Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi

DUP!!

    Hampir sahaja Nadwah mencium lantai angkara kaki durjana milik perempuan itu. Lutut terasa pedih. Dia belunjur sebentar untuk melegakan rasa sakit. Tidak pula dia menyangka satu lagi kaki akan datang menendang-nendang dan menghina.

   "Hah, camne?! Sakit?? Macam tu lah kitorang rasa.." Cemuh Tengku Adna.
   "Baru masuk, ada hati nak jeling-jeling orang yer..? Dah la merampas buah hati akak aku. Kau pikir kau budak Mesir, kau baguslah? Alim sangat???" Sambung Tengku Amni pula.
    Nadwah hanya diam. Dia mula bangkit.

    "Kau nak pergi mana?!" Marah Tuan Atikah sambil menolaknya.
    Nadwah terduduk.

    "Class is starting. Save your bully after school please."

    "Eh eh.. Dia speaking lah...!" Gelak Afreen. "Bajet gila!!!"

    "Haha, dia kan tak reti cakap Melayu. Patut la merepek BI.." Tengku Amni mencelah sambil tertawa.

    Nadwah menggenggam penumbuknya. Kalau bukan kerana syeikh yang mengajarnya dulu berpesan untuk mengutamakan fitrah keperempuanan berbanding kekerasan, sudah lama dia menjatuhkan setiap tubuh yang berada di hadapannya ini. Dia menarik nafas panjang.

    "Hei, Mai. Kau buat apa tu?? Cikgu cari kau lah..." Tegur Syahril yang kebetulan hendak ke tandas.

   Raja Maisarah yang bersandar di dinding bersebelahan tandas perempuan itu sekadar menjawab "hm". Dia kemudiannya menyuruh rakan-rakannya yang lain untuk bergegas ke kelas. Syahril berkerut melihat geng penolong kelasnya itu beratur keluar dari tandas. Entah apa yang dilakukan mereka di balik dinding itu pun dia tidak ketahui.

   Syahril tambah hairan apabila melihat Nadwah berjalan di belakang mereka selepas Raja Maisarah. Wajah redup itu direnung lama.
   'Sejak bila pula Nadwah berbaik dengan geng budak gedik tu..?'

*****
    "[Akak, kenapa lama sangat di tandas tu?]" Soal Qay sebaik sahaja Nadwah melabuhkan punggung ke kerusi.
    "[Sakit perut sangat la...]" Nadwah menyembunyikan kebenaran.
    Qay tidak pula sangsi terhadap kakak kembarnya itu.

    Kelas bermula seperti biasa apabila Cikgu Aisyah menyuruh mereka untuk membacakan teks dari buku beramai-ramai. Nadwah mengeluh halus.

    Aku tahu kau rapat dengan Syahril. Kalau hal ni kauberitahu dia atau orang lain.. siaplah.

   Ugutan Raja Maisarah berputar di minda. Mengapa perlu wujud orang yang tidak bertanggungjawab dan berhati perut seperti mereka? Nadwah menggeleng.

   Syahril kembali ke kelas. Sebaik sahaja melabuhkan punggung, dia berpaling ke belakang dan bertanya kepada Nadwah. "Aku nampak kau dengan geng Mai tadi. Apa diorang buat??"

    "Huh? Nothing, hal perempuan.." Balasnya selamba.

    Qay perasan satu perasaan malas dalam ayat kakaknya itu. Dia berkalih memandang wajah itu lalu bertanya, "[Sejak bila akak berkawan dengan mereka? Ana tak suka lah dengan perangai mereka..]"
    "[Tak berkawan pun..]" Mata Nadwah tidak beralih dari memandang guru di hadapan.
    Qay terpana dalam hairan. Wajahnya berkerut. "[Apa yang akak bualkan dengan mereka?]"

    "[Hal yang tak penting.]"

    Mendengarkan itu, Qay terus diam biarpun hati masih dipenuhi tanda tanya.

*****

   Raja Maisarah dan gengnya datang mengganggu lagi. Nadwah mengeluh. Tak boleh ke biarkan dia menikmati kehijauan rumput di padang sekolah ini dengan tenang? Mengapa mereka ingin mengganggunya lagi pada waktu sukan ini?? Tiba-tiba terbit persoalan kenapa perlu menghadiri kelas Pendidikan Jasmani?

   "Kau tak beritahu sesiapa, kan?" Keras nada suara itu bertanya.
   Nadwah hanya diam. Biarlah dia menjadi batu, jangan pula melayan orang-orang yang berhati batu.

   "Kitorang sebenarnya bukan nak sakitkan kau. Kitorang bukannya reti membuli pun.. Kitorang cuma nak kau bagi balik Harith pada kitorang. Kau dan kawan kau tu, mesti jauhi dia." Ujar Tengku Adna dengan senyuman nakalnya.
   Hati Nadwah tertawa. Buat jahat memang tak perlu diajar. Ini saja dah menyakitkan hati.

   "Kitorang nak itu jer. Kalau kau tak kacau Harith, kitorang takkan kacau kau. Faham?" Sambung Tengku Amni yang berbisik dari belakang.
    Nadwah mengintai jam tangan di dalam genggaman. Sudah cukup masa, dia bingkas bangkit.

   "Qay...! [Rehat..!!]" Laungnya kuat.

   Qay sekadar mengangkat ibu jari ke arah kakaknya. Dia yang sudahpun berlabuh di atas bangku di bawah pokok angsana itu meneguk air dari bekal yang di bawa sendiri.
   Nadwah duduk semula. Jam kembali dilingkar pada pergelangan tangan dengan wajah yang tetap tenang seperti biasa. Terkadang, dia bersyukur kerana adiknya yang ditimpa penyakit itu. Biarlah dia yang introvert ini yang menanggung seksaan buli. Ini hanya sementara. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

    "Kau cakap apa dengan dia, ha?" Raja Maisarah menjeling tajam. Nadwah tetap selamba.

    "Dont missunderstand. I'm just doing the things that I will always do. It's a routine."

    "So, kau dan dia akan jauhi Harith kan?" Tanya Tengku Adna meminta kepastian.

    "Kalau tidak mengapa?" Nadwah dengan berani menyahut. "If he's the one who came to us without us calling him, how can she ignore him? And I've never spoken to him."

    "You must!" Gertak Tengku Adna lagi.

     "Hoi, korang.. Kalau orang dah tak suka bersukan tu, tak perlu lah paksa. Bukan boleh membantu rumah sukan korang pun. Korang semua pakai baju lain warna dari dia. Aku tak rasa korang gosip sampai keluar ayat you must pulak, kan?" Tegur Syahril yang sudah lama memerhatikan mereka.

     "Tak lah. Kitorang cuma nasihatkan dia supaya bergaul mesra dengan semua orang.. Dia mesti mulakan dulu.. Semua orang fikir dia sombong, tak elok lah..." Laju Afreen membidas kata-kata Syahril itu.

    "Oh ya? So, korang semua pun fikir yang dia ni sombong jugak lah ya..?" Syahril menguji.

     "Eh, kitorang ganggu kau nak borak dengan dia ya? Okey lah, we are going. Borak lah puas-puas..." Celah Raja Maisarah mencari jalan untuk melarikan diri.
     Kesemua mereka bingkas bangun meninggalkan Nadwah bersama Syahril. Tengku Adna dan Tengku Amni sempat menghadiahkannya jelingan tajam. Nadwah buat tidak endah.

   "Sebenarnya kau ada masalah dengan mereka kan? Betul tak cakap aku ni..?" Tanya Syahril lembut setelah mereka berlima menjauh.

   Nadwah diam. Dia mengelip mata sekali, tanda mengiyakan.

   "Kau tak rasa nak beritahu cikgu??"
   "No. Not necessary. No." Balas Nadwah penuh penidakan.

    "Kau perlu laporkan pada cikgu kalau diorang buat kau yang bukan-bukan.. Nanti....."

   "I dont need that kind of advice. I have martial arts. I can protect myself.. but not my heart." Perlahan ayat terakhir itu meniti keluar dari bibir Nadwah.
   Syahril berkerut tidak faham.
   "I can fight them if I can, but instead I think I should make friends with them. Uridu an akuna solehah wa muslehah.  A good one and leading ones to good. That's what I should be.." Tangan masih memeluk lutut, namun matanya ditebar ke arah keriuhan orang bersukan.

     Syahril meneliti wajah mulus gadis dari Mesir itu. Setiap perkataan cuba ditafsir dengan betul. Tertunduk mencari kata untuk menenangkan hati sahabatnya itu, dia mengeluh kecil.

     "Sudah lah, Syahril. Dont think about this. It's my business. I'll just ask you to make du'a for me. Okay? Pray to God for His Guidance for me. I really dont know what to do now. Like the Malays said, duntu."

     "Hah?" Syahril berkerut mendengar perkataan terakhir Nadwah.
     "Duntu. Am I wrong..?" Nadwah bertanya.
     "Maksud kau, buntu ke??" Tanya Syahril semula.

     Nadwah berkerut seketika. "Oh, na'am. Buntu.. Sorry."

     Syahril tertawa. "Haha, Nadwah. Kau ni kelakar lah.."

    Nadwah tidak ambil hati. Dia kembali memerhatikan adik kembarnya.

    "Hei, Nadwah. Sorry dalam Bahasa Arab apa? Aku lupalah, dulu pernah belajar jugak. Tapi lama dulu."

    "Sorry is asif."

    "Asif? Bukan afwan??"

    "Afwan is the answer for thank you. It can be used to answer sorry too."

    "Oh ya, afwan tu sama-sama." Syahril mengangguk kemudian terdiam lagi berfikir. "Kalau orang cakap maaf boleh balas dengan afwan jugak ya? Macam nak cakap takpe.. Macam tu??"

     "Yeah, it doesnt means  it's okay but it suits the situation. You cant just describe a complex word of a language into another language..."

    "Ya, aku faham. Macam perkataan 'the' dalam bahasa Inggeris. Takde terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu."

    Nadwah diam mengangguk.

    Syahril turut terdiam. Dia menunduk mencari akal untuk meneruskan perbualan. Sedikit sebanyak, dia risau dengan sikap Nadwah yang terlampau diam.
    "Hei, apa kata kau ajarkan aku Bahasa Arab dan aku ajarkan kau Bahasa Melayu yang kitorang selalu guna. Amacam??"

    Nadwah berkerut. "Amacam..??"

    Syahril menepuk dahi. "Amacam tu datang dari frasa macam mana. Orang India.. kut, yang sebut apa macam, so kitorang pun singkatkan jadi amacam. Senang nak sebut.."

    Nadwah masih berkerut. Cuba mencerna dan mentafsirkan penerangan Syahril tentang bahasa pasar. Dia tahu ia pasti lebih susah. Sama sahaja seperti ketika dia baru belajar bahasa fushah setelah mempelajari 'ami' daripada kawan-kawannya dulu.

    "Kau faham tak ni? Amacam??"

    "Um.. what do I suppose to say?"

    "Kau patut cakap okey kalau kau boleh, atau tak kalau tak boleh."

    "Hm, okay."

    "Jadi bolehlah, kau ajar aku...?"

    Nadwah mengangguk.
    Syahril tersenyum senang.



infofushah - bahasa arab style buku
ami - bahasa pasar arab.
hehe :)

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous