya di tempat yang mereka janjikan. Namun, langkahnya terbejat tatkala melihat Hud bersama dengan seorang perempuan lain.
Wajah suaminya itu kelihatan ceria. Tasnim mengamati wajah perempuan itu.
'Eh, bukan ke itu nurse hari tu?'
"Aniem!!! Sini la.." Puan Hafizah memanggil sebaik sahaja menyedari Tasnim, berdekatan.
Tasnim mendekat. Hud kelihatan tersenyum simpul memandangnya. Wanita tadi berdiri tegak di sebelah suaminya itu.
"Aniem, ini ibu kenalkan Mak Su Hafsah. Adik bongsu ibu.."
Tasnim terkejut mendengar kata-kata ibu mertuanya itu. Semena, hatinya dipenuhi rasa malu. Sejurus sahaja dia bersalaman dengan mak sunya itu dia beralih ke sisi Hud. Menyorok di belakang suaminya itu.
Hud tersengih lebar tanpa mengetahui perasaan sebenar isteri kesayangannya itu.
*****
Usai majlis konvokesyennya, dia terus pulang ke rumah bersama keluarganya. Sejak beberapa hari yang lepas lagi, dia sudah merancang sebegitu. Rakan-rakannya juga telah diberitahu dan mereka berjanji untuk berkongsi gambar ni laman sosial facebook.
Hud diberitahu ayahnya yang mereka punya hal untuk dibincangkan. Isteri di sebelah kerusi pemandu dikerling. Nampaknya, wanita itu juga sudah bergambar sepuas hati dengan rakan-rakannya sebagai kenangan terakhir.
Kereta meluncur sederhana lajumemasuki lebuh raya. Tasnim yang sedari tadi diam tidak berkutik berpaling ke belakang menggamit perhatian ibu bapa mertuanya.
"Ibu.. Hud kata ibu dengan ayah ada hal penting nak cakap dengan kami. Hal apa eh? Nak tunggu sampai rumah, Aniem tak sabar la..."
Hud tersentak. Dia juga sebenarnya ingin tahu, tetapi nampaknya Tasnim yang lebih dulu memberanikan diri untuk bertanya. Wajah Puan Hafizah dan Encik Muslim diintai dari cermin pandang belakang.
Puan Hafizah memandang suaminya. Encik Muslim memberi isyarat supaya merahsiakannya lantas mereka berdua bertukar senyum.
"Kalau ibu beritahu sekarang, tak surprise lah.. Hilang drama and suspense." Seloroh Puan Hafizah.
Tasnim tarik muka cemberut. "Alah ibu ni. Nak drama-drama pulak. Nak tercabut jantung Aniem menahan suspense tau."
Hud hampir menghamburkan tawanya mendengar rajukan Tasnim. Ibu dan ayahnya pula tersenyum lucu.
"Takdenya jantung tu gugur la.. Bukan teruk sangat suspense nya." Encik Muslim mengusik menantunya itu.
Tasnim serba tak percaya. Kejutan dari kedua-dua mertuanya itu mengundang sebak di dada. Air matanya tidak mampu ditahan daripada mengalir. Memori arwah emak dan bapanya meragut keegoannya untuk mengalirkan air mata sedangkan dia bukanlah jenis wanita yang murah dengan air mata.
"Semua ni mak dan bapak yang bagi..?"
"Ya, Tasnim. Kami ni cuma menyampaikan amanah je. Walaupun kami berbincang sama-sama untuk kamu dan Hud, tapi tak sesen pun yang Kak Imah dan Abang Mahmud ambil dari kami. Mereka berkeras menggunakan duit mereka sendiri. Lagipun, siapalah kami ni nak dibandingkan dengan keluarga kamu..." Ujar Puan Hafizah tanpa selindung. Bukan dia sengaja merendah diri, namun kedua-dua besannya itu sememangnya orang yang baik-baik bahkan lebih merendah diri.
Air mata Tasnim mengalir lagi. Terharu dia melihat pakej bulan madu ke Brunei yang disediakan oleh emak dan bapanya. Tak pernah dia menyangka hadiah sehebat itu sempena hari graduasinya.
"Dah la, Aniem. Jangan sedih.. Mak dan bapak buat semua ni nak tengok Aniem gembira, senyum.. bukan nangis-nangis macam ni.." Pujuk Hud sambil mengusap belakang isterinya itu. Sehelai tisu ditarik keluar dari kotaknya di atas meja.
Tasnim menghembuskan segala cecair yang berkumpul di rongga hidungnya. Mata yang basah dibiarkan kabur. Seketika, dia bersandar bahu ke dada Hud.
"Aniem.. pergi tandas jap." Katanya dengan suara serak, sebelum terus berlalu.
Puan Hafizah memandang suaminya dengan pandangan resah. Encik Muslim memahami dan memberi isyarat supaya dia menurut langkah menantunya itu. Tinggallah Encik Muslim dan Hud, berdua di ruang tamu.
"Hud.." Panggilan ayahnya diberi perhatian penuh. "Selain dari tiket tu, ayah ada satu benda lagi nak disampaikan. Tapi ini khas milik Tasnim. Hadiah graduasi yang sebenar."
Sampul yang dihulur ayahnya disambut dengan kerutan seribu.
"Yang tadi tu sebenarnya, hadiah perkahwinan kamu yang tertunda. Yang ini barulah hadiah graduasi Tasnim. Haji Mahmud pesan supaya hadiah ni dijadikan kejutan penuh.
Hud masih berkerut, cuba memahami kata-kata ayahnya. Dia perasan ada sesuatu yang kecil dan keras lantas mengeluarkannya dari sampul putih tersebut.
Kunci?
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment