Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Yatsu (8)

“AISHAH, NANTI JOHAN nak jumpa lagi. Pukul sembilan.” Ujar Izzudin sambil mencapai cawan yang berisi air mangga. Aishah yang juga baru selesai makan membalas, “pukul sembilan, macam hari tu?”
“Ya, Aishah nak abang teman dalam bilik macam hari tu jugak ke? Tak mengganggu?”
“Aishah tak kisah sebenarnya. Tapi, kalau abang duduk luar senang sikit Aishah nak jawab soalan-soalan Johan.” Aishah mula mengemaskan meja makan.
'Tak kisah..' Perli Izzudin di dalam hati.

mimz00: salam, maaf terlambat. something came up. omachidohsama!
bukan_malaikat: wassalam. takpe, ana faham. boleh kita mulakan?
mimz00: saranari!

Aishah tidak mahu membuang masa lagi. Dia terlupa tentang temujanji ini lalu membaca satu juzu' Al-Qur'an selepas solat tadi.
Johan mengajak Aishah berbual sebentar mengenai novelnya. Johan tidak mahu kliennya itu berasa tertekan.

IZZUDIN MENYIAPKAN karyanya yang bertajuk “Cinta Antara Kita” tanpa gangguan. “Dia tulis novel tentang kitorang, aku pulak lukis komik. Haha, bagus betul! Novel dia aku tahu, komik aku dia tak tahu. Ada chemistry pulak, sama-sama buat cerita tentang kehidupan masing-masing!” Izzudin berkata sendiri.
“Apa yang Aishah buat dekat dalam tu? Senyap jer.” Izzudin penasaran.
“Dah sejam setengah. Tapi, tak dengar apa-apa suara pun dari bilik tu. Kalau dia pengsan mestilah Johan call.” Izzudin terfikirkan sesuatu. “Jangan-jangan..”
“Aku mesti pergi tengok!”

“JADI, ANTA RASA ana patut buat macam tu? Anta rasa itu boleh tolong sembuhkan trauma ana?” Aishah keliru. “Insya-Allah. Ana cuma cadangkan antara ikhtiar yang munasabah bagi manusia. Mujarab atau tidak, wallahua'lam. Kita tawakal jer.” Johan tetap dengan ketenangannya sebagai seorang pakar psikiatri.
“Ubat yang paling mujarab pun, kalau Allah tak izinkan kesembuhan maka ia tidak akan sembuh. Betul tak?” Aishah hanya mengangguk.
“Hari tu, ana ada suruh juga Izzudin buat macam tu. Ana tahu dia takkan buat sebab dia segan. Dan ana harap anti tuntut hak anti sebagai isteri dia. Hak itu sangat penting bagi anti sekarang. Ana tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi anti akan rasa sendiri perbezaannya nanti. Ana mohon, tuntutlah hak anti tu daripada Izzudin. Itu ubat terbaik bagi antum berdua.” Aishah terus diam. Dia masih keliru dengan apa yang diperkatakan Johan. “Sudahlah. Ana minta diri dulu. Pasti anti tak nak dengar pasal ni lagi, kan? Wassalamualaikum!”

Izzudin mendengar perbualan Aishah dan Johan menerusi webcam. Dia mendekati Aishah yang masih tidak berganjak dari kerusi. “Wah, dulu menaip jer. Sekarang dah berbual pulak..!” Izzudin cemburu. “Apa yang korang bualkan?”
Aishah merenung wajah Izzudin dengan pandangan kosong. Dia masih memikirkan tentang kata-kata Johan. “Nak buat ke?” Ujarnya tiba-tiba.
Izzudin yang leka bermain-main dengan pen di atas meja itu menoleh, “buat apa?”
Mereka berpandangan seketika. Izzudin bertanya lagi apabila Aishah tidak menjawab. “Nak buat apa, sayang? Beritahulah..”
Aishah merenung ke dalam mata Izzudin. “Takde apalah. Just asking.” Izzudin kehairanan. “Aishah, kenapa ni sayang? Beritahulah abang, apa yang Johan cakapkan tadi??” Izzudin memujuk. Sangkanya, Aishah tahu dia cemburu dan marahkan dia.
“Takde apa..” Aishah sudah menutup komputer. “Aishah penatlah, nak tidur.” Dia melangkah keluar bilik.
“Hari ni Aishah tak nak tidur kat bilik. Aishah tidur kat loteng, ya? Abang tak perlu kejutkan Aishah. Asif jiddan. (Minta maaf sangat.)” Aishah menyambung, dia sudah hilang di balik pintu.
Izzudin terkujat. Dia tidak dapat menghadam kata-kata Aishah itu. 'Kenapa? Apa yang terjadi?'
“Aishah!”

Dia segera ke biliknya. “Aishah?” Dia jadi panik apabila Aishah tiada di situ.
“Abang..” Izzudin berpaling. Aishah sudah melangkah ke ruang makan bersama bantal kesayangannya. Izzudin mendapatkan isterinya itu.
“Aishah kenapa tak nak tidur dalam bilik?” Izzudin bertanya. “Kenapa Aishah nak tidur dekat loteng? Bila masa pulak rumah dekat Malaysia ni ada loteng? Abang ada buat salah apa-apa ke sampai Aishah tak nak tidur dengan abang? Apa yang Johan cakap tadi sampai Aishah marahkan abang? Apa salah abang?” Soalan bertubi-tubi dari Izzudin membuat fikiran Aishah lebih bercelaru.
“Abang, maafkan Aishah. Mesti abang terkejut, tapi abang tak salah apa-apa. Cuma Aishah tengah pening sekarang. Aishah nak bersendirian. Dan tentang loteng tu, walid dan ummi yang hadiahkan. Mereka fikir Aishah betul-betul inginkan sebuah rumah dengan loteng. Mungkin sebab Aishah poskan gambar rumah dekat Hokkaido dulu.” Aishah menerangkan. “Aishah betul-betul minta maaf. Aishah perlukan masa untuk bersendirian. Kata-kata Johan tadi, buat Aishah keliru. Abang janganlah marahkan Aishah pula. Aishah harap, abang faham..”

“Abang tak faham!” Izzudin menyanggah. “Abang tak kisah apa yang Johan cakapkan, tapi kenapa mesti Aishah tidur sendiri dekat loteng? Apa salahnya tidur dalam bilik??”
“Aishah perlukan tempat yang tenang..”
“Dalam bilik tu tak tenang ke?!” Aishah tersentak. Izzudin menempiknya. “Abang tak kisah kalau Aishah nak bersendirian. Abang boleh tidur dekat luar.. Tapi, abang tak nak Aishah tidur sorang-sorang dekat loteng.” Suara Izzudin merendah semula.
“Tapi, abang..”
“Aishah, dengarlah cakap abang. Bukankah syurga bagi seorang isteri di bawah tapak kaki suaminya? Dengarkan abang, Aishah..” Izzudin memohon sepenuh hati.
Aishah mengalah. Dia duduk di meja makan, membuka hati dan mindanya untuk musyawwarah (berbincang). Lagi pula, berdosa melawan cakap suami.
Izzudin berlutut menghadap Aishah. “Aishah, abang nak Aishah faham. Abang tak nak Aishah tidur dekat loteng, Aishah kena tidur dekat bilik. Kalau Aishah nak bersendirian, abang tak kisah tidur dekat luar. Aishah tidurlah dalam bilik. Bahaya kalau Aishah tidur dekat loteng. Kalau apa-apa jadi nanti, abang tak sedar. Kalau ditakdirkan Aishah mati, macam mana?” Izzudin memujuk. “Abang risau..” Suara Izzudin seakan berbisik.
“Abang, Aishah tak dengar. Boleh abang ulang?” Aishah tidak mempercayai apa yang didengarnya. Izzudin tidak ingin menjawab.
“Abang risau.” Izzudin meruntuhkan juga egonya. “Yalah, kalau betul jadi macam tu dekat Aishah, mana abang nak carik isteri yang baik dan cantik seperti Aishah? Sepi hidup abang nanti..”
Aishah terharu mendengarnya. Hilang segala kekeliruan yang bersarang di dalam hatinya. “Aishah tidurlah dalam bilik ya, sayang?” Pinta Izzudin sekali lagi.
Aishah diam seketika. Dia menduga Izzudin, “abang nak tahu apa jawapan Aishah?”
Izzudin memandang tepat ke wajah Aishah, menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut isterinya. Aishah mendekatkan wajahnya.
Izzudin terkujat apabila bibir mereka bertaut. Dia tidak menyangka Aishah akan berbuat begitu. “Aishah sayangkan abang..” Aishah membisik.
Aishah menarik Izzudin berdiri. Aishah mengambil bantalnya yang diletakkan di kerusi sebelah, lantas merangkul lengan Izzudin dan bersaingan ke bilik tidur.
“Sebenarnya kan, Johan cakap tentang ubat paling bagus untuk kita berdua.”
“Untuk kita?” Izzudin pelik.

“Haik, bukan Aishah je yang sakit. Abang pun sakit juga!” Izzudin mengerutkan dahinya. Aishah tertawa. “Hihi, gurau je lah.. Memang dia ada cakap ubat untuk kita, tapi dia tak cakap pun yang abang sakit. Aishah tipu je, gomen..”

Aishah terhenti sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik. Dia berpaling ke arah Izzudin yang hanya berhenti di depan bilik. “Kenapa abang tak masuk? Masuklah..”
“Aishah kata nak bersendirian. Takpelah, abang tidur dekat ruang tamu jer.” Balas Izzudin.
Aishah serba-salah, Izzudin tidak pernah tidur di luar sejak hari pertama mereka di rumah itu.
“Ie. Abang masuklah. Aishah dah tak pening lagi dah lepas dengar kata-kata abang tu.” Aishah mengajak Izzudin masuk. “Ii n da, masuklah.”
Okay, if you insists.”

Izzudin mengibas-ngibas tempat tidur menggunakan selimut seperti yang selalu dilakukan Aishah. Katanya, itu sunnah Rasullullah. Pahala dan syafaat bagi sesiapa yang menghidupkan sunnahnya, insya-Allah.
Aishah menutup pintu dan menguncinya tanpa disedari Izzudin. Izzudin menunggu Aishah untuk naik ke katil kerana selalunya Aishah tidur di sebelah dalam.
Aishah duduk di sebelah Izzudin dan berkata, “abang nak tahu, apa yang Johan maksudkan ubat untuk kita?”
“Hm? Apa ubatnya?” Izzudin bertanya dengan malas. Dia sudah penat seharian melukis. Ditambah lagi dengan pergaduhan sebentar tadi. Sungguh memenatkan.
“Sebenarnya, Johan.. dia suruh..” Aishah teragak-agak. “Um..”
“Suruh apa?” Izzudin tidak betah menunggu.
“Seganlah nak cakap..” Aishah tersengih malu.
“Cepatlah cakap, abang mengantuk dah ni.” Izzudin pura-pura menguap.
“Kalau abang mengantuk, takpelah. Pergilah tidur.” Rajuk Aishah.
“Eh, macam tu pulak.” Izzudin tidak berdaya memujuk. “Okeylah, abang tidur ni.”
“Abang, janganlah syahid dulu. Jihad sikit! Penting ni, dengarlah..” Aishah merayu.
“Tahu pun penting. Cepatlah cakap!” Izzudin tidak jadi berbaring.
“Aishah malulah..”
“Nak cakap ke tidak..?” Izzudin hilang sabar. “Seriously!”
Aishah berbisik ke telinga Izzudin.

So?” Tanya Izzudin. Dia tidak kisah dengan itu.
“Abang nak ke?” Aishah pula yang bertanya.
“Aishah dah sedia ke?” Izzudin menduga.
“Sebagai muslimah, ana sentiasa sedia.”

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang bakal Engkau kurniakan daripada kami.”


Izzudin terjaga. Ah, dah pukul empat? Mengantuknya, nak ponteng qiyam ke? Detus hatinya. 'mana boleh, nanti hilang rutin aku!' Izzudin mencapai tualanya.

“Aniki..!” Izzudin tersentak. Baru sahaja dia membuka pintu bilik air, dia mendengar jeritan Aishah. Dia segera mendapatkan Aishah.
“Aishah? Aishah tak apa-apa?” Tanya Izzudin kerisauan.
“Aniki..” Aishah merintih.
“Aishah tenangkan diri.. Kita mandi pastu kita solat tahajud, ya?” Ajak Izzudin. “Aishah dah lama tak solat tahajud, kan sayang?”
Aishah bangkit dan mencapai tualanya.

“ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.” Izzudin mengakhiri solat Subuh. Dia mengangkat tangan untuk berdoa. Tiba-tiba, Aishah berbisik kepadanya. “Abang masukkan doa untuk aniki, boleh?” Izzudin kehairanan. Namun, dia akur lalu berdoa.
“Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami. Dosa-dosa ibu bapa kami. Dan peliharalah kami dari azab api neraka. Ya Allah, ampunilah juga dosa-dosa Abang Hakimi. Peliharalah dia dari azab kubur dan rahmatilah dia, ya Allah. Ya Allah, berkatilah hidup kami dan kurniakanlah kami anak-anak yang soleh-solehah. Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami dalam mentaatimu. Amin!”

“Aishah mimpi aniki lagi, ya?” Izzudin bertanya setelah mereka bersalaman.
“Um..” Aishah mengangguk. “Aishah mimpi aniki berdiri tengah jalan. Dia senyum dekat Aishah. Tiba-tiba, ada lori datang..” Mata Aishah bergenang.
“Sebab tu lah Aishah jerit panggil dia, ya sayang?” Aishah hanya mengangguk. “Dah, dah.. Janganlah menangis. Aniki mesti tak suka tengok Aishah menangis..”
“Hmm..” Aishah menyeka air matanya. Kemudian, dia mengukir senyuman. “Aniki senyum dekat Aishah..”
“Sebelum ni, Aishah tak pernah mimpi aniki senyum dekat Aishah. Apa maksudnya, ya?”
“Wallahua'lam, tapi pasti ada hikmahnya. Aishah bersabarlah, ya.” Balas Izzudin.

“Aishah tahu tak sebab sebenar aniki buat macam tu dekat Aishah?” Izzudin mahu memberitahu Aishah tentang itu.
“Sebab dia.. dah lama tak tengok Aishah?” Aishah membuka telekungnya. Dia tidak mahu lagi memikirkan peristiwa yang tragis itu.
“Tak, Aishah. Aishah tak ingat? Masa dekat rumah Johan abang ada bagitau, Aishah terus pengsan..” Berkerut Aishah cuba mengingatnya.
“Sebenarnya, aniki diberi dadah oleh rakan-rakan yang dengkikan dia.” Aishah tidak menyangka. “Abang tak tipu, ini walid yang bagitau.”

Aishah keliru. “Berapa orang yang tahu Aishah trauma?”
“Mak dan bapak pun dah tahu.” Jawab Izzudin penuh berhati-hati, takut Aishah pengsan lagi.
“Ummi pun tahu?”
“Ya, semuanya sepuluh orang termasuk kita.” Izzudin sudah bersedia.
“Jadi ummi tahu..” Aishah menundukkan kepala. Izzudin panik.
“Aishah okey?”

“Okeylah, jom sarapan. Lapar..” Aishah menyeka air matanya. Kesal kerana menjadi orang terakhir yang tahu tentang penyebab kematian abangnya sendiri.
Izzudin hanya menurut. Dia tahu Aishah sedang menahan perasaan.
“Aishah, buatkan abang kopi! Mengantuklah, tidur pukul satu semalam..” Izzudin meminta.
Aishah terdiam. Rasa malu menyelinap di hati mengingatkan peristiwa semalam.

“Nah, kopinya. Aishah pergi bakar roti.”

“Abang, hari ni berapa hari bulan?” Aishah bertanya sambil meletakkan pinggan berisi roti bakar ke atas meja.
Izzudin melihat henfonnya. “17 Mei..”
“Sonna..? 17 Mei?” Aishah tidak percaya.
“Ya, 17 Mei.” Izzudin hairan dengan sikap isterinya.
“Abang!” Aishah menepuk bahu Izzudin. “Hari ni hari ulangtahun kematian aniki yang ke-2!”
“Ya ke? Baru abang tau..” Izzudin mencapai roti yang terhidang.
“Aishah rasa macam dah sihatlah.” Aishah mencubit roti di tangan Izzudin dan memasukkan ke dalam mulutnya. Izzudin menggeleng. “Suka-suka jer cakap. Macam betul jer.”
“Aishah rasa, aniki memang betul-betul datang jumpa Aishah.” Aishah meluahkan rasa.
“Boleh jadi..” Izzudin mengangguk-angguk. “Nanti abang test, betul ke tak Aishah dah sembuh.”
“Sukahati abanglah..” Aishah merajuk, Izzudin tidak mempercayai kata-katanya.

“Abang, kita nak balik kampung bila?” Tanya Aishah tiba-tiba. “Rindulah dekat ummi dan walid..”
“Insya-Allah, Jumaat ni.” Balas Izzudin. “Abang nak pergi kerja awal sikitlah hari ni.” Izzudin ke depan meninggalkan Aishah yang sedang mengemas meja makan. Diam-diam, dia meletakkan begnya di depan pintu rumah.
“Aishah, nampak tak beg yang selalu abang bawak pergi kerja?” Tanya Izzudin dari dalam bilik bacaan. “Abang letak mana semalam?” Aishah melangkah ke ruang tamu.
“Tak ingatlah. Tapi, abang selalu letak dalam bilik ni.” Balas Izzudin.
“Ne, beg abang dah ada depan pintu ni. Abang kan buat kerja dekat ruang tamu, semalam?” Aishah menggeleng.
“Oh ya, lupa pulak.” Bohong Izzudin. “Tolong ambilkan kejap..”
Apabila Aishah melepasi pintu bilik bacaan, Izzudin membuntutinya dalam diam. Sedang Aishah berjalan, Izzudin merangkul pinggangnya dari belakang.
“Aishah, apa perasaan Aishah terhadap abang?” Izzudin menyusun madah cinta.
“Abang pula macam mana?” Aishah gugup. Dia malu.
“Abang ci.. cin..” Izzudin tidak dapat mengungkapkan perkataan itu. “Abang sayang Aishah sepenuh hati abang.”
“Aishah pun sama. Aishiteru..”

Izzudin memeluk lebih erat. Dia mahu tahu apa reaksi Aishah selepas ini.
“Abang tak nak pergi kerja ke?” Aishah segan.
Izzudin membuntangkan matanya. Dia memusingkan badan Aishah menghadapnya.
“Aishah! Aishah dah sembuh...!” Izzudin tersenyum lebar. “Trauma Aishah dah sembuh. Selalunya kalau abang buat macam ni, Aishah akan pengsan. Aishah dah sembuh!” Izzudin mencium dahi Aishah dan memeluknya.

Aishah bungkam. Dia menolak lemah tubuh Izzudin dan berjalan ke arah dapur. Izzudin pelik melihat olah Aishah. Tiba-tiba, Aishah terjelepok ke lantai. Izzudin segera memastikan keadaannya.
“Aishah okey?” Izzudin melihat titisan air mata di lantai. Dia semakin panik, “kenapa Aishah menangis? Aishah sakit ke?”
Aishah menggeleng. “Aishah kecewa. Aishah fikirkan kata-kata abang tadi ikhlas untuk Aishah. Rupa-rupanya, abang cuma nak uji trauma Aishah je.” Aishah meluahkan rasa hati.Suaranya serak. Air matanya ditahan-tahan.

“Abang ikhlaslah!” Izzudin membela diri. “Memang abang nak uji Aishah, tapi abang seriously ada perasaan macam tu dalam hati abang. Abang cuma gembira sebab dah tiga kali abang peluk Aishah.. tiga kali abang cakap macam ni dekat Aishah, baru nilah.. baru sekarang Aishah dengar luahan hati abang. Abang teruja.”
“Tapi, Aishah rasa macam kata-kata tadi tu bukan untuk Aishah..”

“Astaghfirullah. Kalau bukan untuk Aishah, untuk siapa pulak?” Izzudin memarahinya. “Untuk Zue?!!”
Aishah diam sahaja. Sungguh mudah Izzudin meneka, Aishah memang berfikiran sebegitu. “Aishah, you're so full of jealous. Cemburu buta!!!”
“Dah lah, abang tak tau nak cakap apa lagi. Aishah ni, cemburukan orang yang dah berkahwin! Mungkin dah ada anak pun. Abang pergi kerja lagi baik daripada melayan cemburu Aishah.” Izzudin hampa. Fikirnya, setelah apa yang terjadi mereka akan menjadi lebih mesra. Malangnya, bergaduh pula awal-awal pagi. Dia menaiki motorsikal kesayangannya yang berwarna biru dan beransur ke pejabat tanpa berfikir panjang.

Aishah menjerit memanggil Izzudin, tetapi lelaki itu sudah jauh meninggalkan rumah. Aishah terduduk lagi di kerusi. Dia menyedari sikapnya yang keterlaluan itu. “Kenapa ana emosional pagi ni?”

HATI IZZUDIN BERBELAH BAHAGI sewaktu melangkah masuk ke pejabat. Namun begitu, ke mana lagi boleh dituju jika bukan pergi bekerja. Baru sahaja punggungnya mencecah kerusi, datang Wan Akashah, rakan sekerjanya yang dua tahun lebih muda daripadanya.
Morning, Abang Din! Awal hari ni?” Izzudin hanya tersenyum kelat mendengar sapaan Wan Akashah. “Bos carik abanglah.”
“Bos carik? Apa hal?” Izzudin terperanjat. 'Takkanlah kena marah lagi?'
“Eh, buat-buat tak tahu pulak. Dateline abang kan lagi awal dari kitorang.. Dah apply cuti, mestilah dateline awal.” Wan Akashah berleter. “Dah la muka monyok jer pagi-pagi..”
“Yalah. Abang terlupa, Cashew.” Jawab Izzudin tanpa mengendahkan kata-kata Wan Akashah. Dia berjalan menuju ke pejabat Encik Rosdin.
“Abang Din!” Wan Akashah memanggilnya. “Cheer up, lah!”
Izzudin memaksa dirinya untuk tersenyum.

Izzudin masuk setelah mendapat keizinan.
“Hah, Izzudin. Apa khabar?” Encik Rosdin bersikap ramah.
“Baik, bos.” Balas Izzudin. “Ini kerja untuk isu depan.”
“Bagus, bagus. Idea fresh, macam betul je cerita ni.” Izzudin menelan liur. “Lepas awak ink kan muka surat terakhir ni, awak serahkan dekat graphic department. Kemudian, awak boleh cuti.”
“Terima kasih, bos. Saya terlupa pulak tentang muka surat terakhir tu.”
“Awak janganlah bawak masalah rumah ke pejabat. Kalau ada apa-apa, selesaikan dulu baru datang pejabat. Pejabat ni bukannya penting sangat pun. Yang penting karya awak.” Encik Rosdin menasihatkan. “Dan jangan jadikan pejabat ni tempat untuk larikan diri dari masalah!”
“Baik, bos. Maaf, saya pergi dulu.” Izzudin jadi gugup. 'Memanglah orang tua ni. Banyak sangat makan garam!' Izzudin sedar majikannya yang sudah berusia dan akan menimang cucu itu hanya dapat menduga perasaannya. Bukan bermakna dia mengetahui masalah yang dihadapinya!

“Dyan, aku dah siap ni. Kau kerja elok-elok tau. Aku nak pergi tidur. Semalam tidur pukul satu!” Pesan Izzudin sambil menyerahkan hasil kerjanya kepada Ahmad Danial, seorang editor grafik.
“Din!” Dyan memanggilnya semula.“Apa dia?” Izzudin menjawab malas. Dia berpaling semula sungguhpun dia ingin beredar segera.
“Kau lupa nak padamkan kesan pensel ni!” Dyan memberitahu kesalahannya.
Ink dia tak cukup kering lagi. Kau tolonglah padamkan nanti. Aku penat sangat ni! Please..” Izzudin meminta.
I am not pleased with any of your excuses! Aku ni kerja buat grafik, bukan inking! Kau tau kan aku tak suka orang hantar kerja separuh siap..?” Marah Dyan. “Ambil balik kerja kau ni!”
“Alah, dengan kawan sendiri pun nak berkira.” Izzudin sudah duduk di hadapan Dyan. “Aku takde mood lah.”
“Oh, baru aku nampak. Kau gaduh dengan isteri kau rupanya.” Dyan menggunakan kelebihannya. “Kenapa korang gaduh?”
Izzudin mengeluh. Dia tidak sepatutnya berfikir apa-apa ketika berdepan dengan rakannya itu. Dyan mempunyai kelebihan untuk membaca fikiran seseorang melalui mukanya. Cuma dia selalu mengawal diri dari menceroboh hak privacy setiap individu.
“Aku pun tak tahu.”
“Cuba cerita, manalah tau aku boleh tolong.”
“Kau kan tahu pasal trauma dia..?” Izzudin bercerita tentang peristiwa semalam dan pagi tadi.

“SEBAB TU LAH, aku tengah angin ni!” Luah Izzudin. “Aku ikhlas cintakan dia, tapi dia fikir aku masih hanyut dengan Zulaikha. Memanglah dulu aku makan hati dengan mak bapak dia. Tapi, kalau Zulaikha tu dah bahagia dengan suami dia tu.. Let it be, lah. Kenapa aku nak menyibuk lagi?!”
“Relakslah, Din.”
“Sejak dia trauma, aku dah fokus dekat dia. Dia kan isteri aku, amanah aku.. Aku kena bertanggungjawab sampai akhirat. Seriouly, Aishah tu cemburu buta!”

“Kau kena faham, Din. Dia cemburu tandanya dia sayang, dia tak sanggup kehilangan kau. Maksud aku, tak sia-sialah kau lose your virginity for her malam tadi. Haha!” Dyan mengenakan rakannya itu.
Izzudin sudah masak dengan sikap Dyan itu. Sejak hari pertama berkenalan di universiti, lelaki itu memang suka cari pasal dengannya.
“Kau Dyan, aku cakap kau sengal kau marah. Kau janganlah cakap pasal benda tu lagi.”
“Eh? Aku pulak yang sengal?? Memang betul kan, apa yang aku cakap tu.” Dyan ketawa lagi. “Kau percayalah dengan cakap aku. Dia cemburu sebab dia sayangkan kau, cintakan kau.”
“Yalah tu, mat romeo Malaya yang tak terkenal langsung!” Izzudin mengenakan Dyan pula. “Bagi aku kan, kau patut tinggalkan awek-awek kau tu. Kau tau, diorang tu semua tak boleh pakai. Terdedah sana-sini. Itu bukan apa yang kita belajar dekat KTD dulu tau..! You should stop, berdosa!”
“Uh.. Insya-Allah.” Dyan hanya tersengih.
By the way, kau rasa kenapa dia tiba-tiba nak cemburu? Sebelum ni tak pernah pun dia macam tu.” Izzudin mengeluarkan pertanyaan yang terlintas di fikirannya.
“Yalah, mungkin cinta dia bertambah lepas peristiwa malam tadi.” Dyan ketawa lagi.
“Kau memang nak kena, kan?” Izzudin mengugut.

Posto, posto! Baca cepat, nanti menyesal.

“Kau masih guna message ringtone tu? Patutlah..” Dyan menduga.
“Ya, sebab Aishah dah ambil tempat Zulaikha sekarang..” Balas Izzudin. Dia membuka mesejnya tadi. “In fact, she's more special!” Izzudin tersenyum.

“Kenapa tersenyum-senyum pulak.. Mesej dari siapa?” Dyan cuba mengintai.
“Aishah.” Jawab Izzudin sambil menyorokkan mesej itu dari pandangan Dyan.

“Hmph, berbungalah taman dalam hati kawan aku ni..!”

“Dyan, soalan aku dah terjawablah. Dia tak boleh solat rupanya.” Ujar Izzudin sambil membalas mesej Aishah.
“Oh, patutlah emo..” Balas Dyan. “Hoi! Ini bukan apa yang kita belajar dekat KTD dulu.” Dyan menepuk meja.
'Eh, macam ayat aku tadi jer?'
“Kau mana boleh suka-suka hati kau bagitau dekat orang pasal tu. Itu kan rahsia perempuan! Kau sebagai isteri dia.. silap, suami dia boleh lah ambil tau.. kau dah lupa ke? Kita kena jaga aib orang. Aku tak pernah ambil tau pasal awek aku punya..” Dyan berceramah pula. “Aku virgin lagi, tak macam kau.. Haha!”
“Yalah tu, romeo Malaya. Aib orang kau jaga, aurat diorang macam mana pulak?” Izzudin memulangkan paku buah keras. “Dah lah, macam yang aku cakap. Aku penat, nak tidur.” Izzudin mencapai muka surat akhir karyanya dan juga sebiji pemadam. Cepat-cepat dia melakukan kerjanya.
“Nanti tengah hari, kau kejut aku solat Zuhur. Lepas tu, aku nak balik rumah.”
“Ceh, mentang-mentanglah kerja dia dah siap..” Rungut Dyan sebagai seorang editor grafik.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous