Setia Cinta
Hati terasa gundah sejak pagi. Perlahan, Tasnim berjalan keluar dari kuliahnya. Tangan memegang kejap henfon miliknya, memeriksa mesej yang masuk ketika mendengar kuliah.
Makan sama tengah hari ni? Kafeteria??
Sengihan menghiasi bibir. Pantas dia membalas mesej itu dengan emotikon senyum menandakan persetujuan terhadap ajakan suami tercinta. Jam yang tertera di skrin dia kerling. 10.45. Masih sempat untuk dia pulang ke hostel untuk berehat. Tanpa dia sedari, dia diekori seseorang dari belakang. Dan selesai sahaja dia menyimpan henfonnya, dia menerima tolakan di bahu.
"Macam mana perempuan macam kau ni boleh jadi isteri Hud? Kau buat apa hah??" Sembur perempuan bertocang tinggi itu.
"Kau ni siapa?" Tasnim mengangkat kening.
"Aku dulu yang suka kat Hud sebelum kau, tahu tak? Aku lagi tahu banyak tentang dia berbanding kau. Aku yang tuliskan kad valentine untuk dia setiap tahun. Aku yang bagi dia hadiah time birthday dia. Aku yang.."
Tasnim menyampah dengan cara percakapan perempuan yang tak tahu bahasa itu. Lain yang ditanya, Lain yang dijawab. Malas melayan, dia beredar sementara perempuan itu tenggelam dalam bebelannya.
*****
Air jus tembikai susu disedut melalui straw buat kali terakhir. Skrin henfon dikerling untuk melihat kalau-kalau adan lagi mesej dari yang tersayang. Mesej yang terakhir menyatakan bahawa suaminya itu sudahpun dalam perjalanan. Dan mesej itulah yang membuatkan dia setia menunggu sejak sejam yang lepas.
"Woi perempuan, kau buat apa hah kat Hud? Macam mana dia boleh kahwin dengan kau sedangkan aku tak pernah tahu dia ada suka kat mana-mana perempuan pun. Kau bomohkan dia ke hah?!"
Tasnim mengerdipkan matanya. Dia memandang ke arah belakang dan tepinya. Hanya ada beberapa kumpulan lelaki yang sedang berbual sesama mereka tanpa mempedulikan perkara lain.
"Kau cakap dengan aku?"
"Dengan kau lah, siapa lagi? Kau ni memang tak layak untuk Hud, kau sedar tak! Harapkan tudung je labuh, tapi perangai macam taik!!" Perempuan itu naik berang.
"Sorry lah, aku confuese kau tengah cakap dengan siapa. Kau tu pun perempuan, and aku ni bukan orang tanpa nama." Balas Tasnim dengan tenang sambil mengangkat beg kesayangannya. Dia sedar, itulah perempuan yang sama yang menyerangnya pagi tadi. "Maaf lah, aku tak nak bercakap dengan perempuan yang menghina syariat tudung. Dah la sendiri pun tak pakai tudung, aku tak tahu la kau ni munafiq ke apa.."
PIAP !!
Tamparan kencang itu membuatkan seluruh kafeteria jadi hening. Semuanya memasang mata terhadap mereka berdua.
Tasnim mengusap pipinya yang terasa pedih. Dia melihat hujung jarinya yang basah dengan cecair merah. 'Darah?'
Dia tersenyum sinis.
"Kau kata aku tak layak untuk Hud? Kau rasa Hud teringin ke nak beristerikan perempuan tak bertudung yang tak reti nak potong kuku dia, yang tak tahu malu menyembur orang tengah-tengah khalayak dan yang tak reti nak mengaku salah? Aku rasa kau tu yang tak layak."
Tasnim mengutuk perlakuan perempuan itu. Dia bengang pipinya dilukai perempuan seperti itu . Kata-kata pedas yang dilemparkannya itu ternyata menyimbah minyak ke dalam api. Perempuan yang tidak berhenti mengutuknya itu jadi berang lantas menerkamnya sehingga mereka terbaring di lantai.
Orang ramai sekadar melihat pergaduhan di antara dua orang perempuan itu yang berakhir dengan melayangnya sehelai tudung pashmina.
Tasnim terkaku. Sedari tadi dia mempertahankan aurat kepalanya, namun kini dia melihat renungan orang ramai ke arahnya.
Tiba-tiba terasa kain berat menutupi seluruh kepalanya sebelum dia mendengar suara seorang lelaki membisik di telinganya.
"Maafkan kami."
"Ieqa!! Kenapa buat macam ni? Kan abang dah cakap jangan kacau dia. Dari dulu lagi abang dah kata, jangan terlampau berharap. Ada ramai lagi lelaki lain dalam dunia ni. Kenapa mesti dia jugak?"
Dari hujung mata, Tasnim dapat melihat lelaki itu memeluk perempuan tadi.
"Diamlah! Abang selalu macam ni, selalu nak back up dia. Tak pernah abang sokong Ieqa dalam apa-apa pun. Abang memang tak sayang Ieqa kan? Abang sebenarnya sukakan dia kan? Kalau nak, Ieqa boleh cakap kat ibu la..."
"Faeqah binti Muhd Fadhli!!" Lelaki itu naik berang.
"Apa? Farez bin Muhd Fadhli!!" Perempuan itu mengajuk.
Tasnim jadi penasaran. Dia ingin melihat adakah benar itu Farez yang dia kenali? Ataukah itu orang lain yang sama nama?
Sweater yang berada di atas kepala dibetulkan agar tidak menutup wajah. Seketika, tubuhnya dipeluk seseorang dari tepi.
"Aniem, kau okey?"
Kelihatan wajah bimbang Syifa' di sebelahnya. Tasnim tersedar ke dunia nyata. Dihantui tanda tanya mengenai lelaki yang membantunya, dia terlupa ramai yang memasang mata merenungnya. Malu, dia terus berlari ke bilik air. Tanpa dia sedari, dia melalui di hadapan suaminya.
Syifa' merenung ke arah Hud. Dia yang menuruti kakaknya bersama barang-barang Tasnim terus berlalu dengan hati yang membengkak.
"Aniem.. kau okey?" Tanya Syifa' sebaik sahaja kakaknya itu keluar dari tandas. Lama juga dia menunggu bersama beg putih yang ditinggalkan Tasnim di lantai kafeteria. Tasnim tidak menjawab. Dia menghulur jaket Farez yang dijadikan tutup kepalanya.
Beg dan jaket bertukar tangan.
"Tadi tu.. Farez kan?" Tanya Tasnim sambil dia menyilang beg ke tubuhnya.
"Haah. Kau okey tak?" Syifa' bertanya lagi.
"Entah la." Balas Tasnim tanpa memandang adiknya. Tangan meneliti bahagian hadapan beg kesayangannya itu. "Weyh.. boleh tolong tak? Ada satu pin aku letak kat sini. Tercabut pulak. Itu pin kelas aku dulu. Tolong carikan. Tertinggal kat kafeteria rasanya..."
"Okey." Syifa mengangguk. Wajah kakaknya itu dia teliti. "Kau nak buat apa lepas ni?"
"Aku nak balik bilik. Aku nak tidur." Ujar Tasnim sambil dia melangkah longlai. Wajahnya seperti hilang arah.
Syifa' membiarkan sahaja. Dia tahu, dia takkan mampu untuk menenangkan kakaknya itu. Tidur, penyelesaian Tasnim untuk setiap stres yang dia hadapi.
Syifa' mengeluh dan tatkala dia berpaling untuk memenuhi permintaan kakaknya, dia melihat Hud. Berdiri tegak di hujung lorong yang memisahkan ruang koridor dan kafeteria. Dia menarik afas dalam sambil menahan perasaan.
Abang iparnya itu dia dekati lantas menepuk bahunya sambil berpesan, "bini kau perlukan kau. Pergilah teman dia."
Hud tersentak lalu dia cepat-cepat membuntuti isterinya.
"Aniem!!"
Tasnim terhenti mendengar panggilan suaminya. Namun, dia tak punya hati untuk berpaling menghadap suaminya itu.
"Aniem, aku mintak maaf." Sedikit termengah, lelaki itu menghampiri. "Aku tak tolong kau pun tadi walaupun sebenarnya aku nampak apa yang perempuan tu buat kat kau. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tergamam, tak tahu nak buat apa."
Hud bersungguh-sungguh meminta maaf kerana dia tidak melakukan apa-apa untuk isterinya. Dia hanya melihat dari jauh pergaduhan antara dua orang wanita itu.
Tasnim tidak menjawab.
"Aniem.. kau okey tak?"
Hud menarik tubuh Tasnim menghadapnya. Tasnim menolak keras.
"Sorry." Suaranya serak. "Orang rasa, kita kena jarakkan diri. Minggu depan kan study week. Lepas tu dah final. Orang tak nak study kita terganggu disebabkan masalah rumah tangga. Orang nak grad dengan tenang."
Hud terdiam mendengar keputusan Tasnim itu. Baru sahaja dia ingin bermesra dengan kekasih hatinya itu. Tapi..
"Dah la. Orang nak naik bilik dulu. Orang penat. Penat.."
*****
"Tasnim, Husna minta maaf sebab tak temankan Tasnim keluar kuliah pagi tadi. Kalau Husna teman, mesti tak jadi macam ni kan? Sorry..." Ujar Husna menyatakan penyesalannya terhadap apa yang terjadi. Tasnim yang terbaring lesu di katil bangkit belunjur.
"Takpe lah, Husna. Kan Husna ada hal lain tadi. Bukan salah Husna pun, Allah dah takdirkan jadi macam ni. Tasnim tak nak menyusahkan Husna. Lagipun tengah hari tadi Hud ajak lunch. Takde kaitan dengan Husna pun.."
"Tapi kalau tak silap budak perempuan tu kacau Tasnim time keluar dari kuliah kan?"
"Mana tahu?"
"Husna dengar Farez bertekak dengan adik dia lepas Tasnim pergi. Adik dia mengaku sendiri.."
"Kesiannya budak Ieqa tu. Depan orang ramai..." Tasnim menggeleng-geleng.
Husna diam sahaja. Membiarkan sahabatnya melayan perasaan itu biarpun hatinya kuat ingin menyatakan itulah karma kerana Faeqah telah memperlakukan Tasnim sebegitu.
Sepi mengisi kekosongan di antara mereka untuk seketika.
"Tasnim.. betul ke Farez sukakan Tasnim?"
Soalan cepumas itu dibiar sepi. Tasnim sendiri tidak mengetahui kebenaran di sebalik pernyataan Faeqah itu.
"Tasnim..!" Aifa menerjah masuk ke bilik Tasnim. Kedua-dua Tasnim dan Husna memandang teman serumah mereka itu dengan penuh kehairanan.
"Muka kau.." Aifa berjeda dalam penyesalan. "Aku minta maaf. Sepatutnya aku perhati budak Ieqa tu. Tapi aku sengaja malas nak masuk campur dalam hal-hal leceh macam ni. Tak tersangka pulak, budak tu melampau." Aku minta maaf.
"Apa yang awak cakap ni, Aifa?" Tanya Husna kebingungan.
"Farez dengan aku satu kampung. Aku dengan Ieqa tu memang rapat sejak dulu lagi. Dan dah lama dah Ieqa tu sukakan Hud. Kitorang berdua pun dah lama nasihatkan dia supaya cari je orang lain. Hud bukan pernah pandang dia pun. Entah-entah tak kenal pun dengan Ieqa tuh. Masa Ieqa tahu yang Hud tu dah beristerikan kau, dia memang bengang habis. sebab tu lah aku suruh kau berhati-hati. Orang macam tu, nasihat macam mana pun memang tak makan punya. Ni, Farez nak hantar dia balik kampung. Berubat dengan tok ketua, biar tenang sikit. Biar dia belajar redha. Nanti budak tu ulang sem lah, jawabnya."
"Ulang sem? Tapi dah nak final exam kan?"
" Farez tu aku tak tahulah. Mungkin dia datang time exam je kot. Faeqah tu course mana.. baru tahun kedua!"
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment