Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Maaf ku tak mampu

Senyuman yang terukir dibibir ibu tersayang memaksa Afreina untuk turut tersenyum. Di hari yang bahagia ini, semua orang pun pasti tersenyum. Melihat wajah seluruh ahli keluarganya penuh ceria, dia tidak mampu untuk mengecewakan mereka apatah lagi membuat malu. Terlihat susuk lelaki yang juga tersenyum lebar di sisinya, dia mengeluh halus.
*****

3 bulan kemudian..
"Abang, maafkan Rein. Rein tak mampu nak lalui semua ni. Abang tahukan yang Rein cuma ikutkan cakap umie dan ayah? Rein.. dah tak mampu nak tipu diri sendiri. Rein tak anggap abang macam suami Rein pun."

Wafi terkejut. Dia tidak menyangka yang isterinya mengajaknya untuk duduk di ruang tamu untuk membicarakan hal ini. Dia tidak menyangka begini akhirnya setelah dia cuba untuk mempertahankan cintanya dengan kesabaran. Teringat dia akan kata-kata ibunya saat diijabkabul.

"Ibu harap kamu banyakkan bersabar menghadap kerenah dia. Kamu tahu kan, dia terpaksa terima kamu disebabkan suruhan Pak Long kamu?"

Wafi menarik nafas dalam.

"Jadi... kamu nak abang buat apa?"

"Abang tahu kan tentang khulu'? Kita sama-sama belajar di Mesir dulu.."
Wafi terdiam. Tiga tahun menjaga sepupunya ini di bumi anbiya, dia takkan pernah melupakan memori indah itu. Wafi diam mengawal perasaan.
"Rein harap abang terima Rein tebus talak ni. Rein nak balik rumah umie."

Wafi terdiam lagi. Dia merenung dalam mata isterinya itu. Melihatkan tekad sang isteri, dia redha.

"Baiklah, abang terima." Ujar Wafi lantas beralih pandang. Takut air matanya menitis di hadapan wanita itu. "Kemaskanlah beg kamu. Abang hantarkan kamu balik."







"Kamu minta cerai?!!" Jerkah Pak Long Rahim. Mukanya merah padam. Mak Long Hasnah di sisinya juga berubah riak. "Kurang ajar punya anak! Aku hantar kamu belajar agama, kamu buat macam ni dekat suami? Kamu sedar tak berdosa kamu buat macam ni?"
"Rein, kan umie dah cakap.. Perempuan tak boleh minta cerai dari suaminya. Hanya lelaki yang berhak dalam penceraian."

"Tapi umie..."

"Salah tu ayah, umie.. Dalam syariat ada hak tebus talak dari pihak isteri. Itu yang dipanggil khulu'. Ini hak Rein sebagai wanita jika dia tak boleh teruskan bersama suaminya." Celah Wafi, tidak sanggup melihat isteri kesayangannya dimarahi sebegitu rupa. Apatah lagi, jiran-jiran melihat Afreina terduduk menangis tanpa diizinkan masuk ke rumah.

"Aku tak kira! Aku dah lepaskan dia kepada kamu.. dia ni isteri kamu, tempat dia dengan kamu bukan di rumah ni!!" Bentak Pak Long Rahim. "Kalau kamu tetap nak bercerai pun, kamu jangan balik ke rumah ni lagi, Afreina! Memalukan aku je!!"

Pak Long Rahim terus menarik Mak Long Hasnah masuk ke rumah tanpa mempedulikan anak mereka.
Wafi segera mendapatkan Afreina.

"Abang rasa, ada baiknya kalau Afreina balik dengan abang. Kita mulakan semula ya. Mungkin salah abang juga sebab tak cuba untuk buat Rein selesa dengan abang.." Wafi menarik Afreina bangun. "Kita balik, ya?"
Afreina bangun perlahan-lahan kemudian berjalan kembali ke kereta sambil dipimpin oleh Wafi. Sejenak, dia kembali merenung rumah ibu bapanya yang selama ini menjadi syurga baginya. Hatinya berbuku.
*****

5 bulan setelah itu.
Wafi terkesima menerima kedatangan lelaki yang mengaku dirinya seorang kaunselor perkahwinan itu. Dia pernah melihat lelaki ini di pejabat tempat kerjanya. Bukankah ini Azhan yang menegurnya beberapa hari lepas?

"Rein yang jemput dia. Maaf sebab tak beritahu abang.. Rein takut abang marah." Ujar Afreina sambil menghidangkan air bancuhan untuk tetamunya.

"Ya, Wafi.. Sebenarnya, isteri encik dah banyak kali mengadu pada saya yang dia tak boleh bersama encik lagi. Saya dah pertimbangkan semua alasan dia dan bagi pihak dia, saya nak nyatakan yang Puan Afreina Alya ingin menebus talak dengan.."

PAP !!

"Again?!" Pegawai kaunselor itu mengurut dada kerana terkejut mendengar kata-kata Wafi, apatah lagi dengan bunyi yang terhasil apabila Wafi menumbuk meja. Azhan benar-benar terkejut.

"Abang tak sangka... Lapan bulan kita kahwin, Rein tipu abang. Rein pura-pura gembira dengan abang.. After all we did... Sanggup Rein.." Wafi mengingat semula segala yang mereka lakukan sepanjang lima bulan selepas rujuk. Malam pertama mereka yang sengaja dia tunda, melakukan kerja rumah bersama, memasak bersama, keluar bersama..
"Sanggup Rein buat abang macam ni? Apa kurangnya abang? Apa lagi masalahnya?!"

Afreina tersentak. Pertama kali dia diherdik oleh suaminya itu. Belum pernah Wafi meninggi suara terhadapnya. Air matanya mengalir.

"Memang.. memang selama ni, Rein berpura-pura. Rein berpura-pura untuk gembirakan abang, gembirakan umie ayah.. Tapi Rein tak mampu nak tipu diri Rein. Rein tak boleh anggap abang selain sebagai abang sepupu Rein yang dah banyak tolong Rein sejak kecil. Abang dah macam abang kandung Rein sendiri." Afreina berjeda. Air mata yang membasahi pipi dikesat dengan hujung jari.
"Setiap kali abang sentuh Rein, setiap kali kita bersama, Rein rasa berdosa sangat. Rein bukan tak cuba.. banyak kali Rein doa supaya Allah hilangkan perasaan berdosa tu, supaya Rein boleh terima abang sebagai suami Rein. Tapi Rein tetap tak boleh.. sebab tu, Rein harap abang terima keputusan Rein macam dulu.." Balas Afreina. Jujur dia katakan, dia tak sanggup bertahan lagi dalam pernikahan ini.

Wafi meraup wajah ke atas sehingga tersela rambutnya yang sedikit panjang. Dia tidak percaya pisang berbuah kali kedua. Setelah cintanya semakin mendalam buat wanita ini..
Tidak sampaikah cintanya untuk menyentuh hati isterinya ini?

"Tak boleh! Aku tak benarkan!" Semena Wafi menarik Afreina keluar rumah memasuki keretanya. Azhan jadi kalut dengan kejadian ini.





"Abang.. abang nak bawa Rein pergi mana ni? Lepaskan Rein.." Rengek Afreina ingin membuka pintu.

"Diam!!! Kau masih lagi isteri aku. Duduk diam-diam pakai seatbelt, kita nak masuk highway." Marah Wafi.

Tiba-tiba, kereta diberhentikan di tepi jalan. Afreina jadi hairan. Tali keledar yang ditarik, dilepaskan semula.

"Kata nak masuk highway?" Tanya Afreina kepada suaminya yang membuka pintu untuk keluar.

"Diam. Pakai seatbelt!" Jerit Wafi sebelum dia menghempas pintu dan menapak ke belakang kereta.



"Apahal kau follow kitorang?" Tanya Wafi dalam marah. Lagaknya tak ubah seperti samseng ingin mencari gaduh.

"Kau nak bawa dia ke mana? Dia tu perempuan je, jangan apa-apakan dia. Zalim tu.. Bawak mengucap..." Balas Azhan yang mengekori kereta mereka. Bimbang akan terjadi kes penderaan pula.

"So, kalau dia perempuan dia boleh buat aku macam ni la? Seksa perasaan aku.. Zalim ke namanya kalau aku nak bawa dia pergi honeymoon??"

"Kau jangan la emosional... Eh?" Kata-kata Azhan terhenti. "Honeymoon?"

"Ya lah.. Kau fikir aku ni bodoh sangat sampai langsung tak sedar yang isteri aku tu cuma berpura-pura?? Bukan sekadar tujuh lapan tahun je aku kenal dia, kitorang dah bersama sejak kecil. Pergi sekolah sama-sama, pergi Mesir sama-sama.. Kau fikir aku tak tahu ke yang dia berpura-pura??" Suara Wafi mengendur. "Aku dah rancang nak ajak dia pergi Kedah esok, tak sangka aku terpaksa larikan dia pulak.."

"Oh.. Sorry." Azhan jadi malu. "Aku fikirkan.. kau.."

"Sumpah, dari dulu aku memang sayangkan dia. Sejak dia PMR, aku dah simpan perasaan kat dia. Bila aku dapat tahu yang dia tak nak terima pinangan aku, aku rasa sedih. Tapi aku lebih terkejut bila tahu mak ayah dia paksa dia kahwin dengan aku.." Wafi sudah bersandar di pintu kereta Azhan. Wajahnya meredup sayu. "Aku tak dapat terima yang dia berpura-pura gembira dengan aku. Kalau dia berkeras tolak pinangan tu, takdelah aku rasa berat nak lepaskan dia. Tapi, kitorang dah kahwin pun...."

Azhan terkesan. Sebagai lelaki, dia mengerti perasaan itu. Seketika, dia memeluk bahu Wafi.
"Kau.. kenalah ubah apa yang buat dia rasa selesa dengan abang sepupu dia. Tak boleh biarkan dia rasa sama je Abang Wafi yang dulu dengan Abang Wafi yang sekarang. Kau kena tunjuk betul-betul yang kau dah jadi suami dia dan bukan lagi sekadar abang sepupu."

Wafi memandang wajah Azhan dengan dahi berkerut.

"First thing, kau kena ubah panggilan 'abang' dengan 'Rein' tu."
Dahi Wafi tambah berkerut.
"Kau fikir sendiri lah macam mana.. Sekarang ni, rumah kau tu macam mana? Takkan nak biar je macam tu?"

"Astaghfirullahalazim!! Aku terlupa!" Wafi menepuk dahi. Semena dia mengambil kunci rumah dan menyerahkannya kepada Azhan. "Kau tolong kuncikan rumah tu. Lepas tu bagi kunci ni dekat Abu, jiran sebelah. Aku dah pesan dekat dia itu hari."

"Okey. Kau elok-eloklah dengan dia. Aku tak nak terlibat lagi."
*****

Afreina terjaga. Suasana di luar masih suram dalam kelam malam. Dia menarik nafas dalam, cuba mengawal rasa mual yang menghimpit dada.
'Ah, tak boleh!' Tuala ditarik membaluti tubuh sebelum dia berlari ke tandas.

UWEKK!

Wafi terjaga. Melihat jam baru pukul empat pagi, dia berpusing menghadap isterinya, ingin memeluk tubuh mungil itu.
"Eh?"

FLUSH!

Wafi bangkit dari pembaringan. Pandangan terkalih ke tandas. Kelihatan Afreina sedikit terbongkok keluar dari tandas. Wajahnya yang disuluhi sedikit cahaya dari tandas terlihat pucat dan berkerut.
"Rein.. okey tak?"

Isterinya itu tidak menyahut. Hanya berjalan perlahan menuju ke birai katil sehingga akhirnya melabuhkan punggung di hujung kaki Wafi.

"Sayang.. kenapa ni?"

Afreina  masih tidak menjawab. Dia berbaring membelakangi Wafi sambil tangannya memicit kepala.
Wafi jadi resah. Afreina seperti tidak sihat.

"Nanti kita pergi klinik, ya?" Ujarnya sambil mengusap kepala Afreina.
Afreina terus diam, matanya terkatup. Dia benar-benar rasa tak berdaya.





"Tahniah, isteri encik mengandung!"

Kereta meluncur keluar dari parkir di hadapan Klinik Pakar Sakit Puan Lee dan Oh. Sejak mendengar berita gembira itu, Wafi tidak henti-henti menyatakan betapa dia bersyukur atas kurniaan ini. Becok mulutnya bercerita tentang nama anak mereka sekiranya ia lelaki atau perempuan.
"Abang rasa kalau anak tu lelaki, kita letak nama mula dengan huruf A macam Rein. Kalau perempuan pula mula dengan huruf W macam abang. Okey?"

"Rein sayang.. kenapa diam?" Tanya Wafi apabila Afreina diam tidak membalas. Wajah isterinya itu tampak sugul.

"Abang.. Rein tetap nak balik rumah umie dan ayah."

Wafi terpempan.

"Mak.. sud Rein?"

Afreina mengalihkan tubuhnya menghadap Wafi. Tangannya memegang lengan Wafi.
Wafi terkedu melihat air mata membasahi wajah isterinya ini. Dia sedar, air mata itu bermaksud Afreina benar-benar tidak mahukan sesuatu seperti ini. Rasa bersalah mula meresap ke dalam hati. Salahkah aku mencintainya?
Wafi tersentak. Pandangan ditumpukan semula ke jalan raya.

"Abang.." Perasaan Wafi jadi haru. "Bagi abang masa."

"Tak boleh, bang. Rein dah cuba macam-macam perkara untuk terima abang, suka kat abang tapi.. Rein dah tak boleh paksa diri Rein. Rein tak mampu..." Luah Afreina. Air mata semakin bercucuran. "Tolong lah, abang.."

"Rein balik rumah mak abang dulu.. Biar mak jaga Rein, jaga kandungan Rein." Pinta Wafi.
"Rein tak mungkin nafikan yang itu anak abang, kan?"

"Hak seorang anak untuk mengenali bapanya." Afreina mengesat mata.
"Tak mungkin lah Rein sekejam itu menafikan hukum Allah."

*****

6 bulan kemudian.
"Mak gembira tengok kamu macam ni. Tak sia-sia mak abah kahwinkan kamu berdua. Nak jadi nenek dah mak ni.. Macam tak percaya." Ujar ibu Wafi sambil tersenyum memerhatikan anak menantunya yang sedang sarat itu membaca majalah Pa&Ma di depan kaca televisyen.
Wafi mengeluh.

"Mak maafkan Wafi. Kegembiraan mak tu... tak kekal."

"Apa maksud kamu?" Wajah Mak Uda Wardah berkerut, tidak memahami maksud kata-kata yang meniti di bibir anaknya.

"Wafi dah janji nak hantar dia balik ke rumah Pak Long dan Mak Long bulan depan."

"Jadi? Biarlah Hasnah menjaga anak dia sampai pantang pun.. Mak tak kisah.." Wajah Mak Uda Wardah masih berkerut dalam hairan.

"Wafi maksudkan.." Kata-katanya terhenti. Nafas dihela berat. "Wafi dah setuju nak ceraikan dia."

"Hah?!"

"Wafi dah tekad mak. Dia dah banyak kali beritahu Wafi yang dia tak cintakan Wafi. Wafi tak nak paksa dia." Wafi cuba menenangkan ibunya.

"Anak tu macam mana? Takkan lah nak biar tak berbapa?!" Mak Uda Wardah mengutarakan soalan cepumas tentang status anak dalam kandungan Afreina merangkap cucu sulungnya itu.

"Dia takkan halang Wafi jumpa dengan anak Wafi. Dia tahu batasnya." Jawab Wafi.

"Terserah kamulah. Rumah tangga kamu.. Mak nak nasihatkan pun, kamu lebih berilmu dari mak."




"Rein.. kita dah sampai." Ujar Wafi mengejutkan Afreina yang terlelap setelah dia selamat memarkir keretanya di hadapan rumah ibu dan ayah Afreina.

"Oh, dah sampai?" Afreina menggeliat kecil, meregangkan otot badan.

"Rein.. salam." Afreina jadi berkerut apabila Wafi menghulurkan tangannya.

"Eh, abang tak turun sama?"

"Abang..." Wafi mengambil nafas panjang. "dah cakap dengan mak abang. Tapi abang rasa kita patut rahsiakan dulu hal ni dari umie dan ayah. So, abang nak lepaskan sayang dalam kereta ni."

"Oh." Afreina cepat-cepat mengambil tangan Wafi dan dibawa ke dahi. "Rein nak ucapkan terima kasih kat abang. Rein hargai cinta yang abang beri kat Rein. Rein hargai semua jasa abang menolong Rein sedari kecik lagi sampailah sekarang, dan mungkin Rein masih perlukan pertolongan abang lagi lepas ni. Terima kasih sebab jaga Rein, bersabar dengan Rein. Halalkan makan minum Rein selama abang tanggung Rein.. Rein minta maaf sangat-sangat sebab Rein hampakan abang setelah Rein banyak menyusahkan abang. Rein harap abang lebih bahagia biarpun tanpa Rein di sisi abang. Maafkan Rein sebab tak mampu nak balas cinta abang." Ujar Afreina lantas mencium tangan lelaki yang sudah agak lama bergelar suaminya itu. Air matanya yang membasahi pipi dibiarkan sahaja menjadi tatapan Wafi. Bukan niatnya untuk beremosi, namun keadaannya yang sedang sarat mengandung inilah yang menjadi punca.

"Abang pun nak ucapkan terima kasih sebab beri kesempatan kat abang untuk jadi suami Rein dan curahkan cinta abang yang menggunung ni. Takde lah terbuku di hati. Maaf jugak sebab buat Rein rasa terpaksa." Balas lelaki itu separa bergurau lantas mengesat air mata yang gugur di pipi mulus isterinya itu. "Jangan nangis-nangis. Nanti kalau rindu, call je. Abang mesti angkat."
Afreina tertawa mendengar gurauan Wafi itu. Dengan wajahnya yang tersenyum lebar membuatkan Afreina jadi geli hati sejurus menolak tubuh suaminya. "Apalah abang ni..."

"Rein.." Wafi berubah serius menyebabkan Afreina berubah fokus. Pandangannya ditumpukan ke wajah lelaki itu sehingga mata mereka bertemu. Semena, Wafi mengucup dahi Afreina.
"Dengan ini, abang lepaskan Rein dengan bayaran yang Rein akan bayar pada abang."

"Eh, Rein nak bayar dengan apa?" Wajah Afreina tiba-tiba berubah jadi blur. "Kita tak pernah bincang pun sebelum ni.."

"Lah.. ikut Rein la nak bayar berapa. Abang ikhlas lepaskan Rein, abang terima je."

"80 ringgit boleh?"

"Suka hati Rein lah.."

Afreina terkulat-kulat ingin mengeluarkan duit dari beg duitnya membuatkan Wafi geli perut lantas bertindak keluar ke but kereta serta memunggah barangan Afreina keluar.
"Abang, ni duitnya."
Wafi segera menyimpan duit itu ke dalam poket seluarnya. Tidak mahu kelihatan dek siapa-siapa. Terkantoi pula nanti.
"Rein, ni begnya.." Balas Wafi pula. "Eh, gaya dah macam jual beg pulak!"
Afreina tertawa lagi.
"Jomlah masuk."
*****

2 bulan kemudian.
Hujung jari bermain dengan butang hijau pada henfon. Afreina akhirnya meletakkan henfon jenama Sony Ericsson miliknya itu ke atas meja kopi. Dia masih belum bersedia untuk menelefon Wafi. Malu untuk mengatakan yang dia ingin kembali bersama.

Wafi juga belum pernah menghubunginya. Sepanjang tempoh dia di rumah ini, umie dan ayahnya juga tidak pernah bertanya tentang menantu mereka itu. Cuma kandungannya yang menjadi perhatian. Mungkin itu pinta Wafi kepada ayah sebelum lelaki itu meninggalkannya di sini.

Ah, tak boleh jadi! Kalau aku tak call, dia takkan tahu lah...

Semena, telefon rumahnya berdering. Afreina mengeluh.

Kacau je lah telefon ni. Aku tengah fikir benda serius, dia menjerit minta diangkat pulak. Nasib kau la umie kat luar, kalau tak aku biarkan aje..

Afreina merungut di dalam hati. Sedang dia menapak menghampiri telefon, dia terlanggar sebuah kerusi rosak menyebabkan kerusi itu jatuh mengenainya.



"Rein, bunyi apa kuat sangat tu? Kenapa tak angkat telefon..?" Bebel Mak Long Hasnah sambil mengelap tangannya yang basah setelah menyiram pokok sebentar tadi. Dia melopong apabila pandangan matanya jatuh melihat Afreina menyeringai menahan sakit. Darah merah mewarnai hujung baju anaknya itu.
"Ya Allah, Afreina!! Apa dah jadi ni??"

"Umie.. boleh drive Rein pergi hospital? Sakit..." Afreina cuba bersikap tenang. Dia tidak mahu menambah panik ibunya. Lagipun, sakit yang dia rasakan bukanlah sakit hendak bersalin. Dia hanya bimbang kandungannya terjejas dek banyaknya darah yang mengalir.

"Okey, Rein boleh bangun tak?"
Dengan bersusah payah, Mak Long Hasnah membantu Afreina bangun. Dia memimpin anaknya itu masuk ke dalam kereta.
"IC kamu ada tak? Buku merah? Barang baby??"

"Dompet Rein atas rak. Barang pun dah siap dalam beg biru. Dekat rak juga." Balas Afreina dengan wajah berkerut-kerut.

Mak Long Hasnah mengangguk faham. Namun baru sahaja dia melangkah untuk masuk ke dalam rumah, Afreina memanggil.
"Umie, tolong ambilkan phone Rein atas meja tu. Rein nak call Abang Wafi."





"Assalamualaikum.."
Sebaik suara yang parau itu kedengaran dari corong telefon, air mata Afreina mengalir.
"Abang, sayang sakit..." Rintih Afreina.
Wafi tergamam seketika. Sayang?
"Sayang on the way pergi hospital. Darah banyak keluar. Sakit..." Suara Afreina berubah serak lantaran air mata terus-terusan gugur ke pipi.
"Darah?! Dah sampai masa ke?"
Wafi melompat dari sofa tenpat duduknya. Drama aksi yang tersiar di kaca televisyen tidak lagi dihiraukan.
"Tak.. sayang jatuh terhempap. Maybe jugak doktor akan tahan sayang kat wad nanti."
"Okey.. Sayang tunggu. Nanti abang datang..." Ujar Wafi sambil menutup televisyen dan mencapai kunci.
"Abang jangan tutup phone!"
Wafi sekadar mengangguk. "Hm.."

"Abang..." Air mata mengalir lagi. "Sayang rindukan abang."
Langkahan kaki Wafi terhenti. Tidak jadi dia mengunci pintu rumah apabila mendengar esakan dan luahan isterinya itu.
"Baru sayang sedar.. Tidur lebih selesa bila abang ada kat sisi. Makan lebih sedap bila abang ada kat sisi. Solat lebih khusyuk bila abang ada jadi imam... Hidup sayang lebih bermakna bila abang ada. Masa abang takde.. Sayang jadi tak keruan. Semua benda tak kena. Boleh tak.." Wafi menelan liur menunggu kata-kata seterusnya. "kita menikah semula? Boleh kan, bang??"
Mak Long Hasnah terkejut mendengarnya. Namun, dia diam sahaja. Sekarang bukan masanya untuk bersoal-siasat.

"Rein, kita dah sampai. Umie panggilkan nurse untuk bawa stretcher ya?" Celah Mak Long Hasnah sejurus memarkir kereta di pekarangan hospital lantas keluar meninggalkan Afreina di dalam kereta.

Wafi tersenyum sendiri. Langkahnya dibawa masuk ke dalam rumah semula. Dia mengambil sebuah buku log  berwarna merah yang terletak di atas meja solek isterinya untuk dibawa bersama.

"Rein sayang.. Dah sampai hospital kan? Dengar apa yang doktor cakap, okey? Jangan degil-degil.. Banyakkan zikir. Abang nak tutup phone okey. Dalam hospital tak boleh guna phone kan? Abang pun nak driving nanti..."

"So abang...?"

"Yes, abang mesti nak jaga isteri dan anak kesayangan abang."

Afreina tersenyum mendengarnya. Air matanya jatuh lagi.

"Terima kasih abang. Nurse dah sampai. Assalamualaikum.."

"Kasihmu sentiasa diterima. Waalaikumsalam.."
*****

6 tahun kemudian.
jaulah tahun akhir. dia tetap cantik..
(1) InDaHnYa berPurdah | via Facebook
sempat lagi dia membaca.. bertambah ilmu, bertambah cinta..
hope that im the one your thinking of
Ya Allah, sampaikan cinta...
Akhirnya, ijabkabul.. Bahagianya, Alhamdulillah..

Sekian kalinya, air mata Afreina menitis lagi. Mengingati memori yang diabadikan Wafi menjadi sebuah album, dia berasa terharu. Suaminya itu juga mencatatkan sedikit luahan hati di antara gambar-gambar itu, membuatkan hatinya jadi hiba. Tambahan lagi, gambar-gambar itu diambil sejak mereka sekolah menengah sehingga mereka bernikah. Sayangnya, tiada gambar setelah mereka berkahwin.. Hanya satu gambar sahaja yang sempat diambil Wafi. Namun, ia tidak bermakna... kerana Wafi tiada di sisi.


"Mana Abang Wafi? Dia dekat luar ke??" Tanya Afreina apabila mendapati suaminya tiada bersama umie, ayah serta kedua-dua mertuanya. Suaranya lemah kerana dia baru sahaja smenghabiskan tenaga dalam proses melahirkan.
"Rein.. Umie minta maaf, tapi Wafi dah tiada?"
"Apa maksud umie?"
Semena, Afreina ditarik Mak Uda Wardah merangkap ibu mertuanya kedalam pelukan. "Mak pun sedih kehilangan anak mak.. Rein terimalah hakikat yang Wafi meninggal dalam perjalanan ke sini."

"Meninggal..? Abang Wafi??" Afreina mencari wajah umie dan ayahnya di sebalik tubuh Mak Uda Wardah. Namun kedua mereka tertunduk pilu. 
"Abang Wafi, accident.. ke?" Tanya Afreina, meminta kepastian.

"Sabarlah, Rein.." Pujuk bapa mertuanya pula sambil meletakkan sebuah buku log merah ke atas meja pesakit. "Pihak polis jumpa ni dalam kereta dia. Mungkin ini untuk Rein..."

Afreina terdiam dalam pelukan ibu mertuanya. Air matanya mengalir namun dia bibirnya mengukir senyum, mengelakkan dirinya daripada meraung di dalam wad itu dan mengejutkan anaknya.


KREOOT..

Afreina lekas-lekas menyeka air matanya. Dia mengoyak senyum sebelum berpaling ke arah pintu bilik tidurnya yang baru dibuka.
"Anak ibu dah bangun..?"

"Umm.. nak susu?" Balas anak kecil itu.

"Okey, nanti ibu buatkan. Tapi sebelum tu kena gosok gigi dulu.. Dah baca doa bangun tidur belum??"

"Dah.. Alhamdulillahillazi ahya wa amuut."

"Pandai anak ibu!! Dah, pergi tandas cuci muka, gosok gigi.."

"Wafa nak susu coklat tau, ibu.."

"Ya.."

Afreina mengeluh bahagia mendengar permintaan anaknya itu.

Abang, anak kita semakin petah berkata-kata. Adakah satu hari nanti dia akan bertanya panjang tentang ayahnya? Macam mana kalau dia akan meminta seorang ayah yang lain?? Rein tak sanggup berkahwin lagi, abang.. Rein sekarang berlindung di rumah umie dan ayah je...
Rein minta maaf sebab tak terima abang sepenuh hati. Rein menyesal sangat.. Maafkan Rein sebab tak mampu mencintai abang lebih awal, ya?


Ingat tak.. honeymoon kita?  Abang happy sangat !!


sorie, citer ni macam tak best. aku lost the skills sebab dah lame sangat tak publish cerpen. hehe.
please comment. aku sendiri tak puas hati dengan citer ni. will update.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous