Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
DUSH !

"Kurang ajar kau! Aku dah cakap jangan kacau Aniem kat kampus. Aku dah kata jangan marah melulu macam ni lagi.. Sekarang, kau pukul kakak aku pulak. Dayus!" Hud menerima kata-kata kesat itu dalam keadaan terduduk lemah. Tumbukan yang mengenai pipi kirinya terasa sengal membuatkan dia tidak dapat membalas.
"Sanggup kau pukul perempuan? Sekasar mana pun kakak aku bergurau, aku tak pernah sekali pun pukul dia. Bapak pun tak pernah tampar dia.. tapi kau..." Kata-kata itu terhenti seketika. "Aku menyesal beriparkan kau. Aku menyesal buat ikut rancangan bodoh kau tu. Kalau aku tahu, aku takkan pernah setuju untuk biarkan korang kena tangkap basah! Takkan!!"

Terbuntang setiap mata yang sedari tadi memerhati. Keriuhan suasana bistro ini bertukar hening hanya kerana pertengkaran ini. Farez dapat melihat wajah Tasnim terpanar. Pastilah wanita itu lebih terkejut berbanding dirinya dan sesiapa sahaja di dalam bangunan ini. Semena, bunyi deringan telefon kedengaran dari dua arah. Kedua beradik itu mendapatkan henfon masing-masing dan dilekapkan ke telinga.
"Along.."
"Angah.."

Lama mereka berdiam sebelum tangisan Tasnim bertambah lebat. Henfon terlepas dari genggaman. Syifa' menghampiri lantas mengusap belakang kakaknya itu. Wajahnya sayu seakan menyalahi dirinya.
"Hmm. Ya, Along. Sekarang jugak kitorang balik." Kata-kata itu membuatkan Farez yang sedari tadi diam memerhati, mengerutkan dahinya. "Dia ada dengan aku. Kitorang baru lepas makan sama."

Talian diputuskan setelah beberapa ketika. Syifa' lantas mengambil henfon milik Tasnim yang jatuh ke lantai. Bahu kakaknya itu dipeluk sambil ditarik berdiri. "Jom, Aniem.."
Tasnim hanya menurut. Dia hilang arah.
"Farez, sorry tapi kitorang terpaksa balik rumah. Hal keluarga. Nanti aku mesej kau. Kau boleh tolong kitorang, kan?"
Farez hanya mengangguk biarpun dia tidak memahami keadaan sebenar. Dia pasti ada penjelasan di sebalik semua ini.

Suasana Rasyid Bistro yang sentiasa dipenuhi ramai kembali hingar. Ada yang membiarkan sahaja peristiwa tadi , ada juga yang lincah berbicara dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi sehingga dua beradik itu terus beredar begitu sahaja. Yang pastinya, kerumunan ramai tadi tidak sedikitpun mempedulikan Hud yang masih terbaring di lantai.


Farez menghulur tangan ingin membantu Hud bangun. Namun, Hud ego. Dia bangun dengan kudratnya sendiri.
Farez memanggil apabila Hud ingin membawa diri. Sepotong pesanan ringkas dalam henfonnya ditunjukkan kepada Hud.
Mak ayah kitorang dah pergi. Sebab tu kitorang terpaksa balik. Minta tolong kau uruskan dengan pihak U. Tolong bagitau Hud jugak. Aniem suruh.
Mata Hud terbuntang. 

"Kita pergi sama-sama, jom. Aku nak ziarah jugak. Tapi nanti malam aku balik sini la.." Farez menawarkan bantuan.

"Takpelah." Hud ego.
"Dah tu kau tak nak balik?" Sebelah kening terangkat.
"Aku balik sendiri." Balas Hud lagi. 
"Kau nak balik naik apa? Korang balik sini naik satu kereta kan? Syifa' cakap.."

Hud tak mampu membalas. Nampaknya dia terpaksa menerima huluran bantuan Farez, yang selama ini dia anggap musuh.



Tiba di rumah mertuanya itu, kelihatan semua jemputan telahpun bersurai. Mata Hud meliar, tercari-cari.
"Apahal lambat? Jam??" Syifa' mendekat lantas bersalaman dengan Farez yang terkulat-kulat di tepi Hud.
"Haah." Balas Farez menyambut huluran Syifa'.
"Jenazah uruskan dekat hospital je. Kitorang pun tak sempat.."

"Aniem mana?" Hud memotong percakapan. Dari gayanya seperti dia tidak mengambil peduli tentang semua itu.

"Dia? Kat atas.." Pandangan Syifa' meredup.

Hud terus mengatur langkah untuk bertemu isterinya. Syifa' diam menunduk.
Farez menyenggol lengan lelaki yang lebih muda darinya itu.
"Kau kenapa..?"

*******

"Aniem...?" Daun pintu dikuak perlahan. Kelihatan isterinya duduk memeluk lutut di atas katil. Dia mendekat.
"Aniem, kau okey? Aku mintak maaf pasal tadi. Aku..."

"Diam lah." Senada. Wajah Aniem tegang.

"Aniem.. Pandang sini, pandang aku." Hud menarik wajah Tasnim menghadap ke arahnya. "Are you okay?"

Air mata mulai menitis.
"Macam mana aku nak okey? Last thing yang aku buat dekat bapak cuma salam je. Aku tak pernah borak dengan dia lagi dah. Kau pernah dengar aku bercakap dengan dia? Tapi macam tu pun mak kata bapak ada belikan rumah untuk aku, bila aku grad dia nak bagi hadiah tu kat aku. Walhal aku takde buat apa-apa pun untuk bapak. Sekarang ni pun, aku tak buat apa-apa dekat bapak. Jangan kata nak cium dahi, nak tengok muka dia pun dah tak sempat dah... Aku menyesal, apapun aku tak buat untuk bapak. Sekarang ni, dia dengan mak dah pergi...."
Air mata bercucuran membasahi wajahnya. Hud jadi sayu. Tubuh itu dibawa ke dalam pelukan.
"Mak selalu harap hubungan aku dengan bapak boleh elok balik. Tapi, aku dah hampakan mak..."

"Dah, dah.. It's okay." Hud menepuk belakang Tasnim. "Walaupun diorang berdua dah takde, tapi kau masih boleh berbuat baik dengan nama diorang. Jadi anak yang solehah macam yang diorang inginkan.. Doakan diorang.. Insya-Allah itu boleh tebus semua yang kau tak sempat."

"Tipu.."

"Apa aku dapat kalau aku tipu kau? Kau cuma emo, sebab sekarang ni tengah maghrib. Cuba kau relax.. Ingat Allah.. Kejap lagi kita solat Isya'. Okey?"
Tubuh itu didudukkan semula. Jauh dari dadanya yang mula berdebar. Pertama kalinya dia cuba memujuk seorang perempuan, dia jadi cuak.

Air mata dihapus dari pipi. Kemudian, wajah di hadapannya itu direnung dalam. Timbul persoalan mengapa dulunya dia begitu membenci lelaki itu. Spontan, tubuh itu dirangkul erat.

"Aniem..?"

Telinga yang melekap pada dada suaminya menangkap bunyi yang kencang. Tersenyum sendiri memikirkan Hud sedang cemas, kerana dia pun sedikit gusar dengan keputusannya di saat ini.

*****

"Aku sorry, Aniem. Aku gila menyesal jadikan dia abang ipar aku. Kau janganlah menangis lagi.."
"Diamlah. Aku tengah risaukan mak dengan bapak. Aku risau tak sempat tengok diorang buat kali terakhir."
"Apahal pulak? Along dengan angah mesti tunggu kita, kan.."
"Kan urusan jenazah tu harus disegerakan. Kau tak ingat ke arwah tok dengan opah dulu? Mesti diorang buat macam tu jugak."
"Oh.." Hud terdiam mengingatkan perihal kematian datuk dan neneknya satu ketika dulu. "Tapi, Aniem. Aku still.."
"Aku tak kisah la pasal Hud tu.." Tasnim mula mengesat air matanya. "Dah taqdir aku jadi isteri dia. Gaduh time awal-awal ni biasa lah.. Dah nama pun dulunya benci. Kau tak payah la risau sangat. I'll try to manage."

"Macam tu lah yang dia cakap kat aku. Sekarang ni, aku tak tahu lah dia tu dah okey ke belum. Dengan tak sempat jumpa mak dengan bapak untuk kali terakhir... Dengan Hud tu lagi..." Syifa' menggeleng kepala di hujung ayatnya. Cuba untuk mengusir sebarang prasangka buruk.
Farez yang mendengar sekadar diam tanpa bersuara.

Aku memang dah terlambat..

*******

Nafas ditarik memenuhi dada. Kasut yang baru dibuka, diangkat lantas pintu dibuka perlahan-lahan. Mata mencari-cari kelibat rakan sebilik. Tiada.
Nafas dihembus spontan. Setelah kasut disusun di dalam rak, barulah dia memberi salam dengan suara perlahan.

"Tasnim!!!"

Terkejut. Seluruh isi bilik itu rupa-rupanya sengaja menyorokkan diri untuk menyambutnya pulang. Sungguh dia tidak menduga semua ini. Sangkanya, dia akan dipulaukan lantaran peristiwa di bistro tempoh hari.

"Kau ni memang kan? Sanggup kau rahsiakan dari kitorang yang kau ni dah kahwin..?" Salina menolak lembut bahu Tasnim.
"Entahnya.. kitorang dah berapa lama suuzzhon dengan kau." Celah Alia pula.
Tasnim seperti tidak percaya. Dia memandang wajah Husna.

"Husna tak nak biar diorang cakap benda yang sama macam orang lain."

"Takziah, Nim." Tiba-tiba, Aifa yang sedari tadi diam kini bersuara. "Aku dengar dari lecturer aku yang mak ayah kau..."

"Haah, kenapa kau balik rumah tiba-tiba Nim? Semua orang tertanya-tanya." Celah Salina apabila Aifa tidak menghabiskan ayatnya.

"Oh.." Tasnim menunduk. Cuba mengawal perasaannya. "Mak bapak aku.. accident. Diorang dah pergi."

"Pergi?" Salina mengangkat kening.

"Innalillahiwainnailaihirajiun."

"Patutlah hari tu kau nangis macam ..." Alia sengaja membiarkan ayatnya tergantung seperti selalu. "Kau okey?"

Tasnim tersenyum hambar.

"Kau kahwin time study takpe ke? Kenapa tak tunggu lepas grad?? Ada berapa bulan je lagi.." Persoalan Aifa seperti ingin menyatakan ketidak setujuan. Husna jadi resah, bimbang dia silap tatkala dia berkeputusan memberitahu tiga sahabatnya itu tentang Tasnim.

Tasnim mengeluh halus.
"Mak bapak aku yang suruh. Aku tak mampu nak bantah."

"Kita tak mampu nak ubah perkara yang dah terjadi. So, take my advice." Aifa bersikap serius meremas kedua bahu Tasnim. Tasnim jadi kelu. Renungan Aifa ke dalam matanya dibalas.
"Berwaspada, always."

Aifa terus memasuki biliknya membuatkan semua orang berpandangan sesama sendiri.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous