Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pelangi

Kelas yang bising mengalahkan pasar pagi di pekan terus berubah senyap dengan kehadiran seorang guru. Ketua kelas bangun memberi arahan memimpin mereka memberi salam. Setiap mata tertumpu kepada susuk tubuh yang berada di sisi guru kelas mereka itu. Lengan bajunya yang panjang dilipat sehingga ke bawah siku. Namun sarung lengan hitam masih melindungi lengan milik si empunya badan yang berkulit putih melepak. Mereka semua kehairanan. Baru semalam ada pelajar baru masuk ke kelas mereka dan kini seorang lagi pelajar baru juga mendaftar masuk.

   "Assalamualaikum warahmatullah. Nama diberi Khairil Najwa. Boleh panggil Qay, jangan tanya kenapa. Datang dari Kaherah dan berpindah ke sini untuk menjaga nenek saya yang semakin uzur. Selamat berkenalan dan salam ukhwah." Kata gadis itu sambil tersenyum penuh yakin.

   Seisi kelas tertegun dengan sesi memperkenalkan diri gadis yang mendakwa datang dari Mesir itu. Tangan kanannya yang diseluk ke dalam poket baju dan sebelah tangan lagi menyokong beg sandang hitam jelas menyokong pandangan pertama mereka mengenai Khairil Najwa. Namun tudungnya yang sedikit labuh menjadikan mereka keliru dengan personaliti sebenar gadis di hadapan mereka ini.

   "Baiklah Khairil. Kamu boleh ambil tempat di mana saja kamu suka." Ujar Puan Siti selaku guru kelas.

   Qay berjalan ke lorong bahagian dalam kelas yang mejanya disusun 2-3-2 itu. Harith memandangnya dengan pandangan serba salah. Qay tersenyum sambil menundukkan kepala sedikit seperti memberi salam kepadanya. Dia memegang kepala kerusi di sebelahnya mengisyaratkan tempat duduk itu sudah dimiliki. Namun, sangkaannya meleset. Tanpa mendekati meja disebelahnya, Qay terus ke meja bersebelahan Nadwah, pelajar yang baru masuk semalam. Harith mengeluh lega. Sukar untuk dia meneka tempat yang akan dipilih Qay memandangkan setiap kelas di SMK Bukit Teguh ini disediakan 40 buah meja. Kelas mereka pula hanya menempatkan 35 orang pelajar termasuk pelajar baru ini.

   "Baiklah murid-murid, seperti yang diumumkan di speaker sekolah.. Cikgu-cikgu akan bermesyuarat sehingga jam 9.00 pagi. Jadi cikgu tinggalkan kamu di bawah jagaan ketua dan penolong kelas. Ameer, Maisarah. Jaga kelas elok-elok, tau. Cikgu pergi dulu."

   "Baik, puan. Terima kasih, puan." Ujar Ameer Rizlan sambil memberi tunduk hormat kepada guru mereka itu.

   Kelas kembali ke keadaan asal di mana kebisingan memenuhi setiap ruang. Ameer Rizlan selaku ketua kelas hanya membiarkan rakan-rakannya membuat bising selagi keadaan masih terkawal. Dia tidak suka bercakap banyak, biarlah mereka semua melakukan kerja masing-masing tanpa membuat masalah. Raja Maisarah lagi teruk orangnya. Terus berkumpul dengan kumpulan gosipnya, mengumpat artis-artis tempatan dan bercerita tentang kosmetik. Itu sahajalah yang dia tahu.

   Harith meninggalkan tempat duduknya di sebelah Raja Maisarah yang kian membingit dengan suara kekekan gadis-gadis hot sekelas. Perempuan bila sudah berkumpul, habis semua dicerita.
   Kaki melangkah ke tempat duduk Khairil Najwa di bahagian belakang. Tempat duduknya betul-betul di sebelah pelajar baru semalam. Dan juga bersebelahan Ameer Rizlan biarpun terpisah dek lorong yang membantu pergerakan guru-guru ketika mengajar dan juga sebuah meja kosong.
   Harith menyapa gadis baru itu.

   "Hai, Khairil. Thanks sebab tak pilih tempat sebelah saya. Sebenarnya ada orang duduk situ. Tapi dia dah lama tak datang, sakit. Sebab tu saya tolong jaga tempat tu."

   "Oh, ya? Saya fikir awak mahu suruh saya duduk situ. Saya pun tidak suka duduk sebelah lelaki sebenarnya. Haram.." Balas Khairil Najwa.
   "Oh.." Harith mengangguk-angguk sahaja. "Anyways, saya Harith Akmal. Panggil je Harith." Ujar Harith sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
   Khairil Najwa tersenyum dan menundukkan kepala sedikit. "Maaflah, mazhab Syafie kata haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dan kalau awak mahu saya panggil awak Harith, awak kena panggil saya Qay. Kalau tidak saya akan panggil awak dengan nama penuh awak, Harith Akmal."
   "Uh.. okey." Harith tidak punya pilihan. "Tapi kenapa Qay? Dan kenapa tudung awak panjang sangat?? Budak-budak lain yang pakai tudung takdelah panjang macam ni? Memang style orang Mesir eh?"

   "Hmm.." Khairil Najwa tersenyum lagi. "Semua tempat sama je. Pasti ada yang baik dan ada yang tidak baik. Ada yang pakai tudung labuh dan ada yang tak pakai tudung pun. Tapi Rasulullah lebih suka perempuan yang melabuhkan kain tudungnya untuk menutup aurat. Kita hidup ni bukan untuk nafsu tapi untuk iman." Balas Khairil Najwa penuh yakin. "Pasal Qay tu, tiada apa lah. Suka-suka.."
   Harith terdiam. Huraian Khairil Najwa begitu ringkas tetapi cukup untuk menerangkan gadis ini seorang yang benar-benar taat kepada Islam. Harith sedikit terpesona.
   "Oh, ya. Sudah kenal dengan Nadwah? Dia pun pelajar baru juga, kan?" Ujar Qay tiba-tiba. Harith menggeleng.
   "Harith, ini Nadwah. Dia ni pendiam tapi cerita yang dia buat sangat bagus tau.. Nanti awak baca." Qay menunjukkan sekilas kertas di tangannya sementara Nadwah tidak mengangkat muka sedikitpun untuk memandang Harith. Mungkin masih malu dengan kejadian semalam.

   "Ameer tu pendiam juga ke?"

   "Eh, Ameer?" Harith berpaling ke belakang. Ameer Rizlan kelihatan khusyuk membaca buku Inggeris yang entah apa tajuknya pun dia tidak peduli. "Ameer tu budak pandai. Dia selalu baca novel english dalam kelas. Tapi cikgu tak peduli pun. Dia kan budak pandai.."

   "Eh? Bukan novel tidak boleh dibawa ke sekolah ke?" Qay mengerutkan dahi.

   "Itulah.. tapi kalau dah budak pandai memang macam tu. Dia ada komplot dengan sorang pengawas ni. Kalau ada spotcheck, pengawas tu akan beritahu dia dan tolong sorokkan. Tak adilkan?" Jawab Harith  membalas pertanyaan Qay.

   "Astaghfirullahalazim.. risywah [rasuah] ke apa?" Qay menggeleng-gelengkan kepala.

   Sementelah, seorang guru masuk untuk mengajar. Kelas kembali normal kerana mesyuarat guru sudahpun selesai. Qay masih teruja untuk berkenalan dengan seluruh isi kelas. Namun, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sedikit demi sedikit seperti kata kakaknya.

*****
   "Gila kan dua budak baru tuh.."
   "Haah.. sorang tomboy tudung panjang, sorang lagi guna bahasa baku. Lame gila!"
   "Entah datang dari zaman mana entah budak Nadwah tu. Najwa tu pulak lagi satu, 'boleh panggil Qay jangan tanya kenapa' ? Pelik!!"
   "Tapi aku rasa Qay tu lagi okey daripada Nadwah. Nama dah sedap tapi sombong. Sikit pun tak nak tegur orang.."

   Qay dan Nadwah yang baru sahaja masuk ke dalam tandas itu terkejut mendengar umpatan rakan baru mereka itu. Mereka sedar itu rakan, kerana sudah terang lagi bersuluh Raja Maisarah, penolong ketua kelas mereka berada di antara mereka. Nadwah terus menunduk memendam perasaannya. Qay yang menyedari perubahan Nadwah tanpa ragu mendepani lima orang perempuan yang berkumpul di penjuru tandas itu.
   "Hei, lidah tu elok-elok bercakap. Bukan ke berdosa melabel orang yang baru kau kenal sebagai sombong. Aku rasa kau semua ni lagi pelik, belum kenal sudah tuduh macam-macam."

   "Eh, budak baru! Kau cari pasal ke?!" Marah salah seorang daripada mereka.
   "Aku datang sekolah mencari ilmu dan pengalaman. Bukan mencari pasal. Ada yang nama 'pasal' ke di sini?" Balas Qay dengan berani.
   "Kau..." Budak perempuan tadi mengangkat tangan untuk menampar Qay. Qay tidak berganjak malah menadah muka untuk ditampar, sengaja mencabar perempuan di hadapannya.
   Tiba-tiba, Nadwah menarik Qay ke belakang dan perempuan tadi hanya menampar angin.

   "La tal'ab. Tazhabina ila al-khalah bi sur'ah!" Ujar Nadwah dengan nada keras.
   Qay kemudian terdiam menjeling ke arah lima orang tadi sebelum dia terus masuk ke dalam ruang tandas di sebelahnya.
   Nadwah hanya berdiri di luar pintu tandas yang dimasuki Qay seperti jaga. Kumpulan budak perempuan tadi memandangnya dengan pandangan yang menakutkan, tetapi Nadwah langsung tidak menghiraukannya. Semasa seorang perempuan dengan tag nama Atikah mula mendekatinya, Raja Maisarah berganjak dari dinding penjuru tandas tersebut dan terus menghala keluar.
   "Girls, we cant afford to be late to class."

   Mereka berjalan keluar sambil merenung Nadwah. Nadwah sempat membaca tag nama mereka satu persatu. R Maisarah, Tn Atikah, Tgku Amni, Tgku Adna dan Afreen.
   K L A K !
   Qay keluar dari tandas sejurus mereka pergi. Nadwah membuat muka tenang.
   "Mereka dah pergi?" tanya Qay sambil membetulkan kainnya. Nadwah terus berjalan tanpa menjawab persoalan Qay.
   "Sebenarnya, apa yang terjadi semalam?" Qay mengejar Nadwah. Nadwah tidak menjawab.
   "Nadwah, beritahu lah.." Qay bertindak menyekat laluan Nadwah daripada keluar tandas. Nadwah dengan tenang melungsur dari bawah lengan Qay.
   "Kak Nadwah...!" Suara terdesak Qay bergabung dengan bunyi loceng kedua yang baru dibunyikan.

   "Sa aqulu laki filbait. Anti la taajil an tadkhulu al-khalah. Wa maza bi Qay? .... [Nanti aku cerita dekat rumah. Kau tu jangan tangguh kalau nak ke tandas. Dan apsal dengan Qay? ....]" Nadwah terus membebel. Qay tersenyum, dia mendapatkan kakak kembarnya itu untuk terus mendengar pesanan daripada orang yang sangat dihormatinya itu.

*****
   Loceng terakhir sudah berhenti. Qay terasa sangat penat biarpun hari ini hari pertamanya di sekolah. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya biarpun beg sudah siap dikemas. Nadwah sudahpun keluar terlebih dulu untuk memastikan kereta mereka sudah sampai. Qay benar-benar berasa tidak larat.

   "Hoi, Qay! Aku dengar kau gaduh dengan Mai.. Betul ke?" Tegur Mustapha yang sedari tadi duduk di atas mejanya yang terletak di hadapan tempat duduk Qay. Mungkin dia menunggu kelas kosong terlebih dahulu memandangkan memang sudah tiada sesiapa lagi di dalam kelas selain mereka berdua.
   Qay memandang kosong wajah lelaki di hadapannya itu. Dia tidak mampu berbicara.

   "Kau tu budak baru masuk, jangan la berlagak sangat. Aku fikir kau tomboy-bertudung kau lain dari diorang semua tu. Nampaknya kau pun cuma nak tunjuk hebat je kan? Aku paling benci orang macam ni." Tempelak Mustapha dengan nada yang rendah. Qay terus berdiam.
   "Hoi, apsal kau tak cakap apa-apa? Dah takde mulut??!"

   "Najwa!!"

   Mustapha tersentak dengan jeritan yang kuat itu. Dia berpaling ke arah pintu dari mana suara itu datang. Nadwah menerpa ke arah Qay dengan pantas.
   "Najwa, kaifa hal ya ukhti? [kau macam mana, dik?]" Nadwah menarik bahu Qay dari terbaring lesu di atas meja.
   "Ya Allah...!!" Nadwah semakin resah melihat darah mengalir dari hidung Qay. Mustapha terkedu. Qay ada mengatakan sesuatu, namun Mustapha tidak dapat memahami gumaman dalam bahasa Arab itu.

    "Anta tusa'iduni bi hifzhiha... [Kau tolong aku jaga dia...]" Nadwah memberi arahan kepada Mustapha sambil dia menyapu air ke muka adik kembarnya untuk membersihkan darah dan menurunkan suhu.
    "Aku tak paham la kau cakap apa..!" Mustapha cemas melihat Nadwah, namun dia tidak tahu bagaimana untuk membantu.

    "Kau. tolong. pangku. dia. sementara. aku. panggil. orang." Nadwah menyebut sebutir-sebutir sebelum dia keluar memanggil pemandunya. Mustapha terkebil-kebil mendengar sebutan bahasa baku yang dituturkan Nadwah. Namun dia sedar ini bukan masanya untuk ketawa.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous