Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
Air mata mengalir.

“Ini semua salah Syifa'. Dia yang tinggalkan Aniem sorang-sorang dekat situ.” Adu Tasnim, membela dirinya.

“Dah tu, mana Syifa' nya? Mak tak nampak pun dia..” Ujar Puan Salimah seperti tidak mempercayai anak gadisnya itu.

“Tu la... Aniem pun dari tadi call dia tak dapat.. Macam sengaja j..”

“Hah, adik sendiri pun nak fitnah!” Jerkah Puan Salimah.

“Aniem cuma menyatakan kemungkinan. Bukan nak memfitnah..” Tasnim menyangkal kata-kata Puan Salimah, ibunya sendiri.

“Sekarang ni, kamu kahwin je la dengan dia. Tok imam tu dah berkerut-kerut je. Kamu ni dah calar kedua-dua nama keluarga. Bapak tak nak orang mengata yang bukan-bukan tentang kami dengan Muslim dan Hafizah tu.”

Tasnim mengerutkan dahi. Bapanya menyuruh dia berkahwin dengan lelaki itu? Tidak!!!

*****
12 Oktober
Hai, assalamualaikum.
Hari ni aku ada cerita yang mengejutkan untuk korang semua. Aku sendiri pun terkejut. So, korang semua jangan sampai jadi beruk pulak.
Tengah hari tadi, aku disuruh adik aku untuk jemput dia dekat gelanggang basketball dekat kawasan rumah aku. Aku pelik jugak kenapa, tapi dia suruh datang je and then dia tutup phone. Aku malas nak call back, so aku pun pergi je lah. Maybe dia luka ke apa ke kan? Dulu pernah je jadi..
So, aku pun pergilah ke sana.
Tapi bila aku pergi tiba-tiba dia tarik aku pergi belakang and suruh aku tunggu kejap. Dia tinggalkan aku macam tu je. Tempat tu dah la seram, dengan semak samun semua.. tapi dah dia suruh tunggu aku pun tunggu je lah. Tunggu punya tunggu, adalah dalam tiga minit aku pun dengar tapak kaki orang.
Korang tahu tak siapa? H. Orang yang selama ni aku benci.
“Hei, S ada hal lain. Dia suruh aku hantar kau balik rumah.”
“Apasal pulak? Tadi sibuk suruh orang datang pastu suruh orang balik pulak. Balik dengan kau pulak tuh! Dia pergi mana ha?!”
“Emm, dia..”
“Hoi, buat apa tu?!”
Tengah-tengah aku interrogate dia kat tempat terbiar macam tu, imam pergi sergah kitorang. Aku pun TERkejut dan TERpeluk dia. Dan memang confirm lah imam tu TERsalah-faham kan.
Jadi kitorang pun dibawa ke balai atas tuduhan tu. Tuduhan "tu" tuduhan apa? Tuduhan khalwat lah.
Bila mak ayah aku dengan mak ayah dia sampai, aku pun kena marah. Aku dah kata yang aku tak buat semua tu tapi.. kau tahu je lah bapak aku..
And aku tengok mak bapak dia pulak macam redha je..

Chiett, aku rasa ada benda tak kena kot.. Adik aku tak balik-balik sampai sekarang. Dah la dia tu memang selalu nak kenenkan aku dengan lelaki tu.
Terpaksa lah aku bergelar isteri dia sekejap. Nanti aku nak minta khulu. Tapi aku nak tanya Ron dulu, bila dia nak masuk meminang.

#SedihnyaKawienDenganOrangYangKitaBenci
***

Kreott..

Daun pintu dibuka. Melihatkan lelaki yang dibenci (merangkap suaminya) memasuki bilik dengan bertuala dan bersarung t-shirt, dia sekadar buat tak tahu dan terus menghadap komputer riba kesayangan.

Hud menukar kain pelikat dengan berhati-hati. Dia masih segan dengan wanita yang kini sebilik dengannya itu. Sejurus mengelap rambutnya yang basah, dia menunaikan solat Isya'.
Usai solat, dia melihat Tasnim masih lagi menatap skrin laptop. Hud ingin terus tidur kerana sudah penat bermain bola keranjang pada petang tadi. Buku-buku komik yang bertimbun di atas katil bersebelahan Tasnim membuatkan dia berfikir.

“Kau nak buat apa, tidur kat luar? Tidur je lah kat dalam ni, aku tak kisah pun.” Tasnim bersuara sebaik melihat lelaki itu teragak-agak membuka pintu.
Hud jadi pelik. Seketika dia memandang lantai. Katil bersepah, takkan lah...
“Aku tak kejam sangat nak suruh kau tidur kat lantai. Bukannya elok pun. Kau tidur je lah sebelah ni..” Ujar Tasnim melihatkan Hud masih ragu.

Hud memandang Tasnim. Meneliti maksud dalam kata-kata wanita itu. Ah, susahnya nak faham. Kemas jelah.

Hud pun mengalihkan segala buku-buku Tasnim merangkap isterinya ke tepi rak. Kemudian, dia terus membuka selimut dan berbaring. Beberapa ketika, dia membuka henfonnya dan menaip mesej. Setelah mesej berbalas, dia bangkit menghadap Tasnim.
“Kau... tak nak tutup lampu ke? Aku nak tidur.” Pintanya kepada si isteri.
“Tidur je lah. Apa masalah nya?” Balas Tasnim dengan matanya masih menatap skrin.
“Aku tak boleh tidur dengan lampu terbuka.” Ujar Hud.
“Ceh, try je lah. Tutup je mata tu.” Balas Tasnim lagi.
“Aku tak biasa..”
“Biasa kan.”

Hud berbaring. Dia cuba untuk tidur, namun dia tak berjaya.
“Aniem.. tutup lah lampu.”

Tasnim mengeluh. Dia menyudahkan kerjanya sebelum menutup komputer. Kemudian dia turun dari katilnya menuju ke meja solek. Toner disapu ke muka sebelum earphone disumbat ke dalam telinga. Setelah itu, barulah dia menutup lampu dan naik ke katil.
Hud tersenyum sendiri. Sangkanya, Tasnim tidak akan sesekali mendengar kata-katanya kerana wanita itu benci. Dia tahu wanita itu bencikannya sejak di bangku sekolah lagi. Tak sangka, Tasnim juga boleh bertolak ansur.
Hud mengiring ke kiri, ingin menghadap isterinya. Namun apabila melihat wanita itu menghadap ke arahnya, dia jadi segan. Biarpun dia ingin menghadap tubuh isterinya, tapi dia belum sanggup untuk menatap wajah isterinya itu. Dadanya berdegup kencang. Dia kembali mengiring ke kanan. Aduh, kenapa lah dia ni memang jenis tidur menghadap kiblat?

*****
Hud membuka pintu. Hajatnya untuk mengajak Tasnim minum pagi bersama tidak kesampaian apabila melihat isterinya itu tertidur dengan laptop di perut.
Hud mengeluh. Dia baru sahaja berfikir untuk mengucapkan terima kasih kerana mengejutnya untuk ke surau bersama bapa mertuanya. Mereka pulang sedikit lewat setelah mendengar sedikit tazkirah dari tok imam berkaitan zina. Mungkin setelah solat Subuh, Tasnim membuka laptopnya dan kemudian tertidur.

Hud mengalihkan laptop dari perut si isteri. Bahaya lah. Radioactive. Dia tak takut ke? Kalau dia mandul nanti macam mana?? Kesian kat ibu..
Hud terpandangkan Facebook Tasnim yang terbuka. Dia melihat satu mesej yang dihantar oleh Tasnim kepada seorang lelaki yang bernama pironha.
Tolonglah jawab weh. Dah lama aku tunggu. Aku rindu kau.. Bila kau nak datang meminang??
Hud jadi bengang. Dia membaca seluruh isi perbualan antara isterinya dan lelaki yang tak dikenalinya itu. Ternyata, Tasnim menaruh hati kepada lelaki itu. Terbakar rasa cemburu di dalam hati. Dan perasaan itu mendesaknya melakukan sesuatu yang tak rasional.
Hud tersenyum segaris.

"Alang-alang dah depan laptop ni. Aku pun nak tengok Fb aku jugak.."

*****

Ah, bahang..
Tasnim membuka mata. Bahang yang dirasakan membuatkan dirinya tidak sedap tidur. Dia terus mencapai cermin matanya dan terus ingin menaip.
Eh, mana lappy aku?
Mata mengitari skitar. Dia jadi hairan. Mata beralih pandang dari perut ke sebelah katil.
Sejak bila pulak aku letak lappy ni kat tepi?

Tasnim mendapatkan laptop kesayangannya.
"Eh? Aku logout Fb??"
Tasnim jadi hairan. Dia tidak pernah melog keluar dari Fb nya tanpa menutup laptop.
Tanpa lengah, Tasnim memeriksa history laptopnya.



"Hud bin Muslim!!" Tasnim menjerit kepada lelaki yang sedang menikmati kopi jantannya. Lelaki itu mengangkat kening.
"Apasal kau kacau laptop aku? Mak aku sendiri pun tak pernah sentuh laptop aku, kau pulak senang-senang je guna facebook tanpa izin. Tanpa izin pulak tu!!"
"Apa masalah nya? Aku pun nak online gak."
"Memang lah salah, bodoh!! Sesuka hati guna barang orang tak minta izin.. Orang bodoh macam kau ni akan dapat balasan. BODOH!"
Air mata Tasnim mengalir kerana marah yang terlampau. Dia sebenarnya tidak reti memarahi orang.
Pintu sengaja dihempas kuat. Air mata diseka sebelum dia melog masuk Fb nya semula.
1 notification.
Affy commented on your post on Pironha's wall.
Kening terangkat sebelah. Teragak-agak Tasnim mengklik notification itu.

BACK OFF. TASNIM ISTERI HUD BIN MUSLIM.
Affy : Eh? Kenapa nak marahkan orang yang dah takde?
What? Apa maksud orang ini?


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous