Nadwah terhenti. Terkejut dek simbahan air yang secara tiba-tiba mengenai mukanya. Dia sedikit lemas.
"Rasakan!!" Suara yang sering didengarinya sejak dua hari lepas menjengah pendengaran. Dia tahu, itu mesti Tengku Adna. "Kau still tak serik kan? Nak rapat lagi dengan Harith.. Kau fikir aku tak tahu korang balik sekolah sama-sama semalam??"
"No." Nadwah berkerut. Sejak awal persekolahan lagi memang dia dan adiknya akan pulang menaiki kereta yang dipandu oleh Pakcik Hud.
"Jalan sama-sama macam takde apa yang pernah berlaku... Kau memang nak kena, kan??" Tengku Amna menekan kepala Nadwah ke bawah.
"[Aku tak buat apa-apa, jangan kacau aku!!!]"
Jeritan Nadwah membuatkan kumpulan enam orang itu terkaku. Mereka tidak memahami ayat Bahasa Arab yang disebutkan perempuan itu.
Nadwah menggenggam penumbuk, geram diganggu seawal pagi. Melihatkan semua mereka terkaku, dia mengambil kesempatan untuk memecut ke kelas. Dia tidak mahu mencari masalah di tempat baru.
Sampai di pintu kelas, Nadwah berhenti mengambil nafas. Dia bersyukur kerana dia sudah terbiasa berlari dan tidak pula bermengah. Dia masuk ke kelas dengan muka selamba.
"Nadwah, kenapa basah tudung??"
Mustapha bertanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggung. Qay dan Syahril turut berpaling melihatnya.
Nadwah melihat tudungnya yang basah disimbah air tadi.
"I washed my face and the water splashed towards me."
"Oh, paip air kuat sangat eh?" Mustapha mengangguk-angguk, percaya dengan alasan Nadwah.
Syahril berkerut. "Kau.."
Nadwah menarik muka, mengisyaratkan Syahril supaya merahsiakan.
"Tapi.."
"Nadwah, are you okay? Dengar derap langkah kau berlari tadi.."
Harith datang menegur hairan dengan perilaku Nadwah.
"Just go back to your place!!" Bentak Nadwah, geram.
"Aku tanya pasal kau.."
"With who did you go back home yesterday??"
"Huh? Takde siapa.." Balas Harith dengan wajah hairan.
"Urgh!!" Nadwah menarik sebuah buku teks dari laci meja dan menutup kepalanya dengan buku itu. Dia terasa dipermain dan diperbodohkan oleh Tengku Adna dan kumpulannya.
Syahril simpati melihat Nadwah. Qay, Mustapha dan Harith kehairanan. Syahril menarik Harith ke belakang dan memberi amaran, "jangan dekat dengan Nadwah. Dia tengah tension."
Harith tidak mengerti akan kata-kata Syahril, namun dia cuba menurut.
Rehat kali itu, Harith memaksa dirinya untuk semeja dengan geng Mai. Dia sungguh bosan mendengar gosip gadis-gadis itu. Dia memekakkan telinga dan fokus hanya kepada karipap di tangannya, biarpun karipap itu terasa tawar tanpa celoteh Qay tentang Mesir dan hukum-hukum Islam. Haih, entah apa masalah Nadwah sampai aku kena sound dengan Syah. Nasib tak kena dengan Mus...
"Harith! Kenapa tak rehat dengan kami?" Qay bertindak mesra dengan sahabat pertamanya itu. Dia juga pelik dengan Harith yang tiba-tiba menghilang sebaik sahaja loceng berbunyi. Selama ini, lelaki itu selalu menunggu untuk ke kantin bersama.
Harith memandang Syahril dan Nadwah. Nadwah muram sahaja. Syahril berkerut sebagai isyarat 'jangan cakap apa-apa'.
Harith kembali memandang Qay.
"Aku sengaja je nak ubah angin.."
"Ubah angin..?" Qay berkerut.
Tiba-tiba geng Mai yang sedari tadi berbisikan, mentertawakan Qay.
"Ubah angin pun tak tahu? Haha, stupid!" Lancar sahaja Raja Maisarah mengejek.
"Belum belajar bab peribahasa kot.." Tuan Nur Atiqah belum berhenti tertawa.
"Hoi, agak la kalau nak mengutuk. Dah terang tang-tang diorang berdua ni bukan Melayu.. Lagi nak kutuk. Korang ni bodoh ke apa?" Harith membela.
B U K K ! !
Notepad setebal 100 helai itu singgah di pipi kiri Harith. Dia memandang Nadwah dengan penuh tanda tanya. Tangan kanan meraba pipi yang sedikit pedih.
"Despite that I cannot speak in Malay, both my parents are Malay and I was born in Malaysia!!" Keras nadanya melampiaskan marah. Nadwah terus bergerak pantas menuju ke tandas sementara Qay dan Syahril mengejarnya. Mustapha menjeling ke arah Harith. 'Cakap sesedap mulut. Kan dah kena..! Dah la mencarut.'
"[Akak, kenapa akak macam moody je hari ni..]" Tanya Qay sambil membersihkan buku Nadwah yang terkena sisa inti karipap dengan sapu tangannya. Nadwah membasuh muka berkali-kali, berharap amarahnya mereda bersama sejuknya air.
"[Entahlah, Najwa. Akak rasa tak selesa. Najwa dah kena..?]" Tanya Nadwah pula. Biasanya keadaan sebegini hanya ada satu penjelasan.
Qay menggeleng.
"[Esok kot..?]"
Nadwah mengelap muka dengan belakang tudungnya. Dia tidak peduli samada kotor ataupun tidak. Dia tiada masa memerhatikan itu semua.
"[Mungkin jugak..]"
"Nadwah, kau okey?" Tanya Syahril sebaik sahaja dua beradik itu melangkah keluar dari tandas.
Nadwah tidak menjawab. Sekadar merenung mata Syahril dengan satu pandangan yang sukar ditafsir. Syahril mengangkat kening, dia benar-benar bimbang dengan keadaan Nadwah. Sejenak, Nadwah mengeluh.
"What's the meaning of 'ubah angin'?"
Syahril terkedu mendengarnya. Dia juga tidaklah begitu arif dalam peribahasa sehingga mampu menjelaskannya kepada orang lain.
"Ubah angin tu maksudnya... berubah citarasa.. Eh, betul ke aku cakap ni?" Syahril menggaru lehernya. "Um..."
"Cuba bagi contoh ubah angin? Ubah angin tu macam mana..?" Qay mencelah.
"Ubah angin tu macam Harith tadi la. Selalu dengan kita, tiba-tiba tukar duduk dengan budak-budak gedik tu. Angin tu merujuk kepada perasaan.. Atau keinginan.. Cam tu la..." Syahril jadi ragu-ragu. "Kau faham tak, Nadwah?"
Nadwah mengangguk-angguk perlahan.
"Saya tak faham." Celah Qay.
"Wey, korang okey tak? Nadwah? Qay??" Datang Mustapha sambil membawakan dua botol air mineral.
"I'm fine." Kata Nadwah.
"Kami okey je. Tapi kami tengah cari maksud 'ubah angin'. Awak tahu?" Balas Qay pula.
"Ubah angin? Kan tu maksudnya ubah selera atau ubah tempat..? Kau tak dapat jawab Syah..?" Syahril menyengih kecil. Mustapha menggeleng. "Dah la, jangan fikir sangat apa budak-budak tak cukup adab tu cakapkan. Jom masuk kelas. Nanti cikgu marah pulak."
Semua mengikut saja cadangan Mustapha itu. Sememangnya mereka sudah agak lewat untuk ke kelas.
"Air ni untuk apa, Mus?" Tanya Syahril merujuk kepada air mineral dalam pegangan Mustapha.
"Untuk aku." Bohong Mustapha. Sengaja menutup malu.
"Dua-dua sekali?!" Syahril bagaikan tidak percaya. Mustapha mengangguk dengan selamba. "Apa lah angin kau ni..?
Mustapha mengerling ke arah Qay di belakangnya. Gadis itu nampak sihat sahaja. Dia mengeluh kecil, sangkanya gadis itu mungkin akan ditimpa sakit ketika berlari selaju itu. Nampaknya dia silap.
*******
Pagi itu, suasana kelas tidak sebising selalu meskipun Cikgu Laila mahupun guru ganti tidak hadir ke kelas. Syahril merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia memandang ke arah tempat duduk Harith. Tiada Raja Maisarah di situ, begitu juga geng gosipnya. Dia mengitari seluruh kelas, manalah tahu sekiranya mereka membuat mesyuarat tingkap di tempat lain.
Tiada.
Syahril tidak sedap hati. Dia berpaling ke tempat duduk belakang. Nadwah juga tiada di dalam kelas. Syahril menggamit perhatian Qay.
"Nadwah tak datang ke??"
"Dia datang. Ke tandas sebentar. Nanti dia baliklah tu." Balas Qay selamba. Kakaknya itu sedang menyelesaikan sesuatu yang dia juga telah selesaikan pagi tadi di rumah. Nasib kakaknya lah kena lewat sedikit daripada dia.
Syahril berkira-kira untuk memberitahu kegusarannya ataupun tidak. Dia memandang Qay yang sedang tersenyum sendiri sambil membaca notepad milik Nadwah. Dia tidak mahu mengganggu ketenangan pagi milik gadis itu, namun dia juga bimbangkan Nadwah.
"Hoi, Syah. Yang kau pandang Qay lama-lama tuh apesal? Dosalah, kan Qay..." Tegur Mustapha yang perasan akan menungan Syahril.
Qay mengangkat muka. "Jangan tengok ajnabi lama-lama, zina mata tu.."
"Tak, bukan apa.. Cuma.. Sebenarnya..." Syah mencari kata-kata yang sesuai.
"Ada apa hal?" Mustapha jadi penasaran.
Syah memandang kedua rakannya itu sebelum menarik nafas dalam. Dia cuba berterus-terang.
"Sebenarnya, Nadwah tu ada masalah. Dia.. kena buli dengan geng Mai. Aku rasa sekarang pun dia tengah kena dengan diorang..."
"Hah? Ukhti dibuli?? Ya Allah, dia tengah tiada mood..!" Qay resah. Di awal haid, selalunya kakaknya itu sukar untuk mengawal perasaan. Dia tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi sedang dia tahu kakaknya itu lebih hebat berlawan daripada mana-mana pelajar perempuan di dalam kelas Syeikh Qaharuddin.
Qay berlari keluar kelas menuju ke tandas. Mustapha dan Syahril mengekor.
*****
"Aku dah bagi amaran kat kau. Jangan dekat-dekat dengan Harith. Yang kau still nak borak dengan dia tuh apesal? Siap bertepuk-tampar lagi.. Kitorang pun tak pernah bertampar dengan dia tau..?!" Marah Tengku Amna bagi pihak kakaknya yang duduk di sinki menahan perasaan.
"Like I care about him. He made me miserable!" Balas Nadwah dengan berani.
"Aku dah lama bersabar dengan kau. Makin lama, makin naik kepala. Meh sini kepala besar kau tuh.." Raja Maisarah yang selama ini hanya menggertak, tiba-tiba menarik kepalanya dan membawanya ke tandas. Mukanya disua ke mulut tandas Inggeris itu.
"Kau pandai menyelam? Kalau tak reti, aku boleh ajarkan.."
Nadwah naik geram. Selama ini dia boleh bertahan jika mereka sekadar membuli cara perempuan. Tetapi, jika mereka berkasar seperti ini dia juga akan membalas dengan kekasaran.
Sepantas kilat, Nadwah mencengkam tangan Raja Maisarah sehingga gadis itu terpaksa melepaskannya. Dia turut menutup pintu tandas dan menarik selak. Tindakan yang sangat pantas itu membuatkan rakan-rakan Raja Maisarah yang lain terkaku.
Nadwah menekan kepala Raja Maisarah ke dalam tandas Inggeris seperti yang dilakukan kepadanya sebentar tadi, namun dia menyuakan lebih dekat lagi dengan air tandas yang masih bersih itu.
"You've surpassed my patience. You want to soak me in? have you felt how it feels? I wont care if you soak me in, I've felt it many times. I wont care anymore. You wanna try being soaked?"
"Tak nak! Lepaskan aku la perempuan!!! Jangan rendam aku...!"
Nadwah menekan kepala Raja Maisarah supaya lebih dekat lagi dengan air tandas. Gadis itu semakin takut, dia merayu agar dilepaskan..
"Jangan rendam aku.. Please, aku takkan kacau kau lagi.. Tolong la jangan rosakkan rambut aku.."
"Hoi, Nadwah! Bukak pintu ni..! Lepaskan dia..!!!" Tuan Nur Atiqah mula kalut melihat rakan baiknya diperlakukan sebegitu.
Nadwah tersenyum mendengar respon dari luar. Dia sudah berpuas hati. Kepala Raja Maisarah ditarik semula dari mulut tandas. Namun, pam ditekan. Tuan Nur Atiqah semakin galak menjerit memanggil Raja Maisarah. 'Sayang juga dengan kawan mereka..'
"Ukhti!!" Qay melangkah ke dalam tandas dengan penuh cemas. "Ukhti, kaifa hal?? [Akak, are you okay?]"
"Khair.. [okay]" Balas Nadwah penuh selamba. Qay lega mendengar nada suara kakaknya yang berbaur ceria.
"Hoi, Qay. Kawan kau celup Mai dalam tandas..." Tengku Amna menolak bahu Qay.
Qay memandang dengan pandangan penuh kesombongan. Tengku Amna jadi takut. Qay tersengih mengejek.
"Ukhti takkan buat macam tu la.."
Sementara menunggu air pam berhenti mengalir, Nadwah memberi sedikit nasihat kepada Raja Maisarah. Dia tidak mahu gadis itu menyimpan dendam, dan dia juga tidak mahu penolong ketua kelasnya itu terus-terusan melakukan perkara yang tidak baik. Dia mengharapkan perubahan. Sempat juga Nadwah membetulkan rambut Raja Maisarah yang serabai angkara tangannya sendiri.
"Your hair is beautiful.. Wouldn't it be nice if it was kept for the special one?"
K L A K !
Selak ditarik. Raja Maisarah cepat-cepat keluar dari situ tanpa memandang kepada sesiapapun. Dia menunduk malu. Rakan-rakannya segera mengekor. Sempat juga mereka menghadiahkan Nadwah dengan jelingan yang tajam.
"[Akak buat apa pada dia?]"
"[Takde apa. Cuma bagi nasihat..]"
Post a Comment