Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Futatsu (2)

“ALHAMDULILLAH!! Aishah, kamu dah sedar, nak..” Haji Samiri menjerit kegirangan. Hajah Noriah dan Izzudin menyerbu ke dalam bilik tersebut. Hajah Noriah memeluk erat anak kesayangannya itu. Aishah terpinga-pinga.

Setelah itu, Izzudin dan Haji Samiri berbincang dengan Dr Syuib di luar mengenai masalah trauma Aishah.
“Saya harap lepas ni, perkara ni tak berulang lagi.” Izzudin memulakan bicara.
“Insya-Allah. Tapi, pada pendapat saya Puan Aishah perlu berjumpa dengan pakar psikiatri.” Ujar Doktor Syuib.
“Anak saya gila?!” Haji Samiri terperanjat mendengar kata-kata doktor itu.
“Tidak, psikiatri tidak bermaksud gila.” Balas Dr Syuib tenang. Dia faham ramai yang menyangka bahawa pakar psikiatri itu adalah untuk merawat orang-orang yang sakit jiwa.


“Puan Aishah hanya mengalami sedikit tekanan sehingga menyebabkan dia trauma. Jika dibiarkan, susah nanti.” Dr Syuib menjelaskan. “Puan Aishah perlu diubati dan pakar psikitiari adalah pilihan terbaik, pada hemat saya.”
“Saya ada kawan yang pakar dalam bidang ni. Saya harap Encik Izzudin boleh bawa Puan Aishah berjumpa dengannya. Ini kad kawan saya tu.” Sambung Dr Syuib sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Izzudin.

DR JOHAN GABRIEL
PSYCHIATRIST

'Lelaki.' Hati Izzudin membisikkan cemburu.
“Jangan risau, walaupun nama dia macam tu tapi dia Islam. Ibunya berkeras mahu nama itu digunakan.” Ujar Dr Syuib apabila melihat wajah Izzudin berubah. “Dia mixed, Chinese-Malay.”
“Baiklah, saya akan fikir-fikirkan.” Balas Izzudin sekadar menyedapkan hati. Dia menyimpan kad itu di dalam poket bajunya kemudian meletakkannya di dashboard keretanya.
Izzudin merasakan bahawa Aishah tidak memerlukan apa-apa rawatan. Namun sebenarnya, dia cemburu walau tanpa dia sedari.

IZZUDIN memanjangkan cutinya. Mereka pulang ke Bentong, Pahang untuk bertemu dengan ibu bapa Izzudin. Hajah Noriah sungguh gembira dapat bertemu dengan besannya, Datin Amirah.
Tengah hari itu, ketika Aishah sedang qalulah (tidur sebentar sebelum Zuhur; sunnah Rasul SAW :) ) Haji Samiri bercerita tentang masalah Aishah.

“Wah, sampai macam tu sekali?” Dato' Zulkifli terkejut dengan berita yang dibawa rakan, merangkap besannya itu.
“Kasihan Aishah.” Datin Amira tidak terkata lagi selain berusaha menenangkan Hajah Noriah yang sedang menangis teresak-esak di bahunya.

“Kenapa Kimi? Kenapa kau sanggup buat adik kau macam tu..?” Hajah Noriah bersedih. Menyesali kematian anaknya dalam keadaan sebegitu.
“Sudahlah, Nor. Benda dah jadi. Bukan dia yang pilih. Dia teraniaya.” Pujuk Haji Samiri. “Abang tak nak tuduh sesiapa, tapi abang pasti ada orang yang berikan dadah tu pada dia tanpa dia sedari.”
“Maksud abang?” Hajah Noriah mahukan penjelasan lanjut.
“Nor tahukan, Hakimi tu suka berdakwah. Dalam berdakwah ni, banyak dugaannya. Macam-macam ragam orang yang tak nak terima dakwah. Jadi, abang rasa kawan-kawan dia yang nak suruh dia berhenti.” Balas Haji Samiri. “Bila Hakimi pergi, abang terima satu sampul berisi duit dan surat minta maaf. Abang rasa betullah itu perbuatan kawan-kawan dia.”

“Kenapa tak buat laporan polis?” Tanya Dato' Zulkifli pula.
“Takpelah.. Aku rasa dia dah insaf dah tu. Aku selalu nampak mereka di masjid. Nampaknya, dakwah Hakimi telah berjaya walaupun terpaksa dibayar dengan nyawanya.” Jawab Haji Samiri.
“Kenapa abang tak beritahu Nor awal-awal?” Hajah Noriah mengesat air matanya.
“Abang takut Nor tak dapat terima hakikat ni.”

“Perlukah abang sembunyikan berita gembira ni?”

“Kalau abang cakap awal-awal, dah tentu air mata ni tak terbazir. Bukankah daie itu satu kerja mulia? Hakimi telah membantu agama Allah. Insya-Allah, Hakimi akan ke syurga.” Ujar Hajah Noriah sambil tersenyum.
“Abang fikir Nor akan bersedih.”
“Kenapa abang tak cuba dulu..?” Hajah Noriah mengukirkan senyuman. Haji Samiri tenang dengan senyuman itu. Dia turut tersenyum.

“Berbalik kepada Aishah, apa patut kita buat?” Izzudin tidak tahan melihat drama spontan ibu bapa mertuanya. Semua menoleh ke arahnya. Memikirkan topik asal yang merunsingkan kepala mereka.

“BUKANKAH DOKTOR tu ada bagi kad doktor psikiatri? Kamu tak nak pergi jumpa dia ke?” Tanya Haji Samiri setelah beberapa ketika.
“Tak naklah, walid. Udin tak rasa Aishah perlukan psychiatrist.” Balas Izzudin. “Lagipun, dia tu lelaki.” Sambungnya perlahan.

“Psikiatri? Kenapa, Aishah tak gila kan?” Celah Dato' Zulkifli. Risau akan menantunya.
“Memanglah Aishah tu tak gila, Zul. Tapi Aishah perlukan seorang pakar yang boleh membantu dia untuk hilangkan tekanan yang membuatkan dia trauma.” Jawab Haji Samiri. “Tak begitu, Izzudin?”

“Ya, tapi..”

“Tapi apa?” Dato' Zulkifli meragui kata-kata yang tidak habis diucapkan oleh anak tunggalnya itu. “Takde apalah.”
Dato' Zulkifli menarik Izzudin menjauhi yang lain. Haji Samiri dan yang lain hanya membiarkan mereka. Mereka hanya bersangka yang baik-baik. “Pasti ada perkara yang hanya di antara bapa dan anak.”

“Izzudin, kamu cemburu dengan doktor tu ke?”
Izzudin terperanjat. Memang itulah yang bermain-main di fikirannya.
“Kamu takut kehilangan dia sepertimana kamu kehilangan Zulaikha?” Dato' Zulkifli menduga.
“Jangan risaulah, Izzudin. Aishah tu seorang yang kuat agama. Tak mungkin dia meminta cerai tanpa sebab yang munasabah seperti orang lain. Lagipun, dia belum pernah bercinta. Janganlah kamu ikutkan rasa cemburu tu. Kesihatan Aishah itu yang utama. Jaga hak-hak dia sebagai isteri kamu spiritually, mentally and physically. Itulah tiga aspek utama. Jaga dia baik-baik.” Dato' Zulkifli menepuk-nepuk bahu Izzudin. Nasihat yang penuh makna dari seorang ayah untuk anaknya.
Izzudin hanya membisu. Otaknya kini sarat dengan masalah.

“Ummi, walid. Dah solat ke?” Tanya Aishah yang baru muncul dari tingkat atas.

“Ya Allah, pukul 2 dah..? Astaghfirullahal'azim..” Ujar Izzudin setelah melihat jam tangannya.
“Eh, dah lewat dah ni. Jomlah kita solat jemaah sama-sama.” Dato' Zulkifli mengajak. Selalunya dia akan solat di surau kampung. “Pastinya ada yang risau nanti.” Monolognya sendiri. Mereka bertiga segera berwudhu'.

“Ummi, apa yang ummi buat ramai-ramai sampai terlupa pasal solat?” Aishah bertanya, hairan dengan ibu, bapa, mertua serta suami yang dikasihinya itu.

“Oh, takde apa..”

“Ummi menangis ke? Apa dah jadi?” Tanya Aishah lagi apabila menyedari mata ibunya basah dan suaranya serak-serak.
“Dah la, cepat pergi berwudhu'. Nanti mereka tertunggu-tunggu pula. Tak baik macam ni..” Datin Amirah mencelah supaya Hajah Noriah tidak perlu menjawab soalan itu. Mereka segera melarikan diri ke bilik air.
“Ummi..?” Aishah kehairanan. Apa sebenarnya yang mereka lakukan?

SEUSAI solat, Izzudin mengajak Aishah berjalan meneroka kebun buah milik bapanya. Aishah mengikut sahaja suaminya. Tidak banyak yang boleh dibantunya ketika berada di rumah orang.
Izzudin masuk ke kebun dengan hanya memakai kemeja T lengan panjang dan berkasut but. Pelik Aishah melihatnya, tetapi dia malas hendak bertanya.
“Aishah, kalau masuk kebun kenalah pakai but ni. Nanti kena pacat, sakit.” Izzudin menasihati.
“Pacat ke? Aishah tak takutlah.” Balas Aishah. “Aishah dah biasalah masuk kebun dengan walid. Aishah pakai stokin je macam selalu, pacat tak naik pun..”
“Tak naik?” Izzudin tidak percaya.
“Tak lah.. better lagi daripada pakai but tu. Macam Phua Chu Kang!” Aishah sengaja mengusik.
“Kalau abang Phua Chu Kang, Aishah jadi Rosie nya. Haha!” Balas Izzudin.
“Tak, Aishah ni penonton je. Tak mahulah jadi pelakon drama komedi macam abang..” Balas Aishah pula.
“Ceh, nak menang jugak..!”

Mereka meneroka jauh ke dalam kebun, mengutip buah-buah yang sudah masak dan dimasukkan ke dalam kereta sorong yang dibawa Izzudin. Izzudin juga ada membawa bersama sebilah parang.
Tiba di satu sudut bahagian kebun, Aishah berhenti melihat sebatang pokok yang menarik perhatiannya.“Abang, ni bukan pokok buah, kan?” Aishah bertanya kepada Izzudin yang sibuk menyorong buah-buahan yang dikutip mereka sejak tadi.
“Itu pokok getahlah, Aishah. Haha! Tak pernah nampak pokok getah ke?” Perli Izzudin.
“Oh, dah masuk kebun getah ke? Patutlah..” Balas Aishah. Dia tersenyum sendiri. Sudah empat tahun dia tidak membantu ayah dan ibunya di kebun getah. Ayahnya tidak mengizinkan lagi kerana bagi seorang gadis, tempatnya adalah di rumah.

“Dah la. Jom balik, kita pergi kolam ikan pulak.” Ujar Izzudin sambil melangkah keluar kebun menuju ke belakang rumah. Dia meninggalkan kereta sorong dan parangnya di stor lalu bersaingan dengan Aishah ke kolam belakang.

Pada mulanya, Aishah dan Izzudin hanya melihat dari tepi. Namun, atas ajakan Izzudin, mereka duduk di atas batu di tengah kolam, bersandar pada belakang badan masing-masing.
“Aishah, abang nak tanya sikit boleh tak?” Izzudin memecah kebisuan.
“Tanyalah. Banyak-banyak pun tak apa.” Jawab Aishah selamba. “Aishah tengah boring ni.”
“Aishah.. bahagia tak, dengan perkahwinan kita ni?” Izzudin teragak-agak mencari kata yang sesuai.
“Kenapa abang tanya? Tiba-tiba je..” Aishah hairan dan terkejut dengan pertanyaan itu.
“Sengaja abang tanya. Kalau ada yang Aishah tak puas hati, bolehlah abang perbaiki.” Izzudin menjawab. Memang dia ingin tahu sama ada Aishah gembira bersamanya.

“Abang pula, macam mana? Bahagia tak dengan Aishah?” Aishah memulangkan pertanyaan itu kepada Izzudin.
“Eh, ada ke patut dia tanya abang balik?” Izzudin tidak berpuas hati.
“Abang jawab je dulu. Jawapan Aishah bergantung pada jawapan abang.”
Izzudin terdiam. 'Apa kena mengena pulak?'

“Okey.” Izzudin mengalah. Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh isterinya itu.
“Abang okey je. Yalah, siapa yang tak gembira kalau dapat wife yang baik, solehah, cantik, pandai lagi tu.” Izzudin memuji Aishah. “Abang bahagia sangat. Rasa macam berkahwin dengan Ainul Mardhiah.”
“Abang ni, jangan buat Aishah kembang. Aishah bukan kuih, boleh kembang-kembang.” Gurauan Aishah membuatkan Izzudin tertawa.
“Aishah pun bahagia juga kalau abang bahagia. Abanglah satu-satunya orang yang buat Aishah merasakan 'ai' (cinta). Tak pernah ada orang yang buat Aishah gembira macam ni.” Aishah bermadah.

“Aishah bahagia walaupun abang dah sakitkan hati Aishah? Sampaikan Aishah nak minta cerai hari tu??”

Aishah tersenyum mendengar soalan cepumas Izzudin.
“Abang, segala yang terjadi tu bukankah ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya yang dikasihi. Aishah lebih suka Allah uji Aishah dengan musibah daripada Allah beri ujian nikmat. Dengan itu, Aishah lebih dekat dengan Dia. Aishah takut kufur nikmat. Apa yang abang buat tu taklah keterlaluan pun. Cuma, Aishah takut ia akan menyebabkan abang tak dapat ke syurga.” Penjelasan panjang lebar berbentuk peringatan diberikan kepada Izzudin. Izzudin mengangguk-angguk. Sudah lama dia tidak mendengar tazkirah sebegini sejak dia menghabiskan pengajiannya di Kolej Teknologi Darul Naim.

And plus, for your information 'Aishah' membawa maksud 'yang hidup bahagia'. So, peliklah kalau Aishah tak bahagia dengan hidup Aishah ni.”
Mereka berdua tertawa. Sempat pula Aishah melawak dalam perbincangan serius mereka.
“Itu yang abang suka tentang Aishah. Kalau bercakap, mengalahkan Dato' Ustazah Siti Norbahyah!” Balas Izzudin. “Harap Aishah terus tabah dengan hidup ni.”
Ayat terakhir Izzudin membawa persoalan di hati Aishah. “Kenapa abang cakap macam tu? Macam... Aaaaaahh..!”
Tanpa sempat Aishah menghabiskan kata-katanya, Izzudin menariknya bersama terjun ke dalam kolam ikan milik Dato' Zulkifli.

“Habis basah baju Aishah!” Marah Aishah. “Kalau basah je takpelah, ni berlumpur habis.. Aishah sayang tau baju ni..!” Rungut Aishah.
“Hidup perlu banyak bersabar dan redha. Hehe!” Aishah mencebik mendengar kata- kata itu. “Dah, cepat naik. Nanti lintah datang!” Arah Izzudin.

“Abang, jom balik. Kita belum solat Asar lagi, nanti mandi lambat pula.” Ujar Aishah sambil menarik Izzudin ke batas kolam.
“Abang memang cadang nak balik pun.” Balas Izzudin sambil menyarung selipar Jepun yang sempat ditukarnya di belakang rumah tadi.

“Abang, kasut Aishah tak boleh kena air. Nanti rosak. Macam mana ni?” Aishah resah. Dia takut terpijak duri jika pulang berkaki ayam.
“Kesat tangan dekat daun, pastu pegang je kasut tu. Biar abang tolong.” Balas Izzudin sambil menyembunyikan sengih nakalnya.
Aishah hanya mengikut arahan suaminya itu tanpa soal.

“Okey, pegang kuat-kuat.” Ujar Izzudin sambil mengangkat Aishah hingga ke belakang rumah. Aishah cuba menolak, namun bila difikirkan yang mereka sudah berkahwin dia hanya menebalkan muka menahan malu.

AISHAH SEGERA menyerbu bilik air yang mempunyai dua pintu itu. Dia meminta tolong ibu mertuanya yang berada di dapur untuk mengambilkan tuala dan kain basahannya.
“Ambilkan tuala abang jugak, Aishah!” Pinta Izzudin yang sedang membasuh lumpur dari badannya. Mujurlah memang tersedia sebuah paip di luar bilik air itu untuk kegunaan orang yang lalu-lalang antara jalan rumah, kolam dan kebun.

“Terima kasih, mak.”

“Aishah, tolong abang.” Suara Izzudin yang kedengaran hampir itu membuatkan Aishah terperanjat. Dia berpaling ke belakang ingin membuka pintu. Nyaris sahaja Aishah melatah yang bukan-bukan. Dia melihat Izzudin berada bersamanya di dalam bilik mandi itu.
“Macam mana abang boleh masuk?! Bukan Aishah dah kunci pintu ke?” Aishah kehairanan.
“Selak ni memang dah rosaklah, sayang..”

“Siapa 'sayang'?? Abang tak boleh bersabar ke tunggu Aishah habis mandi?” Aishah berang dengan perlakuan selamba Izzudin.
“Apa salahnya? We're married, right? Aishah pun berkemban. Mandi je lah, bukannya ada apa pun.”
“Suka hati abanglah. Jangan dekati Aishah.” Aishah mengalah. Malu bagaimana sekalipun, Izzudin tetap suaminya.

'Eleh, dia cuba goda orang hari tu okey pulak!' Izzudin mengejek di dalam hati. Sebenarnya, dia ingin bermesra dengan Aishah hari ini. Sebagai balasan atas kesilapannya yang menutup hati untuk bercinta lagi dan juga kerana dia mahu tahu sejauh mana trauma Aishah terhadap Hakimi ataupun lelaki sejenisnya.

“Abang masuk ni pun, nak mintak tolong Aishah.”

“Kenapa abang?” Aishah penasaran dengan sikap suaminya.
“Abang rasa tak selesalah dekat belakang ni. Ada apa?” Izzudin menyingkap bajunya.

“LINTAH!!” jerit Aishah. Dia terkejut, sudah lama dia tidak melihat makhluk itu.

Mendengarkan itu, Izzudin segera mencabut bajunya. “Cepat mintak mak pisau, pastu tolong cabutkan dan bunuh terus lintah tu semua..”

Setelah mendapatkan pisau daripada ibu mertuanya, dia menghadap lintah yang masih terlekat di badan Izzudin. Aishah menelan liur. “Banyaknya, abang!”
“Cepat bunuh dia, Aishah. Sakit ni..”
“Abang jangan gerak-gerak, Aishah geli tengok lintah ni..!” Luah Aishah.

“ARGH!!” Jeritan Izzudin didengari seluruh isi rumah tatkala Aishah menyiram tubuhnya yang berlumuran darah. Lintah yang sudah dicabut dan dicincang oleh Aishah dijirus keluar dari bilik air itu. Izzudin mandi sambil menahan keperitan setelah Aishah keluar dari situ.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous