Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi

   "Assalamualaikum warahmatullah. Nama saya Khairin Nadwah. Saya dari Kaherah. Selamat berkenalan.." Ujar perempuan bertudung litup itu setelah agak lama berdiam ketika diminta memperkenalkan diri oleh Cikgu Khalil.
   Seluruh kelas tertawa mendengar sebutan bahasa baku yang diucapkannya. Ada juga rakan yang mengutuk dengan berkata "skema gila, perempuan ni. Dari kurun ke berapa?"
   Cikgu Khalil cuba untuk menenangkan suasana. Khairin Nadwah terlebih dahulu berjalan pantas ke tempat duduk di bahagian belakang sekali. Dia menunduk dan menarik kepala tudungnya lebih ke depan. Seisi kelas masih belum berhenti ketawa sehinggalah Cikgu Khalil meninggikan suara.
***
   "Teruknya diorang, kak.. Orang Yahudi dekat Kaherah dulu takde pun ejek kita masa kita tersalah sebut perkataan. Diorang ni..." Qay menggeleng-gelengkan kepala. Air di tangan masih cuba dihabiskan biarpun hakikatnya perut terasa kembung.
   "Itulah.. akak rasa lepas ni akak dah tak nak bercakap Bahasa Melayu." Nadwah membuat keputusan drastik. Qay sudah berkerut. "Akak nak bercakap bahasa Inggeris pulak!"
   Qay mengangguk. Air ditelan rakus sebelum dia memuji semangat kakaknya itu.

   "Okey, Najwa dah habiskan ubat tu? Air dah cukup minum??" Tanya Nadwah.
   "Dah. Semua beres.." Balas Najwa sambil tersenyum.
   "Jadi, akak masuk bilik akak lah, ya?" Nadwah mula bangkit dari kerusi di sebelah katil Qay.
   "Kak, lelaki tu..." Qay bimbang lelaki itu akan membesarkan hal.
   "Jangan risau, Pakcik Hud dah terangkan dekat dia." Nadwah memegang tangan adiknya itu, memberi semangat.
   Qay mengangguk-angguk. Nadwah meneruskan langkah kakinya keluar bilik.
   "Kak.." Qay memanggil semula.
   "Ya?" Nadwah berpaling.
   "Jangan beritahu ummi dan abi tentang panggilan Qay dekat sekolah. Itu rahsia kita." Pintanya.
   "Okey.." Nadwah sekadar tersenyum. Dia menyambung langkah.
   "Kak.." Qay memanggil lagi.
   "Ada apa lagi?" Nadwah hairan dengan adiknya itu.
   "Thanks and goodnight!" Qay terus menarik selimut. Malu.
   Nadwah terharu mendengarnya. Itulah kali pertama Qay mengucapkan terima kasih kepadanya sejak peristiwa enam tahun yang lalu. Dia tersenyum senang.

*disebabkan ini scene dekat rumah so aku nak longgarkan otak aku daripada bahasa Arab. take note ayat BM yang di-italic-kan adalah dituturkan dalam BA*
*****

   Mustapha rasa serba salah. Dia tidak sedap duduk selagi dia tidak bercakap dengan Qay tentang hal semalam. Dia berpaling ke belakang menghadap gadis itu.
   "Qay, semalam..."

   "Shh..!" Tegur Nadwah sambil mengisyaratkan supaya Mustapha memberi perhatian kepada Cikgu Aisyah yang sedang mengajar Fizik di hadapan. Mustapha mengalah apabila Qay juga tidak mempedulikannya.
   Qay tidak sedap hati. Dia tidak mahu Mustapha membesarkan perkara. Nadwah di sebelah dikerling.

   "Kak.."
   "Ya?"
   "Dia..."
   "Takde apalah.."

   Nadwah tidak peduli. Dia lebih bimbangkan pelajaran yang dia paling lemah itu. Lagipun menghormati guru adalah salah satu adab belajar.



   "Qay.. aku nak mintak maaf. Pasal semalam." Ujar Mustapha sejurus setelah Cikgu Aisyah keluar dari kelas.
   "Saya tak kisah pun. Asalkan awak tidak beritahu sesiapa. Saya tidak mahu besar-besarkan hal.." Balas Qay sambil kembali duduk.
   Mustapha tergelak tiba-tiba.
   "Awak ni kenapa?" Tanya Qay sambil berkerut.

   "Takde lah.. korang berdua ni duduk Mesir berapa lama? Skema dowh ayat korang!!" Mustapha menyambung gelaknya.
   Qay menarik muka.

   "Tidak baik ketawakan orang. Rasulullah tidak ajar kita buat macam tu.." Dia menegur. "Kami duduk Kaherah sejak umur lima tahun, tidak balik-balik. Kalau raya, opah dan tok wan yang datang Mesir."
   "Wah, lama tu..! Sebelas tahun!! Tok wan dengan opah kau tak ajar ke??" Celah Syahril yang duduk bersebelahan Mustapha.
   "Laa. [Tidak.] Opah dan tok wan pun cakap Arab juga. Sunnah nabi... Kami cuma bercakap bahasa Melayu dengan Pakcik Hud dan Makcik Afifah. Itupun jarang-jarang." Balas Qay.
   "Patutlah..." Mustapha dan Syahril mengangguk-angguk.

   "Jauh berbual tapi kamu berdua tak kenalkan diri pun, kan?" Ujar Qay tiba-tiba sambil memuncungkan bibir.
   "Oh, sorry." Mustapha tersentak. "Aku Mus. Ahmad Mustapha."
   "Aku pulak Syahril. Panggil Syah je.." Syahril mencelah lagi. "Aku suka color putih. Kalau tengok bola, sokong Arsenal."

   Mustapha memandang pelik terhadap Syahril. Entah kenapa kawannya itu tiba-tiba bersikap begitu peramah. Qay juga sekadar tersengih menyambut perkenalan itu.
   "Saya Qay. Ini Nadwah."

   "Aku perasan kau sebut 'kami' tadi. Korang ni ada hubungan ke? Sedara..?" Soalan maut dari Syahril membuatkan Mustapha kalut sebentar.

   "Bangun..!"

   Raja Maisarah memberi arahan. Ustaz Zaki muncul bersama Ameer Rizlan sambil meminta maaf. Katanya, dia terlampau sibuk sehingga terlupa kelasnya.

*******

   Rehat itu, pertama kali Qay dan Nadwah ditemani oleh rakan yang lain. Biarpun mereka tidak selesa bersama lelaki, tetapi Mustapha dan Syahril sangat memahami dan menjaga hubungan antara mereka.

   "Wah, Qay.. Sekarang dah geng dengan Mus dan Syah pulak, eh? Boleh aku join??" Tegur Harith yang sambil mengunyah karipapnya.
   "Boleh, tapi awak kena makan duduk. Tak elok makan berdiri, nanti boleh kena barah usus. Sebab tu Rasulullah larang kita makan berdiri." Balas Qay sambil tersenyum.
   "Oh ya? aku tak nak mati." Ujarnya sambil mengambil tempat di sebelah Syahril.
   "Sibuk pulak kau nak rehat dengan Qay. Sebelum ni kau rehat dengan siapa??" Tanya Syahril.

   "Jangan sebut pasal Mai tuh. Aku bosan kena paksa dengar diorang punya gosip tu semua. Bukannya penting pun. Kalau boleh aku nak rehat dengan orang lain, tapi asyik kena tarik je. Nasib baik hari ni kembar tu tak datang. Sempat aku lari dari diorang semua tuh."

    "Oh, biasa lah tu.. Orang famous..!" Perli Mustapha.

    "Bukan aku mintak pon."

    "Em, apa yang kamu semua cakapkan ni? Kami tak faham lah.." Tanya Qay bagi pihak Nadwah yang penasaran.

    "Raja Maisarah, penolong kelas kita tuh budak gedik. Dia dengan geng dia tu, semua kaya-kaya. Pastu, si Harith ni kan hensem.. Sebab tu lah diorang ambil jadi diorang punya laki. Semua pun suka dekat dia. Lagi-lagi si Tengku Adna tu..." Terang Syahril sebagai orang tengah.
     "Banyak lah kau punya laki. Aku ni dah macam kuli je kau tahu. Si Adna tu pon bukannya suka aku sangat. Semua nak gunakan aku untuk buat kerja sekolah diorang.. Bengang betul! Macam mana diorang boleh masuk kelas kita??!"

    "Okey, okey.. Jangan marah-marah, nanti tertekan. Semua ni ujian dari Allah. Yang penting kita kena berusaha. Awak jangan lah lepas geram pada karipap tu pulak.." Qay segera meredakan keadaan apabila Harith mula meremas karipap  di tangannya.

   "Haah la.. Buat kotor tangan je. Aku dah la lapar Macam mana aku boleh hancurkan karipap ni??" Rungut Harith. Dia segera bangkit membuang karipapnya dan membasuh tangan. Semua menggeleng-geleng melihat dia membeli makanan yang baru.

   "Eh, kau beli nasi ayam? Sempat ke nak habiskan?? Loceng dah nak bunyi nih.." Ujar Mustapha sejurus Harith duduk semula di tempatnya. Harith sudahpun melahap nasi di pinggan.
   "Aku boleh habiskan punya.." Ujarnya dengan mulut penuh.

   "Awak.. tak elok lah makan gelojoh macam tu. Mesti awak tak baca basmalah kan? Patutlah lapar je." Tegur Qay. "Baca basmalah dulu. Itu yang rasul ajar.."

    "Basmalah tu apa?" Serentak ketiga-tiga lelaki itu bertanya.

    "Basmalah tu kalimah ' bismillahirrahmanirrahim '. Awak semua tak tahu ke?"

   "Oh.. bismillah!" Mereka mengangguk-angguk.

   "Kitorang panggil bismillah je."

    "Okey, dah habis!" Ujar Harith tepat ketika loceng dibunyikan.
    "Ha, kan? Aku dah kata aku boleh habiskan cepat.." Harith besar diri.

    "Tak elok lah gelojoh macam tu. Suul khuluq. [buruk perangai]." Ujar Qay sambil bangkit berdiri untuk kembali ke kelas.

    "Alah, kau ni alim sangat. Orang sekarang memang macam ni lah."

    "Tapi kita kena jadi muslim yang baik. Baru boleh masuk syurga. Dan saya bukan alim, kalau saya alim saya tak ke sekolah." Balas Qay.

    "Yalah, memang nak masuk syurga kena jaga adab pun. Kalau kita lambat masuk kelas, maksudnya kita tak jaga adab dengan cikgu. Betul tak?" Ujar Mustapha yang bosan dengan perbualan berbaur pertengkaran di antara Qay dan Harith.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous