Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Itsutsu (5)

Aishah melihat ke dalam cermin. Dia mencuci mukanya berkali-kali. Matanya sudah merah akibat daripada menangis terlalu lama di dalam bilik air. Dia tersedar bahawa dia tidak boleh terlalu lemah dengan dunia yang penuh pancaroba ini.

'Bukankah Allah telah berjanji akan menguji manusia untuk mengetahui siapakah yang paling beriman di antara kami? Apakah ana layak untuk mengeluh atas ujian ni?' Aishah bermonolog di dalam hatinya. 'Haih, betapa lemahnya iman..' Aishah teringatkan bait-bait lagu nasyid kegemarannya semasa di sekolah menengah.

'Dalam fitrah kudus sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapan-Mu '

Aishah mengelap mukanya yang basah dengan sehelai tisu. Dia keluar dari tandas dan berjalan mengikut rasa hatinya. Dia mengingati Surah Al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta, jiwa (kematian) dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar.
Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah-lah kami kembali.
Mereka itulah yang mendapat selawat dan rahmat dari Tuhannya. Dan mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk.”

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.” Aishah melafazkan kata-kata seperti yang disebutkan dalam ayat 156. Dia juga beristighfar sebanyak 7 kali serta mengulangi saiyidul istighfar sebanyak 3 kali.
Hatinya masih terasa pedih dan sedih dengan sikap Izzudin. Dia cuba untuk menenteramkan hatinya dengan mengulangi ayat-ayat Suratul Baqarah itu tadi.

Aishah berjalan dan terus berjalan sambil beristighfar. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia memandang suasana sekelilingnya. Kini dia tersedar, 'ana dah dekat mana ni?!' Jerit hatinya. 'Mana Abang Izz?'

“Senno yoru okoete anata ni tsutaetai..
Tsutaena kara ranai koto ga aru..”

Aishah mencapai henfonnya yang berdering.
“Hello, Aishah kat mana ni? Penat abang carik tau!”
“Assalamu'alaikum, abang! Itulah, Aishah pun tengah cari abang juga ni. Keluar dari tandas tadi rasanya dah betul dah ikut arah ni. Tapi Aishah tak nampak abang pun.” Balas Aishah.
“Hah? Wa'alaikumsalam.” Izzudin tersentak. Dia terlampau panik sehingga terlupa untuk mengucapkan salam yang telah diajarkan Rasulullah SAW.
“Aishah jalan ke mana? Pergi tempat tadi ke?” Tanya Izzudin penuh cemas.
“Yalah, Aishah nak ke mana lagi kalau bukan cari abang kat tempat tadi?” Balas Aishah.
This is so good! Aku carik dia, dia carik aku. Penat je menapak.” Rungut Izzudin. “Aishah kat mana ni?”
“Maaflah, abang. Dah susahkan abang, dahlah tadi marah-marah. Aishah minta maaf, ya. Aishah tak patut mengeluh dan marah-marah macam tu.” Aishah mengambil kesempatan untuk meminta maaf dari Izzudin.
“Takpe, abang yang salah. Aishah tunggu kat tempat Aishah sekarang ni, biar abang yang carik Aishah. Aishah kat mana sekarang?” Balas Izzudin pula.
“Aishah sekarang ada dekat depan kedai 'Paper Boutique' ni.”
“Tunggu situ, nanti abang datang. Assalamu'alaikum.” Izzudin mula berjalan mencari Aishah.
“Okey, Aishah tunggu dekat bangku sebelah kedai ni. Elok-elok cari jalan. Jangan sampai sesat. Waalaikumsalam.” Aishah akur dengan arahan Izzudin lalu memutuskan talian.

IZZUDIN ternampak Aishah yang sedang duduk di atas bangku sambil menunggunya. Puas dia mencari isterinya itu. Dia terfikir, “Aishah ni dah maafkan aku ke belum? Nampak macam dah je. Mesti ucap terima kasih. Tapi macam mana, ya?”
Izzudin terfikirkan satu rancangan. Dia tersenyum sendiri.

“Hello, Aishah. Assalamu'alaikum.” Izzudin membuat panggilan telefon kepada Aishah.
“Waalaikumsalam, abang kat mana ni?” Tanya Aishah.
“Entahlah, abang tak pasti. Cuba Aishah berdiri depan kedai tu carik abang. Abang dekat depan kedai baju ni je.” Bohong Izzudin dengan mengatakan dia berada di kedai bertentangan dengan kedai tempat Aishah menunggunya. Sebenarnya, dia berada di sebelah kedai itu sahaja.
“Wakatta.”

“Abang, abang kat mana ? Aishah tak nampak abang pun kat situ.” Kata Aishah sambil mencari-cari batang tubuh suaminya.
“Hello, abang? Hello? Assalamu'alaikum?” Aishah kehairanan. Tiada respon langsung daripada Izzudin. Aishah melihat skrin henfonnya. “Naruhodo (patutlah), putus rupanya. Tunggu je la, dia sampai.” Aishah menyimpan telefon bimbitnya.

Aishah terasa dirinya bagaikan dipeluk. Dia cemas, “aniki, dame.. (along, jangan..)” Suara Aishah tersekat di kerongkongan. “Aishah, abang sayang Aishah.” Satu suara kedengaran membisik halus ke telinganya.

“Abang mintak maaf. Mungkin abang memang masih sayangkan Zue, tapi itu tak bermakna abang tak sayangkan Aishah sebagai isteri. Abang mengaku, abang salah kerana mengharapkan cinta pada yang haram. Tapi abang nak Aishah tau, abang tak sanggup nak sentuh Aishah dulu sebab abang sayangkan Aishah dan abang rasa tak layak untuk Aishah. Bukan kerana Zulaikha, takde kaitan dengan dia langsung. As I've said to you, she's history. Could you please forgive me, Aishah? I'm really sorry.”

Aishah menggigil. Suara itu tidak dapat di proses otaknya. Dia terlampau takut. Dia cuba mendapatkan keyakinan dan kekuatan diri.
“Siapa.. yang peluk ni? DAREKA?!”
Izzudin terkujat. Dia tidak menyangka Aishah akan menjerit. Dia teringat bahawa Aishah trauma. ' I'm dead! '

Izzudin segera melepaskan Aishah. Aishah berpaling, dia melihat wajah orang yang memeluknya. “Abang.. Izz” Aishah pengsan di hadapan Izzudin. Tangannya tangkas menyambut tubuh isterinya.
“Eh, dah pengsan? Cepatnya..” Detus hati Izzudin. Dia baru sahaja bersedia untuk ditempik seperti kejadian hari itu.
“Nak buat apa ni? KLCC ni ada klinik ke?” Izzudin cemas. Dia memapah Aishah ke bangku tempat Aishah menunggunya tadi. Dia tidak mahu menjadi perhatian orang ramai. Dia mahu segera mencari tempat untuk Aishah berehat.

What to do, now?” Izzudin buntu. Tiba-tiba, henfon Aishah berdering. Izzudin mencarinya di dalam beg tangan Aishah.
“Apa ni? Siapalah pulak yang call?” Izzudin hairan melihat tulisan Jepun yang tertera di skrin. Dia menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

“Moshi-moshi, assalamu'alaikum! Kaifa anti bi zaujuki?? (Macam mana awak dengan suami awak?)” Izzudin terkejut. 'Siapalah yang berani sangat tanya macam ni?' Dia sebenarnya boleh memahami Bahasa Arab.
“Waalaikumsalam, boleh saya tahu siapa yang bercakap tu?” Izzudin bertanya.

Saadah terperanjat. 'Eh, Izzudin..? Mana Aishah?'
“Oh, Izzudin. Ini Saadah bercakap. Kawan Aishah yang tadi.”
Oh, thank goodness! Saya tak faham langsung tulisan Jepun ni.” Izzudin menghembus nafas lega. “Boleh saya tahu dekat mana klinik terdekat? Emergency: Aishah pengsan.”

“AISHAH PENGSAN??!”

“Wakaran (saya tak faham), macam mana dia boleh pengsan?? Tadi sihat je.” Tanya Saadah menginginkan penjelasan. Dia dan Zahra' baru sahaja selesai solat. Zahra' juga terkejut dengan berita itu.
“Nantilah saya ceritakan.” Izzudin berlagak tenang. Aishah perlu dirawat segera. “Sekarang ni, saya nak tahu dekat mana klinik? Or at least, tempat yang sesuai untuk baringkan Aishah. Please, saya tak nak orang ramai tahu. Kecoh nanti.”

Dahi Saadaah berkerut. 'Apalah salahnya kalau panggil ambulans?'
“Okey. Anta dekat mana sekarang?” Saadah hanya mengikut kehendak Izzudin biarpun dia curiga. “Tingkat tiga, ya? Dekat dengan tempat ana kerja. Nanti ana datang, ana boleh minta tolong bos ana. Anta dekat depan 'Paper Boutique' ya? Tunggu situ, lima minit.” Saadah cuba untuk menenteramkan hati suami sahabatnya itu.

“MACAM MANA Aishah boleh pengsan? Dia kan kuat, apa awak dah buat pada dia?” Tanya Saadah. Selama dia berkawan dengan Aishah, inilah kali pertama dia melihat Aishah pengsan.
'Apa dah jadi dengan Aishah? Dulu ceria je. Tapi, sejak balik dari Jepun.. Nada suara dia pun dah berbeza, macam sembunyikan sesuatu.'

“Saya.. terpeluk dia lagi.” Izzudin berkata perlahan.

Saadah dan Zahra' terpinga. “Itu je?”
“Takkan lah sebab tu je? Mesti ada sebab yang lain, kan?” Tanya Saadah tidak berpuas hati.
“Awak berdua tak tahu ke pasal tu?” Izzudin bertanya semula.
“Oh, yalah. Perkara tu terjadi lepas dia grade. Patutlah awak berdua tak tahu.”
“Apa yang terjadi sebenarnya?” Tanya Zahra' pula.
“Hmm, perlu ke saya cerita?” Izzudin berfikir sejenak.

“Mestilah perlu. Kami ni kawan dia. Takkanlah kami tak perlu tahu..” Zahra' bersuara, tidak puas hati dengan sikap Izzudin. 'Apa yang rahsia sangat ni?'
Izzudin diam. Masih berfikir, apakah perlu atau tidak dia menceritakannya.

“Takpelah Izzudin. Kalau awak rasa benda tu aib sangat dan kami tak perlu tahu, awak tak perlulah paksa diri awak untuk ceritakannya.” Saadah mencelah.
“Saadah?!”
“Ini hal keluarga, bukan? Kami takde hak untuk campur tangan. Maafkan kami.” Sambung Saadah lagi. Zahra' mengeluh.
But at least, beritahulah kami kenapa Aishah pengsan? Dia tak pernah pengsan.” Zahra' tersenyum. Dia fikir Saadah mahu melepaskan masalah Aishah ini begitu sahaja.

Izzudin diam lagi. Dia berfikir, 'rasanya kalau Aishah tau yang aku cerita kat kawan dia yang abang dia cuba rogol dia, mesti dia malu. Tapi, kalau aku tak bagitau diorang langsung, kesianlah pulak. Nanti diorang tertanya-tanya, pastu fikir yang bukan-bukan. Bak kata Aishah; syaitan sentiasa berusaha menghasut manusia.”
“Izzudin, ceritalah.” Pinta Zahra'.

“Macam nilah. Saya tak boleh cerita banyak-banyak. Saya cuma boleh kata yang Aishah trauma untuk dipeluk. Itu je. Lain-lain, tanya Aishah sendiri. Itupun kalau dia tahu. Dia tak tahu yang dia trauma.” Terang Izzudin.

Suasana menjadi sepi seketika. Tiada siapa yang mahu bersuara. Masing-masing dengan fikiran masing-masing.

“Sekarang, kita nak buat apa? Takkan nak biarkan aje Aishah terbaring macam tu. Nanti bos nak tutup kedai pula.” Ujar Saadah.
“Betul jugak tu. Kena hantar dia pergi jumpa doktor.” Izzudin menyahut. “Tapi, nak naik apa? Tak mahulah naik ambulans, nanti jadi kecoh pulak.”

“Ana faham. Mungkin tunang ana boleh bantu. Dia duduk dekat-dekat sini. Ana contact dia kejap.” Kata Saadah penuh memahami. Dia keluar dari stor kedai telefon itu meninggalkan Izzudin bersama Zahra'.

Lima belas minit kemudian, Saadah kembali. “Maaflah, dia sibuk sikit sebab tulah lambat sikit tadi. Katanya, dalam masa 20 minit dia akan sampai.”
“Jomlah kita tunggu di luar, senang sikit.” Saadah mengajak Zahra' dan Izzudin untuk menunggu tunangnya di luar kedai.
“Aishah macam mana?” Tanya Izzudin. Risau juga jika terjadi apa-apa terhadap isterinya.
She's gonna be fine. Insya-allah.”

“Anti call ke mesej?” Tanya Zahra' sambil tersengih. Mereka sudah melabuhkan punggung di bangku yang tersedia di tengah-tengah ruang KLCC itu.
Emergency.” Jawab Saadah. Dia tahu Zahra' sengaja mahu mengenakannya.
“Oh, berapa kali call baru Johan angkat?” Zahra' bertanya lagi sambil tersenyum.
“3 kali je.” Jawab Saadah ringkas tapi berbaur hampa.
“Solehnya! Jealous I..” Zahra' mengusik lagi rakannya itu.
“Insya-Allah, anti akan dapat yang lebih baik dari dia.” Kata Saadah dengan niat untuk menutup mulut rakannya itu daripada terus mengusiknya.
“Amin!” Zahra' menganggap serius bahawa Saadah sedang mendoakannya. Dia benar-benar berharap akan berjumpa seorang lelaki sebaik itu untuk mengukuhkan lagi imannya.

“Lepas rindulah dengar suara dia, ya Saadah?” Zahra' masih tidak berhenti mengusik.
“Rindu apa pula? Dia tak banyak bercakap pun.” Balas Saadah. 'Tak habis-habislah, si Zahra' ni.'
“Maaf ganggu. Tapi, awak berdua cakap pasal apa ni?” Celah Izzudin tiba-tiba. Saadah tertunduk malu.
“Saadah ni, kalau boleh tak nak jumpa tunang dia. Tapi sekarang ni dah terpaksa berjumpa. So, I think she's excited!” Zahra' berterus-terang dengan Izzduin.
“Fitnah..!” Saadah menafikan.
“Alah, anti jangan tipu. Anti memang rindukan dia, kan? Admit it already.” Zahra' mengusik lagi.
Not infront of him!” Saadah membisik ke telinga Zahra'.
“Oops! Izzudin, jangan cakap apa-apa depan Johan tentang ni tau. Saadah malu!” Zahra' meminta Izzudin agar tidak memberitahu tunang Saadah tentang ini.
“Insya-Allah, saya takkan bagitahu sesiapa.” Izzudin memberi jaminan. Dia tertarik dengan teletah rakan-rakan Aishah.
Kini dia sedar, pasti Aishah juga merinduinya seperti Saadah merindui tunangnya. Dia tahu salahnya. Dia terlampau takut untuk menerima Aishah, dia takut untuk melepaskan kisah lama. Dia hanyut dengan cintanya terhadap Zulaikha. Sehinggakan hak Aishah sebagai isteri telah terabai. Tiba-tiba, bagaikan terdengar lagu 'Hanyut' nyanyian Faizal Tahir di dalam kotak fikirannya.

“Eh, nanti jumpa dia, kan?” Zahra' mengusik lagi.
“Ya..!” Saadah menjawab malas.
“Baguslah, tak lama lagi jadi goshuji. Tinggal ana je yang tak kahwin lagi..” Zahra' menunduk sayu. Rakannya itu akan keluar dari rumah dan tinggal bersama suaminya tidak lama lagi. Tinggallah dia sendirian.
“Zahra', insya-Allah anti akan temui jodoh anti tak lama lagi.” Pujuk Saadah.

“Goshuji tu apa?” Izzudin masih berminat untuk mengetahui maksud perkataan itu. “Suami ya?”

“Ehem!! Anta tak risau ke dengan keadaan Aishah?” Saadah menukar topik. Zahra' buat tidak tahu, biarlah bahasa ibundanya itu menjadi bahasa rahsia di antara mereka bertiga.
Izzudin menghembuskan nafasnya. “Mungkin dia akan meracau sikit, tapi Aishah okey. Cuma kita kena sedarkan dia kalau tak dia memang takkan bangun.”
“Kesiannya..!” Kata Saadah dan Zahra' hampir serentak.
“Habis tu..”

“Eh, tu bukan Johan ke?” Ujar Zahra' tanpa sempat Saadah menghabiskan kata-katanya.

Johan mendekati mereka sejurus memberi salam. “Awak ni mesti Izzudin, kan?”
“Ya, saya. Awak, tunang Saadah?” Tanya Izzudin tanpa menyambut huluran tangan Johan.
“Ya, saya Johan.” Mendengarkan itu, barulah Izzudin bersalaman dengan Johan.
“Saya dengar, isteri awak pengsan. Kenapa?” Johan ingin tahu. Mungkin dia boleh membantu lebih lanjut.
“Sejujurnya, dia trauma.” Izzudin memberitahu. Johan itu bukanlah orang luar baginya. Tunang kawan Aishah juga.

Saadah mengajak Zahra' untuk membeli air untuk mereka.
“Takpe ke tinggalkan mereka berdua?” Tanya Zahra'
“Anti tak ingat ke, Johan kan psychiatrist. Mesti dia boleh tolong Aishah.”
“Sou desu ne... (Iya tak ya, juga.)” Zahra' mengangguk.

“Oh, patutlah Saadah cakap ni urgent.” Johan faham kini. Saadah mahu dia menolong sahabatnya itu.“Sebenarnya, saya ni psychiatrist. Kerja di bengkel tu part time je. Kawan minta tolong. Jadi, kalau awak tak kisah ceritalah pada saya. Insya-Allah saya boleh tolong.”
“Oh, awak psychiatrist..”

“Eh, kejap! Awak ni bukan Johan Gabriel?”
“Nampaknya, ada orang dah perkenalkan saya pada awak.” Johan bersikap tenang. Walaupun dia tidak membuka pejabat psikitiari, dia mempunyai ramai kenalan dalam bidang medik.
“Hari tu, memang Dr. Syuib suruh saya jumpa psychiatrist, tapi..”
“Tapi apa? Awak cemburu ya..” Johan dapat meneka perasaan Izzudin yang baru berkahwin itu. Izzudin tertunduk malu.

“Awak janganlah risau. Sebenarnya, walaupun saya nampak alim bak kata oranglah, tapi saya bukanlah kuat agama sangat. Keluarga saya teruk juga. Selepas jumpa Saadah barulah saya jadi macam ni. Kuasa cinta tu kuat.” Izzudin hairan. 'Apa yang dia cerita ni?'

“Keluarga saya buka business. Maksudnya, bapa saya tu orang korporat. Tapi, saya tak suka pun buat business ni. Saya lebih suka buat kerja macam orang biasa. Sebab tulah walaupun ada kelulusan sebagai psychiatrist pun saya tolong kawan saya dekat bengkel. Itupun ibu bapa saya bantah. Kata mereka, kalau nak bebas kahwin dulu.”
“Kahwin?”
“Haha! Saya pun terkejut waktu tu. Diorang nak kahwinkan saya dengan anak datin! Saya apa lagi, lari dari rumah. Saya tak sukakan perempuan tu.
Saya menginap dekat satu homestay ni. Ada seorang perempuan macam saya jugak, lari dari rumah. Tak nak kahwin. Ibu bapa dia datang pujuk dia balik rumah. Masa tulah, Saadah datang nasihatkan dia, sebab homestay tu milik ibu bapa dia. 'Setiap perkara ada hikmahnya. Allah hanya mentaqdirkan yang terbaik buat hamba-hambanya. Samada kita sedar atau tak, itu semua di bahu kita sendiri.' Itulah yang Saadah katakan, yang membuatkan saya jatuh hati pada dia.
Saya balik rumah, insaf bila dengar kata-kata tu. Saya minta ibu bapa saya. Kahwinkan saya dengan dia. Ibu bapa saya cuma menurut. Mereka tak sabar nak menimang cucu. Tapi, bila saya datang balik homestay tu cari Saadah, dia takde. Rupa-rupanya masa saya jumpa dia tu, dia tengah cuti semester. Jadi saya pun tunggu dia balik. Barulah saya meminang dia. Bertunang dulu sebab Saadah hanya mahukan cinta selepas kahwin.”
“Kenapa awak ceritakan dekat saya?”
The purpose is, takkanlah saya nak tinggalkan orang yang saya kejar selama 2 tahun untuk isteri orang?” Balas Johan. Dia memang akan bercerita tentang tunangnya apabila berjumpa dengan klien lelaki yang ingin membantu pasangan mereka.

“Hmph!” Izzudin tersenyum sinis.
“Awak cakap macam tu buat saya rasa tak nak cerita tentang Aishah.”
Johan terperanjat dengan reaksi Izzudin. Selalunya, kliennya akan menjadi lebih yakin untuk meluahkan masalah setelah mendengar ceritanya. Lain pula pada Izzudin.

“Dayus, bukan? Jika seorang lelaki masih mengejar girlfriend lamanya yang sudah berkahwin, sedangkan di hadapannya ada seorang isteri yang lebih cantik dan solehah?” Izzudin membuka cerita. “Johan, saya ni memang dayus, bukan?”
“Apa yang terjadi sebenarnya?” Johan meminta penjelasan lanjut.

“YA ALLAH, kuatkanlah hatiku.” Hati Izzudin berdebar melihat Aishah yang masih belum sedar dari pengsan. “Segannya, tapi kalau doktor cakap ini boleh tolong sedarkan dia aku mesti buat jugak!” Monolog Izzudin di dalam hatinya. “Jangan malu, jangan segan. Ini isteri kau, Izzudin!”

Aishah terjaga. Dia terkejut melihat wajah Izzudin betul-betul di hadapan matanya. Izzudin bangkit. Dia terkejut apabila mendapati Aishah sudah terjaga. Lidahnya kelu akibat malu. Aishah bangkit lantas memeluk Izzudin. “Terima kasih, abang.” Air mata Aishah mengalir di pipinya.

Johan tersenyum sendiri di balik pintu itu. “Hakimi itu satu kes. Bila Izzudin hanyut dengan cinta lamanya, pastilah Aishah terabai kesunyian. Itu saja yang aku boleh tolong takat ni. Dia kena belajar untuk lupakan Zulaikha.” Dia berbisik sendirian.
Dush!!!
“Johan, siapa Zulaikha? Izzudin curang??” Johan terkejut melihat kehadiran Saadah di situ. Dia berlagak tenang dan mengambil botol air yang terjatuh ke lantai lantas menarik lengan Saadah ke tempat mereka duduk sebentar tadi.
“Saadah, dengar cakap ana, jangan sangka buruk. Izzudin seorang yang setia dan jujur, cuma dia belum cukup jujur dengan dirinya sendiri.” Johan cuba menenangkan Saadah.
“Kalau macam tu, siapa Zulaikha? Kekasih anta??”
“Zulaikha tu ex-girlfriend Izzudin. Dia dah berkahwin sebelum Izzudin dan Aishah bernikah. Tapi, anti pun tahu yang perkahwinan ni atas dasar keluarga. Jadi, Izzudin masih kecewa dia dipisahkan dengan Zulaikha. Ana tak kenal sesiapapun yang bernama Zulaikha, anti jangan kuat cemburu. Nanti anak-anak kita pun jadi macam tu jugak.” Pujuk Johan.
“Itu je?”
“Ya, itu sahaja. Mereka dah tak berhubung sebab Izzudin memang ingin melupakannya walaupun hatinya belum cukup redha dengan apa yang berlaku. Percayalah cakap ana, tak pernah sekali terlintas di fikiran untuk menipu.” Johan memujuk lagi.
“Jadi, anta memang takkan tipu analah, ya?”
“Menipu itukan satu dosa? Setiap orang bencikan neraka, takut nak masuk sana.” Balas Johan lagi.
“Hmm.. ana anggap itu sebagai janji. Kalau anta menipu ana satu hari nanti, dosa anta bertambah dua kali ganda. Dosa menipu dan juga dosa mungkir janji.” Ujar Saadah. Johan hanya tersenyum mendengar kata-kata tunangnya itu.

Mereka diam sejenak.

“Air Revive ni untuk ana, kan?” Tanya Johan sambil mengunjukkan botol air di tangannya.
“Ya, minumlah. Tadi, ana dan Zahra' pergi beli air dekat Kiosk bawah sana. Nak buatkan air, sekarang bukan dekat rumah. Ini saja yang termampu.” Jawab Saadah.
“Ana faham.” Balas Johan sambil membuka penutup botol tersebut dan mengucap basmalah. “Air ni memang favourite ana pun sebenarnya. Lama tak minum air ni. Bahaya, takut kena diabetis.” Sambungnya sambil tersenyum lagi.

“Apa patut kita buat untuk Aishah?” Tanya Saadah tiba-tiba.
“Buat biasa je.” Jawab Johan. “Trauma boleh sembuh kalau dia kuat and ada something or someone to push her supaya jadi kuat. Contohnya, macam Izzudin dan anti sendiri sebagai kawan baik dia. Tentang masalah rumah tangga mereka, ana boleh tolong nasihatkan Izzudin, as for Aishah anti tolonglah dia. Bagi sokongan moral..”
“Assalamualaikum!” Johan menghentikan bicaranya apabila Zahra' datang memberi salam. “Waalaikumsalam..”
“Buat apa ni? Dating ya??” Usik Zahra'. Melihatkan Saadah tidak memberi respons, dia menggelabah. “Eh, gurau je la. Antum bincang apa ni? Macam serius sangat je..”
“Perbincangan rahsia, maaflah Zahra'.” Balas Johan.
Zahra' pelik. Namun dia tidak endahkan semua itu. 'Mungkin tengah bincangkan wedding day. Wallahua'lam.'

“Saadah, Aishah dah sedar ke belum? Bos suruh kita balik tidur. Nanti kalau waktu sibuk, susah pula. Lagipun dah pukul berapa ni.. Nanti takde tren balik pula.” Beritahu Zahra'.
“Dah, tapi dia tengah berbincang dengan Izzudin.” Jawab Johan.
“Apakata kalau antum bermalam dekat rumah ana? Kebetulan, housemate ana syif malam hari ni. Macam mana?” Cadang Johan. “Saadah, Zahra'?”
“Ana tak kisah.cuba anta tanya Saadah.” Zahra' menjawab.

“Bagus jugak. Boleh tidur dengan Aishah.” Wajah Saadah tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Dia bangkit tiba-tiba menuju ke bilik di mana Aishah sedang berehat. Johan terkejut.
“Eh, anti nak ke mana tu? Jangan, Saadah!” Johan berlari mendapatkan Saadah. “Biar ana yang panggilkan mereka.” Ujarnya bagi menghalang Saadah membuka pintu bilik itu. 'Huh, nasib baik. Saadah ni, masih kecewa dengan layanan Izzudin terhadap Aishah. Mesti dia tengah marahkan Izzudin. Entah apa yang akan terjadi kalau ana biarkan dia buka pintu tu.”

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous