Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi

   Raja Maisarah duduk di tempat biasa. Namun, tidak seperti biasa, hari ini dia sekadar mendiamkan diri tanpa niat untuk berkata-kata. Dia terlalu terkejut dengan serang balas daripada Nadwah. Terngiang-ngiang di ruang mindanya kata-kata gadis dari Kaherah itu sewaktu melepaskannya keluar dari bilik tandas.
You're their leader, why dont you lead them to jannah?

   "Ceh, tengok tu.. Tak serik-serik lagi lepas kita dah warning dia. Masih lagi nak rampas Harith." Cemuh Tengku Amna.
   "Dia fikir dia bagus sangat!?" Sambung Tengku Adna.
   "Harith tu pun satu, boleh dia lepak dengan budak selekeh macam tu?? Tudung serupa telekung, tapi lengan berlipat. Like haha!!" Celah Tuan Nur Atiqah pula.

Raja Maisarah masih diam berfikir. Namun setelah beberapa ketika, dia bangkit dan beralih ke meja yang ditempati Qay dan Nadwah.
"May I?"

Nadwah tidak membalas.
"Duduklah, tempat tu tiada nama pun." Qay menjawab bagi pihak kakak kembarnya.

"Kau nak biar perempuan ni duduk dengan kita?!" Syahril melenting tiba-tiba.
"Why not?" Celah Nadwah sambil berkerut dahi memandang Syahril.
"Dia ni Raja Maisarah. Orang yang banyak buli kau. Kau nak maafkan dia macam tu je??" Marah Syahril.
"Ukhti tak kisah la. Saling memaafkan itu kan sifat mukmin. Bukan teruk sangat pun.. kan ukhti?" Qay membela.
"Everyone is a sinner. we are not ma'sum like the prophet." Balas Nadwah dingin.
"Tapi..!"
Raja Maisarah bangkit. "Dah la, biar aku cari tempat lain. Kalau ada orang tak suka, buat apa nak paksa.."

"Eh, duduklah..!" Qay menarik lengan Raja Maisarah. "He'll accept you later. Seribu kawan lebih baik daripada seorang musuh. Lagipun, awak bukan ada tempat nak pergi.."
Raja Maisarah melihat ke arah mejanya tadi. Kawan-kawannya sudahpun mula menjeling kepadanya. Mungkin menganggap dia sebagai musuh sama seperti Qay dan Nadwah.
"Duduk sini lah ya.." Ajak Qay. Nadwah memandang selamba. Raja Maisarah kembali duduk. Dia sedikit sebanyak memahami Nadwah biarpun gadis dari Turki itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Raja Maisarah pasti yang Nadwah ingin dia terus duduk di meja ini, kerana dia pun akan bertindak begitu jika dia di tempat Nadwah.

*******

Pagi itu, kelas hingar seperti biasa. Ketiadaan cikgu yang terpaksa mengambil cuti kecemasan membuatkan pelajar kelas 4 Halide berseronok dalam keadaan yang terkawal biarpun tahap kebisingan mereka patut dipertikai. Dan seperti biasa, di waktu-waktu sebegini lima sekawan itu berkumpul untuk bergosip.

"Eh, mana Afreen? Dia tak datang ke?? Selalunya dia bagitahu kalau dia tak nak datang or datang lambat, kan Mai?" Tanya Tuan Nur Atiqah apabila menyedari ketidak hadiran rakan mereka itu.
Raja Maisarah sekadar angkat bahu. Dia terus menatap buku latihan Fiziknya. Memang dia begitu sejak peristiwa dengan Nadwah. Dan sebenarnya, hanya Tuan Nur Atiqah yang masih ingin menegurnya sementara yang lain sudah mula menjauhinya.

Semena, kelas jadi sepi apabila seorang gadis bertudung labuh seperti Qay dan Nadwah datang menempik kepada Nadwah.
"Kau ni memang kurang ajar! [Kau dah buat aku hilang atuk kesayangan aku, sekarang kau nak rampas kawan aku pulak?! Dasar pengkhianat!!!]"

Seisi kelas terdiam memikirkan identiti gadis yang bertutur dalam Bahasa Arab itu.

"Afreen?"

Nama yang terpacul dari mulut Tuan Nur Atiqah menyebabkan dia direnung oleh semua pelajar. Masing-masing mempertikaikan kenyataan itu.

"Afy?" Nadwah yang sudahpun berdiri, berkerut mengecam gadis itu.
"Afy?" Qay tertanya sendiri.
"[Najwa, takkan Najwa tak ingat.. Dialah cucu Syeikh Qaharuddin!]" Ujar Nadwah, penuh teruja namun dia belum berganjak dari tempatnya.
"[Cucu syeikh? Najwa tak ingat la. Bukan Najwa ikut kelas syeikh pun.]" Balas Qay dalam hairan.

"Kau jahat, Rin! Sampai hati kau lupakan aku. Aku tunggu kau balik Malaysia tapi kau langsung tak cam aku. Kau tak pernah online FB kau, tanya khabar aku atau at least bagitahu yang kau nak balik Malaysia."

"Asif. [Tapi Afy, kenapa selama ni tak pernah Rin tengok Afreen pakai tudung? Kenapa Afy jadi macam ni??]"

"Semua ni sebab kau!! Aku takde kawan kat sini. Dulu, tak siapa nak berkawan dengan aku kalau aku pakai tudung ni. Bila aku buka tudung, barulah Tqa, Mai dan lain-lain pandang aku. Tapi kau dengan adik kau, masuk-masuk je dah ramai kawan back up kau. Kau memang kurang ajar!!! Kalau lah.." Air mata Afreen menitis. "[Kalaulah Rin datang lebih awal...]"

Nadwah datang mendekati Afreen lantas memeluk dan memujuknya. Membacakan ayat-ayat Allah yang selalu diulang-ulang sebagai pesanan dari seorang syeikh bernama Qaharuddin Al-Jundi. Air mata gadis itu semakin laju mengalir.
"[Afy rindukan atuk. Ummi dan abi.. diorang tak pernah ada kat rumah. Afy rindukan Mesir...]"

Seluruh kelas jadi sayu melihatkan pertemuan semula dua sahabat itu. Tanpa sesiapa sedari, Harith senyum segaris. Dia tahu segala kisah antara dua sahabat ini. Masih dia ingat betapa terkejutnya dia saat pertama kali melihat Afreen bertudung beberapa hari yang lalu.

"Harith, kau mesti tolong aku!"
Harith yang baru sahaja menutup pintu kereta terkejut apabila menyedari kehadiran seorang gadis bertudung labuh di tempat duduk bersebelahannya. Dahi berkerut hairan.
"Siapa ni? Nadwah??"
"Ini aku lah. Afreen!!"

Gadis itu telah memaksanya membawa dia pulang ke rumah untuk membincangkan masalah itu. Dan dialah yang telah memberi cadangan agar Afreen datang ke sekolah dengan memakai tudung. Syukur, rancangannya berjaya.

*******

"Assalamualaikum. Bila nak online?"
"Rin.. tak rindukan Afy ke?"
"Rin, awak tak pernah bukak fb pun kan?!"

Sejak meninggalkan Mesir, tak sekalipun dia berhubung dengan sahabatnya itu. Hendak menelefon, dia tak punya nombor telefon gadis itu. Setiap bulan dia pasti akan memeriksa akaun Facebook miliknya. Namun, semuanya hampa dan sia-sia.

Air mata mengalir.

"Cik.. mari makan?"
Pengasuhnya membuka pintu. Afreen diam memandang wajah perempuan tua itu. Air mata yang berguguran semakin melebat.

"Syitah..." Afreen minta dipeluk.

"Cik Afreen, bersabarlah..." Pujuk si pengasuh.

"Tapi, Syitah.. Ummi abi tak pernah ada untuk Afy. Sekarang ni, kawan pun Afy takde. Afy tak suka macam ni..."

"Takpe lah, Cik Afreen. Masyitah kan ada? Cik Afreen boleh kongsi masalah dengan Masyitah. Insya-Allah, Masyitah akan bantu sedaya mungkin."

"Afy nak jaddi [atuk]. "

Si pengasuh diam mengusap kepala anak didiknya. Dia tahu, Afreen pasti akan merindui atuknya biarpun sudah bertahun syeikh itu meninggalkan dunia.

*****

"..reen! Aku cakap dengan kau lah!!"

Afreen tersentak mendengar jeritan Tuan Nur Atiqah. Dia beristighfar di dalam hati. Memori empat tahun lepas yang bermain di kotak fikiran segera diusir.

"Selama ni aku tak pernah tahu pun yang kau ni ada keturunan Arab. Patutlah kau ambil subjek BAT untuk SPM.." Tuan Nur Atiqah mengulangi percakapannya sekali lagi.

Afreen senyum segaris. "Atuk nak aku mahir balaghah supaya boleh faham uslub Al-Quran."

"Balaghah? Uslub?" Tuan Nur Atiqah berkerut dahi. Begitu juga Tengku Adna, Tengku Amna, Raja Maisarah, Mustapha, dan Syahril. Hanya Harith yang tidak ambil peduli. Dia tahu tentang itu, mereka berdua sama-sama belajar Bahasa Arab Tinggi.

Afreen senyum lagi. Malas bercerita panjang.

"Nadwah dengan Qay tak ambil BAT ke?" Tanya Syahril tiba-tiba.

"Tak." Qay menggeleng. "Kami belajar dengan umi dan abi."

"Oh.. mesti seronok kan? Belajar dengan mak ayah sendiri.." Tuan Nur Atiqah teruja mendengarnya.

"Umm.." Qay senyum segaris. Namun tiba-tiba dia berkerut dahi. "Urghh!"

Nadwah menepuk belakang adiknya sambil dia membacakan sepotong ayat syifa'.

"Kaifa hal? [Dia okey tak?]" Afreen sedikit resah. Pertama kali dia melihat keadaan Khairil Najwa sebegitu biarpun dia sedar akan penyakitnya.

Tanpa menjawab, Nadwah membawa adik kembarnya itu ke meja sebelah. Kemudian, dia terus beredar ke arah kaunter.

"Qay, kau okey ke?"

Qay tidak mampu menjawab. Dia rasa lemah. Kepalanya pusing. Mungkin, dia tak biasa dengan kumpulan orang yang ramai.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous