Kerana terbiasa
Langkahnya dihentikan. Nafas diatur mengawal mengah. Kemudian barulah dia menepuk bahu wanita itu sambil melabuhkan punggung di sisinya.
"Fira! Kau okey..?" Dia bertanya spontan. "Kau janganlah fikirkan sangat dengan cakap-cakap diorang tu. Diorang semua tu cuma cari bahan untuk buang masa terluang diorang tu je. Kalau diorang pulaukan kau, aku kan ada.. Bukan masalah besar pun.. kan?"
"Itu lah masalah nya!!" Zack terkejut mendengar teriakan itu. "Diorang semua marahkan aku; jangan nak tamak sangat ambil Kay sedangkan aku ada kau. Masalahnya, dia yang suka aku dan aku tak suka dia!! Aku suka kau, tapi kau ni slow sangat! Tak pernah nak faham hint aku..." Bebel Fira tanpa menghiraukan air matanya yang menjejeh merosakkan mekapnya.
"Hah?!" Zack tambah terkejut. Dia menarik Fira menghadap tubuhnya. "Kau... tahu tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar ke tak ni??"
"Hah, inilah. Aku dah jujur pun dia buat aku macam ni lagi.." Rajuk Fira. Dia menolak tangan Zack yang mencengkam bahunya. "Kenapa kau layan aku sebaik ni? Kau buat aku berharap..."
"Wow.. stop!!" Zack mengangkat kedua tangannya seperti orang yang menyerah. "Aku tak pernah bagitahu kau ke? Aku dah ada tunang!!"
"Tunang..?"
"Yea.. Nenek aku dah tunangkan aku sejak aku lima tahun." Ujar lelaki itu sambil berkerut. Mungkin masih keliru untuk mempercayai hakikat yang Fira menaruh perasaan terhadapnya. "Aku sayangkan tunang aku tu.. Maybe kitorang tak couple, tak date.. Tapi kitorang ikhlas dengan ikatan kitorang. Sorry.."
"Aku.. tak pernah tahu pun. Siapa..?" Giliran Fira pula untuk berkerut keliru.
"Kau tak kenal dia. Dia, orang kampung aku. Bila-bila aku balik sana, aku mesti jumpa dia. Kitorang selalu kongsi macam-macam cerita." Sambil tersenyum, Zack bercerita. Namun, senyuman itu padam apabila dia kembali fokus kepada Fira. "Sorry aku tak bagitahu kau. Maybe it slipped from my mind but aku memang serius dengan pertunangan kitorang. Kitorang akan menikah bila aku berumur 27. Dia pun tiga tahun lagi muda.. so"
"Kau fikir aku percaya cerita kau ni?!" Bentak Fira. Dia sudahpun bangkit dari tempat duduknya di bangku batu itu. "Kau fikir kau siapa ha, sampai nenek kau tunangkan kau sejak kecil.. Kau tak pernah mesej dengan tunang kau tu pun, gaya kau seriously macam orang single mingle dan kau boleh nak tipu aku macam ni?!"
"Kalau kau tak suka aku, terus terang je lah! Tak payah nak buat cerita macam ni!!"
"Sorry, Fira. Tapi aku tak bohong. Kau terlupa yang aku ni keturunan Said? Aku pernah cerita kan, macam mana keluarga aku??" Balas Zack tenang.
Kau tengok aku ni macam budak baik, nerdy.. Tapi sebenarnya aku tengah memberontak. Aku ni keturunan Said. Tak sepatutnya, aku terjebak dengan perempuan ajnabi. Bapak aku ustaz, mak aku hafizah.. Aku bukan tak suka lahir dalam keluarga macam ni, aku bangga.. tapi lama-lama aku rasa rimas. Takkan lah aku tak boleh berkawan dengan orang seunik kau?" Zack berjeda, meninggalkan satu tanda tanya. "Kau nak tahu nama penuh aku? Said Zaquan Ahmad Al-Munir bin Said Haziq Anuar Al-Munir. Mak aku Sharifah Zawiyah Al-Jundi. Macam tak percaya, kan?"
Terimbau memori ketika mereka di Tingkatan Tiga, berborak semeja sambil menunggu cikgu masuk ke kelas. Tak sangka, memori kabur itu akhirnya kembali. Air matanya mengalir lagi menuruni pipinya yang comot dek dikotori maskara murahan.
"Tipu... Dah tu aku siapa pada kau?!"
*****
[ 7 tahun kemudian.. ]
"Zack, Iffah dengan Irfan tak nak makan sayur. Apa aku nak buat?" Adu Fira sebaik sahaja panggilan bersambut.
"Alah.. kau pujuk lah diorang tu elok-elok. Cakap pasal kebaikan sayur tu.. Jangan marah-marah, nanti diorang naik benci kat sayur.." Balas Zack lembut. Nada percakapannya penuh perhatian dan belas.
"Aku mana ada marah diorang. Aku dah cakap pasal sayur ni.. Aku siap ugut tak nak kawan lagi, tapi diorang pergi jelir kat aku. Entah mana tah diorang belajar jelir-jelir lidah.." Adu Fira lagi menceritakan kerenah anak kembarnya.
"Hmm, kalau dah macam tu kau kena la cerita pasal keburukan tak makan sayur. Kalau diorang jelir lidah lagi, ugut potong lidah diorang. Pegang gunting sekali barulah diorang takut. budak macam tu dah tak layan dah ayat 'tak nak kawan tu' sebab diorang tahu, mak diorang takkan biarkan diorang.. Diorang sedar yang mak diorang sayangkan diorang, 'tak nak kawan' tu tipu jer.. Budak-budak sekarang dah pandai lah.." Usul lelaki yang sudah punya banyak pengalaman dengan lima orang anaknya yang kini semakin membesar.
"Hmm.. ya lah, aku try. Sedih jugak bila diorang dok jelir-jelir, rasa macam aku ni dah salah didik diorang." Keluh Fira lagi.
"Umur macam diorang tu dah pandai beza baik buruk. Cuma diorang sengaja tak nak, bukan salah kau pun. Kadang budak-budak cuma nakkan perhatian lebih. Kalau diorang tak buat hal, takdenya kau kejar diorang satu rumah kan Fira?"
"Mana kau tahu? Malu je.."
"Aku tahu lah, aku pun suka kejar anak aku jugak dulu.. Haha." Ujar Zack sambil tertawa.
"Oh.." Fira turut tertawa. " Okey lah, thanks sebab sudi dengar masalah aku ni. Sepatutnya aku bincang dengan suami aku kan.. Hal-hal macam ni, tapi.."
"Fira.." Kata-kata Fira terhenti apabila suara Zack berubah serius. "Kau tak call sebab kau masih sukakan aku, kan?"
"Merepek ah kau ni!!" Fira tertawa. Lucu mendengar tuduhan Zack itu. "Aku nak campak mana si Syafiq tu? Kau pun dah ada lima orang anak, takde maknanya aku nak runtuhkan dua masjid yang indah ni la.. Aku call sebab kalau aku bincang dengan Syafiq pun dia cuma akan kata ini tugas aku, dia dah penat dengan kerja pejabat and so on.. Lagipun aku dah terbiasa bincang dengan kau. Kau kan 'abang' aku..?"
Di hujung talian, Zack tersenyum sendiri.
"Dah tu aku ni siapa pada kau?!"
"Fira.. aku minta maaf kalau aku buat kau berharap tapi aku layan kau tak lebih dari seorang adik."
"Adik?"
"Ya, memang kita sebaya dan aku dah pun ada dua orang adik perempuan. Tapi, aku dah terbiasa dengan kau sampai aku dah rasa macam kita ni adik-beradik. Aku suka borak dengan kau. Please, jangan.."
"Jangan apa?!"
"Jangan buang aku dari hidup aku. Aku harap kita masih boleh berkawan. Kau cari lah orang lain, aku tak sanggup sakitkan hati tunang aku. Tapi aku jugak tak nak hilang kawan aku yang aku dah kenal hampir sepuluh tahun.."
Fira tidak menjawab. Dia kelihatan sedikit terganggu.
"Friends are we?" Zack menghulur tangan.
"No." Jawapan Fira membuat Zack terpempan. Namun, dia terkesima apabila Fira menyambut huluran tangannya. "Brothers. Haha!"
"Okay, brothers."
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment