Juu (10)
“KAMU SEMUA BALIK bila? Kalau boleh tinggallah sini lama sikit. Belum hilang rindu ummi pada Aishah.” Hajah Noriah menggenggam tangan Aishah di akhir katanya.
“Itu semua pada Abang Izz, Aishah tak boleh buat apa.” Balas Aishah mengharapkan persetujuan Izzudin.
“Maaflah ummi, Udin ada banyak kerja.” Balas Izzudin. Dia berhati-hati memandu keluar dari kawasan tanah perkuburan itu. “Lagipun, Udin cuma apply cuti untuk minggu ni. Nanti bos bising pulak.” Bohong Izzudin. Dia tidak mahu berlama-lama di kampung, bimbang bertemu Zulaikha.
“Takpelah kalau macam tu. Nanti jangan lupa balik kampung lagi.” Hajah Noriah hampa.
“Zul nanti balik bila? Sekali dengan Izzudin? Tinggal sini dulu.” Haji Samiri mengajak besannya itu untuk bermalam sehari dua lagi di rumahnya.
“Terima kasih lah.” Dato' Zulkifli menolak. “Kami balik dengan dia tengah hari esok. Yalah, kalau ditinggal lama-lama mati pula pokok bunga kesayangan Ira nanti.” Dato' Zulkifli mengusik isterinya. Mereka semua tertawa.
Datin Amirah tersipu. Memang benar dia sedang memikirkan keadaan pokok-pokok bunganya yang ditanam di halaman rumah. Kebanyakan pokok bunga tersebut dihadiahkan kepadanya atas usaha menjual produk-produk HPA bersama Dato' Zulkifli.
Keesokan harinya, mereka meminta diri untuk pulang ke kampung. Aishah semakin resah. Dia yang duduk di belakang tempat duduk pemandu berasa runsing. Kereta yang dipandu Izzudin terasa perlahan. 'Abang Izz okey ke? Malam tadi pun doa yang sama..'
Aishah mengintai wajah suaminya melalui cermin pandang belakang. Mata Izzudin mencerlung dan kelihatan berair. Aishah tahu, Izzudin pasti resah ingin melepasi rumah Zulaikha. Aishah membisikkan kata-kata semangat: La takhaf wa la tahzan. Allah ma'a na. (Jangan takut dan jangan sedih. Allah bersama kita.)
Izzudin tersentak mendengar nasihat Aishah. Dia tersedar bahawa Allah pasti akan membantunya untuk menghadapi Zulaikha sekiranya mereka bertemu. Izzudin tersenyum tanda terima kasih atas nasihat itu. Melihat perubahan di wajah Izzudin, Aishah berasa lega.
DADA IZZUDIN BERDDEGUP KENCANG. Serasanya, sebentar lagi dia akan pitam. Lorong di hadapannya adalah lorong ke rumah Zulaikha. Dia mesti melalui lorong tersebut untuk ke rumah ibu bapanya. Dan Zulaikha pasti berada di rumah kerana suaminya akan menghantarnya pulang setiap hujung minggu. Zulaikha pernah memberitahu itu seminggu sebelum dia berkahwin dengan lelaki kaya itu.
Aishah mengelus lembut bahu Izzudin. Dia membisikkan sepotong doa dari surah At-Taubah ayat 51:
Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal lah orang-orang yang beriman.
Izzudin menekan minyak. Dia tidak ingin berlama-lama di hadapan rumah bekas kekasihnya itu. Dato' Zulkifli dan Datin Amirah hairan melihat perlakuan anak tunggal mereka.
Sesampainya di rumah, Izzudin terus ke bilik air untuk berwudhu' lantas mengerjakan sujud syukur di dalam biliknya.
“Abang Izz buat sujud syukur ke?” Tanya Aishah setelah suaminya itu selesai.
Izzudin tersenyum melihat Aishah. “Terima kasih sebab tolong abang tadi. Abang tak tau macam mana nak berdepan dengan Zulaikha. Terima kasih sebab memahami.”
“Um, mak ajak minum. Abang mesti penat kan?”
“Mak, bapak, Udin nak balik dah.” Kata Izzudin setelah menghirup teh yang disediakan ibunya.
“Kenapa cepat sangat? Tak boleh tunggu esok...?” Dato' Zulkifli sedikit terkejut.
“Udin, tak mampu..” Izzudin tidak mahu menghabiskan kata-katanya. Biarlah dia sahaja yang tahu. Aishah kasihankan suaminya. Dia tahu Izzudin masih berusaha mengelak daripada Zulaikha.
“Dah tak mampu nak duduk rumah mak? Tak suka dengan kampung ni..?!” Datin Amirah memprovok. Dia belum puas bersama Aishah.
“Ira, kenapa cakap macam tu? Anak kita ada hal dekat bandar, biarkanlah. Biar dia selesaikan kerjanya. Raya nanti dia boleh cuti panjang.” Pujuk Dato' Zulkifli. Dia tahu isterinya makan hati dan dia juga tahu masalah Izzudin. “Raya nanti kamu ada masa dua minggu dekat kampung, kan Izzudin?”
“Insya-Allah.”
Datin Amirah tetap tidak berpuas hati. Tetapi, dia tidak boleh pentingkan diri. Dia hanya melihat anak dan menantunya pulang.
“Sudahlah Ira. Nanti mereka akan balik jugak. Takde apa yang nak dirisaukan.” Dato' Zulkifli tidak senang melihat isterinya menangis. Datin Amirah diam.
Peristiwa itu membuatkan Aishah rasa dihargai. Dia masih ingat perasaan ketika mana kereta itu bagaikan terhenti di hadapan simpang sebelum ke rumah Zulaikha. Dia masih ingat betapa manisnya senyuman Izzudin buat dirinya. Dan yang paling segar dimindanya ialah tatkala Izzudin mengerjakan sujud syukur. Dia bangga dengan perubahan yang ditunjukkan suaminya itu. Dia juga berazam akan memperbaiki amalannya dan menggiatkan semula qiyamnya yang tergendala akibat rawatan traumanya.
“Fikir apa tu, Aishah? Tersenyum-senyum..” Usik Izzudin. “Galaknya, isteri abang!!”
“Eh, mana adalah. Aishah tak fikir apa pun!” Aishah tersenyum malu. Izzudin telah memerhatikannya sedari tadi.
“Kalau tak fikir apa-apa kenapa tak sahut bila abang panggil?” Izzudin menguji.
“Abang ada panggil Aishah ke? Tak sedar pun..” Aishah bingung.
“Itulah fikir lagi yang bukan-bukan..! Aishah fikir abang tak tahu apa yang ada dalam fikiran Aishah tu?”
“Aishah tak fikir macam tu lah..!” Aishah membela dirinya.
“Kalau macam tu kenapa boleh tak tau yang abang cuma tipu jer. Abang memang tak panggil Aishah pun tadi!” Izzudin sudah tergelak.
“Abang ni..!” Marah Aishah. “Malu Aishah..” Aishah menggelungsur sedikit dari tempat duduknya lantas menutup muka.
USAI SOLAT WITIR, Izzudin tetap dengan doanya yang selalu. Dia masih berharap untuk tidak lagi bertemu dengan Zulaikha. Aishah yang masih belum tidur, terdengar doa itu. Hatinya pedih. Dia berasakan dirinya tidak mampu untuk membantu suaminya dalam mujahadah cinta. Air matanya menitis lagi. Aishah menggigit bibir untuk menahan esakannya daripada berlanjutan.
Setelah menggantung sejadah di tempatnya, Izzudin duduk di birai katil. Aishah menutup mata, berpura-pura tidur bagi mengelak diri dari Izzudin. Usai membaca doa tidur, Izzudin baring menghadap Aishah. Dia menyela rambut yang menutupi wajah Aishah dan mengelus lembut pipi montel isterinya. Dia sungguh terkejut apabila mendapati sisa-sisa air mata pada wajah isterinya itu.
“Aishah menangis ke?” Izzudin memegang kejap bahu Aishah.
Aishah sudah teresak-esak menghadapi pertanyaan itu.
“Aishah, jangan menangis. Bagitau abang, kenapa ni? Ada masalah ke??” Izzudin bertanya penuh cemas. Bimbang isterinya sakit lagi.
Aishah mengelap air matanya pada bantal. Dalam menahan tangisan, dia berkata dengan suara yang serak. “Aishah sedih.. sebab tak dapat nak gembirakan abang. Aishah sedih.. sebab tak dapat jalankan tanggungjawab Aishah dengan baik sebagai isteri, sampaikan abang.. masih rindukan..... perempuan ajnabi.” Air mata Aishah mengalir lagi. “Aishah minta maaf, bang. Sumimasen!”
Izzudin terkejut besar.
“Aishah dengar.. doa abang tadi?”
“Aishah dengar, sejak dari hari tu lagi. Aishah minta maaf! Aishah minta maaf sebab tak dapat nak penuhi segala kehendak abang selama ni. Aishah gagal dalam menjalankan tugas-tugas seorang isteri..” Aishah merintih pilu.
“Tak, Aishah. Aishah tak salah apa pun.” Pujuk Izzudin. “Aishah sakit. Aishah trauma selama ni. Itu takdir Allah!” Sambungnya sambil menyeka air mata yang jatuh membasahi pipi Aishah. “Aishah seorang isteri yang baik..” Izzudin membawa tubuh Aishah ke dalam dakapannya.
“Abang yang salah, Aishah. Abang yang gagal dalam berumah tangga. Abang merindui Zulaikha.. sedangkan Aishah,” Izzudin mengakui khilafnya sambil membelai rambut Aishah. “Aishah lagi comel dari dia, lagi baik, solehah, cantik, bijak. Cuma abang yang gagal kawal nafsu abang. Abang zalim pada Aishah, bahkan abang zalim pada diri abang sendiri.” Izzudin merenung wajah mulus isterinya. “Maafkan abang..”
“Abang, Aishah ni kan isteri abang. Aishah redha dengan segala perbuatan abang terhadap Aishah. Abang sakitkan hati Aishah ke, sakitkan mata Aishah ke, sakitkan telinga Aishah ke, sakitkan kepala Aishah ke. Abang sakitkan badan Aishah sekalipun, Aishah tak kisah. Asalkan abang masih mengaku Aishah sebagai isteri.” Dan Aishah tak nak tengok abang menangis. Itu tanda kegagalan Aishah dalam menghiburkan hati abang.
Kata-kata akhir itu hanya disimpan di dalam hati. Aishah tidak mahu Izzudin memendam perasaannya dalam-dalam sehingga dia tidak tahu apa lagi mengenai suaminya itu. Biarlah segalanya terjadi dengan ikhlas atas dasar takdir yang disebut sebagai kebetulan.
Setelah lama kesunyian mengisi ruang di antara mereka, Aishah tekad. “Abang, Aishah harap dapat lahirkan seorang zuriat untuk abang. Cukuplah walau seorang.” Ujarnya sambil mengusap wajah Izzudin. Dalam diam dia berdoa, “Ya Allah, lapangkanlah hati suamiku, Izzudin supaya dia senang untuk melupakan Zulaikha. Ya Allah, kurniakanlah seorang zuriat bagi kami untuk menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga kami. Semoga dengannya Abang Izz dapat melupakan Zulaikha.”
Izzudin menggenggam tangan Aishah lalu membalas, “abang tak rasa kita perlukan anak buat masa ni. Tapi kalau itu kehendak Aishah, maka Aishah lebih tau yang terbaik untuk Aishah.”
“ALLAH PALING TAHU YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-HAMBANYA.” Aishah membetulkan persepsi Izzudin.
“Ya, begitulah.” Izzudin tersenyum. Senang dengan sikap isterinya yang tegas dalam dakwah Islamiyah. “Persoalannya, Aishah dah sedia ke untuk semua ni?” Izzudin menduga isterinya itu.
“Sebagai seorang muslimah, wajib bersedia dan menyediakan diri untuk menjadi seorang pendidik kerana memang takdir kami untuk melahirkan dan membesarkan anak sekaligus mendidik mereka dengan akhlak Islam supaya mereka menjadikan MARDHATILLAH (redha Allah) sebagai matlamat utama dalam hidup. Itulah fitrah seorang muslimah.” Jawab Aishah penuh yakin. Itulah hasil tarbiah yang dilaluinya sepanjang dia belajar di Maahad Tarbiyah Islamiyah. “Cuma Aishah takut abang yang tak sedia sebab abang tak pernah tunjukkan minat abang pada Aisah.”
Izzudin kelu. Dia tidak menyangka Aishah terasa hati dengannya tentang itu. “Bukan abang tak nak. Tapi, abang takut Aishah tak sedia. Kita kan baru lagi berkenal. Abang tak nak Aishah rasa terpaksa, abang harapkan benda ni atas dasar cinta.”
“Tapi, Aishah sudi berkahwin dengan abang atas dasar taqwa.”
Izzudin tidak dapat berkata apa lagi. Dia kagum dengan ketinggian ilmu dan akhlaq Islami isterinya. Dia mengucup dahi Aishah penuh kasih.
“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang bakal Engkau kurniakan daripada kami.”
IZZUDIN MEMINTA bantuan Wan Akashah untuk menghantar karyanya ke jabatan grafik. Wan Akashah yang sememangnya hendak ke sana tidak lokek untuk membantu. Izzudin mengemaskan mejanya yang bersepah dengan habuk pemadam dan lain-lain.
“Hoi! Sibuk ke?” Dyan sudah mengambil tempat duduk di hadapan meja Izzudin.
“Tadi sibuk..” Izzudin menepuk-nepuk tangannya untuk membuang habuk yang melekat. “Siap dah kerja aku. Kau nak apa sampai tak menyempat nak bagi salam?”
“Heh, assalamualaikum.” Dyan rasa diperli. “Aku saja je datang nak borak.”
“Waalaikumsalam. Ingatkan dah tak kenal erti salam.” Ujar Izzudin sinis. “Kau nak borak pasal apa pulak?”
“Hehe, kau dengan Aishah makin bahagia sekarang..”
“Mana pulak kau cekau berita gempak seantero dunia ni..? Kau baca muka aku eh?? Astaghfirullah. Berdosa tau tak, kacau privasi orang lain. Bersyukurlah Allah bagi kau kelebihan yang takde dekat orang lain.” Izzudin berlagak tenang walaupun sebenarnya dia sudah berdebar menahan malu dan segan. Dia tahu apa yang sesungguhnya ingin diperkatakan Dyan.
“Astaghfirullahalazim.. Kau jangan nak fitnah aku, Din. Kau tau aku ni baik, aku tak nak guna kelebihan ni untuk suka-suka. Aku takkan langgar sumpah aku. Itu kan sifat munafik!” Dyan membalas tuduhan Izzudin terhadapnya. “Aku tau benda ni semua daripada komik kau lah.” Dia membetulkan duduknya. “Masa kau bagi aku minggu lepas, mood aku tengah tak berapa baik. Pastu aku terbaca fikiran kau. Sebab tu lah aku tau yang kau buat komik berdasarkan kisah benar. I'm sorry, Din!”
“Banyak lah kau punya sorry!!” Izzudin membisik, “kau janji, jangan bagitau sesiapa pasal ni tau. Aku nak buat surprise untuk Aishah satu hari nanti. So, aku tak nak kalau hal ni sampai kat telinga dia. Kau tau-tau je lah macam mana sikap manusia, suka bercakap yang sia-sia!”
“Hmph!” Dyan menarik muka. Fikirnya, Izzudin benar-benar akan memarahinya. “Kau ni kutuk diri sendiri, ya? Kalau kau cakap manusia suka bercakap yang sia-sia, maksudnya kau pun samalah kan..?”
“Nobody is perfect but we should search for perfectness.” Izzudin berfalsafah. Dyan mencebik, “ kau ni, berfal-sampah la pulak!”
“Tapi, macam mana pun aku still tak dapat nak lupakan Zulaikha. Aishah tu macam sengsara je. Aku kesian dengan dia tapi aku tak dapat nak kawal perasaan ni..” Izzudin berkongsi masalah dengan Dyan.
“Pada pendapat aku, kau sebenarnya dah lupakan dia. Maksud aku, kau dah tak panggil dia macam dulu. Kau dah tak panggil dia Zue, tapi kau panggil dengan nama penuh. ZU.LAI.KHA. Perasaan kau dah tipis untuk dia.” Dyan memberi pandangan. “Aku rasa kau ni serba salah dengan isteri kau, sebab tu lah hati kau macam tertutup untuk dia.”
“Serba salah dengan Aishah? Serba salah apa pulak?” Izzudin tidak mengerti.
“Entah. Aku cuma cakap apa yang aku rasa, selebihnya terserah dekat kau. Cuba kau minta pendapat dari psychiatrist tu pulak.” Balas Dyan. “Siapa nama dia..?”
“Johan..?” Izzudin menduga orang yang dimaksudkan Dyan.
“Em, yalah kot.” Dyan tidak pasti.
Masing-masing melayan perasaan. Memikirkan masalah percintaan antara Izzudin, Aishah dan Zulaikha.
“Din, tiba-tiba aku rasa teringin nak jumpa dengan Aishah. Bawalah dia datang pejabat.” Ujar Dyan tiba-tiba.
“Apasal pulak? Kau nak mengushar bini aku??” Izzudin hairan dengan permintaan Dyan.
“Eh, tak masa lah nak mengorat isteri orang! Fikir aku ni dah tak laku ke??” Dyan membela diri. “Aku cuma nak tengok macam ana rupa isteri solehah yang terabai tu. Nak kenal-kenal dengan isteri kawan aku. Manalah tau, satu hari nanti terjumpa dia terus terpikat. Walhal, dia isteri kau. Nanti bergaduh pulak kita!”
“Perli aku lah tu!” Omel Izzudin. “Aishah takde lesen. Dia tak pernah keluar rumah tanpa aku. Lagipun, dia tak suka naik motor sebab angin kuat, nanti melekat baju dia. Hari tu pun nak tak nak jer.”
Izzudin berfikir seketika.
“Apa kata kalau kau datang rumah aku. Aku rasa Aishah tak kisah. Nanti aku tanya dia boleh ke tak. Kalau dia setuju, Isnin nanti kau ikut aku balik rumah. Amacam?” Usul Izzudin.
“Isy, seganlah aku! Kalau rumah bujang, takpelah. Ni, kau dah kahwin. Kesian dekat isteri kau sendirian dalam bilik.” Sanggah Dyan.
“Alah, sekali-sekala.. Lagipun, dia ada bilik rahsia dia sendiri. Biarlah dia tidur dekat loteng tu.” Balas Izzudin.
“Sekali-sekala? Maknanya, korang selalu tidur samalah?” Usik Dyan.
“Isy, blue lah kau ni! Takkan aku nak seksa batin dia pulak. Daripada biar dia terseksa macam tu baik aku ceraikan je. Aku sayangkan dia lah! Takkan lah aku nak buat dia macam tu. Isteri tu kan satu amanah.” Balas Izzudin.
“Yalah tu.. Tidur satu katil, takkan tak buat apa-apa..?” Dyan semakin galak mengusik.
“Hoi, kau ni tak habis-habislah! Blah la..!!” Izzudin menghalau Dyan dari mejanya.
Dyan terbahak-bahak ketawa. “Alamak! Aku terbaca cerita dekat muka kau lah. Blue gila!!!” Jerit Dyan sambil melarikan diri ke meja kerjanya.
Izzzudin mendengus geram. “Dah tau ada kelebihan macam tu, tanya lagi yang bukan-bukan. Entah apa yang kau baca dekat muka aku ni.. Padan muka kau!!” Izzudin merungut sendiri. Dia menutup muka.
“AISHAH TAK KISAH. Ini kan rumah abang juga. Apa salahnya?” Jawab Aishah.
“Terima kasih, Aishah. Aishah memang seorang yang memahami.” Izzudin mengucup pipi kiri Aishah. Dia senang hati dapat menonoton televisyen bersama Aishah sebegitu. Dia lebih gembira lagi apabila mendengar jawapan Aishah. Dia masih ingat pesan Johan tatkala menelefon psychiatrist muda itu: “Luangkan lebih masa untuk Aishah. Lakukan sesuatu yang lain daripada biasa. Wujudkan suasana romantik. Jaga hati Aishah sebaiknya dan jangan biarkan sejarah berulang. Bersyukurlah dikurniakan isteri yang solehah sepertinya.”
“Bila dia nak datang?” Tanya Aishah lebih lanjut.
“Insya-Allah, kalau takde aral melintang hari Isnin nanti dia ikut abang balik rumah ni.” Jawab Izzudin sambil membelai lembut rambut lurus isterinya. Aishah mengangguk.
“Hm, sempatlah nak basuh cadar. Okey..” Ujarnya sambil mengait benang. Dia tidak betah menonton televisyen yang boleh menjerumuskannya ke dalam pelbagai jenis maksiat terutamanya zina mata dan mengumpat.
“Tak payah lah basuh cadar. Susah-susah je.” Izzudin tidak mahu menyusahkan.
“Tak boleh lah macam tu. Kita kena muliakan tetamu, bagi yang terbaik. Tempat tidur yang selesa, makanan yang sedap. Itu barulah mengikuti sunnah Rasul.” Balas Aishah. Dia menyambung, “hari Ahad nanti, Aishah nak kemas bilik tu. Abang jangan kacau tau. Jangan masuk langsung bilik tu, sampai malam!”
“Eh, macam tu pulak?” Sanggah Izzudin. “Dia tetamu abang, biar abang yang kemas.”
“Dia nak juga... Yalah, kemas sama-sama.” Aishah beralah. “Tapi, abang tidur seorang je kot. Aishah tak nak kawan abang tidur atas tempat Aishah. Mesti dia segan.”
“Aishah nak tidur dekat loteng ke? Jangan tinggalkan abang, nanti rindu.” Izzudin memujuk.
“Eleh, rindu! Cakap je lah takut..” Aishah malu. “Kalau dah macam tu, terpaksalah...” Aishah berhenti mengait seketika.
“Terpaksa apa?” Tanya Izzudin tidak sabar untuk mendengar kata-kata Aishah yang tergantung. Aishah diam sebentar. Dia masih berfikir, apakah betul keputusannya ini?
“Abang nak tak, tidur dekat loteng dengan Aishah..?”
“Loteng..?” Izzudin tergamam. Sejak mengetahui kewujudan sebuah loteng di rumah pemberian ibu dan bapa mereka, dia tidak pernah terfikir untuk menaiki tempat rahsia isterinya itu. Dia menghormati keputusan Aishah untuk menjadikan tempat itu tempat rahsia. Tetapi..
“Betul ke ni? Are you really serious??”
“Hontou ni. Tapi, kalau abang tak nak takpe lah. Abang boleh tidur seorang diri dekat bawah. Jangan sampai termimpi-mimpikan Aishah pula.” Aishah mencabar.
“Jangan macam tu. Abang cuma tak percaya yang Aishah benarkan abang masuk bilik rahsia Aisah walhal Aishah bersungguh tak nak abang tau tempat loteng tu.”
“Takde lah.. Suami isteri kan sebenarnya perlu berkongsi rahsia. Barulah harmoni hidup. Jadi Aishah terfikir, mungkin ini masa yang sesuai untuk Aishah kongsikan rahsia ni dengan abang. Tapi, Aishah memang berharap sangat kalau tempat tu kekal menjadi tempat rahsia.”
“Kenapa rumah kita boleh ada loteng? Abang peliklah..”
“Aishah pun mula-mula tak tahu-menahu puun tentang loteng ni. Tapi ummi dan walid kata ada kejutan untuk Aishah. Mereka suruh cari sendiri, kemudian Aishah pun terjumpalah loteng ni. Mungkin ummi dan walid binakan loteng ni sebab mereka fikir Aishah nakkan sebuah rumah macam yang Aishah pernah lawat di Hokkaido dulu. Lagipun, dengan wujudnya loteng tu bolehlah Aishah simpan barang-barang yang Aishah sayang, walaupun kebanyakannya tak dapat digunakan kokoro (di sini).”
“Kalau dah rosak, buanglah. Jangan disimpan-simpan. Nanti reput, jadi makanan anai-anai je. Siapa yang susah?? Kita jugak..”
“Bukan rosaklah! Suki-suki je.” Marah Aishah. “Barang-barang tu cuma belum dapat digunakan lagi. Ia tak rosak, okay?! Tak cukup bahan..” Aishah menekup mulut.
“Tak cukup bahan? Apa maksud Aishah??” Aishah menggeleng. Dia tidak mahu menyusahkan Izzudin untuk membeli keperluan melukis, mengait, dan lain-lain. Walaupun Izzudin mampu, tetapi lebih baik duit itu disedekahkan ke jalan yang lebih baik daripada melayan hobi yang hanya sekadar mengikut kehendak hati.
“Dah lah, abang. Jom masuk tidur. Boringlah tengok TV ni. Dah tengah malam, lebih baik tidur.” Aishah sudah mengemaskan barang-barang mengaitnya.
“Eleh, dia bukannya menonton pun dari tadi. Asyik mengait jer. Apa yang Aishah kait ni?” Balas Izzudin sambil membantu isterinya mengemas.
“Aishah pun tak tahu. Aisah cuma mengait benang je dulu. Mungkin nak jadikan beg kemudian jual. Jadi alas meja ke..” Aishah meletakkan alat mengait di dalam sebuah almari dan meninggalkan ruang tamu itu.
“Jual?” Izzudin pelik. “Aishah nak buat novel atau berniaga?” Izzudin bertanya serius. Aishah menjawab selamba, “dua- dua pun boleh.”
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment