Setia Cinta
"Dua hari lagi, cuti kamu semua habis kan? Balik sekali lah ya, jimat duit minyak.." Ujar Encik Mahmud sebaik menghabiskan suapan terakhirnya.
Tasnim tersedak. Pantas tangannya menyambar cawan yang sudah sedia terhidang di sisinya.
"Kamu ni kenapa? Makan lah elok-elok.." Bebel Puan Salimah.
"Takpe lah, bapak. Saya lebih selesa naik motor saya je."
"Tapi, mak kamu kata kamu ada nak bawa balik banyak barang.." Puan Salimah mencelah.
"Haah, apa kata biar Syifa' yang bawa motor. Aniem dengan Hud bolehlah naik kereta.. Barang Syifa' nanti Syifa' ambillah time Hud turun... kan?" Celah Syifa' pula sambil matanya terkenyit nakal. "Syifa' dah lama tak bawak motor..!"
Tasnim menjeling adik tunggalnya itu. Budak ni.. sengaja!!
*****
"Dengar cakap mak ni, ya?" Lembut Puan Salimah bersuara sambil menggenggam tangan anaknya itu penuh makna. "Jangan lupa bagitahu dia kalau ada assignment dengan lelaki, study group pun.. Jangan sakitkan hati dia. Jaga hati dia walaupun kamu tak suka dia.. Dia tu suami kamu, mesti ingat tu."
Tasnim mengangguk lagi mendengar ayat itu diulang. Sudah lebih lima minit sejak dia masuk ke bilik ibunya ini untuk bersalaman. Namun, ada satu perasaan yang menyuruhnya untuk tidak mencelah dan terus berlama di situ.
"Ni lagi satu.. belajar rajin-rajin. Dah nak grad ni, tumpu belajar elok-elok. Jangan terikut sangat perasaan baru kahwin tu. Bapak kamu tu, dah sediakan hadiah untuk kamu. Kalau kamu kena repeat, tak tahu lah apa yang jadi dengan hadiah tu nanti.."
"Hadiah?"
"Ya lah.. Rumah dekat Bukit Tinggi tu, untuk kamu!"
Tasnim terdiam. Memang dia ada mendengar yang bapanya membeli sebuah rumah, tapi dia tidak menyangka rumah itu dibelikan untuknya. Dia jadi kelu.
Hud mengeluh halus. Dia tidak tahu bagaimana untuk memecahkan kebisuan di antara mereka. Tasnim dilihatnya sedari tadi merenung keluar tingkap. Dan kini, mereka sudahpun sampai ke destinasi.
"Elok-elok belajar. Jangan hampakan mak abah, kay? Assalamualaikum."
Begitulah pesan Tasnim kepada si adiknya. Dan isterinya itu terus beredar setelah bersalaman dengan mereka berdua.
"So, camne?" Tanya Syifa' kepada abang iparnya itu.
Hud mengeluh lagi. "Menyesal!"
"Heh, menyesal?" Syifa' tersenyum nipis.
"Dia tenung luar tingkap. Tak bercakap sepatah apa pun."
Syifa' tergelak kecil. "Kau ni kelakar la.."
"Aku?"
"Ya lah. Kalau betul kau sukakan Aniem, ngoratlah betul-betul. Kau kacau dia, kau fikir dia suka ke?"
Hud berkerut.
Apsal dia ni tiba-tiba serius je?
"Kau jangan kacau dia kat kampus. Dia tak suka. Jangan buat macam dulu.."
*****
"Hei, apsal selalu sangat makan kat sini? Sedap sangat ke??" Tanya Hud yang muncul tiba-tiba sambil
menggantung tangannya di bahu Tasnim.
Tasnim cepat-cepat menolak lengan itu sambil berkerut rimas. "Suka hatilah nak makan mana? Kau tu kenapa??"
"Takde apa-apa.." Balas Hud kecewa. Tangan diselup ke dua poket seluar. "Kau tak nak belanja aku ke?"
Tasnim menjeling. "Hei, Syifa' pun tak pernah mintak belanja tau. Kau jangan nak mengada." Kaki melangkah setapak ke depan lantaran barisan di hadapan mereka semakin pendek. "Pergi tempat lain lah. Jangan kacau aku. Kau kan tak suka makan kat sini."
"Sejak bila pulak aku kata camtu?"
"Dah tu.. Main perli, tanya sedap sangat ke tempat ni.. Macam tak suka je."
"Aku tak pernah makan kat sini lagi lah. Tak minat."
Tasnim tarik muka menyampah.
Kalau tak minat makan mamak, tak payahlah datang sini. Menyibuk je!
"Tapi kan.. kau belanja la apa yang sedap kat sini. Boleh aku datang selalu." Sengaja Hud berkata begitu sambil menyenggol lengan isterinya.
Tasnim mengeluh rimas.
"Betullah sedap..!" Puji Hud sambil menghabiskan suapan terakhirnya.
Tasnim mencebik.
Aku bagi makanan paling aku tak suka kat sini, dia boleh kata sedap pulak..
"Lain kali kita makan sama-sama lagi kat sini nak?"
Mata Tasnim terbuntang mendengar kata-kata Hud itu. "NO WAY!"
"Apsal pulak? Bukannya salah pun makan dengan dengan suami sendiri.."
"Excuse me, mister.. tapi aku tak suka makan dengan kau. And orang lain tak tahu pun yang kita ni dah kahwin, nanti diorang salah faham.."
"Salah faham apa? Salah faham yang kita ni couple?? Biarlah diorang.."
"When I say no, it means NO!" Bentak Tasnim. "Kau bayar sendiri makanan kau tuh!"
Hud mencebik.
Melepas..!
Apsal dia tak nak terima aku?
*****
TOK! TOK!
Pintu dibuka setelah dia mengizinkan rakan serumahnya itu masuk.
"Husna.. ada apa cari Tasnim?"
"Umm.. Husna cuma nak tanya pasal tengah hari tadi." Ragu-ragu gadis itu memulakan bicara. Seketika, dia menutup pintu. Tasnim berasa hairan. Selalunya, rakannya itu akan berborak dengannya tanpa perlu menutup pintu pun.
Ada perkara apa pulak ni?
"Tengah hari tadi kan Husna tak dapat temankan Tasnim makan, jadi.. Tasnim makan dengan siapa?" Perlahan gadis itu bersuara. Tasnim jadi keliru. Patutkah dia menipu rakannya ini sedangkan gadis itu terlalu baik. Seringkali dia mengingatkan Tasnim kepada zaman persekolahan mereka yang penuh dengan tarbiah.
Tapi, patut ke aku beritahu tentang tu?
"Tasnim.. Tasnim cakap dengan Husna, Tasnim makan dengan siapa tengah hari tadi? Aifa, Salina dengan Alia cakap..." Gadis itu berjeda seperti ingin menelan semula kata-katanya. "Diorang cakap Tasnim bukan makan sendiri tengah hari tadi..."
Setelah berdiam seketika, Tasnim mengoyak senyum hambar.
"Husna, Tasnim makan dengan suami Tasnim.."
"Jadi Tasnim.." Husna mencari kata-kata yang sesuai. "Tasnim okey tak?"
Senyuman hambar terukir lagi di bibir mulus itu. "Tasnim dah buat solat istikharah. Tasnim tak tahu nak buat apa. Mungkin ini yang terbaik untuk Tasnim..?"
Husna merenung dalam wajah Tasnim yang kelihatan tenang. Mata sahabatnya itu redup sahaja seolah-olah sengaja menyembunyikan luka di hati. Seandainya dialah yang berada di tempat Tasnim, pastilah air mata mengiringi cerita sedih itu. Mungkin, Tasnim tidak mampu lagi untuk menangisinya..
"Bersabarlah, Tasnim. Insya-Allah akan bertemu hikmahnya di semua ni.."
Hanya ayat itu yang mampu dia ucapkan sebagai menaikkan semangat sahabatnya itu. Tiada sebarang nasihat berguna, kerana dia tidak pernah mengalami situasi itu. Bahkan dia tidak pernah bercinta.
"Ya lah. Tasnim tengah belajar untuk terima dia sebagai keluarga Tasnim." Balas Tasnim dengan nada pasrah. "Bukan senang nak terima orang yang selama ni Tasnim benci sebagai suami Tasnim."
*****
Butang 'hantar' ditekan penuh rasa janggal. Bulu roma meremang menunjukkan betapa gementarnya dia memikirkan jawapan yang akan diberikan Hud. Mesej pertama yang dihantar buat suaminya itu. Sekadar menyatakan yang dia terpaksa berpasangan dengan seorang lelaki rakan sekuliahnya untuk satu tugasan. Walau apa pun, dia sudah menjalankan amanah ibunya untuk memaklumkan hal-hal sebegini kepada lelaki itu.
"Assignment kali ni macam susah sikit je. Awak ada idea, Tasnim?" Tanya Farez sambil mereka berjalan ke perpustakaan.
"Iklan macam ni senang je. Kita buat dua orang adik-beradik bergaduh. Memadai lah tu.." Balas Tasnim, yakin dengan ideanya.
"Okey.. sounds good. Tapi diorang berdua nak bergaduh pasal apa?" Tanya Farez lagi, ingin mengetahui perincian tugasan mereka itu.
"Gaduh pasal..." Mata Tasnim menjeling ke atas. Dia belum memikirkan perihal itu lagi. Hanya tergambar di fikirannya dua orang budak sedang bergaduh di hadapan televisyen. "Hah! Pasal siapa lagi cute antara Spongebob dengan Patrick."
"Hah?!" Farez hampir tergelak mendengarkan idea itu. Namun memandang wajah Tasnim yang mengukir senyum segaris, gelaknya terus terhambur. "Lawak lah, Tasnim ni.."
"Yang lawak itulah yang selalu disebut orang.."
"Jadi, siapa yang lagi cute? Spongebob??"
Tasnim berkerut apabila soalan itu diajukan kepadanya. "Ceh, Farez tengok lagi ke cerita budak kecik tu?"
"Eh, mestilah.. Cerita bodoh macam tu boleh hilangkan stress.."
"Tasnim tak minat lah. Kalau Farez, siapa lagi cute?"
"Hm.. Squidword."
"Pfft! Tipu!!!" Pernyataan Farez itu membuatkan Tasnim tergelak besar. "Squidword?! Hahaha.."
Farez mengangkat kening apabila Tasnim ketawa tak henti-henti sampaikan wanita itu diserang semput dan terpaksa bergantung di palang.
"Tasnim, awak okey tak?" Farez menggosok belakang Tasnim apabila wanita itu terbatuk-batuk.
"Sorry.." Tasnim cuba mengawal nafas. Mukanya jadi merah. "Excited sangat sampai semput."
"Haha, apalah awak ni.." Farez tertawa. Tangannya masih lagi menggosok belakang Tasnim.
"Hoi!!"
Mata Tasnim terbuntang apabila Farez ditumbuk. Farez menekan tepi bibirnya yang berdarah.
"Kau buat apa ha dekat dia?!" Bengis si penumbuk bertanya.
"Hud.. dia tak buat apa-apa lah!" Tasnim membela.
"Tak buat apa-apa kau kata? Habis yang tangan dia melekat kat belakang kau tu apa dia?" Hud membalas serba tak puas hati. "Ke kau suka dia buat macam tu? Tak kisah buat kerja haram macam ni sebab kau suka sangat kat dia??"
PIAP !
"Diamlah bodoh!! Kau tak baca mesej aku ke?!" Jerit Tasnim. "Kau suka menuduh melulu, lepas tu malu sendiri. Kau tak boleh fikir dulu ke sebelum buat benda memalukan macam ni?!"Geram dituduh yang bukan-bukan, dia menarik Farez beredar.
Terkejut menerima tamparan isterinya, Hud terkaku sehinggalah bayang kedua orang itu menghilang.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment