Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Mutsu (6)

“MAAFKAN ABANG sebab mengabaikan Aishah. Abang ni suami yang tak bertanggungjawab, kan? Semata-mata kerana frust dengan kekasih lama, isteri yang solehah depan mata abang ni, abang abaikan.” Izzudin meminta maaf atas kekhilafan dirinya sebagai seorang suami. Dia benar-benar menyesal setelah mendengar luahan hati Aishah. Aishah yang sejak dari tadi menangis dipeluknya. Sedarlah dia kini akan kesengsaraan dan kesunyian yang dialami isterinya.
“Aishah maafkan abang. Aishah tahu hati abang masih pedih sebab kecewa Kak Zue terpaksa kahwin dengan orang lain.” Aishah berkata sambil menahan tangis. “Aishah nak abang tahu yang sebenarnya Kak Zue bahagia dengan suami dia. Mereka kirim salam dekat abang 2 minggu lepas. Maaf sebab sembunyikan perkara ni. Aishah cuma takut luka di hati abang tu jadi semakin parah. Lagipun, Aishah...”
“Shh! Jangan cakap lagi. Abang tak sanggup nak dengar, sayang.” Izzudin meletakkan jarinya di bibir Aishah. “Sekarang abang nak Aishah dengar lagu ni. Abang janji abang takkan abaikan Aishah lagi dan abang takkan benarkan diri abang buat seperti apa yang Faizal Tahir cakap dalam lagu ni.” Janji Izzudin kepada Aishah. Dia memperdengarkan lagu 'Hanyut' dari telefon bimbitnya.

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikanmu
Dan tapi dah kusedari
Segala perit kau lalui
Kuterlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikanmu
Meninggalkanmu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Aishah menghayati lagu nyanyian Faizal Tahir itu. Tiba- tiba, pintu diketuk. “Izzudin, boleh kita bercakap?”
“Johan ke? Sekejap ya..” Balas Izzudin. Dia melepaskan Aishah dari pelukannya dan menyerahkan telefon kepada isterinya itu.
“Ada apa, Johan?” Tanya Izzudin setelah dia keluar dari bilik itu.
“Aishah okey tak? Kalau boleh, nak balik sekarang. Dah lewat ni.” Johan memberitahu.
“Oh, okey. Lima minit.” Izzudin meminta sedikit masa untuk Aishah bersiap. Dia membuka pintu untuk masuk semula ke dalam bilik, tetapi Johan menarik bahunya.
“Boleh tak kalau saya minta awak balik rumah saya malam ni? Ada perkara yang perlu dibincangkan tentang Aishah.” Kata-kata itu membuat Izzudin menutup pintu semula.
“Rasanya, tak perlulah Johan. Tiada lagi..”

“Yang perlu dibincangkan?” Pintas Johan yang cepat menangkap maksud Izzudin. “Awak ingat trauma boleh hilang begitu je? Ia tak semudah itu. Tak ingat ke yang ini terjadi disebabkan kedegilan awak dan cemburu buta awak? Itu yang menyebabkan Aishah pengsan lagi kali ni. Jangan sampai benda ni kekal, permanently until she dies!” Johan memberikan amaran.
Izzudin melihat ke dalam mata Johan. Dia berfikir sejenak. “Baiklah, tapi tak apa ke? Tak mengganggu orang di rumah ke?” Johan tertawa kecil mendengar soalan Izzudin.
“Saya tinggal dekat rumah bujang. Housemate saya kerja malam. Lapan pagi esok baru dia balik. Orang-orang perempuan boleh tidur di bilik saya. Kita tidur di ruang tamu sebab housemate saya tak suka ruang privacynya diganggu.” Jelas Johan. Izzudin mengangguk.
“Baiklah saya beritahu Aishah.”

“JOHAN GABRIEL? Tunang Saadah?!” Aishah terkejut. “Buat apa pergi rumah dia?” Tanyanya sambil membetulkan tudung. “Saja-saja. Baru kenal tapi abang rasa macam sebulu dengan dia, jadi banyak benda nak kongsi.” Bohong Izzudin. “Jangan risau, Saadah dan Zahra' pun ikut sama.”
Aishah mengangguk-angguk. “Sebulu tu apa maksudnya? Aishah tak faham..”
Izzudin terkedu. 'Lupa pulak dia ni skema sikit.' Izzudin memikirkan perkataan yang sesuai. “Sebulu tu macam.. serasi.” Balas Izzudin.
“Dahlah, cepat bersiap sayang. Nanti diorang tertunggu-tunggu pulak.” Izzudin berhelah apabila melihat Aishah cuba membuka mulut untuk bertanya lagi.
“Siap dah. Jom!” Ujar Aishah lalu keluar mendahului Izzudin.

Di dalam kereta, Aishah duduk di antara Zahra' dan Saadah sementara Izzudin di sebelah Johan yang sedang memandu. Tiba-tiba Sadah yang sedari tadi bermasam muka berbisik ke telinga Aishah, “anti daijoubu ka?”
Aishah kehairanan mendengar pertanyaan Saadah. “Ana okey je. Doshite?” Aishah bertanya semula. “Takdelah, Johan kata Izzudin ada perempuan lain. Betul ke?” Bisik Saadah lagi.
“Hah?! Tipulah..!” Jerit Aishah. Kemudian, dia pula yang berbisik, “tak mungkinlah. Siapa?” “Zulaikha.”

Aishah ketawa mendengarkan jawapan Saadah. “Mana ada. Kawan je lah. Takde apa pun.. Anti dah salah faham ni.” Katanya. Saadah masih tidak berpuas hati. Dia ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Zulaikha.
“Ana tahu, dia dah kahwin, kan? Tapi Izzudin masih sayangkan dia.” Aishah ketawa lagi. Kemudian, dia berbisik ke telinga Saadah, “okey, ana mengaku. Memang itu yang berlaku tapi Izzudin dah insaf. Dia dah janji dengan ana tadi dan ana yakin dengan janjinya tu sebab ana nampak keikhlasan dari mata dia yang berkaca tu. Sikit lagi dia nak menangis. Haha!”

“Bisik apa ni? Tergelak-gelak.. Terasa ana kat sini.” Rajuk Zahra' yang tidak diendahkan sejak tadi.
“Takde apa. Saadah ni, cemburu dengan Izzudin. Katanya, Izzudin baik sangat. Tak layak untuk ana.” Aishah ketawa lagi. Dia hanya bergurau namun tanpa disedarinya kata-katanya itu menimbulkan rasa hampa di hati Izzudin dan Johan.
“Lepas ni aku kena jadi lebih baik.” Azam Izzudin dan Johan di dalam hati.

Sesampainya di rumah, Johan masuk ke biliknya. Dia membentangkan toto di lantai lantas menjemput Saadah, Aishah dan Zahra' untuk tidur di situ. Dia kemudiannya menemani Izzudin di ruang tamu. “Awak dah solat Isya'?” Tanya Johan kepada Izzudin.
“Oh ya! Sibuk dengan Aishah, terlupa pula. Awak pula, dah solat?” Balas Izzudin.
“Sudah. Sebelum berjumpa awak semua tadi, saya dah solat dulu.” Balas Johan pula. “Awak pergilah solat. Tandas di hujung sana, ruang solat pula di sebelahnya. Saadah yang cadangkan supaya disediakan mihrab di sini. Manalah tahu, kalau ada orang bersinggah.”
“Hm.” Izzudin segera berwudhu'.

“SAADAH, ni bilik Johan, kan?” Zahra' bersuara. “Kemasnya! Bertuah anti dapat goshuji macam ni.”
“Cepatlah tidur. Nanti pagi, nak mandi susah. Jom kita baca Al-Mulk.” Saadah sengaja mengalihkan topik supaya mereka membaca surah pilihan yang menjadi amalan sebelum dia tidur.

“Yalah, ana belum solat Isya' lagi. Baru sekarang ana teringat.” Ujar Aishah tiba-tiba.

Kedengaran pintu diketuk beberapa kali. “Antum dah solat ke, semuanya? Izzudin nak solat tu, kalau sudi solatlah berjemaah dengan dia. Ana dah solat tadi, sebelum ke KLCC.” Suara Johan bertanya. “Insya-Allah!”

“Apalagi, Aishah? Pergilah, kami dah solat tadi.” Tanya Saadah.
“Seganlah pula..” Ujar Aishah.
“Hai, goshuji tu...!” Zahra' mengusik .
“Pinjam telekung anti.”

Selesai solat, Izzudin dan Aishah bersalaman. “Abang Izz, maafkan salah silap Aishah. Halalkan makan minum, redhailah Aishah sebagai isteri abang.” Kata Aishah sambil mencium tangan Izzudin.
“Tak, abang yang salah. Selalu mengabaikan Aishah, tak sedar Aishah terluka. Abang dah buat dosa; menzalimi isteri, zina hati.. Abang yang sepatutnya mintak maaf. Abang janji, abang takkan buat macam tu lagi. Abang janji akan hargai Aishah sebaiknya.” Aishah mula menangis mendengarkan itu.
“Apa ni? Janganlah menangis. Abang janji takkan biarkan Aishah macam dulu lagi.” Izzudin mengesat air mata Aishah dengan ibu jarinya. “Jangan menangis, sayang.”
“Aishah terharu, bang.” Balas Aishah sambil memeluk Izzudin. ' Abang Izz dah tak sebut nama Kak Zue..' Fikirnya sambil mengukir senyuman.

“Baguslah, tak perlu bagi Izzudin kaunseling kalau macam ni.” Bisik Johan sendiri.
How sweet..!” Johan terkejut. Dia tidak menyedari bahawa Zahra' dan Saadah juga sedang mengintai bersamanya.
“Dah la tu, Zahra'! Jom balik bilik. Nanti mereka tersedar pula.” Marah Saadah.
“Betul juga tu.” Johan bersetuju lantas mereka bertiga meninggalkan Aishah dan Izzudin.

Johan berpura-pura menonton televisyen sementara Zahra' dan Saadah kembali ke dalam bilik.
“Tadi anti kata sweet? Apa yang sweetnya..?” Saadah resah jikalau Zahra' mengetahui hal itu.
Sweetlah, lepas solat jer bersalam-salaman, bermaaf-maafan.. tak sweet ke macam tu? Lagipun, hari tu anti sendiri yang beritahu kalau kita bermaafan setiap hari, insya-Allah kita akan ke syurga.” Jawab Zahra'.
“Oh...” Saadah lega.

“Tapi kan, ana tak fahamlah, Saadah. Apa maksud Izzudin takkan biarkan Aishah macam dulu? Apa dah jadi dulu?” Soalan Zahra' membuatkan Saadah gementar.
“Uh, wallahua'lam. Itu masalah mereka. Jom baca Al-Mulk!” Saadah membuat helah untuk mengelak persoalan tersebut.

Aishah kembali ke bilik setelah tangisannya reda. Saadah dan Zahra' sudah lena diulit mimpi menyebabkan Aishah ingin terus tidur. Dia membaca 3 Qul dan ayat Kursiy lantas berbaring di samping Saadah. Hatinya berbunga-bunga apabila mengingati janji-janji Izzudin kepadanya.

Izzudin ke ruang tamu, di mana dia dan Johan akan tidur. Dia pasti Johan sedang menunggunya untuk berbincang mengenai trauma Aishah. Dia duduk di sisi Johan.
“Dah selesai solat?” Tanya Johan seperti orang bodoh.
“Alhamdulillah, sudah.” Jawab Izzudin.
“Sekarang, kita bincang tentang Aishah.”

“JADI, SAYA KENA PELUK dia setiap malam?!” Tanya Izzudin. Dia agak terkejut mendengar kata-kata Johan.
“Ya, awak kena uji samada dia masih trauma, masih takut untuk dipeluk dari belakang. Saya akan cuba bantu dia dengan memberikan nasihat di waktu petang. Jadi pada waktu malam, saya serahkan pada awak sebagai suaminya.” Jelas Johan.
“Saya kena peluk dia setiap malam??!” Tanya Izzudin. Nadanya meninggi, dia bagaikan fobia mendengar perkataan 'peluk'.
“Ya. Mungkin awak boleh kurangkan kepada setiap 2 malam atau setiap minggu.” Johan memahami perasaan Izzudin yang masih segan begitu. Mungkin satu hari nanti giliran aku pulak bersikap macam ini. Wallahua'lam, fikir Johan.
“Oh, okey. Insya-Allah.” Balas Izzudin lega.
“Dahlah, jom tidur. Awak mesti penat, bukan? Harap awak selesa di situ. Saya tak mampu nak beri yang lebih baik dari ni.” Johan mengajak, tetapi Izzudin sudah tertidur sebelum Johan sempat menghabiskan kata-katanya.
“Penat sangat ke?”

Keesokan harinya, Izzudin terus menunaikan solat Subuh apabila menyedari dia terlewat bangun. Dia kemudiannya terdengar bunyi seperti orang sedang memasak. Dia terus ke dapur untuk melihatnya.
“Assalamualaikum, selamat pagi.” Sapa Zahra' yang sedang mengemaskan meja makan.
“Waalaikumsalam.” Izzudin membalas salam yang wajib dijawab walaupun dia masih terperanjat dengan itu semua. 'Banyak betul yang mereka masak.'
“Awak bertiga sahaja ke? Johan mana?” Izzudin sudah duduk di meja makan.
“Wallahua'lam, tapi rasanya dia sedang mandi.” Jawab Aishah sambil matanya tidak lepas melihat ke dalam kuali.
“Mandilah tu. Dah siap exercise tadi.” Celah Saadah selamba. Tangannya cekap mengemas lebihan bahan masakan ke dalam peti sejuk.
“Ehem!” Zahra' mengusik. Saadah tidak ambil pusing dengan sikap rakannya itu.

“Awak semua dah siap solat dan mandi ke?” Tanya Izzudin. Melihat semua orang mengangguk, dia jadi malu. “Segannya bangun paling lambat.”
“Taklah. Baru 6.30 je. Pergilah mandi dulu.” Aishah mengambil hati.
Izzudin terus beredar ke bilik mandi. Johan yang baru keluar menghulurkan sehelai tuala kepadanya.

SELESAI MAKAN, mereka duduk bersama-sama di ruang tamu. Johan bertanya kepada Izzudin, “awak setuju tak tentang malam tadi tu, Izzudin?”
“Hmm..?” Izzudin hampir tersedak. “Apa dia?”
Johan mengisyaratkan kepada Aishah melalui ekor matanya.
“Sekarang ke? Tapi, kawan-kawan dia tak tahu..” Izzudin mengerti.
“Saadah?” Johan melihat ke arah Saadah. Saadah faham maksud Johan. Dia bertanya kepada Zahra', “anti boleh tolong simpan rahsia tak?”

“Rahsia apa ni? Wakaran..” Zahra' tidak mengerti. 'Apa kaitannya perbincangan Johan dan Izzudin dengan aku? Kalau dengan Saadah dan Aishah, ada kaitanlah kot..'
“Anti boleh tolong simpankan rahsia tentang Aishah?” Tanya Saadah sekali lagi.
Aishah terkejut. Sangkanya, dia tiada kaitan dengan perbincangan mereka. Rupa-rupanya, dialah masalah yang sedang dibincangkan. Aishah tidak cepat melatah. Dia terus mendiamkan diri seperti tadi.

“Johan, awak beritahu Saadah ke?” Tanya Izzudin, malu.
Dengan tenang Johan menjawab, “dua orang lelaki tidak boleh menyelesaikan masalah hati seorang perempuan. Sebaliknya, seorang perempuan mampu menyelesaikan masalah hati dua orang lelaki dan seorang perempuan dalam satu masa.” Izzudin terdiam. Dia sedar bahawa sebagai seorang pakar psikiatri, Johan Gabriel perlu memikirkan cara terbaik untuk mendekati pesakitnya.
Bagi Johan, dia tidak mampu menyembunyikan masalah Aishah daripada Saadah. Saadah telah mendengarnya, lagipun dia sahabat terdekat. Tambahan pula, inilah masa yang sesuai baginya untuk mendedahkan kepada bakal isterinya itu mengenai bidang utamanya. Supaya Saadah tidak cemburu buta di lain waktu.

Zahra' makin keliru. Melihatkan riak muka Saadah, dia tahu itu satu masalah berat. Dia pula memang tidak boleh menyimpan rahsia jadi dia mengambil jalan tengah. “Takpelah, Saadah. Ana dah lewat nak pergi kelas. Kalau anti rasa perlu, ceritalah waktu ana balik nanti.” Ujarnya sambil tersenyum menuju ke pintu. “Ana pergi dulu, assalamu'alaikum.”
“Eh, anti nak ke mana?” Tanya Johan.
“Sini Cheras, kan? Ana naik bas je. Sempat lagi ni.” Zahra' mmenyarung kasutnya dan terus keluar rumah.
“Takpe, Johan. Kami berdua dah biasa lalu sini. Ada urusan sikit.” Ujar Saadah apabila melihat Johan ingin mengejar Zahra'.
“Dia tahu ke stesen bas dekat mana?” Tanya Johan.
“Insya-Allah, tahu.” Saadah menjawab.

“Ana nak tanya, apa yang antum bincangkan tentang ana?” Aishah bersuara, tidak dapat menahan rasa ingin tahu di hatinya.
“Anti tau kan, tentang kematian abang anti, Hakimi?” Johan memulakan bicara.
“Aniki? Kenapa dengan dia? Dah setahun, perlu ke diungkit lagi?” Aishah cuba berlagak tenang, menahan sedih di hati.
“Awak tahu kenapa dia meninggal?” Johan bertanya lagi, lagaknya seperti seorang polis.
“Aniki.. kena langgar dengan lori.” Aishah mulai sebak.
“Kenapa dia boleh kena langgar lori? Cuba ceritakan pada kami.” Pinta Johan. Dia mahu tahu perasaan sebenar Aishah tentang peristiwa ini.
“Aniki.. lari dari rumah. Walid halau, sebab.. aniki.. dia..” Suara Aishah tersekat-sekat. Air matanya sudah bergenang di hujung mata, namun ditahan juga supaya tidak menangis. Saadah yang melihat keadaan Aishah itu mengeluh. Pada hematnya, seseorang itu tidak patut menahan air mata terutama sekali ketika sedih.
Saadah memeluk Aishah erat. Dia membisikkan lagu 'Menangislah di Bahuku' nyanyian Firdaus.

Mencuba tak berkerdip
Menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa
Berderailah airmata
Dalam pelukku kaucurahkan semua

Menangislah...
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa airmata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah...
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerana ku adalah sahabatmu

Menangislah...(Dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah...(Dibahuku kerana ku sahabatmu)

Tangisan Aishah melebat. Dia membalas pelukan Saadah sambil berkata, “Saadah, dia cuba rape ana! Aniki cuba rogol ana!!” Suara yang serak itu jelas kedengaran. Aishah terus menangis di dalam pelukan Saadah. Saadah cuba untuk menenangkan sahabatnya.
“Waktu tu, ummi dan walid pergi kebun. Ana fikir, ana sendiri dekat rumah so ana pakai T-shirt lengan pendek je.” Aishah bercerita.
“Lengan pendek? Are you sure??” Saadah bertanya. Setahunya, Aishah tak punya mana-mana T-shirt lengan pendek. “Three quarters..
Saadah mengangguk. Dia tahu satu-satunya baju berlengan tiga suku yang diberikan oleh Yukiko sempena perkenalan mereka 3 tahun yang lalu.

“Ana tengah basuh pinggan. Ana boring, ana menyanyilah lagu favourite ana. Ana tak sedar aniki kat belakang. Aniki dah lama tak nampak ana agaknya, sebab tu syahwat dia naik..” Tangisan Aishah kian lebat ibarat hujan yang membasahi bumi. Saadah membiarkan sahabatnya itu menangis di pangkuannya. Izzudin melihat dengan penuh rasa sesal. Johan tidak berani memandang, takut terbuka pintu fitnah.

“Sabarlah Aishah, sabar.” Saadah turut bersedih mendengar kisah sahabatnya. Mujur Hakimi sudah tiada, kalau tidak tahulah macam mana aku nak tempelak dia.
“Ana tak tahu, Saadah. Ana tak tahu mana silapnya. Tiba-tiba je aniki buat macam tu. Ana kecewa, Saadah. Ana kecewa!”
“Kalau tak keberatan, boleh cerita..”
“Aishah.. nak tahu apa yang buat abang Hakimi jadi macam tu?”
Aishah tersentak mendengar kata-kata Izzudin.
“Sebenarnya, dia diberi dadah oleh kawan-kawannya.”
“Dadah?!” Aishah pitam. Saadah panik. “Aishah.. Aishah!”

“Saya ambilkan air.” Johan cepat bertindak.

Setelah direnjiskan mukanya dengan air, Aishah tersedar. “Astaghfirullah.. ana pengsan ke?” Aishah bertanya. Kepalanya berdenyut. Dia sedar, tadi dia masih bercerita dengan Saadah.
“Ya. Alhamdulillah, anti okey sekarang.” Balas Johan. “Anti takde mimpi apa-apa, kan?”
“Mimpi?” Aishah menggeleng.
“Anti nak tahu tak, kenapa anti selalu pengsan? Ini kali ketiga, kan..” Johan menduga.
“Tiga?” Aishah terkejut. Dia tidak tahu-menahu tentang itu. “Ana cuma rasa penat sangat. Dr. Syuib kata tak ada apa-apa. Tapi, musykil juga bila dah banyak kali pengsan.”

“Sebenarnya, ana seorang pakar psikiatri. Bengkel yang ana jaga tu, kawan ana yang punya. Ana tolong-tolong jer. Dan anti, Aishah..”
“Ana tak gila, kan Johan..?” Aishah penasaran.
“Anti tak gila, cuma anti disahkan trauma disebabkan anti terlampau stress yang abang anti cuba ragut mahkota diri anti sebagai wanita.” Terang Johan.
“Trauma?” Aishah tergamam.
“Ya, anti trauma. Anti tak boleh dipeluk dari belakang sebagaimana yang abang anti dah buat. Anti akan pengsan.” Johan menyambung.
'Kesian Abang Izz. Macam mana kalau dia nak..' Aishah berfikir. “Pasti ada ubatnya, kan Johan..?”
“Hmm.. ini yang ana nak dengar. Kalau anti dah fikir macam tu, baguslah. Ini bermakna anti dah sedia untuk rawatan.” Johan tersenyum.
“Maksudnya..?” Aishah dan Saadah bertanya serentak. Mereka berdua tidak mengerti kata-kata Johan. Izzudin menelan liur.

Johan tersenyum lagi. “Takde apa-apa. Pasal tu, just leave it to Izzudin and I. Anti cuma perlu sediakan hati jer. Trauma datang dari ketakutan dan kesedihan yang melampau. Cuma perlukan sedikit dorongan untuk kita kuatkan balik hati kita. Jadi, anti cuma perlu sediakan hati, macam tarbiah yang anti dapat waktu sekolah dulu. Rawatan yang saya berikan pun, mild jer.” Jelas Johan.
“Mana anta tahu tentang tarbiah?” Aishah bertanya. Johan menunjuk ke arah Saadah. Saadah malu.
“Okeylah, semua dah selesai. Awak dah tahu awak trauma dan awak dan sedia untuk rawatan. So, apakata kita makan dulu kemudian saya hantar awak semua naik tren. Dah tengah hari dah ni, kita makan kat luar jer lah. Saya belanja!” Johan mengajak.

Johan menghantar Saadah, Izzudin dan Aishah ke stesen LRT. Semasa menurunkan mereka, Johan sempat berpesan kepada Izzudin, “saya akan call awak nanti. Jangan lupa tentang rawatan yang sepatutnya awak beri pada Aishah.” Johan mengenyitkan matanya.
Izzudin terpinga, namun dia cepat mengerti. “Senyaplah!”
Johan hanya ketawa kemudiannya memberi salam untuk beredar.
Izzudin terasa bagai dipermainkan. Walau apa pun, dia harus mengikut arahan pakar psikiatri itu untuk menyembuhkan Aishah.
“Kenapa ni, abang? Kenapa jerit-jerit? Jomlah, naik cepat.” Tegur Aishah.
“Takde apa.” Izzudin tersenyum hambar lalu berjalan ke kaunter tiket.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous