Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Hitotsu (1)

“ABANG, bangun.”
Izzudin membuka matanya setelah mendengar suara seseorang mengejutnya.
“Ya Allah, mengantuknya! Pukul berapa ni?” Tanya Izzudin dalam keadaan mamai.
“Pukul empat, bang.” Jawab Aishah sambil tersenyum.
“Pukul empat?” Izzudin terkejut. “Kenapa tiba-tiba awal sangat kejut abang, ni?” Dia bertanya kepada Aishah.
“Kalau abang nak ubatkan hati yang lara, abang kenalah dekatkan diri dengan Allah. Cuma dia je yang boleh tolong abang. Okite yo?” Jawab Aishah tenang.
“Takpelah, abang mengantuk sangat ni..” Balas Izzudin.

“Ne, okite yo? Soshitara...” Izzudin memandang pelik isterinya. 'Dia ni, cakap Jepun macam la aku akan faham..' Bisiknya di dalam hati.
“Oh ho ho ho.. Gomen ne? Ah.. Sorry, sorry..” Bagaikan dapat mendengar suara hatinya, Aishah meminta maaf. Aishah segan. Dia sudah terbiasa bercakap dalam bahasa Jepun.

“Maafkan Aishah. Dah terbiasa sangat cakap macam ni. Even dengan walid dan ummi pun.. Hehe.” Aishah cuba menerangkannya kepada Izzudin. Dia menjadi kelu sebentar. Dia mencuba untuk bertenang.
Setelah beberapa ketika, dia berkata; “maksud Aishah, abang bangunlah. Kita solat tahajud sama-sama. Lepas tu, sambil tunggu azan Subuh, mandilah ataupun bersiap-siap apa yang patut. Masuk waktu, kita solat jemaah. Macam tu baru la segar nak buat kerja pagi-pagi.” Ujar Aishah penuh bersemangat.
“Tak nak lah. Abang mengantuk ni. Janganlah kacau abang..” Pinta Izzudin. Dia tidak ingin tidurnya diganggu. Semalaman dia menangis kerana teringatkan kisah cintanya.
“Jomlah kita qiyamullail. Pahala banyak tau.” Aishah memujuk lembut. Izzudin menarik selimutnya. Aishah merajuk.

“Abang Izz ni tak 'islamik' lah. Tak cukup iman.”

“Apa dia..?!” Izzudin bangkit dari pembaringan. “Macamlah dia tu kuat iman sangat. Okay, I take the challenge! You dare me to qiyam..?” Marah Izzudin lantas bangun ke bilik air.
Aishah mengerjakan sujud syukur. Alhamdulilllah, dia berjaya mengejutkan Izzudin pada pagi itu. Itu permulaan yang baik bagi setiap manusia yang ingin berubah. Cuma Izzudin perlukan keikhlasan yang tulus dari hatinya sendiri. Dia juga bersyukur Izzudin dapat menemaninya.

Selesai solat tahajud, Aishah tidak bersalaman dengan Izzudin seperti selalu. Sebaliknya, dia lantas bangun mencapai Al-Quran. Izzudin yang melihat ketekunan Aishah dalam beramal soleh, kagum lalu turut bertilawah bersama isterinya itu.

USAI SOLAT SUBUH, Aishah mengajak Izzudin untuk berjoging bersama-samanya mengelilingi kawasan perumahan tersebut. Menghirup udara segar katanya. Izzudin bertambah kagum dengan Aishah yang memakai tudung labuh dan berkemeja-T yang labuh sampai ke lutut.
Selepas dua pusingan, Izzudin mengajak Aishah berhenti. Izzudin sudah terduduk di atas tembok kecil di hadapan rumah.
“Aishah, abang penatlah. Kita berhentilah, ya.” Ujar Izzudin dalam lelah.
“Abang ni.. Baru sempat dua round dah lelah. Aishah selalu buat lagi satu round. Jomlah sama-sama.” Balas Aishah penuh bersemangat.
“Tak naklah penat dah.” Balas Izzudin pula.
“Kalau macam tu, Aishah sambung sendiri lah, ya. Boleh tak Abang Izz? Aishah kena minta izin abang dulu sebagai suami. Abang izinkan tak?” Pinta Aishah.

“Demi Zue, apa-apa pun boleh. Abang tak kisah.”

Aishah terkejut. “Takpelah, Aishah tak naklah. Kalau Aishah pergi nanti, tiba-tiba abang lari cari Zue pula.” Balasnya, cemburu. Dia duduk di sebelah Izzudin.
“Buat apa nak carik Zue? Bukan Zue nanti pusing balik sini?” Soal Izzudin yang masih tidak menyedari bahawa dia sedang bercakap dengan isterinya.
“Aduh!” Satu tamparan kuat mengenai peha kiri Izzudin. “Apa salah aku?!” Izzudin bangkit. Dia berang dipukul tiba-tiba.

“Abang sedar tak abang sedang bercakap dengan siapa sekarang?” Soal Aishah pula dengan suara yang meninggi. “Abang cakap nak lupakan Kak Zue. Ataupun sebenarnya, abang cuma nak buat JANJI PALSU?”
“Ai.. shah.” Izzudin tersentak apabila dimarahi Aishah. “Abang mintak maaf, dah buat Aishah marah. Abang tak sengaja, abang teringatkan masa dulu-dulu.” Izzudin mengakui kekhilafan diri.
“Abang mintak maaf sangat-sangat. Cara Aishah bercakap tu, betul-betul mengingatkan abang terhadap dia. Cuma dia je yang pernah panggil abang, 'Izz'. So, I thought it's her.” Izzudin berlutut dan menggenggam kedua tangan Aishah.“Nuraishah Samiri, I'm really, terribly sorry. Forgive me, will you?” Aishah menarik kembali tangannya. Izzudin enggan melepaskan.
“Abang, tak elok macam ni. Kita tak boleh tunjukkan kemesraan di depan khalayak. Lepaskan please..?” Aishah meminta dengan baik. Izzudin tetap tidak mengalah.

Do you forgive me, Aishah?”

Aishah tersenyum. “Why not? Asalkan abang tak ulang benda ni.” Izzudin melepaskan genggaman tangannya. Dia duduk di tempatnya tadi.

“Abang rasa macam tak okeylah kalau Aishah panggil abang, 'Izz'. Aishah buat abang teringat dia.” Ujar Izzudin sambil melepaskan pandangan ke arah jalan.
“ Dah tu, nak panggil abang apa? Takkanlah nak panggil abang jer. Tak special lah, orang lain pun nak panggil abang jugak.”Rungut Aishah.
“ Um.. Panggillah abang, 'Abang Din'. Sedap gak bunyinya tu.” Cadang Izzudin.
“Tak nak lah. Takde maksud pun. Bunyi camtu abang kata sedap?? Iiih, ie!” Aishah membantah. “Tak boleh ke kalau panggil 'Abang Izz'? Itu kan lagi senang..” Rungut Aishah manja.
“Tak bolehlah.. Kan abang dah cakap tadi. Kecualilah, kalau.. Aishah tak kisah kalau abang panggil Aishah dengan nama Zue.” Gurau Izzudin. Apabila isterinya itu menarik muka masam, dia terus menggelakkan isterinya yang sedang bermuram durja itu.
“Haha, abang gurau jer lah.. Takkan lah abang saja-saja nak sakitkan hati Aishah. Haha! Comel betul Aishah buat muka camtu, suka abang tengok.” Izzudin memujuk.

Yea, it makes me wonders.. Mana Aishah belajar panggil abang 'Izz'?” Tanya Izzudin. Secara tiba-tiba, timbul persoalan tersebut di benak fikirannya.
“Hah?! Hehe.. Kalau Aishah cakap ni, abang jangan marah,ya.” Balas Aishah. Dia sedikit terperanjat apabila ditanya tentang itu.
“Apa sebab abang nak marah? Cuba Aishah cakap sikit? Aishah ada buat apa-apa salah ke, sampai abang nak kena marah Aishah?” Tanya Izzudin kepada Aishah yang nampak serba salah itu.
“Takde lah.. Hari tu, Aishah pergi jumpa dengan Kak Zue untuk bertanyakan tentang favourites and dislikes abang. Ya lah, as a wife tak salahkan kalau Aishah ambil tahu.” Jawab Aishah. “Jadi Kak Zue lah yang beritahu Aishah tentang ni.”

Izzudin terdiam. “Itu jer?”
“Ya. Abang marah ke? Kalau abang tak suka, Aishah tak contact lagi dah dengan Kak Zue.”
Izzudin ketawa. “Apalah Aishah ni. Takkanlah itu pun abang nak marah? Logiklah sikit..”
“Logiklah tu.. Sesetengah orang tak suka girlfriend dia contact dengan ex-girlfriend dia. Aishah cuma mengambil langkah berhati-hati.” Balas Aishah.

“Abang tak kisah Aishah berkawan dengan dia. Hukumnya wajib, bukan? Menghubungkan silaturrahim. Kalau nak pergi jumpa dia setiap hari dekat Pahang tu pun takpe..” Ujar Izzuddin.
“Hai, macam nak halau Aishah dari sini jer..”
“Hei, sangka buruk ni. Jealous ke?” Balas Izzudin lagi.
Aishah terdiam.

“Aishah panggil abang, 'abang' je lah. Aishah bukannya ada abang lain pun.” Izzudin membangkitkan topik asal.
Aishah diam lagi. Dia tidak tahu berkata apa. Fikirannya terbayangkan wajah Hakimi yang meninggal setahun lalu.

“KREOOOOKKT!”

“Eh, bunyi apa tu?” Aishah memeluk bahu Izzudin. Dia terperanjat mendengar bunyi itu.
Izzudin tersengih menayang gigi. “Uh, sorry. Abang laparlah.”
“Lah, perut abang ke yang berbunyi?” Aishah menepuk manja bahu suaminya. Izzudin tersengih lagi.
“Okeylah, jom masuk. Aishah masak makanan favourite Aishah.” Laju Izzudin bangun lantas mereka bersaingan masuk ke dalam rumah.

“SEDAP MASAKAN Aishah. Rasa bertuah pulak..” Ujar Izzudin setelah dia menghabiskan nasi goreng hailam yang dimasak isterinya.
“Aishah cuma melakukan tanggungjawab Aishah dengan sebaiknya je. Tak setanding masakan mak abang pun.” Aishah segan dipuji.
“Eleh merendah diri pulak. Nasi goreng Aishah ni lagi sedap dari yang mak abang masak, tau.” Izzudin terus-terusan memuji kehebatan isterinya memasak.

“Eh, chop!” Izzudin teringatkan sesuatu. “Abang rasa, mak abang tak pernah masak macam ni. Ni, nasi goreng apa?”
“Ha, jangan nak banding-bandingkan sebelum merasa penangannya.”Aishah mengingatkan. “Ini nasi goreng hailam, namanya. Inilah makanan favourite Aishah. Mak abang memang tak pernah masak pun..”
“Eh, tau-tau jer mak abang tak pernah masak ni.” Perli Izzudin.
“Tahulah. Dah kalau orangnya pun terpegun tengok orang ni masak.” Balas Aishah sambil tersenyum sinis. “ Aishah dah pernah masakkan untuk mak abang. Even ummi dengan walid pun belum pernah rasa Aishah masak.”
“Kenapa Aishah tak masakkan untuk diorang? Diorang kan yang lebih utama..?” Tanya Izzudin, tidak percaya dengan apa yang dikatakan Aishah.
“Aishah seganlah nak masak. Kalau tolong ummi masak tu, takpelah. Still air tangan ummi..” Jawab Aishah sambil mengangkat pinggan ke dapur untuk dibasuh.
Low profile betul. Tak sangka wujud lagi perempuan macam ni.” Ujar Izzudin penuh kagum.
“Apa dia, abang? Aishah tak dengarlah.” Aishah sengaja pura-pura tidak mendengar. Dia tidak gemar dipuji namun entah mengapa, pujian Izzudin membuat hatinya kembang.
“Takde apa.”

Sedang Aishah leka membasuh pinggan, dia dipeluk erat dari belakang.
“Abang.....” Suara Aishah bergetar, di antara dengar dan tidak. Dia melepaskan pinggan yang sedang dibasuh ke dalam singki. Air dibiar mengalir.
“Aishah, abang mintak maaf sangat-sangat dari Aishah. Abang rasa sayang sangat dekat Aishah. Kenapalah Aishah ni baik sangat? Kenapa Aishah ni comel sangat? Abang rasa tak layak untuk Aishah. Sebab tu, abang tak sanggup nak sentuh Aishah.” Izzudin meluahkan rasa hatinya.
“Perasaan ni, baru lagi minggu lepas.. So, I want to tell that I'm really sorry that I've wronged you so much. Abang mintak maaf atas segala layanan buruk abang sebelum ni. Abang bersalah, abang mintak maaf. Abang harap Aishah maafkan abang.” Izzudin berterus terang tentang perasaannya terhadap Aishah.
“Boleh tak Aishah maafkan abang?” Izzudin membisik lembut ke telinga Aishah.

Aishah menggigil. Izzudin hairan. Dia mendemah dahi dan leher Aishah untuk memastikan isterinya tidak demam.
Tiba-tiba, Aishah menolak Izzudin ke belakang hingga terjatuh. Lelaki itu kaget. Aishah mencapai pisau dan mengacukannya ke arah Izzudin.
“Aniki!! Kau jangan buat macam dulu. Aku tau apa yang kau nak buat dan aku takkan benarkan..!” Aishah menjerit marah-marah. Izzudin tergamam. Apa yang aku buat..?
“Aishah, kenapa ni? Buat apa??” Izzudin berlagak tenang. “Ya Allah, Aishah.. Jangan macam ni, Aishah. Turunkan pisau tu, ni Abang Izz.”
“Jangan harap aku akan turunkan pisau ni!! Aku tahu, kau nak terkam aku, kan..? Macam dulu?! Kau.. kau..” Aishah pitam sebelum menghabiskan kata-katanya.

“Aishah!!” Izzudin mendapatkan Aishah yang rebah bersama pisau. “Masya-Allah.. Apa patut aku buat?”

SETIBANYA di Klinik As-Shifa' , Izzudin segera mendapatkan doktor untuk membantu isterinya. “Doktor, tolong saya doktor. Isteri saya tiba-tiba jer...”
“Saya akan lihat apa yang saya boleh bantu. Sementara tu, sila tunggu di luar.” Kata doktor itu menjaga etika pekerjaannya.
“Kalau saya nak masuk sekali, tak boleh ke?” Pinta Izzudin.
“Maaf ya, encik. Ini prosedur perubatan. Tolong beri kerjasama.” Kata seorang jururawat yang bertugas. Izzudin akur.

“Ah, kenapa sunyi sangat? Tensionlah!” Izzudin merungut, separuh berbisik. Dia meninjau keadaan sekeliling. Langsung tiada sesiapa selain dirinya dan juga jururawat yang menjaga kaunter. Dia melihat skrin telefon bimbitnya.
“Oh, lupa pulak. Hari ni Selasa. Patutlah takde orang.” Izzudin berceloteh sendiri. Terlupa bahawa dia sedang cuti kahwin. Izzudin memikirkan keadaan Aishah.
“Apa sebenarnya..?”

Tiba-tiba seorang jururawat keluar dari bilik pesakit.
“Misi, isteri saya tak apa-apa kan?” Izzudin menyergah.
“Sabar, ya. Encik ni suaminya, ya? Silakan masuk.” Jururawat tersebut melayan Izzudin lembut.

“Isteri saya tak apa-apa kan, doktor? Kenapa dia belum sedar lagi??” Izzudin terus bertanya kepada doktor yang memakai tag nama Syuib itu. Dr Syuib mempelawa Izzudin duduk.
“Encik..” Doktor muda itu memulakan bicaranya.
“Saya Izzudin.” Sahut Izzudin.
“Encik Izzudin, kami dapati isteri encik mengalami trauma.”

“TRAUMA?”

“Ya, isteri encik mengalami trauma yang sangat berat.” Balas Dr Syuib. “Saya ada belajar sikit bab ni dari kawan saya. Insya-Allah, saya boleh tolong sedarkan dia dari pengsan.”
“Dulu pernah terjadi apa-apa yang buruk ke?” Dr Syuib bertanya.
“Saya tak tahu, kami baru berkahwin. Atas aturan keluarga.” Jawab Izzudin.
“Oh, ada waris lain tak? Yang terdekatlah..” Pinta Dr Syuib.
“Saya buat panggilan dulu.”
Izzudin teringat bahawa ibu bapa mertuanya sedang menginap di Hotel Hilton, PJ untuk mengikuti seminar anjuran HPA. Dia segera menelefon mereka.

Beberapa minit kemudian, kedua ibu bapa mertuanya itu pun tiba. Mujurlah mereka berada berdekatan sedang membeli-belah. Mereka bersalaman.
“Apa yang dah terjadi kepada Aishah?” Tanya Hajah Noriah, risau tentang anak kesayangannya itu.
“Ummi, walid.. Aishah, pengsan.” Jawab Izzudin serba salah di hadapan mertuanya itu.
“Macam mana dia sekarang?” Tanya Haji Samiri apabila melihat menantunya agak kekok.
“Doktor nak jumpa dengan ummi dan walid.” Izzudin menunjukkan jalan ke bilik Dr Syuib.
Izzudin hanya menunggu di luar sementara Dr Syuib menerangkan kepada Hajah Noriah dan Haji Samiri.
“Adakah Puan Aishah pernah mengalami apa-apa pengalaman buruk?” Tanya Dr Syuib.“Saya tak rasa ada apa-apa yang terjadi padanya.” Balas Hajah Noriah.

“Mungkin, disebabkan perkara itu.”

Hajah Noriah terkejut. Dia tidak menyangka suaminya ada merahsiakan sesuatu daripadanya. “Boleh tuan ceritakan?” Pinta Dr Syuib.
“Hmm..” Berkerut dahi Haji Samiri memikirkan.
“Maafkan abang, Nor. Boleh Nor keluar sekejap?” Pinta Haji Samiri setelah dia membuat keputusannya.
“Tapi Nor pun ada hak untuk mengetahui, Aishah tu anak Nor juga.” Balas Hajah Noriah.
“Nanti balik rumah, abang cerita. Abang takut Nor tak dapat terima benda ni..”
“Baiklah, dekat rumah.” Hajah Noriah bangkit lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

“Apa sebenarnya yang telah terjadi?” Tanya Dr Syuib sekali lagi.
Haji Samiri diam seketika. Di dalam hati, dia berdoa; ya Allah, ampunilah aku kerana membuka aib anak-anakku.

“Berat hati saya nak menceritakannya. Tapi, demi Aishah..” Haji Samiri menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Perkara ni terjadi tahun lepas, sebelum arwah Hakimi meninggal dunia. Aishah baru habis degree dan baru balik dari Jepun.”
“Hakimi itu siapa?” Tanya Dr Syuib.

“Hakimi.. Abang Aishah, anak sulung saya.” Jawab Haiji Samiri.
“Aishah jaga rumah, sementara saya dan Noriah ke kebun. Saya tertinggal sesuatu jadi saya balik sekejap. Saya masuk dari pintu belakang dan saya nampak.....” Haji Samiri menyeka air mata yang bergenang. Hati tuanya tidak mampu membendung rasa kesedihan hati.

“Hakimi cuba merogol Aishah.”

“Kemudian apa terjadi?” Dr Syuib ingin tahu mengenai perkara yang menimpa pesakitnya itu.
“Saya sergah dia. Saya marah sangat. Saya rasa macam nak libas dia dengan parang yang saya pegang masa tu. Alhamdulillah, Aishah tahan saya.”
Dr Syuib mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia seolah-olah memahami perasaan Haji Samiri. “Kemudian, macam mana Hakimi meninggal dunia?” Dia bertanya.

“Astaghfirullahal'azim.. Saya rasa menyesal...” Haji Samiri menunduk sayu.
“Saya menyesal sebab halau dia. Dia dilanggar lori disebabkan itu.”
“Kenapa pakcik menyesal? Dia kan dah buat salah, itulah akibatnya..” Ujar Dr Syuib. Panggilan pakcik digunakan supaya suasana lebih selesa.

“Sebenarnya, Hakimi tak salah. Mula-mula, memang saya rasa macam ada yang tak betul. Hakimi tu budak baik.” Balas Haji Samiri. “Disebabkan ini melibatkan kes kemalangan jalan raya, Hakimi dibedah siasat. Dan saya dapat tahu, Hakimi di bawah pengaruh dadah.”

“Dadah, pakcik?” Dr Syuib terperanjat.

“Saya tahu, pasti kawan-kawan sekampung yang dengkikan dia. Maklumlah, Hakimi tu muazzin. Dia selalu dekati mereka untuk berdakwah fikrah Islamiyah. Saya terlalu ikutkan perasaan. Sebab itulah Hakimi pergi.” Haji Samiri menghabiskan ceritanya.
“Sabarlah pak cik.”
“Saya rahsiakan semua ni daripada Noriah. Dia tak tahu apa-apa. Aishah pun tak tahu tentang dadah tu.” Pinta Haji Samiri.
“Jangan risau, saya takkan dedahkan rahsia patients saya.” Dr Syuib masih menjaga etika kerjanya sebagai seorang doktor. “Saya rasa, saya boleh tolong sedarkan dia dari pengsan.”

“Bagaimana, doktor?”

“Kita lakonkan semula apa yang terjadi pada hari itu.” Usul Dr Syuib.
“Boleh berjaya ke, doktor?” Haji Samiri meragui cadangan itu.
“Insya-Allah..”

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous