Pelangi
Beg siap dikemas. Dia duduk menunggu dipanggil oleh kakaknya yang sudahpun turun memeriksa samada Pak Cik Hud sudah sampai ataupun belum. Qay hanya memandang semua rakan sekelasnya yang lain keluar dari kelas untuk pulang. Dia mengeluh sendiri. Air diminum daripada botol miliknya. Namun, hanya seteguk yang tinggal.
"Qay.. Kau tak balik lagi ke? Nadwah mana??" Tanya Mustapha yang baru sahaja selesai mengemas meja.
"Ukhti.. dah turun. Nanti dia datang balik." Balas Qay ringkas. Beg sudahpun siap dikemas, namun dia tetap menunggu Nadwah.
"Oh."
"Kau tak turun ke?" Qay jadi tak selesa apabila Mustapha terus bersandar di pintu sedangkan tadinya lelaki itu berkata ingin beredar.
"Aku temankan kau. Takkan kau tunggu Nadwah sorang-sorang. Kesian, aku tengok." Balas Mustapha jujur.
" Kau turun je lah. Aku tak kisah pun tunggu sorang-sorang.."
"Mana boleh. Kalau jadi apa-apa nanti, kan susah.."
Qay mengeluh. Dia tak senang dengan kehadiran Mustapha sedangkan tiada orang lain di sini. Berdua-duaan akan mengundang fitnah biarpun mereka tidak berniat melakukan apa-apa selain menunggu kedatangan Nadwah.
Qay bertindak menggalas begnya untuk turun.
"Eh, kata nak tunggu Nadwah?" Mustapha jadi hairan.
"Takpe lah, asyik menyusahkan orang. Ukhti ada dekat kantin jugak sebenarnya." Qay menjawab dengan nada sakit hati. Dia kepenatan pada hari ini.
Mustapha terkesan.
"Kau.. terasa ke dengan kata-kata aku tadi? Sorry la."
"Tak lah. Aku cuma dah tak nak tunggu. Itu je." Tingkah Qay.
Mustapha diam. Dia tak ingin membalas lagi. Langkah Qay dituruti, ingin menjaga keselamatan perempuan itu.
Melangkah perlahan menuruni tangga, Mustapha diselubungi perasaan jenuh. Terasa begitu perlahan sekali Qay melangkah.
"Qay.. kalau aku tanya kau jangan marah tau."
Qay tidak menjawab. Terus diam memberi ruang untuk Mustapha meneruskan bicara.
"Sebenarnya kau sakit apa? Kenapa kau jadi macam ni??"
Qay diam tidak menjawab. Dia berasa tak larat.
Mustapha terus berjalan mengiringi perempuan itu. Dia terkejut apabila Qay tiba-tiba sahaja duduk di salah sebuah bangku yang memang sedia ada di koridor yang menghala ke kantin.
"Kau okey?"
Qay tertunduk tidak menjawab. Mustapha jadi hairan.
"Najwa!!" Jerit Nadwah dari hujung koridor.
Mustapha terkejut.
"Najwa, kaifa hal?" Nadwah terus menerpa dan menarik wajah Qay yang menunduk.
"Ya rabbi..!"
Mustapha tambah terkejut. Tak menyangka hidung Qay tiba-tiba berdarah. Mustapha jadi cemas.
"Kau jaga, aku panggil Pak Cik Hud." Arah Nadwah dalam cemas sebelum berlari keluar dari pagar sekolah.
Mustapha yang masih diserang panik terkaku dan kelu di situ.
Drebar keluarga Nadwah yang dikenali sebagai Pak Cik Hud itu datang dan terus mendukung Qay. Nadwah mengangkatkan beg kepunyaan Qay.
"Mus.. Sorry that we troubled you so many times already. We owe you. Take this as a token of appreciation." Nadwah menghulurkan seutas rantai kunci sebelum dia menuruti langkah PakCik Hud.
Mustapha yang tambah terkaku melihat darah mencemari tudung putih Qay mula sedar dari khayalnya. Dia melihat rantai kunci yang kini berada di dalam tangannya.
Rantai kunci itu diperbuat daripada kayu bercat putih yang terukir kemas kalimah Arab di atasnya.
"Ar-Rahman.."
Tanpa berfikir panjang, dia terus menggantungkan rantai kunci itu pada zip begnya.
*****
"Hai, Qay. Apasal semalam tak datang?" Sapa Syahril sebaik melihat empunya meja belakangnya itu.
"Assalamualaikum, apa khabar hari ni?" Mus juga menyapa Qay.
Qay senyum sahaja. Tiada yang mampu diucapkan apabila badannya masih kurang sihat seperti semalam.
"Eh, mana awak dapat keychain tu? Sebelum ni tak perasan pun!" Jerit Qay apabila menyedari rantai kunci pada beg Mustapha ketika lelaki itu hendak membuka begnya.
"Ini.. Nadwah bagi."
"Oh ya? Akak bagi this precious little handmade dekat awak? Mesti awak dah buat something big kan?" Qay bertanya lagi, masih teruja namun suaranya lemah.
"Hah?" Mustapha terkelu. Dia dapat mengagak hadiah ini bukan sembarangan.
"Ini, bukan senang-senang nak buat tau. Akak belajar dengan Syeikh Qahar pun sebab syeikh kata akak ada bakat. Dah la kayu ni susah nak dapat...!" Sambung Qay lagi.
"Serious?" Tanya Mus sambil memandang Nadwah.
"Tak lah. Back in Egypt, it was hard. But here in Malaysia, it's easy to find and buy teak. I could make this everyday." Nadwah merendah diri. Tidak suka diangkat kerana itu mendedahkan diri kepada riyak.
"Teak tu apa?" Tanya Mustapha, sambil memandang Qay.
"Mak cik Afifah ada sebut dulu.. Apa ya?" Qay berkerut cuba mengingatnya.
"Yabda'u bi ' ja '." [Mula dengan ja] Nadwah cuba membantu.
"Ja...ti. Kayu jati?" Qay bertanya. Nadwah mengangguk. "[Itu lah yang makcik katakan.]"
"Kayu jati?!" Jerit Mustapha terperanjat.
"Wah, kayu berharga tu...!" Ujar Syahril pula.
"Ya?" Qay dan Nadwah sekadar mengangkat kening.
"Hei, Rin! Qay! Lama tak lepak dengan korang. Apasal tak datang semalam, Qay?" Datang Harith sambil menarik kerusinya duduk di sebelah Qay.
"Dia kan tak berapa sihat hari tu. Kau ni pun.. tanya lagi soalan bodoh macam tu!" Cemuh Syahril yang juga tidak menyenangi kehadiran lelaki itu. Mustapha sudah beralih pandang mengitari pemandangan di luar tingkap.
"Oh.. hehe." Harith menyengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Hah, apasal aku tak nampak korang bertiga semalam? Aku pusing je nak cari korang, korang dah lesap."
"Kitorang pergi tandas lah. Pastu kitorang makan berdua je. Malas nak kacau korang semua. Nadwah pergi library." Jawab Syahril malas.
"Oh, korang tak teman dia pergi library?" Tanya Harith penasaran.
"Perlu ke?" Celah Mustapha sinis.
"[Akak pergi library? Untuk apa?]"
"[Cari kamus peribahasa. Hari tu nak belajar tapi takde mu'jam. So, nak cari kamus yang bagus. Tengok dulu dalam library.]" Jawab Nadwah.
"Apsal tak ajak aku, Rin? Aku boleh teman.." Ujar Harith sambil badannya dibawa ke hadapan, mendekat dengan Qay.
Qay membawa tubuhnya ke belakang, hampir mengenai kakaknya. Dia dan Nadwah berpandangan. Masing-masing berkerut.
*****
Beg diletakkan di kerusinya. Melihatkan rakan baiknya tidak berada di situ, dia mengitari seluruh kelas. Raja Maisarah nampak tekun membaca buku, dia tidak mahu menjadi pengganggu.
'Eh, sejak bila pulak dia ni jadi ulat buku? Bukan selalu bergosip ke dengan geng dia??'
Dia beralih ke meja ketua kelas. Ingin melaporkan kehadirannya hari ini. Sudah berapa lama dia tidak ke sekolah, rindu pula kepada si pendiam itu. Langkahan kaki terhenti apabila dia melihat dua orang budak baru yang menempati ruang di belakang kelas.
"Ameer," Meja diketuk menggamit perhatian lelaki itu. Ameer Rizlan menurunkan buku novelnya. "Budak berdua tu baru masuk ke? Bila?"
"Huh?" Si ketua kelas memandang ke arah yang dimaksudkan. "Yeah, a month after kau start cuti."
Dia mengangguk-angguk. Kemudian beralih kepada rakannya yang berada di situ, tidak menyedari kehadirannya.
"Hei, bro." Dia berpaling semula. "Welcome back."
Dia membalas dengan senyuman. Sungguhpun hubungan antara mereka tidak begitu rapat, namun dialah yang paling mengenali ketua kelas mereka berbanding rakan-rakan yang lain.
"Hoi, assalamualaikum!!"
Harith terkejut dengan jeritan kasar di tepi telinganya itu. Dia melompat dari tempat duduk.
"Eh, kau dah okey Harun?! Apasal tak bagitau yang kau nak datang??!""
"Kau tu yang tak bukak fb. Salahkan aku pulak.."
"Siapa suruh kau tak buat twitter. Fb dah lapuk ah sekarang.."
"Lapuk amendanya? Statistik kata fb la yang paling ramai orang guna sekarang ni. Walaupun nampak macam sunyi sebab dah ada twitter tapi masih ramai yang guna fb okey berbanding twitter.."
"Yalah tu..." "Hei, ni ada budak baru. Boleh geng doe.."
"Oh ya?"
"Haah. Ini Qay dan ini Rin. Diorang ni kembar."
"Qay? Rin?! Hahaha!!"
"Kenapa kau gelak? Nama sebenar diorang.."
"Aku tahu.. Khairin Nadwah dan Khairin Najwa.
"Mana kau tahu??"
Harun buat tak dengar. Pandangannya jatuh kepada Mustapha yang masih memandang ke luar tingkap.
"By the way, kau dengan.." Bibir dijuihkan kepada lelaki itu. Harith buat muka. "dah okey ke?'
"Entah." Harith sekadar angkat bahu. "Kau ni tukar topik pul..."
Qay menarik lelaki itu keluar kelas. Nadwah membuntutinya.
Harith, Mustapha, dan Syahril terkedu. Ameer Rizlan juga memerhati.
"[Jangan beritahu umi dan abi tentang ni..]"
"[Jangan beritahu Pak Long dan Mak Long jugak]."
"Heh, korang rasa aku teringin ke nak report hal korang kat mak abah. Diorang bukan dengar pun cakap aku.."
"Weyh, korang dah kenal lama ke?" Harith bertanya tiba-tiba.
Qay dan Nadwah terkejut apabila Harith muncul mengekori mereka.
Harun menolak Qay dan Nadwah dan meloloskan diri. "Kau akan tahu nanti."
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment