Setia Cinta
Perlahan-lahan, Hud menolak daun pintu. Dia tidak mahu mengganggu tidur isterinya. Seperti kata Syifa', kakaknya itu akan tidur apabila stress. Dan memang nyata stress isterinya apabila dia turun makan malam dengan mata yang sembap.
Hud berbaring di sebelah isterinya dengan berbantalkan lengan. Dia merenung wajah Tasnim yang tidur sambil memeluk bantalnya. Sembap di mata masih ketara membuatkan Hud jadi hairan. Takkanlah kerana perkara yang kecil itu, Tasnim menangis seteruk ini? Adakah dia sudah ditinggalkan oleh lelaki itu??
Hud terus berfikir. Dia ingin memujuk wanita itu, namun tidak tahu bagaimana caranya. Sebagai anak tunggal, dia tidak punya pengalaman memujuk mana-mana perempuan selain ibunya.
*****
Tasnim menyapu muka setelah selesai berdoa. Memang dia sudah merancang untuk beristikharah pagi itu, memohon kepada Allah supaya hatinya redha dengan Hud sebagai suaminya, juga redha dengan pemergian Harun.
Affy : Eh? Kenapa nak marahkan orang yang dah takde?
Aniemator : Apa maksud Affy?
Affy : Harun dah meninggal setahun lepas. Tak baca timeline ke? Akak dah post kan??
Aniemator : Maaf. Saya tak tahu.
Affy : Awak ni.. Tasnim Mahmud ke?
Aniemator : Ya, saya.
Affy : Harun ada titipkan akak satu note. Accept akak nanti akak pm link.
Air mata mengalir lagi mengingati isi nota itu. Dia menyesal tidak membuka Fb nya buat sekian lama.
Assalamualaikum..
Hei, Aniem.
First sekali, aku nak minta maaf sebab tak bagi jawapan awal-awal kat kau. Aku cuma nak kita focus kat pelajaran masing-masing. Insurance masa depan. hehe. Aku nak minta maaf jugak sebab mungkin aku tak dapat nak jadi suami kau. haha, mesti kau pelik kan aku cakap macam ni. Aku akan operate minggu depan. Tak tahu lah boleh berjaya ke tak. Aku sakit apa? Cancer. Aku harap kau jumpa orang lebih baik daripada aku. Aku harap jugak kau boleh jadi seorang isteri dan ibu yang baik. Maaf kan aku sekali lagi.
Oh ya, jawapan untuk soalan yang dah bertahun tu.. Aku pun suka kau jugak.
Azan berkumandang. Tasnim tersentak. Wajah diraup. Dia tidak boleh menangis lagi, cukuplah matanya sesembap ini.
Tasnim bangkit, dia ingin mengejutkan Hud. Menjadi tanggungjawabnya untuk mengejutkan lelaki itu bahkan untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang terdekat supaya menunaikan solat fardhu.
"Hud, bangun. Dah subuh.." Tangan kiri yang menguis lengan lelaki itu terasa hangat. Tasnim jadi hairan lantas mendemah dahi suaminya itu. Jelas terasa panas badan lelaki itu di sebalik telekungnya.
Tasnim mengeluh. Dia turun sebentar untuk memaklumkan hal itu kepada bapanya. Tidaklah orang tua itu tertunggu akan menantunya. Seusai azan, dia terus menunaikan solat.
"Hud, bangun.." Tasnim mengejutkan seperti biasa.
"Hm.." Hud mula sedar dari tidurnya. Namun lelaki itu memegang kepalanya dengan dahi berkerut-kerut. "Pening..."
"pening macam mana pun, solat tetap wajib.. Dah, bangun!!" Tasnim mula berkasar. Dia tidak gemar berhadapan dengan orang yang susah bangun Subuh.
Mendengarkan jeritan Tasnim, Hud bingkas bangkit. Namun tak sampai beberapa minit, dia terbaring semula.
"Jangan lah macam ni.. Allah dah tunggu kau.. Kau kena ingat, Allah yang beri kau sakit dan Dia jugak lah yang akan sembuhkan kau. Cepat bangun solat Subuh.!" Gesa Tasnim sambil mengangkat tubuh suaminya itu dengan kudrat yang ada padanya. Seketika, Hud terduduk di birai katil tanpa berkutik. Tasnim membiarkan sahaja. Biarlah lelaki itu mencari kudrat untuk menunaikan solat, andai dipaksa kurang pula khusyuknya nanti.
Beberapa minit menanti di sisi lelaki itu, akhirnya Hud turun dari katil. Terhuyung-hayang dia melangkah ke bilik air. Tasnim tersenyum sendiri sebelum dia turun ke dapur.
"Hai, sejak bila adik angah ni rajin memasak pagi-pagi buta?' Tegur Salbiah apabila melihat Tasnim memasak di dapur.
"Ada orang demam, mana boleh dibiarkan berlapar.." Balas Tasnim, acuh tak acuh.
"Oh, suami dia demam..." Tasnim tidak menjawab. Malas dia melayan kakaknya memerli.
"Hei, bangun. Makan.." Ujar Tasnim sebaik sahaja meletakkan dulang di sebelah katil. Hud bangun perlahan-lahan, akur dengan arahan isterinya itu. "Makan sikit, ni aku dah bawakkan air. Minum banyak, cepat baik demamnya."
"Aniem.. aku migrain la. Ubat dekat.."
"Diam lah. Dah sakit macam ni mintak dadah lagi. Bukannya elok sangat pun. Ubat macam tu akan melemahkan imun badan kau tau tak? Lagi kau bergantung dengan ubat tu, lagi cepat la kau mati!" Marah Tasnim lantas menghulurkan bubur yang dimasaknya kepada Hud. dia memang tidak suka melihat orang bergantung hidup dengan ubat doktor. Kerana yang menyembuhkan itu sebenarnya Yang Maha Kuasa, bukanlah ubat semata. "Dah makan ni."
Terkial-kial lelaki itu meniup bubur yang panas sebelum disuap ke mulutnya sendiri. Tasnim pula sibuk menggeledah meja soleknya.
"Hah jumpa pun! Dah berapa lama tak guna benda ni.." Hud jadi penasaran. Apa yang dicari isterinya itu?
"Nah, kepit. Termometer ni dah lama jugak, harap bateri dia tak mati tiba-tiba." Hud akur lagi tanpa banyak soal. Kepalanya yang berdenyut membuatkan dia tidak berdaya menjawab apatah lagi membantah. "Ni, ada habbatussauda' dengan madu. Makan ni, ubat tradisional. Jangan bergantung dengan dadah je."
NIT NIT..
Tasnim pantas menarik termometer dari lengan Hud setelah ia berbunyi. Seketika, dia berkerut.
"38.7 kau kata tak demam?! Merepek!! Kau buat apa ha sampai jadi macam ni??" Marahnya. Melihatkan suaminya itu tidak berdaya menjawab, dia menggeleng. "Dah la, habiskan bubur tu. Dan minum air banyak-banyak. Jangan lupa makan ubat tu jugak. Aku turun kejap."
Terasa sejuk meresap melalui kulit dahinya. Telinga menangkap bunyi air memercik. Hud membuka mata. Dia melihat Tasnim sedang memerah tuala yang dibasahkan. Kemudian, isterinya itu mula mengelap leher dan kedua lengannya.
"Tak perlulah bangun kalau tak larat." Tasnim menegur apabila dia cuba bangkit dengan dahi masih berkerut.
"Aku.. pening." Jawab Hud perlahan. Tasnim mengeluh. Kemudian, dia meletakkan tuala tadi ke dalam besen air.
"Pusing." Ujar Tasnim senada.
"Hah?" Hud sedikit terkejut mendengarnya. Untuk apa?
"Pusing menghadap sana. Aku urutkan." Jawab Tasnim, masih senada.
Hud menurut. Tasnim mula mengurut dari pangkal leher hingga ke bahunya. Biarpun yang sakitnya di kepala, urutan Tasnim terasa melegakan.
"Tegangnya bahu kau. Patutlah pening. Kau buat apa?" Rungut Tasnim sambil tangannya belum berhenti bergerak.
"Apa kaitan bahu dengan kepala?" Soalan dibalas dengan soalan lantaran rasa ingin tahu yang menebal.
"Arwah nenek aku kata, kalau urat belikat tegang kita akan selalu pening. Dulu, masa form five aku pun selalu migrain. Nenek aku selalu suruh urut sendiri kat bahagian ni." Tasnim menekan bahagian pangkal leher. "Aku selalu juga minta kawan-kawan picitkan bahu."
"Ya ke? Aku rasa aku migrain sebab kuat berfikir semalam." Balas Hud tanpa sengaja.
"Huh? Kau fikirkan apa sampai migrain??"
"Aku fikir.. macam mana nak pujuk kau."
Urutan Tasnim terhenti seketika.
"Sebenarnya, aku nak minta maaf pasal semalam. Tapi kau dah tidur dulu. Aku takut kalau kau merajuk pula, tak nak cakap dengan aku; mengelak bagai. Sebab tu lah.."
"Heh, apasal aku nak merajuk pulak? Bukan apa pun, benda kecik je.." Tasnim ketawa kecil menyembunyikan rasa hati.
"Tapi semalam kau marah-marah, mata kau sembap so aku.."
"Aku tak nangis pasal kau lah. Aku cuma..." Tasnim terhenti lagi. "Maybe aku sepatutnya berterima kasih dengan kau. Kalau bukan sebab kau kacau Fb aku tu, aku takkan tahu.."
"Apasal? Lelaki tu dah ada girlfriend ke? Atau dia dah berkahwin jugak??" Tasnim menampar bahu Hud. "Adoi!!"
"Dia bukan macam tu lah!" Marah Tasnim. "Ron.. dia... dah meninggal."
"Hah, meninggal?!" Semena, Hud berpaling tubuh menghadap Tasnim.
Tasnim mengangguk. "Hm. Dah setahun pun. Cuma aku je yang bodoh sebab tak nak buka Fb tu."
"Sorry.. kalau aku tahu, aku takkan buat macam tu."
"Aku pun baru tahu. Relaks la.." Balas Tasnim. Matanya kelihatan kesal.
"Kau okey ke?"
"Okey atau tak, itu kan takdir Allah.." Tasnim tunduk merenung ibu jemarinya. Dia berazam untuk tidak menangis lagi. Cukuplah semalam dia meratapi kehilangan itu.
Hmm, kesiannya dia. Aku tak patut buat macam tu. Dia.. menangis ke ni?
DUP DAP DUP DAP...
Eh? Dia berdebar? Kenapa kuat sangat sampai aku boleh dengar?
Hud meneliti wajah Tasnim. Isterinya itu ternyata sedang ralit merenung jemari untuk membendung kesedihannya.
DUP DAP DUP DAP...
Hud merenung lagi wajah isterinya yang terlindung di sebalik rambut yang terjuntai. Rambut dengan gaya
pixie bobs memang cenderung untuk menutupi wajah. Seketika, dia tersedar.
Ah, ini degupan jantung aku sendiri ke?
Eh, apa yang aku kira ni? Bad habits! Tasnim berhenti bermain dengan jemarinya. Seketika, dia terasa angin panas berhembus ke rambutnya.
Tasnim tersentak sebaik sahaja dia mengangkat muka apabila terlihat wajah suaminya dekat dengan mukanya. Dia jadi kalut. Tak mampu dia berfikir untuk melakukan apa-apa.
Aku.. nak kiss dia ke ni?
Hud tertanya di dalam hati. Dia hanya mengikut arah sehinggalah dahi mereka bersentuh.
"Stop!" Tasnim menolak tubuh Hud ke belakang. "Sorry. Aku.. tak nak berjangkit."
Dan isterinya itu terus keluar meninggalkannya di dalam bilik itu.
Huh..
Weh, kau buat apa lagi kat akak aku? Apasal dia semacam je? Sume yang dia buat sume tak kena.. Kau dah minta maaf belum??
Dah.. dia dah maafkan aku. Dia serba tak kena? Betul ke??
Haah. Disuruh potong bawang, dia potong cili. Korang kenapa??
Mesej Syifa itu tidak diendahkan. Malu untuk dijawab. Hud kembali berselubung.
Woit! Turun ah, jangan berkurung je. Gedik ke apa?? Bapak ajak makan. Mesti Aniem tak panggil kau kan sebenanye.
Melihatkan mesej itu barulah Hud menyedari yang mentari sudah terik di luar. Dia menarik tuala untuk membasahkan kepalanya di bilik air. Barulah segar sikit.
"Eh, mesti..!"
Hud tersentak mendengar isterinya melatah.
"Bapak panggil makan." Ujar Tasnim sambil menunduk.
"Ah, aku nak cuci badan jap. Berpeluh.."
"Hmm."
Dan isterinya itu terus menghilang ke bawah. Hud menggaru pipi.
Alahai, cute la pulak..
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment