Setia Cinta
"Apa masalah kau buat kakak aku camtu?! Aku dah cakap jangan kacau dia kat kampus kan?!"
Hud terdiam apabila Syifa' tiba-tiba datang mencengkam leher bajunya. Sepanjang mereka di sekolah dahulu pun dia tidak pernah dapat mengalahkan lelaki yang muda dua tahun darinya ini.
"Dia cuma nak pergi library, bincang dengan partner dia tu. Perlu ke kau tumbuk partner dia camtu? Kau ni mengganggu study dia je.."
"Kau boleh terima ke?!" Bengang, Hud menolak tangan Syifa' sehingga tubuhnya terdorong ke belakang. "Kau boleh terima ke bila kau nampak ada lelaki raba belakang kakak kau? Dia tu bini aku, lagilah aku peduli!!"
"Bodoh!!" Jerkah Syifa'. "Aniem semput la time tu!! Farez cuma tolong gosok belakang dia je. Yang kau pergi tuduh yang bukan-bukan tu kenapa?!"
Hud terdiam. Menyedari salah faham yang dia lakukan.
"Aniem tu perempuan. Mesti dia malu kalau kau pukul kawan dia macam tu. Kau baik-baik la sikit.. Tanya dulu elok-elok, jangan marah melulu." Syifa' beredar setelah dia memberi amaran kepada abang iparnya itu. "Kalau kau buat lagi lain kali, siaplah kau."
Hud terpempan. Syifa' benar-benar akan melindungi Tasnim. Dia sendiri sedar betapa sayangnya lelaki itu terhadap kakaknya yang paling rapat berbanding abang long dan kak ngahnya. Sampai di bilik, dia mencari henfonnya. Satu mesej menunggu untuk dibuka.
Salam, Hud. Ini Tasnim. Orang punya last assignment ni dapat partner lelaki. So, jangan salah faham kalau Hud jumpa orang dengan dia kat mana-mana. Selalunya orang akan bincang kat library je. Insya-Allah, Hud takkan jumpa kitorang makan sama-sama. Orang bagitahu ni sebab mak suruh. Okeh, tu je. Doakan assignment orang ni dapat banyak credit. Tq.
Hud diselubungi rasa bersalah. Lekas-lekas dia mendail nombor isterinya itu. Resah dia menunggu panggilan bersambut.
The number you had dialed...
Keluhan dilepaskan sebaik mendengar suara operator peti suara. Tangan pantas mendail semula.
Peti suara lagi.
Dia mengeluh lagi. 'Nanti lah aku try lagi.'
*****
Henfon model C4 itu menjerit minta diangkat. Husna segera bangkit meninggalkan assignmentnya di atas meja apabila dia teringatkan pesanan sahabatnya yang meminta diri untuk solat.
F- Hud
'
Eh, patut ke ana biarkan aje panggilan ni terhenti?' Hatinya meragui dirinya sendiri. Otak mula mencari keputusan rasional. '
Maybe sekadar bagitahu yang Tasnim takde..'
"Um.."
"Aniem, aku mintak maaf. Aku silap. Sori la aku sesuka hati tuduh kau. Kau pun tak sempat nak cakap apa-apa. Aku tak sengaja pukul dia. Aku fikir, dia tengah buat benda tak baik kat kau. Aku tak suka tengok macam tu and disebabkan aku ni pun baran sikit sebab tu la... Aku harap kau maafkan aku. Serius aku meneyesal. Aku takkan buat lagi dah. Maafkan aku okey?"
Husna diam, tidak tahu respon bagaimana yang harus dia berikan. Hud telah memotong sebelum sempat dia berkata apa-apa. Dia jadi kaku.
"Aniem, kau maafkan aku tak?" Suara pemanggil kedengaran resah.
"Emm.." Husna mengangguk sekali.
"Thanks Aniem. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku mengganggu macam ni. Good night."
Talian diputuskan. Husna menghembus nafas berat. Serba-salah.
KLAK !
"Husna, siapa yang call?" Tangan hampir terlepas daripada memegang henfon jenama Nokia itu. Dia beralih memandang Tasnim yang berdiri di muka pintu biliknya, masih bertelekung.
"Er, takde siapa. Salah number." Spontan mulutnya mengucapkan kebohongan.
"Oh." Wajah itu kelihatan lega. "Boleh ambilkan fon tu?"
Husna melangkah perlahan membawakan henfon untuk Tasnim. Hatinya masiih diselubungi rasa bersalah. Tangan rasa terketar saat henfon bertukar tangan.
"Thanks. Pergilah sambung study tu. Tasnim nak tidur awal hari ni." Ujar wanita sebelum menutup pintu.
Husna jadi lega.
'Tasnim nampak macam tengah bergaduh dengan suami dia. Ya Allah, eratkanlah hubungan antara mereka.'
Pembaringan terbantut mendengar nada dering henfonnya. Nombor tanpa nama membuatkan dia berkerut dahi.
"Assalamualaikum. Tasnim? Ini Farez."
Tasnim terdiam dalam keliru. Bukankah mereka sudah bersetuju untuk tidak berhubung melalui sebarang panggilan? Hanya twitter. Dan.. mana dia dapat nombor ni?
"Saya minta nombor ni daripada Syifa'. Dia suruh saya tanya sendiri tentang awak dan Hud. Tadi saya tanya apa hubungan awak dengan Hud. Sebab saya tertanya-tanya kenapa dia sampai buat macam tu. Maaf lah kalau saya ganggu privasi awak."
Diam seketika.
"Em, sorry pasal muka awak. Sakit lagi ke?" Tasnim menggaru dahi. Dia terkejut ditanya begitu. "Saya dengan Hud suami isteri. Macam mana kahwin, itu boleh tanya Syifa. Maaf sebab awak terlibat dalam masalah rumah tangga ini. Hubungan kami tengah tak baik. Sorry sangat-sangat."
"Aniem kau okey ke?" Satu suara lain bertanya.
"Syifa' kau kat situ?" Kening terangkat, tidak menyangka.
"Aniem, kau.." Nada kesal digunakan. Tasnim faham mengapa.
"Aku okey la.. Salah faham sikit je." Senyum hambar diukir walaupun mereka tidak bertemu muka.
"Aku.. mintak maaf." Ikhlas dia nyatakan. Biarpun selalunya ego dan keterbiasaan membataskan mereka meminta maaf sesama mereka, namun Syifa' benar-benar menyesal dengan hal kakaknya itu.
"Maaf? Kenapa pulak? Tak ada kaitan dengan kau pun. Ini masalah kitorang.. Masalah kecik pun.." Tasnim pura-pura tidak tahu. Tidak mahu menambah kesal di hati adiknya.
"Aku mintak maaf." Masih, Syifa' ingin menyatakan kekesalannya.
"Dah la. Tak habis-habis.. Aku dengan dia okey je. Kau jangan lah risau sangat." Nada ceria sengaja dibuat agar adiknya itu berhenti menyesali diri.
Seketika suasana bertukar hening.
"Okey lah. Aku nak tidur, dah malam sangat ni. Eh, esok kau temankan aku dengan Farez berbincang. Takde lah jadi isu nanti."
*****
"Pergh, smart kot korang punya idea tu. Tak sangka hebat gila otak mereng kakak aku ni.."
"Idea Tasnim memang semua cantik-cantik. Sebab tu lah Puan Zura selalu puji kerja dia.."
"Merepek. Mana pernah lecturer puji kerja saya? Idea macam ni, simple je.."
"Eleh, orang pro, memang lah kata senang."
"Entahnya. Aku tengok kan Aniem, rasanya lecturer kau nanti bagi full credit kot. Pastu siap promote iklan kau masa pameran kat graduation day nanti."
"Diamlah. Buat apa dia nak buat macam tu? Ramai lagi yang buat lagi cantik dari aku punya."
"Mana kau tahu ramai? Entah-entah sorang je. Kerja korang ni dapat tempat kedua. Pastu memang meletup, semua orang suka."
"Diamlah..." Muka Tasnim mula berubah merah.
"Eleh, suka la tu.."
BUK !!
"Aku kata diam, diam lah! Buat malu aku je..!" Teriak Tasnim.
Syifa' serta-merta bangun apabila air yang dikacau Farez tertumpah ke atas meja lantas mengalir mengenai seluarnya.
"Aniem! Seluar aku!!" Getusnya.
"Padan muka. Siapa suruh kacau aku?" Cemuh Tasnim sambil tangannya pantas mencapai tisu untuk mengelap meja.
"Aniem..!" Syifa' Menggetus lagi.
"Apahal? Pergilah cuci kat tandas. Banyak bunyi pulak.." Arah Tasnim kasar. "Macam perempuan!"
"Ish!!" Syifa' akhirnya bergerak ke tandas sambil menekup basah di seluarnya. Malu kerana air Farez tumpah di tempat yang benar-benar strategik dan memalukan.
"Farez." Tersentak lelaki itu apabila dipanggil. "Sorry pasal air awak. Awak belum minum lagi kan? Nak order yang baru ke? Saya bayar.." Tasnim menggamit seorang pelayan. Dia kembali ke mod sopan daripada kasar melayani adiknya.
"Eh, tak perlu.. tak perlu.. Saya tak kisah. Lagipun saya dah kenyang makan. Teringin air masak pulak. Nanti dekat hostel saya minum air masak." Balas Farez sambil menurunkan tangan Tasnim.
"Betul ni? Tak nak minum dah? Boleh je order air masak kat sini.. Bukan mahal pun.." Tasnim meminta kepastian.
"Tak payah la." Farez menggeleng.
"Okey."
Bosan menunggu Syifa', Tasnim mengacau air Ice Lemon Tea pesanannya. Sesekali, air itu dihirup melalui straw.
"Awak nak air ke? Order je la.." Ujarnya segan apabila direnung oleh lelaki itu. Sesekali, Farez juga tersenyum simpul.
"Tak lah. Saya tak pandang air tu pun.. Jangan lah malu-malu."
"Bukan pandang air? Dah tu pandang saya? Lagilah saya malu!!" Tasnim menggetus lantas menutup mukanya.
Tawa Farez terlerai.
"Awak ni, kelakarlah.." Tasnim berhenti menutup mukanya dengan tangan apabila mendengarkan ayat itu. "Awak ni lembut je dengan orang lain, tapi dengan Syifa'.. Bukan main garang lagi! Dah macam.."
"Macam apa?" Wajah Tasnim mulai cemberut apabila Farez menarik senyum nakal seperti ingin mengenakannya.
"Macam seorang mak." Farez tertawa lagi.
"Kurang ajar. Diamlah!" Marah Tasnim.
"Mak, jangan lah marah adik. Adik tak salah..!" Sengaja dia mengusik.
Tasnim tarik muka. Farez tertawa lucu sekaligus membuatkan Tasnim tertawa sama. Mereka senang hati setelah selesai membincangkan idea untuk assignment mereka.
"Oh, ini yang kau buat ya.. Jangan salah faham, kitorang takkan makan sama-sama.. Pastu gelak-gelak dekat restoran macam tak pernah ingat janji yang sendiri buat.."
"Hud, orang bukan.." Tasnim bangkit membela diri.
"Bukan apa? Kau fikir aku buta? Tak nampak yang korang tengah sedap-sedap bergelak ketawa kat sini??" Hud memotong, langsung tidak beri muka. "Ke kau nak cakap yang aku salah faham?"
"Memang Hud salah faham. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Tapi Hud sesuka hati tuduh-tuduh orang sedangkan orang cuma.."
PIAP !!
"Cuma apa ha? Cuma apa?!"
".. cuma sayangkan Hud sorang." Air mata mengalir. Sakit di hati ditambah dengan sakit di pipi tak mungkin dapat dia kongsi dengan sesiapapun. Tamparan kencang yang membuatkan dia terduduk itu, sakitnya hanya dia yang tahu.
Hud terkedu. Ayat yang keluar dari mulut isterinya itu membuatkan dia keliru dan rasa bersalah.
"HOI!!"
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment