Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Juu Ni (12)

PERUT DYAN BERKERONCONG. Dia sudah tidak sabar lagi untuk menikmati hidangan yang tersedia di meja makan. Namun, dia harus menghormati kedua wanita yang berada di hadapannya. ‘Mereka berpuasa sepanjang hari, jadi mengapa harus aku yang gelojoh?’ Detus hati Dyan.
Saadah dan Zahra' sedang menunggu Aishah. Setelah berbuka dengan dua biji kurma sebentar tadi, mereka terus menunuaikan solat sunat Maghrib dengan Izzudin sebagai imam. Kemudian, mereka menunaikan solat sunat secara berasingan. Saadah dan Zahra' pasti bahawa Aishah sedang berdoa, mengutip semangat untuk berbicara dengan Izzudin.
Aishah menyeka air matanya. Puas mengadu nasib kepada Ilahi. Dia bermohon agar dipermudahkan urusannya untuk mengkhabarkan Izzudin mengenai kandungannya. Aishah duduk di sebelah Zahra', berhadapan dengan Dyan. Dia menyuap nasi ke mulut perlahan-lahan setelah Izzudin selesai berdoa.
Dyan hilang selera makan apabila terlihat muka Aishah yang diselubungi kesedihan. Dia faham, Aishah sedih kerana Izzudin tidak membelainya seperti selalu. ‘Kesian, Aishah!’

TANGAN MEREKA BERLANGGAR tatkala ingin mencapai lauk ikan masak tomato yang dimasak Saadah. Izzudin cepat-cepat menarik tangannya. Aishah pula tidak jadi hendak menjamah ikan itu lagi. Seketika kemudian, Izzudin berlari ke tandas sambil menutup mulutnya. ‘Muntah lagi,’ gumam Aishah. Seleranya mati.
Zahra' dan Dyan bersimpati dengan Aishah. Namun, apa yang boleh mereka buat untuk membantu.

Saadah tersengih. Kini, dia benar-benar pasti dengan bisikan hatinya. “This is it!” Dia berbisik sendiri. “ Doshite (kenapa), Saadah?” Zahra' terdengar bisikan Saadah. Dia hairan, Saadah masih mampu tersenyum melihat Aishah sebegitu. Saadah berbisik ke telinga Zahra'.
Senyuman di bibir Saadah itu mengundang rasa curiga di hati Dyan. Namun, dia tidak sempat untuk membaca muka Saadah yang kini terlindung di sebalik tudung Zahra'. Dyan cuba untuk mentafsir muka Zahra' pula. Tiba-tiba, terdetik satu perasaan aneh di hatinya. ‘Cantiknya dia..’
“Masaka (biar betul), Suzuki-san...?” Zahra' terkejut mendengar penjelasan Saadah. Anggukan Saadah membuatkan dia tersenyum lebar. Zahra' berpaling ke arah Aishah untuk memberitahukan berita gembira tersebut.

Izzudin menarik kerusi. Dia baru sahaja kembali dari tandas. Wajahnya kelihatan pucat. “Abang okey? Berselera lagi, tak??” Tanya Aishah.
“Alhamdulillah.” Jawab Izzudin ringkas. Dia mencapai ikan masak tomato dan meletakkannya di dalam pinggan Aishah dan pinggannya sendiri. Aishah menguis-nguis nasinya dengan hujung jari. Masih berkira-kira untuk makan.

“Aishah, la tahzan.”(Jangan sedih.) Pujuk Zahra. Izzudin terhenti. Dia memerhatikan Aishah. “Shinjire nai, Kuchiki-niisan?” (Ingat tak, Abang Kuchiki?)
Aishah cuba mengingati nama itu. “Suzuki Kuchiki?” Dia meminta kepastian.
Zahra mengangguk.
Aishah berkerut. Apa kena-mengena dia dengan lelaki itu?
“Shinjiru, Orihime-nee wa tsuwari o keiken shite imasen. Tenmo, Kuchiki-nii..” (Ingat tak, Kak Orihime tak alami morning sickness pun. Tapi, Abang Kuchiki..) Zahra' mengingatkan.
Mata Aishah yang bundar itu membulat. Dia ingat kini. Lelaki itu akan muntah setiap kali bersentuhan dengan isterinya semasa isterinya itu masih mengandungkan Sonoko-chan yang comel. Sama seperti keadaan dia sekarang ini.
“Beritahulah sekarang..” Gesa Zahra'.

Izzudin terpinga. Dia tahu mereka berdua sedang berbincang tentang dirinya. Namun, dia tidak mengerti Bahasa Jepun yang dituturkan. Dia hanya merenung wajah isterinya. Aishah jadi malu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahukan perkara itu. Dyan menahan tawa.
“Apa yang kau nampak, Dyan?” Izzudin berbisik, cuba mengorek rahsia.
“Tak tahu.” Dyan cuba menyembunyikan senyuman.
“Bagitahu lah aku..!” Izzudin tidak puas hati. Dyan menutup mulutnya dengan tangan kiri.
“Macam ni ke kawan..?” Izzudin memprovok.
“Rahsia Aishah, biar dia bagitahu kau sendiri.” Dyan membela diri.

Aishah terkejut mendengar namanya disebut. Dia belum bersedia untuk menceritakannya kepada Izzudin.
Izzudin berdehem beberapa kali, menyembunyikan gemuruh di hati. “Aishah ada nak cakap apa-apa ke dengan abang?”
Aishah merenung mata Izzudin dalam-dalam. “Susah nak cakap..”
Semua menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulut Aishah. Aishah jadi rimas. Hatinya berdegup laju, ‘nervous...!

“Abang jangan terkejut, Aishah ada berita besar untuk abang. Harap abang bersedia untuk perkara ni.” Aishah bermuqaddimah. Izzudin membetulkan duduknya. Dia ingin mendengar dengan teliti.
“Abang kan selalu muntah-muntah..”
Izzudin mengangguk.
“Aishah dah lama tak uzur..”
Izzudin berkerut dahi. ‘Tak perasan pulak!’
“Tu semua sebab, Aishah.....” Aishah tidak dapat menyambung. Dia benar-benar gemuruh.
“Aishah...?” Izzudin mengisyaratkan tanda tanya.
“Abang makanlah dulu. Nanti sejuk, tak sedap pula.” Aishah mengelak.
“Macam mana abang nak makan kalau Aishah tak cakap masalah Aishah? Seluruh fikiran abang dah tertumpu pada Aishah. Makanan yang masuk dalam mulut tu, tak terasa. Baik Aishah habiskan kata-kata Aishah.” Sanggah Izzudin.
Aishah merenung mata Izzudin dalam-dalam untuk kali kedua. “Sebenarnya, Aishah..”
“PREGNANT!!”

Saadah menutup mulutnya. Dia terlepas. “Gomen..” (Maaf.)
Zahra' menepuk bahu Saadah. ‘Tadi larang orang cakap, dia pula yang jadi tak sabar..’
Dyan mengucapkan tahniah dengan senyuman yang melebar.
Izzudin terkedu. “Seriously...?
Aishah mengangguk. Dia masih berasa malu.

“Terima kasih..!”
Semua terkejut. Tidak menyangka akan reaksi Izzudin itu.
Aishah juga terkedu. Izzudin terus berlari ke tandas. Dia terlanjur berbuat begitu di hadapan Dyan, Zahra', dan Saadah.
‘Yancha.. (Nakal.)’ Aishah kembali menyuap nasi ke mulutnya. Tanpa disedari, dia tersenyum sendiri.

MALAM ITU, MASING-MASING MELAKUKAN HAL SENDIRI. Awalnya, mereka ingin menonton televisyen beramai-ramai. Namun, Dyan berdalih untuk tidur dahulu. Saadah juga kembali ke loteng. Mereka berdua tidak mahu mengganggu Izzudin dan Aishah.
Zahra' pula tidak berminat menonton televisyen. Dia menunaikan solat sunat witir setelah puas membaca Surah Yusuf berulang-ulang kali berserta terjemahannya. Dalam doanya, dia menghamburkan tangisan. Dia bermohon agar keluarganya diberikan hidayah dan taufiq untuk menerima Islam supaya mereka dapat berkumpul lagi seperti dahulu.

Zahra' atau nama sebenarnya,Yukiko benar-benar merindui seluruh isi keluarga Aoi. Dia masih ingat, sebelum dia dihalau keluar adiknya akan berkahwin dengan Abarai Rukia. Kakaknya, Inoue Sakura akan melahirkan sepasang kembar. Dia tidak sempat melalui saat-saat yang bahagia itu.
Zahra' tidak pernah menyesali keputusannya untuk kembali kepada fitrah, menjadikan Islam sebagai cara hidup. Tetapi, dia menyesal memberitahu kakaknya mengenai keislamannya ketika mana kakaknya itu menyedari perubahan dirinya.
Akhirnya, ibu dan ayahnya tidak lagi mengakuinya sebagai anak. Dia dibuang keluarga. Alhamdulillah, sekiranya Saadah dan Aishah tidak membantu pastilah dia terkapai-kapai sendirian.

“Okasan.. Otousan..” Zahra' merintih. Dia tahu, pasti ada hikmahnya Allah membiarkan dia jauh dari keluarga. Di rumah, tiada makanan yang halal sekiranya dia tetap menyembunyikan keislamannya dan duduk bersama ibu dan ayah. Dan dia pasti akan terpujuk dengan ajakan Renji.

“Astaghfirullah, Abarai Renji..”

Sementelah itu, dia berdoa agar dilapangkan dada dan diberikan ketenangan hati agar dapat melupakan perasaannya terhadap Dyan. Entah mengapa, lelaki itu menarik hatinya untuk bercinta lagi. Dia tidak mahu hanyut dalam cinta seperti ketika dia bersama Renji satu ketika dulu. Andai dia mengenali Islam lebih awal, pastilah dia tidak akan memberikan seluruh jiwa dan raganya kepada pemuda itu. Tentu mahkota wanitanya tidak tergadai tanpa ikatan. Namun, Zahra' faham pasti ada hikmahnya di situ.
Dan setelah dinasihati oleh Saadah dan Aishah, dia menerima Islam. Dia kagum apabila mendengar cerita tentang Fatimah Az-Zahra binti Muhammad daripada mulut Aishah. Kehebatan serikandi itu dalam menyembunyikan cintanya terhadap Ali bin Abi Talib sehinggalah mereka berdua berkahwin.
Yukiko terpesona dengan keindahan Islam. Dia berhasrat untuk mengajak Renji untuk memeluk Islam bersamanya dan berkahwin. Keengganan Renji menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpisah. Tidak diendahkan lagi Renji yang memujuknya agar kembali menyembah Shinto.

Zahra' menadah tangan dan berdoa lagi, dia mengambil ayat ke-8 Surah Ali Imran:

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami (kepada kesesatan) setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu, sesunguhnya Engkau Maha Pemberi.”

Zahra' gembira melihat air matanya yang mengalir. At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda:

Dua mata yang tidak akan tersentuh oleh api neraka, mata yang berhirasah di jalan Allah dan mata yang menangis kerana takutkan Allah.”

Mudah-mudahan dia ikhlas kerana Allah.

MEREKA DUDUK BERJAUHAN kerana takut Izzudin akan termuntah lagi. Setelah lama kesunyian mengisi ruang, Izzudin bersuara, “abang nak mintak maaf. Abang tak sedar langsung yang Aishah mengandung.”
“Aishah tak kisah. Aishah sendiri baru tahu petang tadi.” Balas Aishah.
“Apa yang terjadi masa abang dekat pejabat tadi?” Tanya Izzudin.
“Saadah dan Zahra' ajak Aishah pergi klinik.” Jawab Aishah.
“Kenapa tiba-tiba jer? Datang-datang jer, ajak pergi klinik? Biar betul..” Tanya Izzudin lagi.
Aishah hanya tersenyum.
Izzudin mengeluh, “Aishah tak pernah cerita secara terperinci tentang apa yang terjadi dekat Aishah. Cuba Aishah terus-terang dengan abang. Abang nak tahu apa yang terjadi.”
Aishah tersenyum lagi. “Okey, Aishah cerita.” Katanya sambil berbaring di riba Izzudin. Izzudin terkejut. Dia menarik nafas panjang, ‘tak rasa loya. Alhamdulillah.’

“Pagi tadi, Aishah sedih sebab tak sempat sediakan sarapan untuk abang. Aishah tak berselera, jadi Aishah puasa sunat. Hari ni kan Isnin.” Izzudin mengangguk-angguk.
“Tengah hari tu, Saadah dan Zahra' datang. Borak-borak, tiba-tiba dunia Aishah jadi gelap. Aishah pengsan.”
“Pengsan? Kesian isteri abang..”
“Saadah bawa Aishah pergi klinik lepas Aishah dah buka puasa. And for you information bang, baik Saadah, Zahra', dan Aishah, semua terlopong bila doktor cakap Aishah pregnant. Gembira sangat, sampai tak terkata!” Aishah ketawa kecil. Izzudin turut tersenyum. “Sampai macam tu sekali..?”
“Ya..” Balas Aishah dengan senyuman yang masih menghiasi bibir.
Izzudin mengusap kepala Aishah dengan penuh rasa sayang. ‘Alangkah indahnya budi pekerti dia. Masih banyak lagi yang aku tak tahu tentang Aishah.’

“Tapi, Aishah tak tahu macam mana nak beritahu abang. Abang kan sakit, Aishah takut kalau abang terkejut dan tak bersedia. Alhamdulillah, sebenarnya abang muntah-muntah sebagai reaction daripada anak ni.” Aishah memegang tangan Izzudin yang sedang membelainya. “Abang, Aishah rindukan abang. Belaian abang, kata-kata manis dari abang.. Aishah rindu sangat...” Aishah berkata sambil membawa tangan hangat suaminya ke pipi.
Izzudin menarik tangannya dari genggaman Aishah, “maafkan abang, Aishah. Abang tak boleh..” Ujarnya sambil bangkit perlahan ke bilik air. Hatinya rawan. Ini kali pertama Aishah mengucapkan kata-kata sebegitu buat dirinya. Namun, dia tidak dapat membalasnya dalam keadaan dirinya yang selalu muntah-muntah itu.
Aishah hanya memerhatikan Izzudin. Seketika kemudian, dia terdengar suara seseorang sedang merintih dan menangis. ‘Suara ni datang dari.. bilik bacaan!’

ZAHRA' SEDANG BERISTIGHFAR, menginsafi dirinya yang penuh dengan khilaf. Tangisannya melebat setiap kali dia melafazkan istighfar. Tiba-tiba, dia mendengar pintu bilik itu dibuka. Zahra' menyeka air mata. ‘Siapa tu?’
“Zahra', anti menangis ke?” Aishah bertanya lembut. Dia duduk di sisi Zahra'.
“Oh, Aishah..” Zahra' membetulkan duduknya menghadap Aishah. “Ana cuma rindukan keluarga.” Ujarnya dengan mata yang berkaca.
“Iya, ke? Bersabarlah..” Aishah cuba memujuk. Tidak pernah dia terfikirkan masalah ini. “Mungkin satu hari nanti anti boleh balik ke Jepun. Kami akan temankan Zahra'.”
“Takpe lah. Takde duit.. Ana dan Saadah dah berhenti kerja. Ana tak tahu nak ke mana lepas Saadah kahwin. Dia offer ana kerja dengan dia di syarikat mertuanya nanti, tapi ana tak mahulah.” Balas Zahra'. “Ana segan.”
Aishah faham dilema rakannya itu. Dia teringatkan rancangan mengaitnya. “Zahra', anti yang ajarkan ana mengait. Jadi, mari kita sama-sama berniaga barang kait. Ada banyak lagi benang kait yang ana bawa balik dari Osaka. Berniaga kraftangan ni boleh untung.” Aishah mengajak. “Nanti anti pindah dekat-dekat sini. Ana dengar, ada rumah untuk disewa dekat hujung lorong ni. Masa Abang Izz ke pejabat, anti datang sini. Kita mengait sama-sama.” Sambung Aishah lagi.
“Bagus juga cadangan anti. Tapi, Izzudin setuju ke?” Zahra' ragu-ragu.
“Insya-Allah, nanti ana bincang dengan dia.” Balas Aishah berserta senyuman manis terukir di bibir. Zahra' senang dengan senyuman itu.

“Aishah, ana ada lagi satu masalah.” Adu Zahra'.
“Masalah apa?”
“Masalah..” Zahra' malu-malu, “cinta!”
“Ai?! (Cinta)” Mata Aishah terbuntang. “ Dare mo, Zahra'?(Dengan siapa Zahra'?)”
Zahra' tersengih malu. Aishah sedikit bersyukur. Rakannya ini akhirnya membuka hati untuk bercinta lagi setelah meninggalkan cinta jahiliyah jauh di Osaka.

“ALAMAK!” Dia tertolak pintu itu. Kini, dia berhadapan dengan Aishah dan Zahra' yang sedang merenungnya. Izzudin juga terkejut. Sejak dari tadi mereka bersama mencuri dengar perbualan kedua wanita itu.
Aishah turut menyedari kelibat suaminya di balik pintu itu. “Curi dengar ke, abang?”
Sorry..” Dyan sedikit tertunduk.
“Abang Izz, setuju tak dengan cadangan Aishah berniaga dengan Zahra'?” Izzudin terkejut. Tidak menyangka Aishah sebenarnya mengutarakan soalan ‘curi dengar’ itu kepadanya. Dia keluar dari balik pintu itu.
“Abang tak kisah, tapi..” Ayat Izzudin tergantung. Dia mengajak Aishah berbincang di luar. Dia ingin membiarkan Dyan bersama Zahra'. Aishah hanya menurut kata suaminya tanpa menyedari niat sebenar Izzudin.

Zahra' melipat telekungnya. Dia memasang semula purdah yang disingkap sebelum solat. Zahra' tidak senang dengan Dyan yang asyik merenungnya dari muka pintu. “Tumpang lalu..”
Saat Zahra' melintasinya, Dyan terpukau dengan keindahan mata satu-satunya wanita yang tidak dapat dibacanya itu. Sesudah gadis itu berlalu, dia menyesal. ‘Kenapalah aku tak tegur dia tadi?”

“Abang izinkan tak ni?”

Izzudin mengeluh melihat Dyan dan Zahra' keluar dari bilik bacaan. Rancangannya tidak menjadi.
“Abang tengok apa?” Aishah kehairanan dan berpaling ke belakang.
“Eh, takde apa..” Izzudin menarik semula pandangan Aishah ke arahnya. Dahi Aisah berkerut. ‘Entah apa yang Abang Izz risaukan. Tak nampak apa-apa pun.’
“Tentang pelan Aishah tu, abang tak berapa setujulah. Tak cukup ke apa yang abang dah sediakan untuk Aishah selama ni? Bapak, mak, walid, ummi.. Mereka pun boleh tolong kita kalau apa-apa terjadi. Perlu ke Aishah berniaga?” Izzudin masuk ke topik asal.

“Umm.. Aishah bukan apa, cuma” Aishah serba-salah melihat Izzudin yang seperti tidak mengizinkannya untuk membuka perniagaan. “Aishah nak berdikari. Kita tak boleh mengharap kepada walid, ummi, bapak dan mak. Satu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan dunia yang tiada nilainya ni. Aishah nak buat simpanan. Kalau abang ada masalah, Aishah boleh tolong. Mungkin juga anak-anak kita boleh guna untuk sambung pelajaran mereka satu hari nanti. Kebanyakan biasiswa dan pinjaman mengandungi riba’. Aishah pun pergi Osaka dengan duit walid. Jadi, Aishah tak nak tengok anak-anak kita terbeban selepas mereka habis pengajian nanti.” Jelas Aishah.
“Kalau abang tak izinkan, Aishah tak kisah. Lagipun, Aishah baru je terfikirkan hal ni tadi.”

Izzudin tersenyum. Dia mengusap kepala Aishah. “Abang okey jer. Cuma Aishah tak boleh paksa diri. Jaga kesihatan. Lagi-lagi sekarang ni berbadan dua.”
“Okey Aishah janji takkan mengait lebih 6 jam sehari.” Aishah tersenyum.
“Wah, lama tu!!”

“Tapi sebanyak itulah masa lapang Aishah dekat rumah.” Aishah memuncungkan bibirnya, pura-pura merajuk.
“Okey, abang tak kisah berapa lama. Yang penting Aishah kena banyakkan rehat. Jangan penat-penat, dan jangan tension-tension. Kalau abang tahu Aishah paksa diri Aishah...”
“Aishah sendiri akan buat perkara yang boleh membawa Aishah ke neraka.” Potong Aishah.
“Takde lah sampai macam tu.”

“Sudah la, mari kita masuk tidur. Nanti kalau Aishah tak cukup modal ke, ada masalah ke, cakap jer dengan abang. Bapak dan mak boleh tolong kita. Jangan segan-segan dengan mereka. Mereka senang tengok anak mereka senang.” Izzudin memeluk bahu Aishah sambil menghantarnya ke tangga loteng. Aishah merangkul pinggang Izzudin. Dia ingin menikmati saat ini sementara Izzudin tidak muntah.
“Abang sayangkan Aishah.” Ujar Izzudin sambil mengucup kepala Aishah yang ditutupi tudungnya. “Aishah rindukan abang.”

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous