Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Nur Hidayah

   Damai suara ombak menghempas pantai tetap tidak dapat menenangkan hati Fieq. Dia menghempas keluhan seberat hempasan ombak.
   “Fieq, are you unhappy with me?” Tanya Dell. Resah melihat Fieq sebegitu.
   Fieq hanya membalas dengan senyuman hambar. Teh yang dihidangkan Dell dihirup perlahan.
   “Bukan macam tu. Fieq cuma rasa.. kosong.”

   Jawapan itulah yang kerap kali singgah di telinga Dell. Dia sudah bosan mendengarnya.
   “Fieq dah bosan dengan Dell, kan? Cakap je la.. Dell boleh pergi dari sini..!”

   Dell berang tiba-tiba dan terus keluar dari rumah. Pintu yang dihempas kuat mengejutkan jantung Fieq. Fieq bingung. “Menopause..? Eh, bukan andropause ke..??” Fieq menggeleng.

   Kesunyian melanda rumah agam yang dibina berhampiran Pantai Tanjung Rachado itu. Namun Afiq tenang dengan ketiadaan Fadhil. Sejak menonton rancangan ‘Bersama Ustaz Azhar Idrus’ di Astro Prima, Afiq dilanda perasaan bersalah. Dia sedar maksiat yang dilakukannya di rumah ini bakal mencampak dirinya dan Fadhil ke dalam api neraka.
Kaum Nabi Luth seluruhnya dijungkir balik oleh Allah tempat tinggal mereka. Sehinggakan isteri Nabi Luth yang bersubahat juga tertanam di bumi Allah itu. Sedih hati Nabi Luth mengenangkan nasib isterinya tetapi sunnatullah takkan berubah. Orang-orang zalim tetap mendapat azab kecuali mereka yang bertaubat.

   Ayat itu terus bermain di ruang minda. Afiq menyelongkar almari mencari surat cinta teragung yang jauh tersimpan di kotak memori.
   Afiq mengoyak senyum melihat mashaf Al-Quran itu. Dia membuang habuk dan debu yang melekat di bahagian luarnya lantas menyelak Al-Quran itu secara rambang.
Sesungguhnya ia benar-benar Quran yang mulia.
Di dalam Luh Mahfuz (tempat yang terpelihara).
Tiada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci bersih.
   Cepat-cepat Afiq meletaknya ke tepi semula. Dia sedar dirinya kotor terpalit kelodak nafsu. Air mata keinsafan mengalir deras. Afiq tidak dapat lagi membendung perasaan berdosa yang terbit dari lubuk hati.
   Dia merintih sendirian.

   Henfon C4 miliknya menjerit. Afiq mencapai biarpun dirinya masih tersendu.
   “Hello..”
   “Assalamualaikum, Afiq! Ni akak, ni. Akak dengar kamu ada masalah dengan kawan kamu, ya?” Syafeeqah bertanya dalam kias.
   “Siapa yang beritahu?” Afiq sedikit terkejut.
   “Orang tu sendiri yang cakap..”
   Afiq menggeleng. Dia pasti Fadhil-lah yang dimaksudkan kakaknya itu.

   “Kak, Afiq nak jujur dengan akak..” Afiq menarik nafas panjang. “Sebenarnya, Fadhil tu boyfriend Afiq dan kalau boleh Afiq nak clash dengan dia.”

   “Alhamdulillah.. Akak baru je pecah otak nak brainwash Afiq supaya jadi straight balik. Afiq sedar sendiri rupanya. Adik akak dah besar...” Nada Syafeeqah kedengaran tenang.

   “Akak.. tahu?”

   “Seluruh keluarga kita, tahu. Sebab tu takde siapa yang contact Afiq lepas Afiq pindah rumah tepi pantai tu. Tapi Afiq jangan risau.. Nanti akak pujuk mak ayah supaya terima Afiq balik.” Jelas Syafeeqah.
   “Semua tahu..?” Afiq terasa hiba.
   “Afiq adik akak.. jangan sedih, ya. Akak tolong Afiq selesaikan semua ni.”


***


   “Kak, nama dia pun Afiq baru tahu. Tak terlalu awal ke untuk kitorang berkahwin?”
   “Takpe.. Cinta boleh dipupuk kemudian. Cuma akak nak mintak, walau apapun yang terjadi, Afiq jangan pernah sebut perkataan cerai. Pertahankan pernikahan korang untuk selamanya, okey?”

   “Afiq!” Satu tamparan singgah di bahu.
   Afiq tersedar dari lamunan. Dia mengusapkan bekas tamparan yang memedihkan itu.
   “Sakit la, Samira..”
   “Panggil aku Sam la.”
   “Hm? Macam nama lelaki..”
   Samira marah mendengar ulasan suaminya. Dia bercekak pinggang.

   “FYI, aku ni dulu lesbian. Dah 5 kali tukar awek. Kau pun gay, kan? Kau yang jadi perempuan ke apa?” Ujar Samira dalam satu nafas.
   “Ex aku yang play the girl role..” Afiq mulai mesra dengan wanita yang baru dikenalinya itu.
   “Teruk la macam tu.” Samira mengeluh kecil. “But who cares..?”
   Samira menarik wajah Afiq mendekati wajahnya. Afiq sedikit terkejut menerima kucupan hangat daripada Samira yang sudahpun bergelar isterinya. Sekelip mata, semua itu berlaku.


***


   “Samira, hebatlah..” Afiq yang baru bangun dari tidur menyapa Samira dengan satu tabikan.
   “Kan aku dah kata, panggil aku Sam.” Samira mendengus. “Kau Subuh tak pagi tadi? Dah mandi junub?”
   Mendengarkan itu, wajah Afiq bertukar sayu.

   “Kau ni alim jugak rupanya, Ira. Aku tak ingat dah macam mana nak buat semua tu..”

   “Kau panggil aku apa? ‘Ira’??” Dahi Samira berkerut.
   “Huh? Agaknya.. Kau tak dengar bunyi ‘Sam’..?” Balas Afiq selamba.
   “Panggil aku ‘Sam’. Bukan ‘Ira’!!” Marah Samira.
   “Takpe la. Girly sikit. Kau kan nak tinggalkan zaman lesbian kau tu..” Afiq menjawab.
   “Whatever. Sini aku ajarkan kau cara-cara mandi.” Samira mengalah. “Ada dua syarat. Pertama niat. Kau bulatkan je dalam hati kau, ‘aku nak mandi wajib kerana Allah’. Kedua, kau kena ratakan air ke seluruh badan. Pastikan kau gosok setiap celahan yang ade kat badan kau tu. Bagi kena air. Kalau tak sah mandi, seluruh ibadah kau akan ditolak. Faham?”
   Afiq mengangguk.
   “Ni aku cuma ajarkan yang wajib je. Nanti aku bagi kau buku Fiqh yang kakak kau bagi aku dulu. Kau studi la sendiri..”

   “Senang je rupanya...” Balas Afiq sambil mengangguk-anggukkan kepala. “Eh, bila kau start insaf? Sori la kalau kata-kata aku ni kasar, buat kau tersinggung..”
   “Takde ah. Aku lagi kasar daripada tu.” Samira tangannya mengipas tanda tidak mengapa. “Aku start taubat dua bulan lepas. Aku memang dah lama nak taubat, tapi aku tak tahan tengok perempuan. Aku rasa nak goda diorang. Aku mintak tolong akak kau and dia bagi tinggal dengan dia. Tapi , aku hampir-hampir rogol dia pulak. Then, dia janji dengan aku dia akan carikan aku suami. Dia tak nak aku jadi makin teruk. Dapatlah kau, lelaki muda bengap nak mampos, jadi suami aku..”
   “Oh, macam tu.. Aku mandi dululah.” Afiq melangkah ke bilik air. Tidak mengambil hati terhadap kata-kata Samira.
   “Tak nak aku tolong ke? Aku boleh gosokkan belakang kau...”

***

   Samira menutup paip shower. Dia meraba mencari tualanya.
Urgh, lupa bawak tuala...
   Mendengar bunyi pintu bilik dikuak, Samira melaung
“Fieq, is that you? Tolong ambilkan tuala Ira..”
   Tiada sahutan. Samira mengambil keputusan untuk keluar begitu sahaja. Mungkin dia tersalah dengar, atau Afiq sudah keluar semula dari bilik sebelum dia sempat berkata-kata.
   Sebaik pintu dibuka, Samira menjerit kuat dan terus menghempas pintu. Jeritan yang nyaring diikuti hempasan yang menggegarkan itu membuatkan Afiq berlari ke bilik meninggalkan dapur.

   “Ira, what's wrong?” Afiq terkedu melihat wajah terpempan Fadhil sebaik dia membuka pintu.
   “Excuse me, I need towel.” Ujar Samira menahan rasa malu dan terkejut.
   “Ya, Ira.” Afiq membalas permintaan Samira.
   “Um.. Fadhil. Keluar kejap.”

   Fadhil yang serba terkedu tambah terkilan apabila Afiq membahasakan dirinya Fadhil dan bukan lagi Dell. Dia keluar dari bilik dalam keadaan terpinga menuju ruang tamu.

   Kedinginan memenuhi ruang di antara Fadhil dan Samira di ruang tamu itu. Samira cuba memecahkan ais.
“Kau nampak ke tadi?”
“Kalau ya pun aku nampak, aku tak berminat la..”
“Kau siapa sebenarnya? Masuk dalam bilik kitorang..”
“Bilik kitorang..?!”
   Fadhil tersenyum sinis.
“That room is mine and Fieq's. Kau tu siapa??”
   Ketika Fadhil cuba memulakan perang, Afiq muncul dengan  menatang dulang lantas meredakan keadaan.
“Fadhil..”
“Fieq.. Siapa perempuan ni? Jangan cakap Fieq dah lupakan Dell..”
“Fadhil.. Ini Samira, isteri Afiq.”
“Isteri?! Senangnya Fieq lupakan Dell..?”
   “Maafkan Afiq.. Tapi Fadhil kena sedar, apa yang kita buat selama ni dosa.. Afiq harap Fadhil boleh tinggalkan kunci rumah dan bertaubat selagi peluang masih ada.” Afiq menasihati.
   “Kita masih boleh berkawan, kan?” Afiq menghulur tangan, dia tidak mahu hubungan mereka selama beberapa tahun ini terputus begitu sahaja. Dia mahu hubungan yang diredhai. Ukhwah itu pembangkit ummah.
“Kawan..?” Balasnya sambil mengangkat kening.
   Fadhil membalas huluran tangan Afiq. Dia melakukan sesuatu. Samira menyedari perubahan di wajah Afiq, lantas dia memisahkan mereka. Jelingan maut ditujukan kepada Fadhil.
“If you're just treating me like a friend, you wouldn't react that way.”
   Afiq tertunduk menyembunyikan mukanya yang sudahpun berubah merah.
   “I won't give up!” Ujar Fadhil sebelum beredar meninggalkan rumah itu.

“Fieq, are you okay?”
Afiq tidak menyahut.
“Fieq..? Afiq!?”
“Huh?” Afiq tersedar.
“Are you okay?” Tanya Samira sekali lagi.
“Yeah, jom makan.”
   Samira resah melihat Afiq yang sedari tadi hanya menguis pinggan dengan sudunya. Sedikitpun tidak menyentuh nasi goreng masakannya sendiri.
   “Fieq nak masuk bilik ke? You don't look good..”
   “Aku rasa kita patut pindah. And please don't call me Fieq anymore.”
   “Where? Why?”
   “Tak tahu. Mungkin balik rumah. Dah lama tak balik sana. Kita kahwin pun takde siapa tahu. About the name.. when I think it over, only him who called me Fieq.”
   “Heh, kita kan kahwin koboi sebab kakak kau. Bukannya aku ada wali pun.” Samira tersengih sambil tangannya menyuap nasi. “Then, what am I supposed to call you? Abang..”
  “Hahahaha! Aku lagi muda la..” Afiq tergelak. Dia mula menyuap mulutnya.
   “Eleh.” Samira mencebik. Hati perempuannya kembali subur sejak bersama lelaki itu. Dia kembali berfikir. “Um.. hubby?”
   “Sounds cute."
“Hubby, why aren't you eating? Makan la.. You need energy.”
“What for? Aku masuk kerja hari Khamis. There's another day.”
“For us..” Samira menongkat dagu, menayang muka menggoda.
“Gatal..!”


    Kehidupan mereka bertambah bahagia apabila emak dan ayah Afiq menyambut baik kedatangan mereka. Samira gembira apabila dia kembali merasai hidup berkeluarga setelah sekian lama meninggalkan Rumah Anak-anak Yatim Yayasan Murni. Tiada lagi berita mengenai Fadhil sehinggalah dua bulan kemudian, dia menjemput mereka berdua menghadiri majlis kenduri kahwinnya. Fadhil bernikah dengan penyewa rumah Afiq merangkap co-chef di tempat kerjanya, Faseha.



   “Faseha.. Macam mana boleh bikin straight si Fadhil ni? Tup-tup je timbul berita korang kahwin..” Tanya Afiq, ingin tahu bagaimana perkembangan hubungan mereka.
   “Senang je.. Setiap hari dia datang cari chef, Seha tiupkan ayat pengasih dalam jus yang Seha hidang. Walaupun pada mulanya Abang Dell tak nak minum, akhirnya Seha menang juga..!”
   “Pergh, ayat pengasih.. Jangan main-main wo!” Usik Afiq. “Ajar la..”
   “Mak Seha yang ajar.. Guna ayat Al-Quran untuk lembutkan hati orang. Ayat-ayat Allah memang agung..” Faseha hanya mengulum senyum.

   “Fieq, isteri kau mana? Aku tak nampak pun.. Aku nak mintak maaf kat dia...” Celah Fadhil. Wajahnya kelihatan meredup.
   “Ha'ah la, lama jugak dia dekat tandas. Dari pagi tadi lagi dia bercinta dengan Mr. Tan tuh. Biar aku pergi tengok.” Dan tatkala Afiq membuka langkah, Samira sudahpun berada di sisinya.
“Hubby, tengok ni..”
    Afiq terkejut melihat alat menyerupai termometer yang diberikan Samira kepadanya. "What's this?!”
   Faseha menariknya dari tangan Afiq.
   “Biru? Congratulations..!”
   “Tak sure lagi..” Samira tersenyum simpul.
   “Apa maksud korang..?” Tanya Afiq dengan wajah berkerut seribu.
   “Fieq, blur la kau ni..” Fadhil menolak bahu sahabatnya. “Samira mengandung!”

   Afiq terbuntang. Dia hanya mampu memeluk erat batang tubuh isterinya itu. Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi.


ad's note : sorie kalau cerita ni melampau and mendadak..

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous