Nanatsu (7)
“Assalamualaikum, ini Johan.” Johan menghubungi Izzudin pada suatu petang.
“Waalaikumsalam, ada apa Johan?”
“Izzudin, awak dekat mana sekarang?”
“Saya depan ofis ni. Baru nak balik rumah. Kenapa?” Izzudin penasaran.
“Awak ada webcam tak? Saya nak rawat Aishah.”
“Webcam?” Izzudin kehairanan. “Ada, tapi untuk apa?”
“Saya kan tak buka pejabat. Jadi selalunya saya akan ke rumah patients saya. Kalau jauh, jumpa dekat YM jer la.” Terang Johan. “Awak ada YM? Saya nak add.”
“Oh, saya mimz00. Nanti pukul berapa ya? Saya nak tahu sebab saya tak selalu bukak YM.”
“Saya tunggu pukul sembilan.”
“Hmm, saya tanya Aishah dulu. Kalau ada apa-apa nanti saya call.”
Aishah terperanjat mendengar isyarat mesej masuk dari telefon bimbitnya. Hampir sahaja pisau yang dipegangnya itu dibalingnya. “Astaghfirullah, masa ana nak masaklah mesej masuk. Ini mesti Abang Izz.” Rungutnya lantas mendapatkan telefon bimbitnya itu.
salam, aishah. abang nak cakap,
malam ni pukul 9 johan nak ym.
dia nak jalankan rawatan untuk
aishah.boleh tak? maksud abang,
aishah free atau nak tunda?kalau
tak ok abang cakap dengan dia.
kalau rasa ok sedialah.. bak kata
dia, sediakan hati untuk ditarbiah :)
“Johan nak jumpa?” Aishah berfikir sejenak.
“Fine.”
Selesai solat Isya', Aishah membaca Suratul Waqi'ah. Antara fadhilatnya adalah untuk meringankan seksa kubur dan membuka pintu rezeki yang halal.
“Aishah dah siap ke? Johan dah online dah tu.” Panggil Izzudin. Aishah bersegera menghadap komputer. Tidak baik membuat orang tertunggu-tunggu.
Izzudin hanya melihat dari tepi. Dia mahu tahu apa yang dibincangkan Aishah dan Johan namun tiada kata yang diucapkan. Hanya bunyi menaip yang kedengaran. Izzudin menyambung lukisannya sambil tidak lepas memerhatikan Aishah. “Kalau tak berbual, apa yang dibuat dengan webcam tu?”
Tiba-tiba, dia melihat air mata menitis dari pipi isterinya itu. “Tipu.. Tipu!!” Aishah menjerit sambil mengesat air matanya dengan lengan baju. “Aniki kata aniki akan jaga Aishah, tapi kenapa aniki yang sakitkan hati Aishah?! Sanggup aniki..” Marah Aishah. “Penipu!!”
“Aishah, bertenang. Hakimi tak sedar tu...”
“Bertenang?!” Aishah memintas. “Aishah cuma boleh bertenang kalau aniki minta maaf. Aniki tahu, kan? Susah untuk Aishah maafkan orang yang tak minta maaf. Tapi aniki.. aniki...” Aishah pengsan.
“Aishah.. Aishah!” Johan panik.
Izzudin menampar-nampar pipi Aishah untuk menyedarkannya. “Seriously!” Izzudin mengangkat Aishah keluar dari bilik bacaan itu. Seketika kemudian dia kembali semula ke bilik itu dan bertanya, “apa yang berlaku tadi?”
“Saya minta dia bercerita tentang abangnya.” Balas Johan. “Saya rasa, dia sedih sebab abangnya meninggal tanpa sempat bertaubat. Awak pun dengarkan, tadi?”
“Tapi, bukan ke Hakimi di bawah pengaruh dadah masa tu?” Izzudin hairan.
“Itu yang kita kena beritahu Aishah.”
“Bukan dia dah tahu? Kita dah bagitau dia hari tu..” Izzudin bertambah hairan.
“Telinga dia mendengar, tapi dia belum dapat terima kenyataan tu.”
“So, apa patut kita buat?”
“Apakata, kalau awak bawa dia ziarahi kubur abang dia? Sedekahkan Yasin..” Cadang Johan.
“Insya-Allah, nanti saya balik kampung tanya walid kat mana kubur arwah. Mungkin jugak saya akan buatkan majlis tahlil arwah dekat surau.” Lama barulah Izzudin menjawab. Johan kemudiannya meminta diri untuk offline kerana sudah lewat malam. “Kalau jadi apa-apa, beritahu saya.”
Izzudin kembali ke bilik tidurnya. Dia duduk di sebelah Aishah dan mengelus lembut pipinya. “Kesiannya.. Kenapa tak cakap yang kau sedih pasal abang kau? Kau tau tak, kalau kita doa sama-sama mungkin abang kau boleh terlepas dari seksa kubur. Mesti abang kau terseksa tengok kau camni..” Izzudin berleter sendiri. “Nak buat solat hajatlah nanti.”
IZZUDIN MENGEJUTKAN AISHAH pagi itu. Dia menepuk-nepuk bahu Aishah.
“UMMI..!” Aishah menangis teresak-esak.
“Kenapa ni? Mimpi ngeri, ya?” Aishah tidak menjawab. “Dah, dah.. Mimpi tak semestinya betul.” Pujuk Izzudin. Dia membawa Aishah ke dalam dakapannya.
“Tapi, aniki..”
“Takpe, abang faham. Simpan dulu cerita tu.” Ujar Izzudin sambil menepuk-nepuk belakang Aishah seperti anak kecil. Aishah terus menangis.
Selesai solat Subuh, Izzudin bertanyakan Aishah tentang mimpinya itu.
“Aishah mimpi aniki. Dia kena halau dengan walid sorekara aniki kena langgar lori.” Aishah menangis lagi. Izzudin merasakan mimpi itu ada kaitan dengan traumanya.
“Lepas tu apa jadi?” Aishah menggeleng. “Takde. Aishah terbangun, abang Izz kejut.”
“Hmm.” Izzudin mengangguk.
“Dahlah. Pergi mandi ya, sayang.” Izzudin mengarah. “Hari ni biar abang yang masak. Abang rasa macam nak makan bubur jer.”
“Abang nak masak?” Tanya Aishah.
“Ya, bubur ayam.” Balas Izzudin. “Kalau Aishah tak nak takpe. Tak payahlah makan.” Izzudin pura-pura merajuk.
“Taklah. Cuma nak pesan letak daun rosemary dalam tu. Biar wangi!” Pesan Aishah sambil menaikkan kedua belah ibu jari.
Izzudin tersenyum melihatnya. Aishah segera ke bilik mandi.
Sambil menunggu bubur masak, Izzudin menghubungi Johan untuk memberitahunya mengenai mimpi Aishah.
“Mungkin itu salah satu petanda.” Komen Johan.
“Maksud awak?” Izzudin tidak mengerti.
“Awak sedar tak mimpi tu bagaikan tergantung ceritanya? Mungkin apa yang dimimpikannya itu punca trumanya. Memang betul, kan.. Hakimi dilanggar lori?” Johan cuba menjelaskan. “Jadi, kalau dia mimpi sampai habis...”
“Aishah akan sembuh?” Izzudin meneka.
“You know it!”
“Okey, terima kasih. Minta maaflah sebab call awak waktu subuh macam ni.” Izzudin meminta maaf kerana mengganggu pagi Johan. “It' okay.”
“Abang, buburnya dah masak ke belum? Aishah dah lapar dah ni!” Aishah menegur dari belakang. “Oh, belum lagi. Sekejap lagi masaklah tu. Sabar ya, sayang.” Izzudin menjawab. Aishah duduk di hadapan Izzudin sambil mengelap rambutnya yang masih basah.
“Aishah, hujung minggu ni abang rasa malaslah nak duduk rumah.” Izzudin sengaja hendak melihat reaksi Aishah.
“Malas nak duduk rumah? Abang nak ke mana? Jangan tinggalkan Aishah sendiri.” Aishah juga bergurau dengan kata-katanya.
“Siapa cakap nak tinggalkan Aishah? Kalau abang tinggalkan Aishah, abang nak jawab apa dekat walid dan ummi? Balik kampung sendiri, macam orang bergaduh jer.”
“Kita nak balik rumah? Baguslah, Aishah rindukan ummi dan walid.” Aishah tersenyum riang. “Bila kita nak balik sana, bang? Sabtu ni atau Jumaat malam?”
“Minggu depanlah. Abang lupa nak apply cuti. Nanti bos carik abang pulak!”
“Aishah, abang ni siapa.. di hati Aishah?” Tanya Izzudin tiba-tiba.
“HAH?!” Aishah terkejut.
“Aishah anggap abang ni siapa, sayang?” Izzudin bertanya lagi.
“Aishah tak tahu apa motif abang tanya macam ni tapi abang, abanglah. A.BANG!” Jawab Aishah ikhlas.
“Itu jer?” Izzudin hampa. “So, I'm nobody special la for you?”
“ Itu je.. Siapa lagi, kalau bukan abang? Satu-satunya suami Aishah! Satu-satunya orang yang Aishah panggil abang. Abang pernah dengar Aishah panggil orang lain abang? No, right?! So, abang ni bertuah. Senyumlah, orang yang bertuah. Tak senyum, nanti tuah tu lari!” Aishah memujuk.
Izzudin tersenyum kembali.
“Eh, bubur dah masak belum..? Abang tak kerja ke?” Aishah menyedari Izzudin sudah lewat untuk kerja.
“Eh?” Izzudin melihat jam di tangannya. “Wah! Abang dah lewat!!” Jeritnya. “Abang rasa bubur dah masak, cuba Aishah tengok. Abang nak pergi tukar baju.” Izzudin melangkah tergesa-gesa ke bilik. Aishah menggeleng, “abang.. Abang..”
“Abang rasa tak sempat nak makanlah. Dah lambat sangat ni.” Izzudin mencapai begnya lantas melangkah ke luar rumah. “Abang pergi dulu, ya.”
“Abang ambillah ni. Aishah dah bungkuskan bubur ni untuk abang. Aishah letak kicap juga.” Aishah menghulurkan bekas makanan kepada Izzudin.
“Eh, terima kasih. Susah-susah je.”
“Tak susah pun. Abang yang masak, Aishah cuma tolong bungkuskan je.”
“Hehe.. Terima kasih sebab bungkuskan untuk abang. Abang pergi dulu.” Aishah mencium tangan Izzudin. Izzudin mengambil kesempatan itu untuk mencium dahi Aishah. Aishah terkedu.
Izzudin segera menaiki motor kesayangannya itu. “Assalamualaikum..!”
“Waalaikumsalam. Hati-hati!!” Pesan Aishah. Dia masih tidak mempercayai bahawa Izzudin telah menciumnya. Dia teringatkan peristiwa di KLCC kelmarin.
Aishah tersenyum. Hatinya berbunga.
Belumpun sempat Aishah melangkah ke dapur, dia mendengar suara seorang perempuan memberi salam. “Suara ni macam biasa dengar. Tak mungkinlah..” Dia menjenguk.
“Aishah..!” Saadah melambai-lambai di luar pagar.
“Saadah!” Aishah mencapai tudungnya dan keluar membuka pintu. “Masuklah. Sendiri ke, Zahra' mana?”
“Zahra' ada kelas hari ni. Pukul 10 dia kerja, pukul 4 nanti baru balik. Bosan-bosan, ana datanglah jumpa anti.” Balas Saadah.
“Anti tak kerja ke?” Aishah hairan.
“Ana off day! Hehe.” Bohong Saadah. Sebenarnya, dia yang mengambil cuti kerana bimbangkan Aishah. “Jomlah duduk dekat dapur. Ana lama kat sini.”
“Eh, tadi ana berselisih dengan Izzudin! Tapi, dia tak nampak ana. Dia laju sangat.” Saadah membuka cerita.
“Abang Izz memang dah lambat tu. Anti datang naik apa?” Tanya Aishah.
“Ana datang dengan teksi.” Balas Saadah.
“Banyak duit!” Aishah bergurau.
“Banyaklah jugak. Haha!” Saadah membalas gurauan itu.
“Laparlah, jom makan! Abang masakkan bubur.” Aishah menjemput.
“Bubur? Anti sakit ke?” Saadah penasaran.
“Taklah, cuma ana bangun lambat sikit tadi. So, Abang Izz tolong masak.”
“Bertuahlah..!”
“Anti datang ni ada hajat apa? Takkan lah nak borak-borak je?” Aishah bertanya sambil mencedukkan semangkuk bubur untuk Saadah.
“Ana datang ada hajat besar, nak memetik bunga di taman tuan hamba. Haha!” Gurau Saadah. “Takdelah, ana cuma nak tolong anti buat kerja rumah.”
“Rindu ana lah ni?” Aishah menebak. Sebelum dia berkahwin dulu, mereka pernah berjanji akan datang menolong di rumah kalau merindu. “Hehe..”
“Baguslah, nanti kemaskan dapur ni. Ana nak basuh baju.” Aishah memberi arahan. “Cepat aje mengarah..!”
“Peluang datang cuma sekali! Alang-alang ada yang sudi nak jadi maid tanpa gaji. Apa salahnya..?” Mereka berdua ketawa lagi.
MENJELANG TENGAH HARI, segala urusan rumah telah mereka selesaikan bersama. Saadah bertanya, “lepas ni anti nak buat apa?”
“Kalau anti nak makan, ana masak. Lepas Zuhur, ana nak sambung menaip.” Jawab Aishah.
“Ana nak jaga badan macam anti juga.” Balas Saadah. “Anti taip apa? Cerpen lagi??”
“Novel..”
“Novel?! Wah, anti nak hantar ke syarikat mana? Novel tu tentang apa?” Soalan bertubi-tubi diberikan.
“Ana tak tahu lagi, tapi ana nak cuba nasib dekat PTS Publications.” Aishah bangga dengan karyanya itu.
“Anti macam tak nak beritahu je, anti buat novel tentang apa?” Saadah mencucuk pinggang Aishah. “Tentang apa ya?”
“Ana dan abang!.. Izz.” Aishah melatah. “Pecah tembelang!”
“Ana nak tengok boleh?”
“Saranari!(Mestilah! Tapi,) Tenmo, anti tak boleh beritahu orang lain. Terutama sekali Abang Izz dan Zahra'. Ana nak bagi surprise dekat Abang Izz.” Aishah meletakkan syarat.
“Okey, insya-Allah!” Saadah berjanji. “Cepatlah, ana tak sabar nak tengok..!”
“Tak nak qalulah dulu?” Tanya Aishah.
“Takpe, nanti lepas solat baru ana tidur.” Saadah berdalih. “Onegai, ana tak sabar nak tengok.”
Aishah membuka komputer ribanya yang berwarna violet. Dia membuka fail yang bertajuk 'Bunga' dan menaipkan peristiwa yang baru terjadi pagi tadi.
Izzat Alifi mengejutkan Maisara. Tiba-tiba, Maisara menjerit, “Mother..!” Dan kemudiannya Maisara menangis teresak-esak. Izzat Alifi menenangkannya. Izzat Alifi tahu, pasti Maisara bermimpi buruk kerana traumanya. Usai solat Subuh, barulah Izzat Alifi bertanya tentang mimpi Maisara.
“Mai mimpi Abang Im kena langgar lori.” Jawab Maisara. “Itu saje?”
“Dia kena langgar lori 'cause bapak halau, dia cuba... Mai..” Pipi Maisara basah lagi.
“Dah, takpe. Abang faham..” Izzat Alifi membawa Maisara ke dalam dakapannya. Dia mencuba untuk menenangkan isterinya. “Jangan menangis lagi. Abang sedih tengok Mai menangis.”
“Apa kata Mai pergi mandi, biar abang yang siapkan sarapan.” Maisara akur dengan cadangan Izzat Alifi.
“Saadah, ambillah ni. Anti tengoklah. Ana dah terlambat nak qalulah.” Aishah menguap.
“Arigato. Sorry sebab kacau jadual anti.” Saadah segan dengan Aishah. Sudahlah datang tanpa memberitahu. Mengganggu kerjanya pula.
“Takpe, it's okay. Nanti jangan lupa kejut ana untuk solat Zuhur. Kita solat jemaah ya, nanti.” Pesan Aishah sambil melangkah ke biliknya. “Kalau anti ada idea nak tambah, tuliskan atas kertas. Like always..”
“Insya-Allah.”
“Cerita ni dah bagus. Tapi, ini cuma dari pandangan Aishah je. Tanpa sudut pandangan Izzudin, cerita ni tak ubah macam diari Aishah. Tak layak dipanggil novel.” Komen Saadah setelah selesai membaca karangan Aishah. “Biar ana tuliskan apa yang Aishah tak tahu supaya cerita ni lengkap.” Saadah mengambil sebatang pen dan beberapa helai kertas.
“Tapi, ana bukan tahu semua. So, it is still incomplete! Macam mana ya?” Saadah berfikir.
“JOHAN!!”
“Kalau Aishah tahu mesti dia tak suka. Tapi, ana nak tolong dia!” Saadah terus mendail nombor Johan tanpa berfikir lebih lanjut.
“Assalamualaikum.” Suara Johan kedengaran. Saadah terkedu. 'Betul ke apa yang ana buat ni? Tak dosa ke?'
“Helo, Saadah?” Saadah memutuskan panggilan.
“Astaghfirullah, apa ana dah buat ni? This is not an emergency.. Saadah, jangan campak agama anti untuk persahabatan!” Saadah beristighfar berkali-kali. Dia sedar, dia tidak sepatutnya menghubungi Johan jika tiada apa-apa keperluan.
Saadah menghantar mesej minta maaf kepada Johan.
“Salam, ana minta maaf. Ana over-reacted pula tadi. Anta sibuk ke? Ana nak bincang sikit tentang Aishah dan Izzudin.”
Johan tersenyum. 'Sayangnya dia dekat kawan dia. Jealous aku!'
“Wassalam, ana tak kisah. Tak ramai pelanggan hari ni. Ada apa?” Johan membalas.
“Aishah nak jadi novelis. Dulu, dia penulis cerpen untuk majalah rasmi universiti. So, sekarang dia nak cuba buat novel tentang dirinya dan Izzudin. Ana rasa, novel tu takkan lengkap kalau dia cuma tulis apa yang dia tahu. Dia tak dapat nak tulis apa yang terjadi semasa dia pengsan. Anta sebagai orang yang paling dekat dengan Izzudin, pasti anta tahu serba sedikit tentang apa yang terjadi. Jadi, ana nak minta tolong. Boleh tak tolong lengkapkan novel ni?”
“Kenapa tak tanya terus pada Izzudin?”
“Aishah segan. Lagipun dia nak jadikan ini surprise. Nak masukkan pandangan Izzudin ni idea ana, dia tak tahu apa-apa. Ana cuma nak tolong dia buat novel ni.”
“Macam tu ke? Mungkin lebih baik kalau anti cakap dengan dia supaya berbincang dengan Izzudin. Perkara yang dibuat terang-terangan itu lebih senang daripada sembunyi-sembunyi tikus macam ni. Tapi, ana boleh tolong kalau anti serius tak nak libatkan Izzudin.”
“Jazakallah! Arigato gozaimashita.”
Mereka berdua terus berbalas mesej sehingga masuk waktu Zuhur.
“Ana rasa ini dah cukup. Baik kita berhenti untuk solat. Otsukaresama!”
“Doitashimasu. Ana nasihatkan anti beritahu Aishah tentang ni. Biar dia bincang dengan Izzudin. Kalau tak, susah nanti. Wassalam.”
Saadah hanya tersenyum. Dia mengetuk pintu bilik Aishah untuk mengajaknya solat. Dia tidak berani memasukinya.
Aishah membuka pintu. “Abang, Aishah minta maaf. Aishah tak sengaja, Aishah takkan buat lagi.” Saadah terperanjat apabila Aishah tiba-tiba memeluknya.
“Aishah! Doshite yo? Mengigau ke?” Saadah cuba menyedarkan Aishah dari mimpinya itu.
“Hmm, sekarang pukul berapa? Kenapa anti ada dekat sini..?” Aishah masih mamai.
“Sekarang kita nak solat Zuhur. Kita dah janji nak solat Zuhur berjemaah tadi.. Jomlah!” Saadah hanya tersenyum apabila Aishah masih dalam keadaan separa sedar. 'Dah jadi isteri orang pun mengigau lagi? Aishah.. Aishah..'
Usai solat Zuhur, Saadah bertanya tentang mimpi Aishah sebentar tadi. “Apa yang anti mimpi? Kenapa sampai minta maaf dekat Izzudin?”
“Dah la, Saadah. Ana tak nak cakap tentang mimpi tu. Such a nightmare!”
“Akumu ka? Patutlah unasare (mengigau)! Ceritalah, Aishah. Ana nak tahu!”
“Ana cuma mimpi bergaduh dengan Abang Izz.”
“Gaduh tentang apa?”
Aishah terdiam. Dia malu untuk menceritakannya. “Entahlah, Saadah..”
“Eh, janganlah macam ni! Ceritakanlah.. Zenyuu da.. (Kita kan kawan baik)” Saadah memujuk.
“Soni, (idea anti) macam mana? Tengok sikit.” Aishah mengubah topik.
“Hmm, idea ana..” Saadah serba salah. Dia tidak tahu samada mahu berterus terang atau tidak.
“Meh le, tengok.”
Saadah membuka peti mesejnya. Dia menunjukkan Aishah mesej antara dia dan Johan sebentar tadi. “Ana minta maaf. Ana beritahu Johan tentang ni. Ana fikir nak rahsiakan dari anti tapi, ana teringat yang ini mungkin menjadi dosa kerana kami berhubung tanpa ada mahram. Jadi, sumimasen!”
Aishah membaca mesej-mesej tersebut. Dia tahu, Saadah pasti inginkan yang terbaik untuk dia.
“Saadah..” Saadah takut-takut untuk melihat wajah Aishah.
“Otsukaresama!” Aishah melemparkan senyuman untuk melegakan hati sahabatnya. “Anti tahu ana orang yang macam mana, kan? So, it's okay.. and ana memang tak terfikir pun untuk berbincang dengan sesiapa tentang novel ni.” Aishah menghantar sebuah mesej untuk Johan.
“Rasanya, Abang Izz tak lah teruk sangat kan? Dia pasti boleh dibawa berbincang.” Aishah menunjukkan mesej yang baru dihantarnya itu kepada Saadah. 'Sankyuu, idea yang sungguh bernas. -aishah' Aishah mencari laptopnya. Dia ingin menyambung karyanya itu.
“Ana habis kerja. Anti nak jemput atau ana balik sendiri?” Saadah menerima mesej dari Zahra'.
“Kaeri da? (Dah nak balik?)” Tanya Aishah. Dia perasan akan mesej itu. “Sekejap, ana ada ole-ole untuk antum.” Aishah ke dapur sebentar.
“Nah, makan dekat rumah tau. Jangan makan dalam teksi. Kesian drebar teksi tu, dapat bau je.” Aishah menghulurkan sebuah bekas berisi sushi. “Ada kappa maki!”
“Anti tak jemput ana makan pun tadi..” Saadah pura-pura merajuk kerana tidak diberi makan makanan kegemarannya itu. “Nanti anti makanlah dengan dia.”
“Okeylah, ana balik dulu. Nanti lambat pula sampai rumah. Tahu je lah, KL..” Mereka bersalaman sebelum Saadah keluar mencari teksi.
“Dah pukul empat, ana nak masaklah.”
“Assalamualaikum, abang dah balik!” Aishah terkejut. Dia mengerling jam di dinding. 'Baru pukul lima setengah. Alhamdullillah, semua dah siap.'
“Awal abang balik hari ni. Ada apa-apa ke?”
“Abang takde mood nak melukis dekat ofis. Jadi abang baliklah, sayang. Dah takde apa yang abang boleh buat dekat ofis tu.”
“Abang.. Aishah nak cakap sikit boleh?”
“Lah, bukan Aishah tengah bercakap ke sekarang ni?”
“Abang ni..” Aishah malu, dia tersalah kata. “Aishah nak tulis novel..”
“Tulislah, abang tak pernah halang. Boleh buat income lebih, lagipun mesti Aishah bosan duduk rumah.” Izzudin menyokong. “Aishah buat novel pasal apa, sayang?”
Aishah terdiam. Dia segan untuk menyatakannya.
“Aishah..?”
“Aishah.. buat novel tentang..” Aishah masih ragu-ragu untuk menyatakannya.
“Kalau Aishah tak nak cakap sudahlah. Abang nak pergi mandi, penat.”
“Aishah buat novel tentang kita!” Aishah menarik tangan Izzudin. Dia mahu Izzudin mendengarkan kata-katanya. “Aishah buat cerita tentang kita.”
“So, what's the point telling me? I'll always be on your back.” Izzudin sedikit gugup. “Abang tak kisah, kalau Aishah nak minta tolong abang?”
“Tolong apa, sayang? This is your story, let it be on your way.”
“Novelku, gayaku. That's right!” Aishah separuh menjerit. “Thanks, abang. Aishah baru nak minta sikit idea, tapi abang dah bagi sesuatu yang lebih baik. You're the best!” Aishah tidak menyedari dia telah mencium pipi Izzudin.
Izzudin tersenyum. 'Rahsia selamat, hadiah dapat. This must be a very lucky day. Alhamdulillah!'
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment