Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
 Josetsu
(prolog)

“ALHAMDULILLAH, selamatlah sudah pengantin kita diijab kabulkan. Tahniah diucapkan buat Izzudin dan Aishah.” Begitulah yang diucapkan oleh tok kadi di hari pernikahan mereka. Pasangan yang disatukan atas pilihan keluarga itu kelihatan mesra.

Namun begitu, Aishah buntu. Dia tidak mahu Izzudin berdosa kerana tidak menyentuhnya dan dia juga tidak sanggup meminta cerai. Dia tahu dan dia faham, suaminya masih dibelenggu rasa kasih dan cinta terhadap Zulaikha, kekasih lamanya. Dan Zulaikha telahpun bahagia bersama pilihan keluarganya.
Aishah pernah berjumpa dengan wanita itu. Zulaikha pernah menasihatinya untuk bersabar dan cuba memenangi hati Izzudin. Zulaikha memberitahunya bahawa dia dipaksa untuk menikahi lelaki yang tidak dikenalinya. Zulaikha kesal dengan sikap bapanya yang menolak lamaran Izzudin.

Aishah cuba memikat Izzudin. Kata ummi, lelaki kalah dengan masakan. Jadi, Aishah menghidangkan ikan talapia masak tomato yang dipelajari daripada ibu mertuanya.
“Wah,sedapnya masakan ni. Ada favourite abang pula tu. Tahulah Zue masak sempena birhday abang. Terima kasih, sayang Zue!” Ujar Izzudin kegirangan.
“ Ya, selamat ulang tahun yang ke-27, wahai suamiku. Ana harap abang suka masakan ana. Ana doakan abang berjaya menjadi seorang suami mithali.” Balas Aishah sambil tersenyum hambar. Izzudin mengaminkan doanya itu.

“Sedap betul Zue masak hari ni. Lain kali masak macam ni lagi, ya. Sedapnya, mana Zue belajar? Sebelum ni, tak pernah pun masak camni.” Izzudin tidak putus-putus memuji sambil mengajukan soalan. “Daripada mak abanglah.” Jawab Aishah pendek. Air matanya bergenang.
“Abang, ana tahu abang betul-betul sayangkan Zue.” Aishah menghentikan suapannya. “Tapi, sedarlah abang. Isteri abang ni, namanya Aishah dan kekasih abang telah menikah 3 bulan yang lalu. Jadilah seorang yang redha akan taqdir Allah dan bersyukurlah dengan nikmat kurniaannya. Jangan bersedih dengan apa yang pergi dari sisimu.” Aishah tidak dapat menahan lagi air yang bergenang di tubir matanya. Tangisannya berderai.

“Astaghfirullahal'azim..! Aishah, abang mintak maaf.” Izzudin tersentak. Dia kesal dengan keterlanjuran kata-katanya. “Aishah, janganlah menangis. Abang betul-betul mintak maaf. Abang tahu abang salah. Abang tak sepatutnya tergila-gilakan Zue.” Izzudin mendekati dan menggenggam tangan Aishah yang duduk bertentangan dengannya.
“Abang mintak maaf sebab tak layan isteri abang dengan baik. Cinta telah membutakan hati abang. Abang tahu ia melukakan hati Aishah. Abang janji, lepas ni abang akan cuba lupakan Zue dan abang akan layan Aishah dengan sebaik-baiknya.” Izzudin menabur janji setelah memohon maaf daripada Aishah. “Aishah janganlah menangis lagi..” Dia cuba memujuk.
Aishah mengesat air matanya. Dia cuba mengukir senyuman.

SEMINGGU telah berlalu. Izzudin masih bersikap seperti dulu. Aishah nekad. Hari ini, malam ini, dia akan mencuba sesuatu yang lain. Sesuatu yang dia sendiri tidak pernah terfikir akan melakukannya. Dia sudah bosan menunggu Izzudin berubah.
Aishah berbaring sambil memejamkan matanya, berpura-pura tidur. Dia menunggu jam sebelas kerana Izzudin biasanya akan masuk ke bilik itu untuk tidur sahaja. Hatinya berdebar-debar apabila telinganya menangkap bunyi pintu dikuak.

“Huargh, mengantuknya! Banyak lagi kerja tak siap ni. Baik tidur awal. Cuti tak cuti, kerja tetap kena buat. Nanti bertambah-tambah pages yang aku kena buat.” Rungut Izzudin sendirian. Dia melangkahkan kaki ke katilnya.
“Masya-Allah, paradise.. Kenapalah kau pakai macam ni, Aishah oi!” Izzudin terkejut melihat Aishah berpakaian agak seksi. Dia menyelimutkan Aishah hingga ke paras dada. Tidak sanggup melihat Aishah sebegitu.
Tiba-tiba, Aishah menggenggam erat tangannya.
“Kenapa abang masih tak layan Aishah? Masih terkenangkan Kak Zue?” Soal Aishah.
“Eh, takde lah.” Izzudin menarik tangannya semula. “Merepek je, tiba-tiba cakap pasal Zue.”

“Dah tu, kenapa abang macam tak anggap Aishah ni sebagai isteri?” Soalan cepumas itu membuatkan Izzudin terdiam. Aishah bangkit.
“Abang masih sayangkan Kak Zue, ke? Itu ke sebabnya abang biarkan Aishah macam ni?” Aishah bertanya lagi apabila Izzudin tidak menjawab. “Abang, Kak Zue tu bukannya seorang yang halal bagi abang. Abang takde hak atas dia. Bahkan, Aishah yang halal bagi abang ni.. abang sanggup abaikan hak Aishah? Abang tak takutkah akan balasannya? Aishah takut sangat kalau-kalau abang terpaksa menghadapi azab neraka hanya kerana Aishah. Kalau abang betul-betul terima Aishah sebagai isteri, maka layanlah Aishah dengan layanan yang sepatutnya.” Aishah menyatakan apa yang terbuku di hatinya di samping mencuba untuk menasihati Izzudin agar menjadi seorang yang bertanggungjawab.
“Abang..” Aishah berkata perlahan. “Kalau abang rasa tak dapat nak jaga Aishah, Aishah sanggup kalau...” Aishah berhenti mengutip semangat. Walaupun berat, dia terpaksa jua menyebutnya, “abang lepaskan Aishah.”

“Astaghfirullahal'azim, AISHAH!!” Mata Izzudin terbuntang. Dia tidak percaya akan apa yang didengarnya dari mulut gadis mulus itu.
“Aishah tahu tak apa yang Aishah cakapkan ni? Aishah tahukan, Allah tak sukakan perceraian?! Bergegar arasy Allah..!” Marah Izzudin. Dia mengambil tempat di sebelah Aishah.
“Aishah, abang bukan seperti apa yang Aishah fikirkan. Pasal Zue, abang dah lupakan dia. Dah lama dah; she's been history in my life.” Izzudin cuba berterus terang dengan isterinya. “Abang cuma belum bersedia untuk Aishah. Kita baru kenal. Lagipun, Aishah tak tahu apa yang dah terjadi. I'm sorry. Abang harap Aishah boleh beri abang sikit masa untuk mengubat luka di hati ni.”

“Aishah nak tahu apa yang terjadi.” Pinta Aishah. Dia mahu tahu perkara yang terjadi antara Izzudin dan Zulaikha. Dia berharap suaminya itu memberitahu apa yang tidak diberitahu Zulaikha kepadanya.
“Aishah takkan faham. You weren't in my place.” Balas Izzudin. Hati lelakinya hendak menangis mengingatkan kejadian di rumah Zulaikha.
“Onegai! Please, make me. Make me understand you.” Aishah tidak mahu mengalah. Dia pasti mahu tahu tentang itu. Sikap ingin tahu itu telah tertanam di dalam dirinya sejak mengenali watak utama komik bertajuk 'Detektif Conan' yang diperkenalkan oleh Yukiko, seorang rakan di Universiti Osaka tiga tahun yang lalu.
“Abang tak nak cakap pasal ni. Abang penat, nak tidur.” Izzudin berdalih. Dia mengiring membelakangkan Aishah dan menutup kepalanya dengan bantal.
Aishah mengeluh. Sudah lebih tiga bulan berlalu sejak Zulaikha bernikah dengan pilihan keluarganya. Apakah yang membuatkan Izzudin bersedih hati sebegini rupa?

Aishah mengerling ke arah Izzudin. Suaminya itu kelihatan sudah terlena dalam tidurnya. Aishah membuat keputusan untuk tidur juga supaya dia tidak terlewat untuk qiyamullail. “Apa pun yang terjadi, ana nak tahu jugak. Pasti akan mengorek rahsia ni.” Monolog Aishah sendirian. Dia sudah bermimpi untuk menyiasat seperti Edogawa Conan, wira kesayangannya.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous