“Hmm, Aishah nak tau, esok kita nak balik Tanjung Karang. Jumaat kita buat pergi ziarah kubur arwah aniki. Tapi, sebelum tu kita ambil mak dan bapak dulu.” Ujar Izzudin setelah menghabiskan makanan tengah harinya.
Aishah teruja. “Hontou ni? Berapa hari kita dekat sana?”
“Sabtu kita baliklah. Abang tak boleh tinggalkan melukis. Nanti idea yang ada, terlupa pulak.”
“Oh, sekejapnya. Kenapa tak balik hari Ahad je?” Rungut Aishah sambil mengemaskan meja. “Okeylah, sekarang abang nak buat apa? Ada dua jam lagi sebelum masuk Asar.”
“Kemas beglah.”
“AMIRAH!” Dato' Zulkifli memanggil dari ruang tamu. “Kemaskan barang-barang kita. Izzudin sampai nanti. Lepas Zuhur nanti kita gerak, insya-Allah.” Dato' Zulkifli menyambung. Dia baru sahaja menerima mesej daripada anaknya menyatakan bahawa dia dan Aishah akan sampai menjelang tengah hari.
Dato' Zulkifli masuk ke bilik dan mengemaskan pakaian selama 3 hari 2 malam di rumah besannya. Dia tidak sabar untuk berjumpa lagi dengan Haji Samiri. Datin Amirah masuk tidak lama kemudian setelah dia menyelesaikan urusannya di dapur.
“Bukan Udin cakap nak balik esok?” Datin Amirah hairan.
“Apa salahnya kalau budak tu dapat cuti awal..? Lagi cepat kita boleh jumpa dengan menantu kita tu.” Balas Dato' Zulkifli selamba.
“Hmm.. macam manalah agaknya keadaan Aishah tu? Dah baik belum, traumanya? Kalau belum, nampaknya lama lagilah kita boleh menimang cucu. Saya dah tak sabar nak tengok Izzudin tu jadi seorang ayah. Dah semakin tua kita ni.” Datin Amirah menyatakan kebimbangannya sambil tangannya ligat melipat baju.
“Saya tak risau sangat tentang tu. Ada rezeki, insya-Allah. Kalau tak ada, kita redha. Aishah memang dah sembuh. Tapi apa yang saya risaukan, Izzudin masih tak dapat lupakan Zulaikha.” Giliran Dato' Zulikfli pula yang meluahkan kebimbangannya.
“Udin tu ada cakap dengan abang ke tentang ni?”
“Tak ada. Tapi dari muka dia tu, abang tau dia dengan Aishah belum bersama.”
“Betul apa yang saya dengar ni, bang?” Datin Amirah terhenti. “Biar betul? Masalah berat tu!”
“Saya pun tak tau apa nak jadi dengan dia. Nanti saya tanya dia betul-betul.”
“Kita tak boleh biar tu, bang. Nanti tak merasalah kita bercucu!”
“Ke situ pulak dia. Abang risaukan kebajikan Aishah tu, dia pulak fikir pasal cucu.” Dato' Zulkifli menggeleng. “Sudahlah, abang nak solat dhuha.”
Baru sahaja Dato' Zulkifli mengangkat takbiratul ihram, dia terdengar bunyi hon dari luar rumah. Bagaimanapun, dia meneruskan solatnya tanpa mengendahkan salam yang diberi.
Datin Amirah segera ke anjung rumah untuk menyambut kepulangan anak dan menantunya. “Waalaikumsalam! Awal anak mak sampai..” Dia menegur dan bersalaman dengan mereka.
“Alhamdulillah, mak. Aishah ni nak awal sangat, Subuh dah gerak.” Balas Izzudin. “Bapak mana, mak?”
“Ada dalam bilik tu. Dia tengah solat dhuha. Masuklah!” Datin Amirah mempelawa.
Aishah duduk di sebelah Izzudin. Di memandang suaminya.
“Apa?!” Izzudin tidak senang dengan perlakuan Aishah.
“Abang tak nak solat dhuha ke? Solat dhuha ni bagus tau. Banyak fadhilatnya!”
“Terima kasih, sayang.” Izzudin tersenyum. “Tapi, abang nak rehat. Nanti nak berjalan jauh. Abang mengantuk dah ni.” Izzudin mengerling jam tangannya. 11.15 pagi.
“Solat itu kan satu kerehatan?” Aishah menyatakan suatu fakta bagi umat Islam. “Kalau abang penat, lepas solat dhuha ada banyak masa lagi untuk tidur.”
“Eleh, taulah dia tak solat. Sudahlah, abang nak tidur dalam bilik.” Izzudin mengelak.
“Aishah cuma nasihatkan je..”
Izzudin masuk kedalam bilik. Aishah hanya memandang dengan ekor matanya. Setelah itu, Aishah ke dapur untuk membantu ibu mertuanya.
Usai mengerjakan solat dhuha, Dato' Zulkifli turun ke dapur untuk menyambut anaknya. Dia melihat Aishah sedang bersenda gurau bersama isterinya.
“Gembira nampaknya..” Dato' Zulkifli menegur. “Masak apa ni?”
“Entahlah, abang. Saya nak masak air je. Tapi Aishah suruh masak untuk tengah hari terus.”
“Assalamualaikum, bapak.” Aishah menghulurkan tangan tetapi Dato' Zulkifli menolak. Aishah faham, 'bapak mesti nak jaga wudhu'.
“Takpe, Abang Izz tak nak minum pagi. Tadi tak sarapan, jadi Aishah rasa Abang Izz mesti lapar.” Aishah menjelaskan niatnya.
“Mana Izzudin. Tadi macam dengar suara dia, tapi tak nampak bayang pun.”
“Abang..” Aishah serba salah. “Abang Izz qalulah!”
“Oh, ya ke? Bapak ada benda nak cakap dengan dia.” Dato' Zulkifli berfikir sejenak. “Nantilah. Kamu masak apa Aishah? Kecur air liur, bapak tengok.”
“Aishah tak tau nak masak apa.. Hehe!” Aishah tidak mahu memberitahu.
“Hmm.. takpelah macam tu. Tapi, Aishah nak masak untuk siapa? Bapak dan mak puasa!”
“Iya? Maaf.” Aishah tidak menyangka mertuanya itu akan berpuasa sunat hari Khamis. “Kalau macam tu, Aishah masak untuk makan berdua je lah.”
MENJELANG TENGAH HARI, Dato' Zulkifli memasuki bilik Izzudin. Izzudin tidur dengan lengan menutup matanya. Dato' Zulkifli menutup pintu lalu duduk di birai katil. Izzudin terkejut.
“Bapak.. ada apa?”
“Bapak nak tanya tentang kamu dengan Aishah. Macam mana sekarang?”
“Alhamdulillah, Aishah dah sembuh. Semuanya jadi semakin baik.” Izzudin menggosok mata.
“Kamu masih ingatkan Zulaikha, ke? Jangan zalimi Aishah sebagai isteri kamu..” Nasihat Dato' Zulkifli.
“Mana adalah, bapak. Zulaikha tu dah jadi sejarah dalam hidup Udin. Kan Udin dah cakap tadi, all had been better. Trust me, lah bapak.” Izzudin sedikit berang. Dia yang baru sahaja bangun dari tidur sudah difitnah melakukan perkara-perkara yang tidak patut.
“Bukti?”
Izzudin ternganga. 'Takkanlah aku nak kena pasal tu?'
“Apa bukti yang bapak nak?” Izzudin berlagak tenang.
“Kamu berdua dah jimak ke belum?” Izzudin menelan liur.
“Dah.” Izzudin menelan liur lagi. Kalau boleh, dia tidak mahu bercerita tentang itu.
“Bila?!” Dato' Zulkifli teruja.
“Dua hari lepas..”
“Ya ke..?” Dato' Zulikifli sengaja menduga Izzudin.
“Johan, psychiatrist tu yang suruh..” Suara Izzudin mengecil.
“Kamu jumpa doktor tu?” Dato' Zulkifli agak terkejut.
Izzudin mengangguk. Tiba-tiba Dato' Zulkifli memeluk bahu Izzudin.
“Baguslah kalau macam tu!!” Ujarnya, dia sungguh bangga Izzudin dapat mengatasi rasa cemburu. “Dah, pergi turun makan. Aishah dah tunggu tu..”
JAM MENUNJUKKAN 6.45 PETANG. Hajah Noriah semakin resah. “Abang, bila mereka nak sampai ni? Nor risaulah..”
Haji Samiri mengeluh. Bukan sekali ini dia mendengar kata-kata itu. “Apa yang awak risaukan? Aishah tu bukannya budak lagi. Dah 24 tahun dah. Lagipun, Izzudin kan ada..”
“Tapi, Nor takut kalau ada apa-apa yang terjadi dekat tengah jalan nanti..”
“Astaghfirullah..” Haji Samiri menasihati isterinya. “Allah bersama orang yang beriman. Kita sebagai orang yang beriman kena sentiasa tawakal kepada Allah. Allah pasti akan menjaga hamba-hambanya. Lagipun, Dia lebih berhak ke atas nyawa seseorang lebih dari seseorang itu berhak ke atas nyawanya. Kerana nyawa itu milik Allah.. Dia pinjamkan kepada kita supaya kita menjadi orang yang bertaqwa kepadanya. Janganlah macam ni, Nor. Kita kena tawakal dan redha.”
Hajah Noriah tidak menjawab. Hatinya dilanda amukan resah selagi mana dia tidak melihat anaknya yang satu itu.
“Assalamua'laikum!” Suara seorang lelaki memberi salam.
“Izzudin?” Hajah Noriah segera menjenguk.
Haji Samiri hanya menggeleng melihat telatah isterinya. 'Tak dengar bunyi kereta, pun.'
“Siapa tadi tu?” Tanya Haji Samiri apabila Hajah Noriah datang menjinjit bungkusan plastik merah. “Azali.” Hajah Noriah menyimpan bungkusan tersebut ke dalam peti. “A'an bagi ikan.”
“Oh, terima kasihlah Cik A'an.” Haji Samiri bersikap selamba.
“Huh?!” Hajah Noriah naik berang.
“Yang awak ni kenapa pulak? Tiba-tiba cubit abang..”
“Yang abang tiba-tiba ucap terima kasih tu kenapa? Dia bukannya ada dekat sini.”
Haji Samiri sedar isterinya cemburu.
“Biarlah, lebih baik abang cakap kat sini daripada abang pergi jumpa dia. Maksiat..”
“Abang ni ada apa-apa ke dengan dia, yang Nor tak tahu?”
PIN! PIN!
“Dah sampai..!” Hajah Noriah riang. Haji Samiri menghela nafas lega. Dia tidak tahu macam mana lagi hendak melayan kerenah isterinya itu. Dia menuruti langkah Hajah Noriah ke muka pintu.
“Ummi, assalamu'alaikum..! Walid!” Aishah segera menyalami ibu bapanya.
“Aishah sihat?” Tanya Hajah Noriah, terus melupakan pergaduhan yang tercetus sebentar tadi.
“Alhamdulillah..” Aishah menjawab ringkas.
“Izzudin mana Aishah?” Haji Samiri bertanya pula.
“Ada, tengah ambil beg. Mak dan bapak pun ada..”
“Amirah..” Hajah Noriah menyambut mesra kedatangan sahabat merangkap besannya itu. Dato' Zulkifli juga disambut Haji Samiri dengan pelukan.
Aishah meninggalkan ibu, bapa dan mertuanya. Dia ingin membantu Izzudin memunggah barang.
“Abang, jomlah masuk.” Jemput Aishah menjemput.
“Aishah, abang minta maaf.” Izzudin masih lagi duduk di atas but kereta.
“Doshite?” Aishah pelik dengan sikap Izzudin sejak dari Bentong lagi.
“Abang terbagitau bapak tentang.. malam tu.”
“Malam tu?” Aishah kaget. “Dua hari lepas..”
“Abang!” Marah Aishah. “Habislah, nanti ummi dan walid pun tahu..!”
“Jangan jerit, nanti kantoi..!”
“Kantoi??! Macam mana tak kantoi kalau abang dah beritahu?” Aishah benar-benar berang.
“Iih, abang ni tak malu!!”
“Abang tak sengajalah..” Izzudin separuh menjerit. Dia mengejar Aishah yang pantas masuk ke rumah.
Izzudin terhenti. Dia terlihat ibu, bapa serta mertuanya yang berkumpul di ruang tamu. Dia jadi malu tiba-tiba. Dia mengisyaratkan maaf lalu mengejar Aishah ke tingkat atas. Dato' Zulkifli memanggilnya.
“Izzudin! Mari sini..”
“Sekejap, bapak..” Izzudin tetap ingin mengejar Aishah.
“Mari sini!” Dato' Zulkifli berkeras mahu bercakap dengan Izzudin. “Tapi..”
“Udin, apa salahnya kamu ke mari sekejap?” Datin Amirah pula yang memanggil.
Izzudin tidak mempunyai pilihan. Dia wajib menurut perintah ibunya itu.
“Kenapa, bapak?”
“Aishah marahkan kamu sebab beritahu bapak tentang itu ke?”
“Ya..” Izzudin serba salah. “Aishah malu. Dia marah Udin sebab bagitau bapak tentang tu. Boleh tak bapak jangan bagitau ummi dan walid? Please..”
Dato' Zulkifli mengeluh. “Kamu beritahu Aishah, bapak minta maaf. Berita gembira macam ni perlu dikongsi. Dan kami semua memang dah tunggu saat ni. Bapak takut sangat kalau perkahwinan kamu berdua tak menjadi.”
“Tapi bapak, ini aib kami..”
“Berita gembira bagi bapak, mak walid dan ummi kamu. Dahlah, jangan fikir lagi. Pergi pujuk dia..” Izzudin melangkah lemah ke bilik Aishah.
Tiba di tingkat atas, Izzudin menjumpai dua buah bilik. Di sebelah kanan berwarna biru manakala di sebelah kiri berwarna hijau. Izzudin menduga bahawa bilik Aishah di sebelah kanan berdasarkan kata-kata yang tertampal di pintu. “.IMOTO,OHEYA.”
Izzudin melihat Aishah sedang duduk di meja solek ketika dia melangkah masuk. Aishah langsung tidak menyedari kehadirannya. Izzudin hanya memerhatikan Aishah yang leka menulis sesuatu ke dalam sebuah buku. Buku log yang dibalut dengan surat khabar.
Sesekali terdengar Aishah ketawa, kemudian Aishah menangis. Tangisan itu semakin kuat, “geramnya!!” Aishah menutup buku itu dengan kasar.
“Aishah..” Izzudin memberanikan diri untuk menegur.
Aishah tidak mengendahkannya. Dia marah dan malu. Dia tidak pernah menangis di hadapan lelaki, seingatnya.
“Aishah jangan macam ni. Abang tau abang salah.” Izzudin menyentuh bahu Aishah. “Aishah janganlah marah.. Abang pun malu nak bagitau bapak, tapi bapak mendesak nak tau. Dia tuduh abang masih sayangkan Zulaikha! Abang dah cakap tak, tapi bapak mintak bukti.”
“So? Itu bukan alasan yang kukuh untuk beritahu sesiapapun tentang kita!”
“But he's our dad! Aishah, abang mintak maaf, tapi perkara ni dah terjadi pun. Bapak pun mintak maaf. Katanya, dia takkan rahsiakan daripada ummi dan walid.. sebab ini berita gembira bagi mereka.”
“Gembira?!” Aishah mengangkat muka. “Abang gembiralah dah buat Aishah malu depan ibu bapa Aishah sendiri??”
“Abang tak cakap abang gembira.” Izzudin lelah. Dia tidak mahu bergaduh begitu. “I would never ever let you down! Believe me, Aishah. Tadi, bapak panggil abang. Dia suruh abang beritahu Aishah tentang tu. Bapak betul-betul mintak maaf tadi, Aishah. Tolonglah, abang tak nak bergaduh sekarang.. Dah maghrib ni, sayang.”
Aishah masih tidak berganjak dari kerusi. Izzudin terduduk di katil. Mereka berdua berdiam, menenangkan diri.
“Itu diari Aishah ke?” Izzudin memecah kesunyian. “Ya, nak baca ke?”
“Boleh ke abang baca?” Izzudin tidak percaya. Apakah Aishah hanya bermain-main?
Aishah menghulurkan diarinya kepada Izzudin. Izzudin mengambilnya dengan penuh rasa ragu. Ketika Izzudin membuka helaian buku tersebut, Aishah berkata “bacalah kalau abang faham..!”
Izzudin sedar, Aishah hanya ingin mempermainkan dirinya. Seluruh isi buku itu ditulis dengan tulisan yang tidak dapat difahaminya.
“Katakana, my favourite writing style!” Aishah mentertawakan Izzudin.
Izzudin memulangkan semula diari Aishah. “Nah, ambil balik!”
Aishah mencapai diarinya tetapi Izzudin menarik semula. “Kenapa Aishah balut dengan surat khabar?” Aishah menjawab dengan selamba, “nampak misteri..”
Izzudin menghulurkan diari Aishah. Aishah mencapai, dan sekali lagi Izzudin menarik. “Aishah maafkan abang tak?” Aishah tersenyum, “Allah membenci orang yang berdendam. Apatah lagi suami isteri. Dan Aishah tak nak masuk neraka!”
Izzudin menghulurkan diari Aishah sekali lagi. Aishah tidak mengambilnya. “Anything more you have to ask?”
“No, just take this” Balas Izzudin. Aishah mencapai diarinya.
Izzudin tidak melepaskan diari Aishah bahkan dia menarik Aishah ke pangkuannya. Aishah tergamam. “Thanks Aishah, sebab maafkan abang.”
Izzudin pantas melarikan diri dari Aishah. “Abang nak solat.” Izzudin tersengih sambil membuka pintu. Aishah membaling sebiji bantal ke arah Izzuidin. “Yancha! Jahat!!”
Izzudin hanya ketawa. Dia sudah hilang di balik pintu.
Aishah menyentuh bibirnya. “Malunya..!”
AISHAH TERJAGA DARI TIDURNYA. Dia tidak selesa tidur di atas katil itu. Dia rindu untuk tidur di atas toto berlantaikan tatami. Tetapi, Izzudin mendesak dia tidur di atas katil sedangkan suaminya itu rela tidur di lantai.
Aishah terlihat suatu kembaga di hujung katil. Dengan bantuan sedikit cahaya yang masuk melalui tingkap, dia cuba untuk memastikan bentuk sebenar lembaga itu. Dia tidak berani bergerak kerana takut lembaga itu akan mengganggunya.
“Abang Izz ke tu?” Detus hati Aishah. “Eh, Abang Izz qiyamullail? Subhanallah..!” Aishah tidak menyangka Izzudin melakukan solat malam yang telah lama ditinggalkannya.
Aishah hanya memerhatikan Izzudin. Dia terharu melihat suaminya yang semakin soleh. Masih dia ingat, sebelum berjumpa Johan dia selalu mengerjakan solat tahajud sendirian kerana telah berputus asa untuk mengejutkan Izzuidin. Namun, semasa dirawat oleh Johan Aishah tidak berupaya untuk bangun malam.
Izzudin mengakhiri solat hajatnya dengan salam. Dia mengangkat tangannya lalu berdoa kepada Allah, Yang Maha Memperkenankan doa.
“Ya Allah bantulah aku dalam mengelak pertemuan dengan Zulaikha. Aku belum bersedia untuk bertemu dengannya, Ya Allah. Janganlah Engkau temukan aku dengan dia. Aku takut jika aku bertemu dengannya, aku akan melupakan Aishah, isteriku. Aku tidak mahu lagi mengabaikan tanggungjawabku itu.”
“Ya Allah, bantulah aku. Berikanlah aku ketenangan dan keharmonian dalam berumah tangga. Jadikanlah aku seorang suami yang bertanggungjawab.” Mengalir air mata Aishah mendengar rintihan ikhlas Izzudin terhadap Yang Maha Mendengar. Aishah cuba mengawal nafasnya daripada teresak-esak. Namun, doa Izzudin itu benar-benar menimbulkan kesan di hatinya.
Izzudin baru selesai solat witir. Dia terdengar suara dari arah katil. Dia segera mendapatkan Aishah. Izzudin mengusap rambut Aishah yang disangkanya masih tidur.“Aishah mengigau ya? Tidurlah, sayang. Mimpi tu mainan tidur jer..”
Air mata Aishah semakin deras mengalir. Dia bangkit dan memeluk Izzudin. “Abang, maafkan Aishah!”
“Kenapa ni? Apa yang Aishah mimpikan sampai tiba-tiba minta maaf, ni?”
“Aishah tak mimpi, Aishah sedar. Tadi Aishah terjaga, dan Aishah dengar doa abang. Aishah terharu sangat.” Izzudin terkedu. “Aishah minta maaf sebab hari tu Aishah buruk sangka dengan abang, cakap yang abang masih sayangkan Kak Zue. Aishah nak ucap terima kasih juga sebab mencintai Aishah sepenuh hati.” Aishah tersedu-sedu.
Izzudin tersenyum lega. “Alhamdulillah, abang ingatkan Aishah mengigau lagi. Abang takut sangat kalau Aishah masih lagi trauma.” Izzudin meleraikan pelukan. Dia menyeka Air mata Aishah. “Abang tak kisah dengan apa yang telah terjadi. We can't turn the time back, right? Abang bersyukur Aishah sedar, jangan ulang lagi kesilapan ni, tau!” Izzudin mencuit hidung Aishah.
“Aishah nak ucapkan tahniah sebab berjaya istiqamah dengan qiyamullail. Aishah bangga dengan abang, cuma lain kali ajaklah Aishah sekali. Aishah nak kumpul pahala juga.” Ujar Aishah setelah tangisannya reda.
“Insya-Allah.” Izzudin terus tersenyum. “Dah lah. Tidur, esok nak bangun awal. Sweet dreams!” Pesan Izzudin sambil bangkit untuk kembali ke tempat tidurnya.
Aishah menarik lengan Izzudin.
“Abang, tidurlah dengan Aishah dekat atas ni. Jangan tidur dekat bawah..” Pinta Aishah malu-malu. “Kenapa? Takut??” Izzudin menduga. Aishah tersengih. Bukan itu sebenarnya, tetapi dia ingin dekat dengan Izzudin.
“Mengada..!” Cemuh Izzudin. “Muat ke, dua orang nak tidur atas single bed ni?”
“Himpitkan je..” Balas Aishah nakal.
“Yalah tu.. Kalau abang jatuh, abang tarik Aishah sekali!” Izzudin sudah berbaring di sebelah Aishah. “Tariklah, abang juga yang kena tindih nanti!”
“ADUH..!” Aishah terjatuh dari katilnya. Dia terguling ke tepi. Merasakan dirinya menghempap sesuatu, Aishah segera meminta maaf.
“Sakit sangat ke, bang? Kuatnya mengaduh..”
“Aishah tu berat. Dah la punggung abang jatuh dulu, tadi! Sakit..” Rungut Izzudin. Dia bangkit perlahan-lahan. “Sorry lah, abang. Nanti Aishah diet..”
“Jangan!” Izzudin cepat menegah. “Kamu tu, makan pun tidak! Nanti susah nak mengandung.”
“Tadi kata, Aishah berat..”
“Orang dewasa memanglah berat. Kalau tak berat, kanak-kanak namanya.” Izzudin bersandar pada katil. “Takpe lah, salah abang jugak..”
“Macam mana boleh jatuh ni, bang?”
“Kamu lah.. Entah mimpi apa! Abang sedap-sedap peluk dia, tiba-tiba kena tendang.” Izzudin mencapai hujung jari kakinya untuk menegangkan urat-urat kaki. “Macam yang abang cakap malam tadi, kalau abang jatuh abang tarik Aishah sekali!”
“Oh, Aishah rasa Aishah mimpi kejar penjahat. Bila dah dekat, sepak bola kena orang tu. Macam Conan..” Ujar Aishah. Dia bangun membuka lampu.
“Abang, pergilah mandi. Dah nak Subuh dah ni..”
Izzudin mengerling jam. 5.45 pagi. Dia mencapai tualanya.
Post a Comment