Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Mitsu (3)

MALAM itu, Izzudin terus tertidur setelah menunaikan jama' taqdim antara Maghrib dan Isya'. Aishah masuk ke bilik tidur itu untuk membantu meletakkan ubat pada luka di belakang badan Izzudin. Melihatkan suaminya sudah terlena, Aishah hanya mampu tersenyum.
Dia mengiringkan dan menyapu minyak ke badan Izzudin yang tidak berbaju. “Kesiannya Abang Izz.. Mesti pedih kalau pakai baju.” Aishah bersimpati dengan suaminya.
“Mungkin ini balasannya sebab tarik Aishah jatuh kolam..” Aishah membelai wajah Izzudin. “Semoga Allah mengampuni dosamu. Oyasumi (selamat malam).” Aishah menutupkan lampu.

Izzudin terjaga dari tidur kerana merasakan kehangatan yang tidak pernah diterimanya. Apatah lagi, dia memang suka tidur di rumah tanpa memakai walau baju betapa sejuk pun malam di kaki bukit itu. Dia cuba untuk bangkit tetapi terbaring semula apabila ada sesuatu yang menariknya. Dia mencuba untuk melihat dalam gelap.
Izzudin tersenyum. Aishah memeluk Izzudin sepanjang tidurnya. Izzudin membelai rambut isterinya yang separas bahu itu.
“Abang, sekarang pukul berapa?” Aishah bersuara tiba-tiba. Izzudin terkejut. Aishah memeluknya lebih erat.
Izzudin tersenyum lagi. 'Mengigau rupanya wife aku ni..' Izzudin membalas pelukan Aishah lantas menyambung tidurnya.

Izzudin terjaga lagi kerana terdengar ketukan pintu. “Izzudin, Aishah! Mari solat jemaah.” Ajak Dato' Zulkifli dari luar. “Baik, bapak.” Balas Izzudin.
Izzudin mengejutkan Aishah. Izzudin hairan. Selalunya, Aishah akan bangun dahulu sebelumnya. Aishah juga berani memeluknya walhal sebelum ini mereka tidur berjauhan walaupun sekatil.
“Aishah, Aishah. Bangun, sayang. Dah Subuh ni.” Izzudin mengejutkan dengan lembut.
“Abang solatlah dulu. Aishah mengantuk ni..” Aishah masih mamai.
“Kalau ya pun lepaskanlah abang. Macam mana nak solat kalau Aishah peluk abang macam ni?” “Hah..?” Aishah membuka matanya.
“Gomen, Aishah ingatkan teddy bear.” Aishah segera melepaskan pelukannya. “Lagipun, Aishah takut abang kesejukan.”
“Abang dah biasalah. Dah, bangun. Bapak ajak solat jemaah.” Izzudin turun dari katil dan melangkah menuju ke bilik air.

Sesudah solat, mereka mengemaskan barang-barang kerana ingin pulang semula ke rumah. Datin Amirah mengeluh. “Semalam baru sampai dah nak balik hari ni?”
Datin Amirah kecewa kerana tidak sempat mahu bertaaruf lebih dekat dengan menantunya.

“Maaflah, mak. Izzudin dah seminggu cuti. Dateline pun dah dekat sangat, banyak benda nak kejar. Jadi, Izzudin terpaksa balik pejabat supaya editor tak risau.” Izzudin memujuk ibunya. Datin Amirah mengeluh lagi.
“Mak, janganlah mengeluh. Allah tak suka. Nanti kami datang lagi,ya.” Pujuk Aishah pula.
“Yalah, Amirah. Ana pun kalau boleh nak tinggal lama sikit, tapi kesian pula dekat jiran-jiran. Dah lebih 2 minggu kami tinggalkan rumah. Jadi, kami nak balik juga.” Hajah Noriah mencelah.
“Sabar ya..”
Datin Amirah kehilangan kata-kata. Dia terus menghilang ke dapur.

Selesai berkemas, mereka bersalaman dengan Dato' Zulkifli.
“Bapak, mak mana?” Tanya Izzudin, bimbang pula ibu tua itu merajuk dengannya.
“Ada tu di dapur.” Balas Dato' Zulkifli lantas melaung memanggil isterinya.

Datin Amirah keluar beberapa ketika kemudian. Dia membawa sebuah beg plastik merah. “Nah, ambik ni. Kalau lapar, makanlah dalam kereta.” Pesannya kepada Izzudin.
“Jagung ke, mak?” Izzudin meneka. Ibunya memang selalu membekalkannya jagung semasa pulang ke bandar. Dia melihat ke dalam beg yang dipegang Aishah. “Terima kasih, mak.”

DI RUMAH, Aishah juga mendapat idea untuk menulis sebuah novel mengenai kisah cinta antara dia dan Izzudin. Dia bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. Dia ingin menghantarnya ke PTS Publications secara online. Dia menekan butang 'HANTAR' yang tertera di situ.

“Alamak!” Aishah menyesali perbuatannya. “Macam mana kalau Abang Izz terbaca benda ni? Tak pun kawan-kawan ana baca, pastu mereka sedar yang ini kisah benar tentang ana dan Abang Izz?”
“Ie..! Malunya kalau orang tahu. Tapi, ana dah send pun.” Aishah bermonolog.
“Apa patut ana buat sekarang? Baik ana check apa yang ana dah hantar tadi.”

'Hati Maisarah berbunga-bunga. Ternyata Izzat Alifi sudah melupakan cinta lama dan mula menerima dirinya sebagai isteri.
Direnungnya sang suami yang baru sahaja selesai mandi. Masih dia ingat di awal perkahwinan, Izzat Alifi hanya akan menjejakkan kaki ke bilik tidur setelah jam 11 malam untuk tidur.'

“Alhamdulillah, tak tulis nama sebenar. Insya-Allah, kawan-kawan susah nak teka. Bukannya ana nak beritahu mereka pun tentang ni.” Aishah bersangka baik dengan taqdir Allah.
Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Aishah menutup komputer ribanya lalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam kerana Izzudin biasanya pulang dalam masa sejam lagi. Dia membuka pintu peti sejuk sambil berfikir, “masak apa ya hari ni?”

“Aha, tomyam!”

Aishah mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan lalu ke dapur untuk mengambil pisau. Tiba-tiba, henfonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia segera mendapatkan henfonnya dan membuka mesej tersebut. “Dari Abang Izz?”

salam. isteriku, hari ni abang tak nak makan masakan aishah. aishah cepat siap, abang balik nanti terus keluar.

“Ne? Peliknya, ayat macam nak ceraikan orang tapi, dia dah mengaku ana isteri dia..” Hati Aishah berdebar-debar. Antara gembira dan takut. Dia meneruskan bacaan dengan menekan butang 'next'.

kita makan kat luar ya, hari ni. pakai cantik2 ya!
p/s: jangan marah abang tau aishah salah faham tadi

“Ceh, sengaja nak kenakan ana!” Detus hati Aishah, geram.
“Iinda yo, (takpe) ana balas balik.”

IZZUDIN TERSENYUM sendiri memikirkan reaksi isterinya terhadap mesej yang dihantarnya sebentar tadi. Dia menyarung helmetnya dan menghidupkan motor untuk pulang ke rumah.

Posto, posto! Baca cepat, nanti menyesal.

“Eh, siapa pulak ni? Baru je nak start enjin.” Rungut hati Izzudin apabila mendengar nada dering henfonnya. Nada dering itu dirakamnya sejak bercinta dengan Zulaikha lagi.

SALAM. ABANG, AISHAH NI. AISHAH NAK KOMPLEN; SUKI2 JE TAK NAK MAKAN, AISHAH TENGAH NAK MASAK NI.


“Aik, marah betul ni.. Tak suka ke aku usik tadi?” Izzudin gusar.

TAPI,AISHAH TAK KESA.. AISHAH PUN MEMANG TERINGIN NAK KELUAR RUMAH. BOSAN TERPERAP. DAH LAH TAKDE LESEN. BORING! SATU JE, ABANG JANGAN TERKEJUT DENGAN PAKAIAN AISHAH. :)


“Alhamdulillah, buat suspense je dia ni.” Izzudin menghembus nafas lega. Aishah tidak ambil hati malah membalas usikannya itu.
“Jangan terkejut dengan bajunya? Pelik sangat ke? It wouldn't matter except if it's sexy. And I know she would never ever wear that kind of stuff. Mekap pun macam tak kenal..” Izzudin bermonolog sendiri. Kemudian, dia menunggang motor biru kesayangannya yang telah dipakai sejak bekerja di ADR Publications 2 tahun lepas.

Izzudin terus masuk ke dalam bilik untuk mengambil baju setelah puas memberi salam dari luar rumah. “Isy, mana Aishah ni? Takkanlah takde kat rumah kot? Apasal senyap je, dia lupa ke aku ajak dia makan kat luar? Ataupun, dia sakit?” Bermacam-macam soalan bermain di dalam fikirannya. Dia tidak menghiraukan kata hatinya itu kerana pasti bhawa Aishah selamat lalu dia masuk ke bilik air dan terus mandi.

“Cepatlah, Abang Izz balik nanti mesti dia risau tengok ana takde. Tangga loteng ni dahlah tersembunyi. Ummi dan walid yang suruh cari, kalau tak ana sendiri pun tak tahu tentang ni. Rasanya, Abang Izz tak pernah sampai sini..” Aishah terkocoh-kocoh menjahit jubahnya yang terkoyak sedikit. Dia menyimpan semua barangan yang dibawa pulang dari Osaka di loteng rahsia rumah itu. Barangan itu semuanya miliki nilai sentimental baginya.
“Hah, siap pun..!”

Aishah membuka pintu biliknya untuk mengambil stokin yang merupakan keperluannya jika ingin keluar rumah.

“MAK!!” “Iee!”

“Isy, abang ni. Buat terkejut Aishah je.” Rungut Aishah.
“Astaghfirullahal'azim, Aishah ke? Abang lagi terkejut tengok Aishah. All black je. Ingatkan nenek kebayan mana tadi..” Izzudin meluahkan rasa seram di hatinya.
“Nenek kebayan?!” Aishah berang.

“Ne, cakap baik-baik eh.. walaupun ana ni buruk, takde taste, tak ikut fesyen terkini, ana still ikut perintah Allah, okey.” Aishah memarahi Izzudin.
 “Mungkin purdah ni menakutkan tapi orang akan hormat ana dan acknowledge ana sebagai MUSLIMAH. Itu janji Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Lagipun, Zahra', Renji dan yang lain-lain dekat Jepun dulu tak pernah pertikai langsung tentang purdah ni. Satu kelas tak pernah persoal walaupun cuma ana dan Saadah je yang pakai macam ni. Apa masalah antum nak condemn purdah ni??!” Aishah terduduk di katil. Cuba meredakan rasa marah di hati.
“Innallaha ma'as sobirin. (Allah bersama hamba-hambanya bersabar.)” Bisiknya sendiri. Dia membuka tudungnya. Wajahnya yang putih itu sudah menjadi merah padam. Dia kemudiannya beristighfar. Air matanya mengalir.

“Aishah, maafkan abang.” Izzudin bersuara perlahan sambil mendekati Aishah. “Aishah, abang tak bermaksud nak sakitkan hati Aishah. Abang tak kisah Aishah pakai camni cuma abang terkejut je tadi. Maafkan abang.” Pujuk Izzudin. Aishah tidak menjawab. Dia menyeka air matanya kemudian melangkah ke bilik air.
“Aishah, maafkan abang!” Pinta Izzudin sambil menuruti langkah isterinya itu.

“Aishah, maafkanlah abang.” Rayunya. Aishah menutup pintu bilik air. Izzudin mengeluh. Dia tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk Aishah.

“Abang, jomlah kita pergi sekarang.” Kata Aishah setelah keluar dari bilik air.
“Aishah, maafkan abang ya, sayang..?” Izzudin masih berusaha memohon maaf daripada Aishah. Dia mencapai tangan Aishah.
“Abang, perlukah Aishah berdendam? Sedangkan nabi maafkan umat. Lagipun, Aishah nak minta maaf juga sebab tengking-tengking abang. Jomlah kita bersiap. Solat Maghrib dulu, kan sebelum bertolak..?” Balas Aishah.

“Oh, maksudnya kita kosong-kosonglah,ya?” Tanya Izzudin meminta kepastian.

“Ya. Aishah nak minta maaf. Maklumlah, dah nak Maghrib ni syaitan suka nak kacau. Tu pasal lah, kita kena solat dulu sebelum keluar. Aishah ambil wudhu' lagi sekali pastu kita tunggu azan, ya?” Usul Aishah.
Izzudin tersentak. 'Ambil wudhu' ke? Suspense betul..' Detus hati Izzudin.

“ABANG, kita nak pergi mana ni sebenarnya? Kenapa naik motor je??” Tanya Aishah. Dia tidak gemar menaiki motorsikal. Dia bersyukur kerana telah menukar baju blouse labuh dan berseluar kerana merasakan tidak sesuai untuk keluar begitu.
“Kita nak pergi KLCC, naik LRT.” Balas Izzudin. Hatinya masih marahkan Aishah yang menyuruhnya menyarung sweater biru milik Aishah. Isterinya itu meminta dia menukar jeans kepada seluar slack untuk menjaga syara', katanya lah..
'Sepatutnya dia bangga dengan tubuh aku yang sasa ni. Ni, sembunyikan pulak!'
'Tapi pelik betul.. Sweater dia boleh muat dengan aku? Ajaib..'
'Mungkin dia sengaja beli yang besar..'
'Entah-entah, dia sebenarnya jealous kalau perempuan lain nampak aku kot?'
'Perasannya aku!!'

Izzudin bermonolog sendiri. Memikirkan sikap Aishah yang dianggap pelik. 'Aishah ni berbeza dari perempuan lain. Sebagai suami, aku kena faham dia..'

“Abang Izz..”
“Ya, Z.. Aishah.” Izzudin terkejut. Sudah lama Aishah tidak memanggilnya sebegitu. Hampir sahaja dia menyebut nama Zulaikha.
“Lama lagi ke nak sampai? Stesen LRT tu jauh lagi ke?” Tanya Aishah.
“Satu traffic light lagi baru sampai.” Jawab Izzudin lembut. Hilang rasa marahnya mendengar suara Aishah lembut memanggilnya 'Izz'.

“Kalau macam tu, Aishah tidur dulu lah.” Kata Aishah selamba.
“Tidur?! Biar betul. Bahayalah!!” Izzudin risau dengan permintaan Aishah.
Aishah mengalihkan tangannya yang memegang bahagian belakang motorsikal untuk memeluk Izzudin dengan erat supaya dia tidak terjatuh.
“Izinkan Aishah. Oyasumi..” Bisik Aishah sambil menyandarkan kepalanya ke belakang badan Izzudin.
Izzudin menelan liur. Tidak pernah-pernah Aishah memeluknya sebegitu. Hampir sahaja dia melepaskan handle motorsikalnya. “Aksi apa ni? Sabar, 15 minit je lagi Izz.” Bisik hati kecil Izzudin.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous