Juu Ichi (11)
IZZUDIN MEMBANTU AISHAH menyapu lantai bilik. Aishah yang sedang mengemaskan almari pakaian berkata, “abang nanti jangan buka sebelah sini tau, masa kawan abang datang esok. Sebelah kiri ni baju Aishah, sebelah kanan baju abang.”
“Kenapa Aishah susah-susah kemas almari tu? Kawan abang bukannya nak check pun dalam almari tu. Tak mungkinlah dia buat macam tu. Lagipun, satu malam je.” Izzudin tidak suka melihat isterinya bersusah-payah kerananya.
“Bukannya Aishah takut kawan abang buka almari ni. Tapi, Aishah tak percayakan abang. Manalah tahu, abang nak ambil baju abang ternampak pula baju Aishah nanti. Buat malu je..” Balas Aishah sambil menutup almari yang berpintu slide itu. Dia menghampiri Izzudin dan memegang bahu suaminya itu. Aishah berbisik, “terima kasih, tolong sapu sampah. Sekarang Aishah nak mop. Abang buang sampah, ya?”
Biarpun suara Aishah lembut kedengaran, namun entah mengapa Izzudin berasa loya tekak. Serta-merta dia berlari ke bilik air. Aishah terkejut melihat reaksi Izzudin. “Abang kenapa? Abang okey tak?”
“Tak tau lah, Aishah. Tiba-tiba jer muntah.” Balas Izzudin.
“Nak pergi klinik ke?” Tanya Aishah. Dia memimpin tangan Izzudin ke meja makan. Izzudin muntah lagi. Dadanya berasa sesak. “Takpe lah, abang nak rehat dulu.” Dia menjawab pertanyaan Aishah tadi.
“Pergilah klinik, jumpa doktor. Biar dia tengok abang ni sakit apa. Tiba-tiba je muntah. Abang tak demam, kan?” Aishah ingin mendemah dahi Izzudin tetapi Izzudin cepat menolak.
“Takpe lah, nanti-nanti jer. Abang makan panadol jer.” Izzudin berdalih. Matanya yang berbinar menyebabkan dia berasa ingin berbaring sahaja ketika ini.
“Kenapa aku muntah tadi? Tak mungkin lah aku keracunan makanan sebab Aishah tu seorang yang teliti ketika memasak. Dan yang peliknya, aku mula rasa loya masa Aishah cakap dia nak mop lantai. Sebelum tu takde! Elok jer aku menyapu..” Izzudin bermonolog di dalam hati. Dia kasihan melihat Aishah yang terpaksa meneruskan kerjanya sendiri.
“Masa Aishah pimpin tangan aku tadi, rasa loya tu menjadi-jadi. Dia pegang jer tangan aku terus jer aku muntah. Alhamdulillah sempat pergi tandas, kalau termuntah dekat situ jugak.. Hah, bertambah-tambah kerja Aishah tu. Aneh!!” Detus hati Izzudin. Penat berfikir, ubat yang dimakannya mula bertindak balas. Dia tertidur di atas sofa di ruang tamu itu.
Aishah berasa hairan dengan suaminya. “Tiba-tiba je abang muntah.. Sakit apa?” Aishah bimbang Izzudin diserang demam denggi atau lain-lain. Dia meneruskan kerjanya, “nanti dia pergi klinik lah tu.”
Izzudin mengelak bersentuhan dengan Aishah. Dia yakin bahawa dia akan muntah apabila menyentuh isterinya itu setelah mencuba untuk memeluk Aishah siang tadi. Dia mengambil keputusan untuk tidak bersolat jemaah bersama Aishah dan juga untuk tidur bersendirian di ruang tamu sementara Aishah tidur di loteng. Izzudin mengagumi sikap Aishah. Walaupun dia berperangai begitu, Aishah tidak bertanya apa-apa. Dia pasti Aishah berduka dan kehairanan saat ini.
Aishah tidak lena tidur. Dia hairan dengan Izzudin yang tidak menyentuhnya langsung setelah suaminya itu muntah-muntah. Jangankan memeluk, bersalam pun tidak!
“Abang dah tak muntah-muntah. Tapi kenapa dia tak nak berjemaah dengna ana? Apa salah ana??” Puas dia memikirkan di mana silapnya. Fikirannya buntu. Akhirnya, Aishah tertidur kepenatan.
Aishah terjaga jam 6.30 pagi. Dia terlupa untuk setkan jam di telefon bimbitnya malam tadi. Dia turun dari loteng dan terus berwudhu'. Selesai solat, dia ke dapur untuk menyediakan makanan.
“Mana Abang Izz, ni? Dari tadi tak nampak pun..” Detus hati Aishah. “Takkan lah abang dah pergi kerja? Belum pukul 7 lagi..”
Aishah terlihat sehelai kertas yang dilekatkan pada pintu peti sejuk. Dia membaca nota tersebut.
Aishah, hari ni abang pergi awal. Ada hal sikit. Abang breakfast dekat luar. Jangan marah, ya. Abang minta maaf.
“Hmm, baguslah tu. Makan dekat luar. Senang sikit kerja Aishah.” Aishah mengeluh hampa. “Ana nak puasa sunatlah. Hari ni kan hari Isnin. Sekarang, buka laptop..!” Aishah mematikan niatnya untuk memasak makanan kegemarannya, nasi goreng hailam. Dia menyambung karangan novelnya sambil melayari internet.
“KAU MUNTAH bila sentuh dia??!” Tanya Dyan yang terkejut mendengar cerita Izzudin. “Kau dah jumpa doktor ke belum?”
“Kau kena pergi jumpa doktor. Aku tau kau tak suka tapi demi isteri kau, pergilah tengok apa masalahnya.” Nasihat Dyan apabila melihat muka Izzudin tertera, “aku tak suka jumpa doktor.”
“Aku nak cakap apa dengan doktor tu?” Soal Izzudin pula. “Kau nak aku cakap yang aku muntah setiap kali aku bersentuhan kulit dengan bini aku sendiri?!” Soal Izzudin dengan nada yang meninggi.
“Yalah, kau nak cakap apa lagi? Kau nak bagitau doktor tu pasal masalah kau dengan Aishah? Kau nak bagitau doktor tu yang kau belum benar-benar mencintai isteri kau sendiri??” Sindiran Dyan membuatkan Izzudin terdiam.
“Kau tak boleh macam ni.. Kau dah beristeri. Kau tak boleh lah buat perangai orang bujang. Jaga hati isteri kau. Kau kena tau masalah apa yang menimpa engkau sampaikan kau tak dapat nak sentuh dia langsung. Pasti ada jawapannya.”
“Bukan ke isteri yang patut jaga hati suami..?” Izzudin tidak dapat mengawal fikirannya.
“Memanglah..” Dyan mengeluh. Izzudin perlu di-brainwash semula. “Tapi, bukan ke kau yang cakap kita kena hormat semua orang. Tak kiralah kita khalifah (pemimpin) dia atau dia khalifah kita. Manusia tu dijadikan sebagai khalifah fil ardh, khalifah di muka bumi. Jadi, kau kena hormat Aishah tu sebagai manusia. Kalau kau rasa dia tu lemah sebab dia perempuan, sebab dia isteri kau, kau kena rasa lemah sebab kau telah memandang rendah pada ciptaan Allah. Dan kau sendiri cakap dengan aku, itu adalah dosa besar yang terbesar. Syirik! Dan kau tau, sebahagian dari hormat ialah..”
“Okay, okay! I know what you wanna say, but aku tak pernah pandang rendah terhadap dia. Dia seorang wanita yang hebat. Jati diri dia teguh. Aku cuma rasa macam.. kehilangan. Sebab dia seolah-olah dah tak wujud kat situ.” Izzudin membela diri. Tidak larat mahu mendengar tazkirah yang panjang dari Dyan. “Kau tau, bila aku dekat dengan dia aku rasa loya sangat. Jadi aku jauhi dia. Dan bila jauh, aku rasa dia fikir aku marahkan dia. Kitorang tak banyak bercakap pun semalam. Aku rasa kosong..”
“Sebab tu lah kau kena pergi klinik!” Dyan memberi penyelesaian.
“Yalah..! Nanti hari Rabu aku pergilah. Tiga hari kalau tak baik, aku pergi surrender dekat doktor tu..” Izzudin masih berat hati untuk ke klinik.
“Kau bukan berjanji dengan aku, tapi dengan Aishah!” Dyan menegaskan. “Aku tak faham lah. Kenapa kau susah sangat nak pergi klinik? Bukannya doktor tu nak makan kau pun..”
“Dah la. Habiskan teh tu, pejabat dah bukak..” Izzudin mengelak. Dyan tidak sempat membaca muka Izzudin yang sudah ke kaunter bayaran. Dyan menggeleng kepala.
“WAALAIKUMSALAM, douzo hairu! (jemput masuk)” Aishah yang baru selesai solat Zuhur, gembira menerima kunjungan daripada dua orang sahabat baiknya itu. Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Aishah menjemput mereka duduk.
“Saadah, Zahra', nak ana hidangkan kuih ke?” Aishah bertanya dahulu.
“Takpelah kami berdua puasa.” Balas Saadah sambil tersenyum. Zahra' jua hanya tersenyum. Aishah turut tersenyum. Dia sudah agak bahawa mereka akan terus istiqamah dengan amalan sunat itu. Dia mengambil tempat di hadapan mereka.
“Apa khabar sekarang?” Saadah memulakan bicara.
“Alhamdulillah, genki! (baik)”
“Aishah, novel macam mana? Okey?” Saadah bertanyakan perkembangan novel Aishah.
“Alhamdulillah, it's all good!”
“Novel apa ni??” Zahra' tidak mengerti apa yang dibincangkan dua rakannya itu.
“Himitsu!! (rahsia)” Ujar Aishah dan Saadah serentak. Mereka berdua tertawa.
Zahra' mencebik bibir. Dia mengerti bahawa Aishah dan Saadah memang sudah bersahabat sejak kecil. Mereka saling memahami dan saling bertukar rahsia. Kadang-kala dia cemburu melihat keakraban mereka. Namun begitu, siapalah dia untuk menghalang ukhwah yang telah terjalin lama. Berdosa pula berbuat begitu.
“Doko goshujin? Shoku?” (Mana suami awak? Kerja?) Zahra' menukar topik.
“Shoku. Getsuyou..”(Kerjalah, hari ni Isnin) Balas Aishah. “Naze kimi ni koko? Shoku nai??” (Kenapa awak ada di sini? Tak kerja ke?)
“Kototote..” (Sebab..) Zahra' menyenggol lengan Saadah. Saadah tersengih malu.
“Nak ana yang cakap?” Zahra' bertanya kepada Saadah. Saadah menggeleng.
“Kenapa ni, Saadah?” Aishah letih menunggu.
“Ano.. konotame.” (Sebab ni.) Saadah mengeluarkan sepucuk surat bersampul biru muda daripada beg tangannya.
“Nanda?” (Apa ni?) Aishah membuka surat itu. Walimatul urus.
Aishah terdiam. Dia membaca kad undangan tersebut dengan teliti.
“Johan suruh ana berhenti kerja. Dia nak ana berehat dan jemput kawan-kawan dalam masa sebulan ni. Zahra' pun berhenti untuk temankan ana.” Kata-kata Saadah tidak dapat didengar Aishah. Dia benar-benar gembira.
“Kekkon??! Omedetou..!” (Kahwin??! Tahniah!) Aishah menjerit girang. Dia memeluk Saadah seeratnya.
“Ehem, ehem!! Jangan lupa orang kat sini..” Celah Zahra'.
“Eleh, ada orang cemburu lah!” Kata Saadah.
“Meh la sini, group hug!” Aishah memujuk.
Wajah Zahra' bertukar ceria.
“Anti sekarang macam mana dengan goshujin?” Tanya Saadah. Dia mahu tahu perkembangan sahabatnya setelah sembuh daripada trauma.
“Ana tengah tunggu lagi satu minggu.” Aishah tersenyum.
“Satu minggu? Untuk apa?” Zahra' dan Saadah kehairanan.
“Ana tak pasti. Tapi, ana sepatutnya..” Aishah memegang kepalanya. Dia berasa pening tiba-tiba. “Sepatutnya...” Aishah tidak berdaya lagi. Dia pengsan di hadapan Saadah dan Zahra'.
“Aishah!”
Aishah tersedar setelah Saadah merenjiskan air ke mukanya beberapa kali. Saadah menghulurkan secawan air kepadanya.
“Saadah, ana puasa..” Aishah enggan.
“Puasa boleh jadi haram jika ia memudharatkan. Islam itu mudah dan memudahkan. Anti buka puasa, nanti kita pergi klinik. Okay?” Pujuk Saadah.
Aishah hanya menurut. Kata-kata Saadah itu memang benar.
Mereka bertiga ke Klinik As-Shifa’ menaiki kereta Posche Panamera yang dipandu Saadah. Kereta hitam itu dibelikan Johan untuk kemudahan Saadah sebagai bakal isterinya. Mereka bertiga terkejut mendengar kata-kata doktor.
“Betul ke ni, doktor?” Tanya Saadah. Air mata Aishah sudah mengalir. Zahra' terdiam.
“Ya, betul. Kenapa puan menangis? Anak ni..” Doktor itu menduga sesuatu.
“Alhamdulillah..!” Saadah dan Zahra' memeluk Aishah. Aishah mengelap air matanya.
“Saya terharu, doktor. Tiada yang lebih gembira daripada berita ni.” Jawapan Aishah membuatkan doktor itu menghela nafas lega.
“Tahniah puan.” Ujar doktor yang tadinya memikirkan anak itu hasil perbuatan haram. “Puan Aishah, saya nasihatkan puan supaya puan menjaga pemakanan dan juga kesihatan puan. Pastikan puan makan makanan seimbang supaya anak puan juga mendapat khasiat secukupnya. Saya harap puan boleh datang lagi bersama suami untuk pemeriksaan lanjut.”
“Insya-Allah.”
“Omedetou, Aishah!” Ujar Saadah.
“Shukui!” Zahra' juga tidak melepaskan peluang. “Saadah balas balik omedetou..” Gurau Zahra'.
“Mestilah, ‘omedetou’ lebih spesial daripada ‘shukui’.” Balas Saadah.
“Shukui lagi spesial. Tak ramai yang sebut.” Zahra' rasa tercabar.
“Tapi shukui boleh bawa maksud lain.” Balas Saadah lagi.
“Tak. Kalau Aishah, dia lebih suka orang ucapkan shukui.” Zahra' tidak mahu mengalah. “Betul tak, Aishah?”
Aishah tidak memberi sebarang respon.
“Aishah..” Zahra' menggoyangkan tangan di hadapan Aisah.
“Haik?” Aishah tersedar.
“Aishah, you're spacing out. Kenapa termenung, ni?” Tanya Zahra'.
Aishah diam lagi. “Antum rasa patut ke ana ambil vitamin yang doktor bagi?” Tanya Aishah walaupun sebenarnya bukan itu yang bermain di fikirannya.
“Saranari!” Jawab Zahra'.
“Bagi ana, segalanya berlaku atas takdir Allah. Jadi, tiada gunanya ubat yang paling mujarab sekalipun kalau Allah tak izinkan kebaikan pada kita. Tapi sebagai manusia, kita harus selalu berusaha ke arah lebih baik. Ubat itu akan jadi salah satu daripada ikhtiar untuk jaga kandungan anti.” Jawab Saadah pula. “Yang penting, anti tak lupa amalkan surah Maryam, Luqman, dan Ali-Imran. Baik untuk ibu mengandung!”
Aishah tidak mendengar. Kata-kata Saadah itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia resah memikirkan Izzudin. ‘Apa reaksi abang bila dengar berita ni? Dia gembira tak? Atau dia muntah lagi..? Patut ke ana bagitau dia sedangkan dia tengah sakit?’
“BANYAKNYA!!!” Aishah terkejut melihat masakan yang terhidang.
“Ana dah cakap dah. Saadah tak nak dengar.” Zahra' mengomel.
“Takpelah, Saadah. Nanti abang balik bawa kawan juga. Bukan antum berdua je nak tinggal sini.” Ujar Aishah melihat Saadah serba salah.
“Betul ke? Ada orang lain jugak?!” Saadah terkejut. “Nanti kami tidur mana?”
“Adalah.. Himitsu!” Aisah tersengih. Kehadiran sahabatnya itu sekurang-kurangnya menceriakan hati. Tidaklah dia sendirian tidur di loteng. Namun begitu, Aishah serba salah juga melihat mereka berdua berkeras ingin memasak malam itu.
Tiba-tiba, terdengar bunyi motor berderum dari luar rumah. “Abang Izz dah balik.” Ujar Aishah. Mereka bertiga cepat-cepat menyarung tudung masing-masing.
“Assalamualaikum!!” Izzudin pelik melihat kereta yang diparkir di luar rumahnya. ‘Ada tetamu ke petang-petang macam ni?’
“Waalaikumsalam.” Aishah menyambut suaminya. Izzudin menjauh tatkala Aishah ingin bersalamn dengannya. “Abang tak sihat lagi ke?” Aishah membisik, tidak mahu ia didengari oleh sahabatnya mahupun rakan Izzudin. Izzudin mengangguk.
“Oh, Saadah dengan Zahra' datang rupanya. Patutlah pintu tak berkunci..” Izzudin menyapa tetamu isterinya. “Apa khabar?”
“Alhamdulillah..” Jawab mereka serentak.
“Abang duduklah. Minum dulu.” Jemput Aishah yang telah mengambil air dari dapur.
Izzudin duduk di atas sofa. Begitu juga dengan Dyan. Dyan menyenggol lengan Izzudin kerana berasa kekok.
“Oh, ya! Lupa nak perkenalkan. Dyan, yang ni Aishah, bini aku. Ini pulak Saadah dan Zahra'. Kawan dia masa U dulu.” Izzudin menunujukkan ke arah Aishah, Saadah dan Zahra' satu persatu. “Aishah, nilah kawan abang. Dyan.” Sambung Izzudin.
“Dyan?” Aishah pelik dengan nama itu. Begitu juga Saadah dan Aishah.
“Ahmad Danial. Panggil saja Dyan.” Terang Dyan penuh sopan.
“Sedapnya nama. Sayang panggil Dyan je.” Omel Aishah.
“Takpe.”
“Saadah dan Zahra' tak makan ke? Jemputlah..” Tanya Izzudin, segan apabila hanya dia dan Dyan sahaja yang menjamah kuih yang terhidang.
“Takpe, nasuumu. (Kami puasa.)” Jawab Saadah berbahasa Arab.
Izzudin dan Dyan tidak jadi minum. Mereka meletakkan semula gelas yang sudah sampai di bibir. Saadah dan Zahra' serba salah.
“Takpe lah. Antum makan lah.” Ujar Zahra'.
“Orang yang berpuasa ada hak tersendiri. Aishah, bawa hidangan ni ke dapur.” Tegas Izzudin.
“Takpe lah, kami tak kisah. Antum berdua dah makan pun.” Ujar Saadah.
“Aishah..” Izzudin tidak peduli.
“Izzudin..” Zahra' dan Saadah memujuk.
“Dah la, Din. Minum jer. Dah habis pun kita makan.” Dyan selamba.
“Abang, boleh tak Saadah dan Zahra' tidur sini malam ni?” Tanya Aishah setelah siap mengemas meja.
Izzudin merenung wajah isterinya. Dia pasti, Aishah kesunyian. Dyan kasihankan Aishah. “
Abang tak kisah. Ini kan rumah Aishah jugak.”
Aishah tersenyum gembira. “Terima kasih, abang.”
“Semua tidur loteng ke?” Tanya Izzudin.
“Abang jangan risau, Aishah yakin muat. Insya-Allah.” Balas Aishah. Izzudin memandang ketiga-tiga wanita itu. Dia ragu-ragu akan keselesaan mereka tidur di loteng. Tetapi, dia yakin bahawa Aishah pasti akan memberikan yang terbaik untuk sahabatnya.
“Kalau macam tu, takpelah. Abang dengan Dyan nak mandi, Aishah boleh..?” Izzudin tidak menghabiskan kata-katanya.
“Okey..!” Balas Aishah sambil mengangkat dulang ke dapur.
Izzudin menunjukkan Dyan bilik tidur mereka.
Aishah membawa sahabatnya ke loteng. Mereka duduk di situ sambil menunggu waktu berbuka.
“Kenapa menangis ni, Aishah?”
Zahra' terkejut. Dia menyimpan semula air matanya. Dia melihat ke arah Aishah.
Aishah cepat-cepat menyeka air matanya. Dia tidak menyedari air matanya sudah mengalir. “Tak, ana terharu. Ana rindu sangat dengan antum. Alhamdulillah, masih boleh berjumpa lagi di Malaysia ni.” Aishah berbohong.
“Jangan menipu, Aishah. Kita kan pernah dah berjumpa dulu. Kenapa masa tu anti tak menangis pun? Ana tengok lepas Izzudin balik je, air muka anti berubah.” Tegur Saadah. “Beritahulah.. Antum berdua ada masalah ke? Cuba kongsikan dengan ana dan Zahra'. Insya-Allah, kami akan bantu.”
oreta awaitsubasa kimi wa tsukoshi
(muka pucat, badan lesu)
aosugiru sora nitsukareta dakesa
(kepenatan dari seluruh dugaan hidup)
mou dareka no tame janakute
(jangan paksa dirimu untuk orang lain)
jibun no tame ni waratte ii yo
(senyumlah untuk dirimu sendiri)
Suara Zahra' yang lunak itu menyentuh hati Aishah. Apatah lagi dengan pesanan yang terdapat di dalam lagu itu sendiri.
Menangislah...
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerana ku adalah sahabatmu
Saadah pula menyanyikan lagu sambil memeluk Aisah. Aishah keharuan. Laju sahaja air matanya mengalir. Zahra' mencuba untuk menyembunyikan perasaannya. Aishah menyeka air matanya dengan hujung lengan baju.
“Dah la.. Okey, okey! Shikkan..!” Ujar Aishah tanpa tertahan lagi. “Janganlah nyanyi lagi, Saadah.. Zahra'.. Ana sedih..!”
Zahra' dan Saadah yang menyanyi bagaikan radio berhenti. Mereka ingin mendengar cerita Aishah dan Izzudin. Zahra' menguatkan hati dan menahan air matanya daripada mengalir.
“Ana mengaku. Ana dengan Abang Izz ada masalah sikit.” Suara Aishah terdengar serak. “Sejak semalam, Abang Izz langsung tak nak sentuh ana. Bersalam pun tidak..” Aishah mencapai sehelai tisu untuk menghembus hingus. “Abang mengelak bersolat jemaah dengan ana. Pagi tadi, dia pergi kerja macam tu je. Kejut ana pun tidak..”
“Wakaran (tak faham).. Kenapa tiba-tiba je jadi macam tu? Apa puncanya? Ada apa-apa yang terjadi ke sebelum tu?” Tanya Zahra'.
“Abang muntah-muntah pagi semalam. Sejak tu lah dia jadi macam ni..” Aishah masih mengalirkan air mata.
“Itu je?” Zahra' kehairanan. Saadah pula terfikirkan sesuatu.
‘Rasa macam pernah lalui situasi ni. Tapi, tak pastilah di mana dan mengapa..’ Monolog Saadah di dalam hati. “Ana yakin, Izzudin ada sebab yang kukuh dia bersikap begitu. Cuba anti tanya dia, musyawwarah.. Yang penting, jangan sangka buruk. Kalau anti beritahu dia tentang kandungan anti, mungkin perkara akan jadi lebih baik. Insya-Allah.”
Aishah mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Saadah.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment